Thursday, June 30, 2011

Kehidupan Di Dunia

Kehidupan di dunia
Kadang kala indah bagai bulan purnama
Kadang kala menyakitkan bagai tiba gerhana…

Hati yang berdetik
Namun mulut tetap terkunci
Tidak mampu melafazkan
Yang tersurat di hati
Kerana jendela bibir terkunci rapi

Jiwa meratap pedih
Perasaan menagih kasih
Orang yang dinanti
Datang bagaikan mimpi

Hinanya diri
Diperlakukan sebegini..
Bagai tiada erti
Umpama hilang perasaan hati

Termenung kuseketika
Dilamun mimpi khayalan yang tak sudah
Diri masih tertanya-tanya
Kemana hilangnya kemanisan di dunia

Kunci yang dicari
Hilang tetap tak ditemui
Kaki yang melangkah kedepan
Tiba-tiba tersisir ke belakang
Bagai hidup tiada penghujung
Umpama bunga hilang wanginya
Ibarat daun tiada hijaunya
Dunia yang berputar
Namun kaki tidak terlangkah
Masa yang berlari
Namun jiwa masih terhenti
Umpama memijak diawangan
Bagai berlari dikayangan
Ibarat ada dalam tiada
Dicapai tapi tidak terasa
Digenggam namun terlepas jua
Ibarat diri bayang-bayang
Yang berpijak di bumi nyata

Diri tinggal tanda Tanya
Beginikah dunia?
Yang selama ini dikejar
Namun tak pernah ditemui
Beginikah hidup?
Yang selama ini diterokai
Namun masih menjadi misteri…

Apa yang harus diingati
Yang pergi takan ada lagi
Yang wujud bakal tiba pengganti
Yang tinggal tetap jua kembali

Misterinya kehidupan..
Makin ditanya
Makin banyak persoalan
Makin diteroka
Makin banyak rasia

Apa yang dikata
Telah lama tersirat dijiwa
Apa yang dicari
telah lama ditemui
apa yang dibenci
sebenarnya paling disayangi
itulah
kenyataan diri
kebenaran yang ditemui
sengaja disembunyi
lagi dicari..

Cinta…
Ibarat lautan terbentang
Kasihnya tetap ketepian
Semakin cuba diselami
Semakin dalam hati merasai
Semakin banyak yang dijumpai
Kasihnya tiada ganti
Tidak juga berbelah bagi


Wednesday, June 29, 2011

KASIHNYA Allah PADA WANITA



"Keistimewaan yang Tuhan berikan kepada wanita terlalu banyaknya". Kasihnya Tuhan kepada wanita!" Itulah kata-kata yang paling mudah digunakan untuk menggambarkan 'layanan' istimewa terhadap wanita dalam Islam. Sesungguhnya, tidak akan ada mana-mana ajaran, ideologi, isme atau agama lain yang dapat melayan wanita dengan sebegitu baik sepertimana Islam melayan wanitanya. Malah, kalau bergabung pun kesemua wanita yang cerdik pandai, berharta dan berkuasa di seluruh dunia ini untuk menambah hak dan pengiktirafan buat mereka, mereka pasti tidak akan mencapai taraf kemuliaan serta layanan baik yang Allah SWT tawarkan buat seorang wanita di dalam Islam. 

Namun, ramai wanita yang tidak memahami hal ini. Lantaran itu kebanyakan mereka tertipu oleh nafsu sendiri dan merasa terkongkong dengan amalan atau larangan tertentu yang digunakan ke atas wanita Islam seperti amalan menutup aurat, larangan bergaul bebas, poligami, larangan wanita menjadi pemimpin dan lain-lain lagi. Mereka cukup takut dan gerun dengan kesemua amalan atau larangan yang dianggap sangat menindas wanita. Walhal kalau dikaji setiap satu amalan atau larangan itu, mudah sahaja untuk melihat hikmah dan kebaikannya kepada kaum wanita itu sendiri. 

Lalu kita melihat apa yang diperjuangkan oleh pejuang-pejuang hak wanita ialah mereka kalau boleh tidak mahu sebarang sekatan dikenakan ke atas mereka. Tentulah ini tidak munasabah. Sedangkan manusia sendiri banyak membuat peraturan-peraturan serta larangan itu dan ini, atas alasan hendak menjaga keselamatan diri atau masyarakat awam. Contohnya, dalam soal lalu-lintas, terlalu banyak peraturan dan larangan yang manusia buat seperti jangan memandu melebihi had laju, tidak boleh letak kereta di garisan kuning, mesti berhenti apabila ada isyarat lampu merah, mesti hidupkan lampu selepas pukul 7 malam dan berbagai-bagai lagi. Kalau dalam bidang sekecil ini pun perlu banyak peraturan dan larangan, sudah tentulah dalam bidang kehidupan lebih memerlukan lagi, dan lebih-lebih lagilah kalau skopnya itu jauh lebih luas iaitu untuk keselamatan dunia dan Akhirat. 

Tuhan sebenarnya sangat kasih dan memuliakan kaum wanita. Segala suruhan dan larangan yang Tuhan kenakan ke atas kaum wanita tidak lain dan tidak bukan ialah untuk memastikan keselamatan dirinya dan masyarakat dan sekali-kali bukan untuk menyusahkan mereka. Tetapi, atas hujah dan alasan apa dakwaan ini dibuat? Mari kita lihat satu persatu pengiktirafan yang diberikan olehTuhan kepada wanita, sama ada setara langsung atau pun tidak. 

i) Gelaran bagi `isteri' di dalam Al Quran 

Perkataan yang Allah SWT gunakan di dalam Al Quran untuk menunjukkan suami atau isteri adalah perkataan yang sama, sedangkan dalam bahasa- bahasa lain, perkataan untuk suami dan perkataan untuk isteri menggunakan dua perkataan yang berbeza. Misalnya, dalam bahasa Inggeris, perkataan untuk suami ialah `husband' manakala perkataan untuk isteri ialah `wife'. Sementara dalam bahasa Perancis pula, perkataan untuk suami ialah `mari' manakala perkataan `femme' untuk isteri. 

Tetapi di dalam Al Quran, suami dan isteri tidak disebut dua perkataan yang berbeza `zaujuh' dan `zaujati'. Hanya satu perkataan yang digunakan untuk kedua-duanya iaitu `zaujuh' yang bermakna `pasangan'. Islam melihat suami dan isteri adalah pasangan, penutup dan juga pelindung buat yang lain. Mereka dilihat sebagai sepasang, bukan berasingan. Sudah tentulah ini bermakna yang kaum lelaki di dalam Islam tidak dianggap lebih mulia daripada kaum wanitanya. Apabila kita mengatakan sepasang kaca mata, sepasang stokin atau sepasang baju, tentulah kita menganggap mereka setara dan tidak dapat dipisahkan di antara satu sama lain. Dan sudah tentulah kita tidak menganggap yang stokin kanan lebih hebat daripada stokin kiri atau kaca mata kanan lebih baik daripada kaca mata kiri. Begitulah tamsilannya sepasang suami isteri di dalam Islam seperti yang tercatat di dalam Al Quran. 

Namun, gelaran zaujuh ini hanya diberikan kepada isteri yang sama beriman. Bagi isteri yang tidak beriman, mereka tidak disebut zaujuh. Contohnya, isteri Nabi Lut dan isteri Nabi Nuh. Di dalam Al Quran, mereka disebut 'imraah', kerana isteri sebegini tidak dianggap pelengkap, pelindung atau penutup kepada suaminya. 

ii) Pembelaan Rasulullah SAW Terhadap Wanita 

Rasulullah SAW ada banyak menyatakan Hadis-Hadis yang menunjukkan betapa wanita itu dimuliakan di dalam Islam. Antaranya: 

a. "Syurga di bawah telapak kaki ibu." Apakah wanita tidak rasa mulia dengan Hadis ini? Mengapa Rasulullah SAW memilih perkataan "di bawah telapak kaki" dan bukan "di dalam tangan" atau "di sisi" seorang ibu? Sudah tentu ini sangat menggambarkan mulianya seorang wanita di dalam Islam. Seorang yang faham tentu akan sangat memandang mulia, menghormati, membela serta berlumba-lumba untuk berkhidmat dan meng'hamba'kan diri kepada ibunya (dengan syarat segala yang dibuat itu tidak melanggar syariat). Tidakkah beruntung menjadi seorang ibu di dalam Islam? Dia tidak akan terbiar dan dipinggirkan, malah akan sentiasa dibela, dihormati dan dimuliakan oleh anak-anaknya. 

b. "Orang yang paling baik dari antara kamu itu ialah yang paling baik kepada isi rumahnya, dan aku ini orang yang paling baik dari antara kamu kepada isi rumahku." 

c. "Tidak akan memuliakan perempuan-perempuan melainkan orang yang mulia, dan tidak menghina akan perempuan-perempuan melainkan orang yang hina."(Hadis riwayat Ibnu `Asakir) 

d. "Bergaullah kamu dengan isteri-isteri kamu dengan cara yang sopan. Kemudian bila kamu tidak menyukai mereka, (maka bersabarlah) kerana mungkin kamu tidak menyukai sesuatu, padahal Allah menjadikan padanya kebaikan yang banyak." 

e. "Janganlah seorang mukmin lelaki membenci kepada seorang 
(isterinya yang) mukminah, kerana walaupun ada satu perangainya yang lelaki itu tidak suka, tetapi (tentu) ada lain perangainya yang is suka."(Hadis riwayat Ahmad dan Muslim) 

Demikianlah hak-hak istimewa seorang wanita yang diberi oleh Islam. Dalam satu masyarakat yang bertaqwa, kaum wanita tidak perlu bimbang yang mereka akan diperleceh, dipermain atau diperkotak-katikkan oleh kaum lelaki, sebaliknya mereka boleh yakin bahawa pihak lelaki akan sentiasa melindungi, menasihati, menegur dan membimbing mereka dengan ikhlas. 

iii) Bahagian Tubuh Wanita Dianugerahkan Nama yang Mulia 

Dalam tubuh wanita, ada satu bahagian yang diberi nana yang begitu mulia iaitu rahim. Perkataan ini diambil dari nama Tuhan, yang bermaksud `Maha Penyayang'. Sudah tentulah Tuhan tidak akan memberikan nama yang semulia ini kepada sesuatu yang hina di sisi- Nya. Sudah tentuTuhan akan memilih sesuatu yang mulia juga untuk dianugerahkan nama yang begitu mulia. Tuhan tidak berikan nama yang semulia ini kepada bahagian tubuh lelaki tetapi Dia memberikannya kepada bahagian tubuh wanita. Rahim inilah yang merupakan penghubung kepada makhluk. Di dalam rahimlah, wanita menjaga ciptaanTuhan dan memberi makan kepada apa yang Tuhan ciptakan. 

Kaum wanita sepatutnya merasa sangat malu kepada Tuhan kerana memberi penghargaan yang begitu tinggi kepada mereka. Siapa boleh nafikan kepentingan rahim untuk kewujudan manusia? Anugerah rahim kepada wanita sebenarnya sudah cukup untuk membuktikan akan mulianya wanita di sisi Tuhan. 

iv) Diberi Pahala yang Berterusan 

Wanita disebut `kurang dari sudut agama', tetapi ini bukan bermaksud yang wanita itu kurang dari sudut iman dan taqwanya. Mereka cuma kurang bersolat ketika datang haid dan nifas. Namun, oleh kerana di waktu-waktu lain mereka sentiasa bersolat, maka sepanjang waktu haid dan nifas itu, Tuhan tetap memberikan juga pahala solat sekiranya mereka dapat bersabar dengan keadaannya yang tidak selesa itu. 

Bayangkan seorang wanita yang baru melahirkan anak. Sudahlah digugurkan dosa-dosanya seperti seorang bayi yang baru lahir, diberikan pula pahala solat percuma sepanjang dia dalam keadaan nifas. Dan kalau dia sabar menyusu, memelihara dan melayan kerenah anaknya pula, makin banyaknya pahala yang Tuhan sediakan untuknya. 

Aduh! Maha Pemurahnya Tuhan kepada wanita. Maha Baiknya Tuhan kepada golongan yang sering dianggap lemah dan terpinggir ini! Kalaulah wanita-wanita pejuang hak asasi itu tahu begini sekali ganjaran- ganjaran yang Tuhan berikan kepada seorang wanita mukminah, pastilah mereka akan meninggalkan perjuangan mereka. Tidak ada apa-apa lagi hak yang perlu diperjuangkan oleh seorang wanita mukminah. Yang Tuhan tawarkan itu pun sudah terlampau banyaknya. 




Tuesday, June 28, 2011

Sejarah israk Mikraj

Assalamuaikum... sempena esok hari kita bakal menyambut hari israj mikraj, ingin ana berkongsi sedikit sebanyak tentang sejarah israj mikraj...

Kitab Kifaayatul Muhtaj karya Syeikh Daud al-Fatani mengisahkan peristiwa Israk Mi’raj secara terperinci dari awal hingga akhir. Usia kitab ini mungkin sudah 100-200 tahun tetapi sehingga kini masih menabur jasa kepada umat Islam khususnya di Nusantara ini. Insyaallah kini giliran kita pula untuk mengambil manfaat daripadanya.

Biasanya kita mendengar kupasan tentang peristiwa Israk Mi’raj ini setahun sekali. Apabila tiba bulan Rejab, sibuklah masjid-masjid dan surau-surau menganjurkan ceramah dan makan-makan bersempena mengenang peristiwa besar itu dalam usaha untuk mengambil iktibar daripadanya. Penceramah pun mengupas kisah tersebut dalam tempoh masa lebih kurang satu ke dua jam.

Dalam tempoh masa sesingkat itu, tidak banyak perkara yang sempat dihidangkan oleh penceramah. Penceramah akan menyentuh serba-sedikit mana-mana bahagian yang dirasakannya sesuai untuk dijamu kepada para pendengar. Kadang-kadang ceramah sempena Israk Mi’raj lebih banyak menyentuh hal ehwal politik. Hal ini menjadikan masyarakat kita umumnya tidak tahu banyak tentang peristiwa besar itu, bahkan berasa diri mereka jauh daripadanya. Padahal setiap hari kita mengerjakan ibadah solat dan bertahiyat di dalamnya, sedangkan ibadah solat dan tahiyat itu ada hubungan yang sangat erat dengan peristiwa Israk Mi’raj. Tidakkah kita berasa rugi apabila bersolat dan bertahiyat saban hari dalam keadaan tidak tahu peristiwa besar di sebaliknya? Bukankah ia dapat mengkhusyukkan lagi hati kita ketika melaksanakan ibadah solat?

Atas dasar itu isi kandungan kitab Kifaayatul Muhtaaj ini dihidangkan kembali ke tengah masyarakat. Tidak sekadar satu dua jam, mungkin puluhan jam diperlukan untuk mensyarahkan keseluruhan kitab ini. Alhamdulillah syukur,teknologi moden banyak membantu. Setiap kuliahnya dirakamkan dalam bentuk audio dan dimuatnaik ke internet. Ini membolehkan para pendengar mengulang-ulang isi kandungan kuliah seberapa kali yang mereka mahu. Tidaklah sekadar mendengar sekali sahaja di masjid/ surau, balik ke rumah tidak boleh diulangkaji lagi. Hasilnya, selang dua tiga hari, tinggallah 10-20 peratus sahaja isi kandungan kuliah di dalam minda.

Selain diberi kemudahan oleh Allah untuk mengulang dengar kuliah seberapa banyak kali yang disukai (supaya benar-benar faham dan tidak ketinggalan walau satu isi kandungan kuliah), pendengar juga boleh bersoal-jawab dengan pengkuliahnya di ruang maya internet. Mana-mana bahagian yang kurang difahami boleh diajukan kembali kepada pengkuliah. Jika ada kelapangan, insyaallah pengkuliah akan memberikan penjelasan lanjut. Kepada mereka yang tinggal berdekatan dengan pengkuliah, boleh bertanya secara bersua muka.

Biasanya jika kita mendengar sesebuah kuliah di masjid/ surau, balik ke rumah sudah tidak boleh mengulangkaji isi kuliah tadi. Untuk bersoal-jawab dengan pengkuliah, tidak ada cara kerana pengkuliah tinggal jauh dan tidak aktif di internet. Terpaksalah tunggu bulan hadapan pula untuk mengikuti kuliahnya. Jika kuliah itu berkaitan Israk Mikraj, mungkin tahun hadapan pulalah dapat bertemu dengan si pengkuliah. Itu pun kalau pihak masjid/ surau menjemput penceramah yang sama. Kalau tidak... habis begitu sahajalah.

Bagaimana pula jika kita ada terlepas sesuatu kuliah? Bulan pertama kita pergi. Bulan kedua kita pergi. Bulan ketiga kita ada urusan penting menyebabkan tidak dapat pergi. Bulan keempat kita pergi, tapi dalam keadaan sudah tertinggal banyak perkara dan termanggu-manggu. Di mana kita hendak dapatkan isi kandungan kuliah kali ketiga itu? Alamatnya, terlepaslah.

Oleh itu, sebagaimana kuliah pengajian kitab Munyatul Musolli, pengajian kitab Kifaayatul Muhtaaj ini akan diusahakan agar semua sirinya dapat dimuatnaik ke internet. Dengan cara ini, para pendengar tidak akan terlepas mana-mana sesi kuliah. Maka pemahaman dapat dimaksimakan. Jika diulang-ulang, akan bertambah mantap pula.

Dalam usaha menyelongkar emas permata daripada kitab tua ini, pengkuliah mengambil sandaran-sandaran lain sebagai pengukuh ataupun pengukur kepada isi kandungannya. Antaranya ialah hadis riwayat Imam Bukhari, Imam Muslim, Imam Baihaqi, pandangan para ulama, pandangan para sejarahwan, pandangan ahli-ahli kasyaf, pandangan dari sudut sains moden dan sebagainya. Kita cuba cari persamaan dan keserasian antara kesemuanya agar maklumat yang kita perolehi itu kukuh, ataupun sekurang-kurangnya boleh dipertimbangkan. Kita berusaha menapis apa yang salah dan apa yang lemah, yang mungkin ada dalam kitab ini. Itu pun sekiranya ada. Tidak mustahil juga keseluruhan kitab ini benar belaka. Biasalah, mana-mana kitab pun tidak terlepas daripada kritikan. Yang penting, apa yang benar kita ambil, yang tiada kepastian kita berkecuali, yang salah kita tolak. Jangan kita terus melulu menerima semua ataupun menolak semua.

Untuk itu, sama-samalah kita berdoa dan berusaha agar maksud kita untuk mengetahui keseluruhan kisah Israk dan Mi’raj dan isi kandungan kitab Kifaayatul Muhtaaj ini dipermudahkan oleh Allah SWT.

Selamat menyambut hari israj mikraj dan menghayati kisah2 yang berkaitan...
selamat mebaca dan beramal... :-)

Monday, June 27, 2011

PERJUANGAN BANGSA BIARLAH ATAS NAMA ALLAH

Wahai bangsa Melayu bangsaku, kekuatan orang Melayu bukan pada bangsa dan bukan pada semangat kebangsaan Melayu. Perjuangan ini telah kita lalui terutama sejak merdeka semangat Melayulah yang kita  laungkan selalu. Hasilnya juga telah kita tahu.

Begitu lama perjuangan kita atas nama Melayu semakin layu, ekonomi sahaja pun belum selesai lagi hingga kini. Padahal keistimewaan-keistimewaan telah diberi kepada orang Melayu lebih dari perlu hingga bangsa lain iri hati. Namun ekonomi masih terkebelakang lagi, kecuali setengah individu Melayu.

Di segi pendidikan dan pelajaran kita bangga di satu segi iaitu selepas merdeka ramai orang Melayu yang pandai dan cerdik, ramai yang ada degri tapi orang Melayu yang pandai tidak mampu berdikari kecuali makan gaji. Ramai yang berilmu tidak ramai yang tawadhuk dan merendah diri. Orang pandai sikap hidup nafsi-nafsi, fikir diri, yang miskin disuruh kerajaan membela sedangkan orang-orang pandai berdiam diri, tidak peduli.

Di segi politik pula semakin ke hujung semakin tidak stabil, politik wang dan jatuh-menjatuhkan menjadi budaya dan menjadi-jadi. Di sudut perpaduan jauh daripada yang dikehendaki. Bukan sahaja perpaduan bangsa belum terjadi perpaduan di dalam parti pun belum terjadi lagi.Hakikat ini kita terpaksa akui.

Ada satu aspek yang ini memang kita berpuas hati iaitu kemajuan di bidang pembangunan amat pesat yang ini kita berpuas hati. Di bidang ini dunia memang akui bahkan iri hati tapi side effect yang negatifnya hasil pembangunan sangat menakutkan. Orang Melayulah yang ramai terlibat dengan gejala yang negatif itu. Dadah orang Melayulah yang ramai terlibat, rasuah orang Melayu yang ramai, budaya lepak anak-anak Melayulah yang banyak.Gangsterisme di sekolah anak Melayu jugalah yang ramai terjebak, sumbang muhram, buang bayi, orang Melayulah yang banyak. Terjebak dengan skin head, black metal, dan budaya liar anak Melayu yang ramai.


Belum lagi kita perkatakan jenayah ragut, ugut, rokok Melayulah yang ramai. Jenayah berat seperti rogol, bunuh, pergaduhan, murtad anak Melayu juga yang ramai. Kes-kes rumahtangga, cerai-berai, tidak bertanggungjawab terhadap keluarga orang Melayu nombor one.

Setelah kita paparkan gejala yang tidak sihat di kalangan  orang Melayu bolehkah kita tolak?

Sudah tentu kita terpaksa menerima dengan penuh malu dan dukacitanya dan ini adalah hasil perjuangan orang Melayu dengan semangat kebangsaannya bukan! Sebenarnya kekuatan orang Melayu bukan pada semangat Melayunya. Orang Melayu ada Tuhan, ada Islam di sinilah kekuatan Melayu seperti orang Arab di zaman Rasul menjadi empayar mereka tidak memperjuangkan bangsa Arab.Tetapi mereka memperjuangkan Tuhan dan Islam akhirnya bangsa Arab terbela. Bangsa Turki menjadi empayar bukan mereka memperjuangkan bangsa Turki mereka memperjuangkan Tuhan dan Islam akhirnya bangsa Turki terbela.

Mengapa orang Melayu tidak belajar dengan sejarah ini?!Orang Melayu ada Tuhan, ada Islam. Mngapa orang Melayu tidak perjuangkan Tuhan dan Islam? Kalau orang Melayu memperjuangkan Tuhan dan Islam orang Melayu dengan sendiri terbela. Bahkan sekali lagi saya perkatakan buat orang Melayu di akhir zaman ada janji Tuhan. Janji Tuhan itu ialah orang Melayu akan jadi empayar dunia melalui Islam. Inikan khabar gembira buat orang Melayu dari Tuhan. Formulanya perjuangkan Tuhan dan Islam cara hidup, Melayu akan terbela. Seperti bangsa Arab, Kurdis dan Turki mereka mulia kerana Tuhan dan Islam akhirnya bangsa mereka terbela.

segala pujian bagi Allah,
yang mengurus soal hati,
ku pohon ya Allah,
agar jangan Dikau bolak balikkan hati ini,
dari terus mengingatiMu,
dalam jaga mau pun mimpi.
Ada seorang insan,
sahabatku yang bukan seagama,
ingin sekali mengenaliMu,
sanggup menunggu perintah dariMu,
untuk melepas agama yang dia anuti,
dan melabuh hati dalam Islam yang suci.
Tiada paksaan dalam agama,
tiada halangan untuk mengenaliNya,
kerana kasih sayang Allah terhampar buat mereka yang mencari,
tak kira apa warna kulit,
tak kira apa bangsa,
tak kira apa pangkat dan harta,
tak kira apa agama,
kerana Allah Maha Adil dalam menghisab hambaNya.
buat sahabat itu,
aku doakan agar rahmat Allah sentiasa melimpahi dirinya,
semoga hatinya sentiasa terdorong,
untuk terus bersamaMu.

Amin...



Saidatina Aishah bint Abi Bakr

Kisah hidup Saidatina Aisyah r.a. telah membuktikan bahawa wanita mampu menguasai bidang keilmuan mengatasi kaum lelaki serta mampu menjadi pendidik kepada para ilmuan dan pakar-pakar pelbagai bidang. Kehidupan beliau juga menjadi bukti kemampuan wanita dalam mempengaruhi pandangan masyarakat, baik lelaki mahupun perempuan, serta membekalkan sumber inspirasi and kepimpinan yang mantap. Wanita yang kaya dengan pekerti tinggi,lemah lembut serta sopan santun ini juga telah membawa kebahagiaan dan ketenangan hati yang tidak putus kepada suaminya.


Saidatina Aisyah r.a. bukan seorang graduan dari mana-mana universiti memandangkan belum wujud lagi institusi sedemikian pada ketika hayat beliau seperti yang ada sekarang. Namun begitu, lafaz ucapan beliau menjadi bahan kajian dalam bidang sastera, fatwa- fatwa syariah yang beliau keluarkan dikaji di institusi-instusi perundangan, hidup dan hasil pengkajian beliau diteliti oleh para mahasiswa dan pendidik dalam pengkajian sejarah Islam sejak seribu tahun yang lalu.


Khazanah pengetahuan yang dimiliki Saidatina Aisyah r.a. diperoleh sejak beliau masih seorang kanak-kanak. Pada usia mudanya, Aisyah r.a. dibesarkan oleh bapanya, seorang Muslim yang dihormati dan disegani ramai lantaran ketinggian ilmunya, kelembutan budi pekertinya serta peribadinya yang disegangi ramai. Tambahan pula, beliau sahabat yang paling rapat dengan Rasulullah s.a.w. serta merupakan pengunjung setia ke rumah Rasulullah s.a.w. sejak zaman awal kerasulan baginda.


Semenjak beliau muda, Aisyah r.a. yang terkenal dengan paras rupanya yang menawan serta daya ingatan yang kuat, diletakkan di bawah jagaan Rasulullah s.a.w. sendiri. Sebagai isteri serta pendamping baginda Rasulullah, Aisyah r.a. berpeluang menimba ilmu pengetahuan dari baginda sehingga ke tahap yang tidak mungkin ditandingi oleh wanita-wanita lain.


Aisyah r.a. menjadi isteri Rasulullah s.a.w. di Mekah di sekitar usia beliau mencecah sepuluh tahun, namun hanya mula menjalankan tanggungjawab sebagai seorang isteri setelah tahun kedua Hijrah, iaitu ketika usia beliau sekitar empatbelas hingga limabelas tahun. Pada waktu sebelum dan selepas pernikahan beliau, Aisyah r.a. tetap mempamerkan kegirangan serta sifat semulajadi seorang kanak-kanak. Beliau seidkit pun tidak teruja dengan statusnya sebagai isteri kepada seorang Nabi Allah yang begitu disanjungi dan dikasihi oleh para sahabat. Ini termasuklah kedua ibubapa Aisyah sendiri yang menumpukan sepenuh kasih saying serta hormat mereka kepada Rasulullah s.a.w. berbanding orang lain.


Berkenaan pernikahan beliau kepada Rasulullah s.a.w., Aisyah r.a. menceritakan, sejurus sebelum beliau ditetapkan meninggalkan rumahnya, beliau telah keluar ke halaman rumah untuk bermain-main dengan rakannya yang sedang berlalu di situ:“Aku sendang bermain di atas jungkang-jungkit dan rambutku yang panjang telah menjadi kusut” kata beliau. “Mereka datang mendapatkan ku dari permainan ku lalu menyiapkan ku.”

Saidatina Aisyah r.a. dipakaikan pakaian pengantinnya yang diperbuat dari sutera halus berjalur merah dari Bahrain. Seterusnya beliau dibawa oleh ibunya ke rumahnya yang baru siap dibina serta disambut oleh wanita-wanita Ansar di muka pintu. Mereka manyambutnya dengan ucapan “Demi kebaikan dan kebahagiaan dan semoga diiringi kesenangan.” Dalam kehadiran baginda Rasulullah yang sedang tersenyum lembut, semangkuk susu dibawa kepada mereka. Rasulullah s.a.w. minum darinya lalu memberikan susu itu kepada Aisyah. Aisyah dengan segan silu menolak pelawaan Rasulullah itu. Namun apabila Rasulullah sekali lagi menyuruh Aisyah minum dari semangkuk susu itu, Aisyah pun berbuat demikian. Seterusnya mangkuk itu diberikan kepada kakak beliau, Asma, yang berada di sisinya serta diedarkan kepada mereka yang hadir di situ. Itulah keraian yang menandai pernikahan baginda Rasulullah dengan saidatina Aisyah yang dijalankan dalam penuh kesederhanaan.

Status beliau sebagai isteri Rasulullah s.a.w. tidak merubah sifat riang Aisyah sebagai seorang kanak-kanak. Rakan-rakan beliau sering berkunjung ke rumah untuk bermain-main dengannya.

‘Sedang aku bermain dengan permainanku,’cerita Saidatina Aisyah r.a.,’bersamaku ada kawan-kawanku, dan datang baginda Rasulullah kepadaku, lalu mereka akan keluar meninggalkanku, akan tetapi Rasulullah keluar mendapatkan rakan-rakanku itu dan membawa mereka kembali kerana baginda senang denganku bermain dengan mereka.’ ‘Kadangkala baginda berkata, “Tinggal di situ, wahai Aisyah,” dan sebelum sempat rakan-rakanku meninggalkanku, baginda akan turut serta dalam permainan kami’. Kata Aisyah r.a. ‘Suatu hari, baginda Rasulullah datang ketika aku sedang bermain-main dengan anak patungku, dan baginda berkata, “Wahai Aisyah, permainan apakah ini?” “Inilah kuda-kuda Sulaiman,” kata ku dan baginda pun tertawa.’ Ada ketika apabila baginda pulang ketika Aisyah sedang bermain dengan rakan-rakannya, baginda Rasulullah akan berselindung di sebalik jubahnya agar tidak mengganggu Aisyah dan rakan-rakan beliau yang sedang bermain.

Detik-detik awal kehidupan Aisyah r.a. di Madinah turut melalui saat-saat yang mencabar. Pada suatu ketika, bapa beliau bersama dua orang sahabat yang tinggal bersamanya ketika itu telah diserang demam panas yang sering melanda Madinah pada musim-musim tertentu. Ketika Aisyah menziarahi bapanya, beliau terkejut melihat ketia-tiga orang lelaki itu sedang terlantar dalam keadaan tenat dan lemah. Aisyah bertanyakan khabar bapanya itu namun jawapan yang diberi bapa beliau tidak dapat difahami. Dua orang sahabat yang sedang tenat itu juga mengeluarkan baris-baris puisi yang difikirkan Aisyah hanyalah ratapan seorang yang sedang sakit tenat. Saidatina Aisyah berasa gusar lalu pulang menceritakan peristiwa itu kepada baginda Rasulullah s.a.w.:

‘Mereka maracau-racau, tidak keruan, disebabkan demam panas itu,’ Kemudian Rasulullah bertanya kepada Aisyah apa yang diperkatakan oleh bapanya serta dua orang sahabat yang sedang sakit tadi. Baginda berasa lega setelah Aisyah mengulangi setiap apa yang dikatakan oleh mereka walaupun kata-kata itu belum mampu difahami oleh Aisyah sendiri. Peristiwa ini menggambarkan daya ingatan Aisyah yang begitu kuat yang bakal memainkan peranan penting dalam meriwayatkan hadith-hadith baginda Rasulullah s.a.w.

Di kalangan isteri-isteri baginda di Madinah, Aisyah nyata sekali merupakan kesayangan Rasulullah s.a.w. Dari masa ke semasa, salah seorang sahabat baginda akan bertanya,:

‘Wahai Rasulullah, siapakah yang paling kau sayangi di dunia ini?’ Jawab baginda sering berbeza-beza kerana baginda begitu mengasihi anak-anak serta cucu-cucunya, sahabat baginda Abu Bakar, Ali, Zaid serta anak beliau Usamah. Namun di kalangan isteri baginda yand sering disebut hanyalah Aisyah. Aisyah sendiri begitu mengasihi baginda Rasulullah serta sering meminta kepastian tentang kasih baginda terhadapnya. Pernah suatu ketika Aisyah r.a. bertanya kepada Rasulullah, ‘Bagaimanakah kasihmu terhadapku?’

‘Seperti ikatan simpulan tali,’ jawab baginda yang bermaksud kasihnya itu kuat dan kukuh. Lalu pada waktu-waktu seterusnya Saidatina Aisyah r.a. akan bertanya kepada Rasulullah, ‘Bagaimana keadaan simpulan itu?’ dan jawab baginda ‘Demi Allah, masih sama (kukuh)’.

Begitu kasihnya Aisyah kepada baginda Rasulullah sehinggakan lahir rasa cemburu dan tidak berpuas hati sekiranya perhatian Rasulullah dicurahkan kepada orang lain melebihi dirinya sendiri. Aisyah bertanya kepada baginda,:

‘Wahai Rasul Allah, katakan sendiri padaku. Sekiranya engkau berada di antara dua lembah, yang satunya tidak pernah diragut rumputnya sedangkan yang satu lagi sudah pernah diragut rumputnya, dimanakah akan engkau lepaskan ternakkanmu?’

‘Di lembah yang rumputnya belum pernah diragut,’ jawab Rasulullah. ‘Namun begitu,’kata beliau ‘aku tidaklah seperti isteri-isterimu yang lain. Setiap orang dari mereka pernah mempunyai suami yang lain sebelum mu kecuali diriku.’ Rasulullah hanya tersenyum tanpa berkata apa-apa. Cerita Aisyah lagi tentang sikap cemburunya itu:

‘Aku tidak mencemburui isteri-isteri Rasulullah yang lain sebagaimana aku mencemburui Khadijah, disebabkan baginda sering menyebut-nyebut nama Khadijah serta telah diperintahkan Allah untuk menyampaikan berita gembira kepada Khadijah tentang mahligainya di syurga yang bertatahkan permata. Setiap kali baginda Rasulullah membuat sembelihan, pasti akan diberikan sebahagian daripada daging sembelihan itu kepada teman-teman rapat Khadijah. Berkali-kali pernah ku katakan kepada baginda, “Seolah-olah tidak pernah ada wanita lain di dunia in selain Khadijah,”

Pernah suatu ketika Aisyah mengadu tentang sikap Rasulullah yang begitu memandang tinggi terhadap ‘seorang wanita tua Quraisy’, baginda berasa tersinggung lalu berkata: ‘Dialah isteri yang mempercayai diriku sedangkan orang lain menafikan diriku. Sedangkan orang lain mendustai ku, dia meyakinkan kebenaranku. Sedang aku dipulaukan, dia membelanjakan segala harta kekayaannya untuk meringankan beban sengsara ku.’

Walaupun Aisyah memiliki sifat cemburu yang sebenarnya tidak membawa kepada keburukan, beliau sesungguhnya seorang yang amat pemurah dan penyabar. Beliau mengharungi kehidupan yang serba kekurangan bersama isteri-isteri Rasulullah yang lain. Beliau tidak betah hidup tanpa sesuap makanan pun dalam jangka waktu yang panjang. Berhari-hari lamanya dapur rumah beliau tidak berasap dan beliau hidup bersama Rasulullah di atas buah tamar dan air semata-mata. Hidupnya yang miskin tidak membawa sebarang tekanan atau memalukan Aisyah r.a.; hidup berdikari tidak mengganggu cara hidup beliau walau sedikit pun.

Pernah suatu ketika, Rasulullah telah memutuskan perhubungan dengan isteri-isteri baginda sehingga sebulan lamanya. Ini disebabkan mereka meminta sesuatu yang Rasulullah tidak mampu berikan. Peristiwa ini berlaku selepas peperangan di Khaibar dimana kemenangan umat Islam membawa harta rampasan serta membuahkan keinginan terhadap harta kekayaan. Setelah kembali dari beruzlah, baginda Rasulullah pertama sekali menuju ke rumah Aisyah. Beliau begitu gembira melihat baginda telah kembali, namun Rasulullah mengkhabarkan kepadanya tentang penerimaan wahyu yang menyuruh baginda memberikan Aisyah dua pilihan. Baginda seterusnya membacakan ayat :

“Hai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu: “Jika kamu sekalian mengingini kehidupan dunia dan perhiasannya, maka marilah supaya kuberikan kepadamu mut’ah dan aku ceraikan kamu dengan cara yang baik. Dan jika kamu sekalian menghendaki (keredhaan) Allah dan Rasulnya-Nya serta (kesenangan) di negeri akhirat, maka sesungguhnya Allah menyediakan bagi siapa yang berbuat baik diantaramu pahala yang besar.” (al-Ahzab 28-29)

Jawab Aisyah:

‘Sesungguhnya aku memilih Allah dan RasulNya dan kehidupan di akhirat,’ dan jawabnya itu disetujui isteri-isteri baginda yang lain.

Beliau setia terhadap pilihannya itu sepanjang hidupnya bersama Rasulullah dan begitu juga setelah kewafatan baginda. Apabila umat Islam dilimpahi harta kekayaan yang banyak, beliau pernah dihadiahkan seratus ribu dirham. Walaupun ketika itu beliau sedang berpuasa dan hidup dalam kekurangan, seluruh pemberian itu disedekahkan kepada fakir miskin. Sejurus selepas itu, seorang pembantu rumahnya bertanya, ‘Bolehkan engkau menggunakan satu dirham untuk membeli daging buat berbuka puasa?’

‘Jika aku terfikirkan hal ini tadi, pasti aku sudah melakukannya,’ jawab Aisyah r.a. Kasih sayang Rasulullah terhadap Aisyah berkekalan sehingga akhir hayat baginda. Ketika baginda sedang nazak, baginda telah pulang ke rumah Aisyah atas izinisteri-isteri baginda yang lain. Kebanyakan masa baginda hanya terlantar di katil dengan kepala baginda di atas pangkuan Aisyah. Saiditina Aisyah telah meminta kayu siwak dari abangnya (or adik lelaki?) serta mengunyah kayu siwak itu untuk melembutkannya lalu diberikan kepada Rasulullah. Walaupun sudah berkeadaan tenat, baginda menggosok gigi baginda dengan bersungguh-sungguh. Tidak lama kemudian, baginda jatuh pengsan dan tidak sedarkan diri dan Aisyah melihat itu adalah tanda-tanda ajal baginda telah sampai. Namun sejam kemudian, baginda kembali membuka mata.

Aisyahlah yang menyaksikan dan menyampaikan kisah saat-saat akhir sebelum kewafatan insan mulia ini, kekasih Allah moga dilimpahi rahmatNya.

Setelah baginda sedar kembali, Aisyah mengingati Izrail telah berkata kepadanya: ‘Tidak seorang Nabi itu diambil nyawanya melainkan dia telah ditunjukkan tempatnya di syurga serta diberikan pilihan samada untuk hidup atau mati,’

‘Baginda tidak akan memilih untuk bersama kita,’ kata Aisyah pada dirinya. Kemudian Aisyah terdengar baginda berkata, ‘Demi pertemuan agung di syurga, demi hamba-hambanya yang dilimpahi rahmatNya, para Nabi, para syuhada’ dan orang-orang yang beriman….’ Dan sekali lagi beliau terdengar baginda berkata ‘ya Tuhanku, demi pertemuan agung di syurga…’ Inilah kata-kata terakhir baginda yang didengar oleh Saidatina Aisyah r.a. Sedikit demi sedikit, kepala Rasulullah semakin berat di pangkuan Aisyah, sehinggalah sahabat-sahabat yang lain mula menitiskan air mata. Lalu Aisyah meletakkan kepala Rasulullah di atas bantal dan turut serta menangisi permergian baginda.

Di lantai rumah Aisyah, berhampiran tempat pembaringan Rasulullah ketika baginda sedang nazak, sebuah kubur digali dan di situlah bersemadi jasad penutup segala Nabi, di kala umatnya sedang dalam kegelisahan dan kesedihan yang mendalam.

Aisyah hidup selama hampir lima puluh tahun setelah kewafatan Rasulullah s.a.w. Sepuluh tahun hidup beliau sebagai isteri Rasululluah. Sebahagian besar waktu itu diluangkan dengan mempelajari dua sumber penting petunjuk Allah, iaitu al-Quran dan sunnah Rasulullah. Tiga orang daripada isteri-isteri Rasulullah yang menghafaz al-Quran, dan salah seorang daripadanya adalah Aisyah r.a.(di samping Ummu Salamah dan Hafsah). Seperti Hafsah, Aisyah juga mempunyai salinan al-Quran yang ditulis setelah kewafatan Rasulullah.

Berkenaan dengan hadith baginda Rasulullah, Aisyah merupakan salah seorang daripada empat orang sahabat (termasuk Abu Hurairah, Abdullah ibn Umar dan Anas Ibn Malik) yang meriwayatkan lebih dua ribu hadith. Kebanyakan hadith-hadith ini berkaitan amalan-amalan peribadi Rasulullah yang hanya mampu diketahui oleh Aisyah r.a. Satu aspek penting berkenaan hadith yang diriwayatkan Aisyah ialah hadith-hadith tersebut disampaikan dalam bentuk tulisan oleh, antara lainnya, anak saudara beliau, Urwah ibn az-Zubair yang merupakan salah seorang ulama’ terkenal di kalangan tabi’in.

Ramai di kalangan sahabat Rasulullah dan pengikut-pengikut mereka yang menimba dari ilmu pengetahuan Aisyah r.a. Abu Musa al’Ashari pernah berkata: ‘Sekiranya kami di kalangan sahabat Rasulullah menghadapi kemusykilan, maka akan kami bawa kepada Saidatina Aisyah r.a.’

Urwah ibn az-Zubair menegaskan bahawa Aisyah bukan sahaja arif dalam bidang fiqh, bahkan juga dalam bidang tibb(perubatan) dan syair. Ramai di kalangan sahabat baginda Rasulullah turut merujuk kepada Aisyah berkenaan masalah pewarisan harta yang memerlukan kemahiran tinggi dalam bidang matematik. Para ulama menganggap Saidatina Aisyah sebagai salah seorang ahli fuqaha Islam terawal di samping Umar Ibn al-Khattab, Ali dan Abdullah ibn Abbas. Kata baginda Rasulullah tentang dalamnya pengetahuan Aisyah dalam Islam; ‘Pelajarilah sebahagian daripada agamamu dari al-Humaira’,’Al-Humaira, atau ‘si merah’ adalah nama panggilan Rasulullah kepada Saidatina Aisyah r.a.

Saidatina Aisyah r.a. bukan sahaja memiliki ketinggian ilmu pengetahuan, bahkan turut memainkan peranan penting dalam proses pendidikan dan pembentukan masyarakat ketika itu. Sebagai seorang guru, beliau memiliki lisan yang jelas dan menarik hati serta kelancaran bertutur kata beliau digambarkan dengan begitu tinggi oleh al-Ahnaf: ‘Aku pernah mendengar ucapan dari Abu Bakar dan Umar, dari Uthman dan Ali serta para khulafa’ hingga ke hari ini, tetapi belum pernah aku mendengar ucapan yang lebih indah dan lebih menarik hati dari mulut seorang pun melainkan Aisyah r.a.’

Manusia dari segenap pelusuk tanah Arab telah pergi menemui Aisyah untuk mempelajari ilmu yang dimilikinya. Dikatakan lebih ramai bilangan wanita daripada lelaki yang datang untuk menimba ilmu daripada beliau. Di samping menjelaskan kemusykilan orang ramai, beliau turut mengambil anak-anak kecil, ada di kalangan mereka yatim piatu, untuk dibesarkan dan dilatih di bawah bimbingannya sendiri. Di samping itu juga terdapat saudara-saudara beliau yang mendapat bimbingan yang sama. Dengan demikian, rumah Saidatina Aisyah r.a. dijadikan sekolah dan sebuah institusi pengajian.

Ada di kalangan anak-anak didikan Aisyah yang cemerlang di bawah pimpinan beliau. Sudah disebut sebelum ini tentang anak saudara lelaki beliau iaitu Urwah ibn az-Zubair sebagai salah seorang perawi hadith terkemuka. Di antara pelajar wanita didikan Aisyah ialah Umrah binti Abdur Rahman. Umrah dianggap oleh para ulama’ sebagai seorang perawi hadith yang thiqah dan dikatakan bertindak sebagai setiausaha Aisyah r.a dalam menerima dan menjawab surat-surat yang diterima Aisyah. Peranan Aisyah dalam menggerakkan proses pendidikan terutamanya bagi kaum wanita seharusnya dijadikan contoh ikutan.

Selepas Khadijah al-Kubra (yang hebat) dan Fatimah az-Zahra (yang menawan), Aisyah as-Siddiqah (yang membenarkan) dianggap sebagai wanita terbaik dalam Islam. Dari keteguhan peribadinya, beliau menjadi seorang pakar dalam setiap bidang pengetahuan, dalam masyarakat, politik bahkan peperangan. Beliau sering menyesali penglibatannya dalam peperangan namun dibarkahi dengan umur yang panjang berpeluang membetulkan kedudukannya sebagai wanita paling dihormati sewaktu hayatnya. Beliau kembali ke rahmatullah dalam bulan Ramadhan pada tahun kelima puluh lapan selepas Hijrah. Atas arahan beliau sendiri, jasadnya disemadikan di Jannat al-Baqi di Madinah al-Munawwarah, di kalangan sahabat baginda Rasulullah s.a.w.

Monday, June 20, 2011

فك نيل.....ايبو كيريم سلام


Assalamualaikum buat para pembaca dan penziarah blog Iman...
Semalam Iman melayari youtube kerana Iman tak boleh tidur kerana badan tak berapa nak sihat, rasa macam nak demam, tapi alhamdulillah Iman boleh bekerja seperti sediakala pada hari ini...
Dalam Iman melayari youtube tu, Iman ternampak 1 movie ni yang bertajuk 'PAK NIL IBU KIRIM SALAM''....

Kisah ini memaparkan seorang anak kepada imam yang mana dia sangat istimewa...
Ramlan yang cacat tapi, saat taat pada agama nya... Ramlan yang tinggal dengan ibu tirinya yang jahat. Selepas kematian ayahanda tercinta, keadaan Ramlan semakin teruk, ibu tirinya sering memukulnya.

Tapi, dengan nekad dan keinginannya untuk berjumpa dengan Aznil atau lebih di kenali dengan nama Pak Nil, Ramlan berusaha dan nekad keluar rumah seorang diri dengan berbekal sebuah gitar dan duit simpanan tabungnya....

Banyak dugaan dan ujian yang terpaksa di tempuhi oleh Ramlan semasa perjalanannya untuk berjumpa dengan pak Nil... Berjayakah Ramlan, seorang kanak-kanak istimewa itu berjumpa dengan pak Nil??????

Untuk cerita seterusnya dan pengakhirannya, silalah menonton.. kalau boleh vote lah, Iman nak bagi 1000% kat movie ni... Betul-betul menyentuh qalbi.... tak percaya????? Lihatlah dulu...

selamat menonton...


Saturday, June 18, 2011

Peringkat2 dosa

Dosa Peringkat Pertama..
Seseorang membuat dosa serta lambat menyesali perbuatannya atau pun lambat
bertaubat atas dosanya.... Ini adalah peringkat awal bagi orang yang membuat
dosa.. Jika seseorang itu berterusan membuat dosa pada peringkat pertama
ini, maka ia akan secara automatik akan naik kedosa peringkat kedua..

Dosa Peringkat Kedua...
Seseorang itu akan membuat dosa dan tidak merasai apa-apa diatas
perbuatannya... Peringkat ini amat bahaya kerana ianya adalah bibit bibit
permulaan yang boleh menggugurkan iman seseorang..

Dosa Peringkat Ketiga..
Seseorang itu membuat dosa dan merasa bangga dengan perbuatan dosanya....
Peringkat ini akan sampai kepada suatu situasi dimana orang yang membuat
dosa mula merasa sombong, bongkak dan riak Ucapannya juga akan membawa
kepada unsur MURTAD.. Contohnya ucapan, "Aku minum arak ni biasa
ajee..setakat sebotol tak mabuk lagi
. "Selepas peringkat ini seseorang itu
akan sampai ke peringkat keempat..

Dosa Peringkat Keempat..
Seseorang itu akan membuat dosa, bangga dengan perbuatannya dan mula
MEMANDANG HINA ATAS KEBAIKAN ATAU KEBAJIKAN... Pada peringkat ini orang
tersebut mula mencabar Al-Quran, Hadis & Sunnah kerana sifat sombong,
bongkak dan riak
sudah sepenuhnya menguasai diri..

Oleh itu hendaklah kita sentiasa berkira-kira tentang perbuatan kita setiap
hari dan cepat cepat bertaubat atas kesilapan atau perbuatan kita yang
berdosa dan masuklah kita di kalangan orang orang yang bertaqwa disisi
Allah..

Seseorang sahabat pernah bertanya kepada Rasullullah, "Wahai Rasulullah akan
adakah orang yang menyeru kearah kejahatan dan dosa setelah datangnya islam
yang lengkap ini." Rasullullah menjawab," Ia, memang akan ada pendakwah
neraka di akhir zaman setelah datang islam yang lengkap
." Sahabat bertanya,
"Wahai Rasulullah apa yang perlu aku lakukan sekiranya aku bertemu zaman itu
dan pendakwah neraka tersebut.
"Rasulullah menjawab, "Hendaklah kamu cari
ulama ulama benar (ulama pewaris nabi) dan berpeganglah kamu kepadanya dan
jangan sekali kali kamu lepas darinya."


Wallahualam...

Friday, June 17, 2011

Jom..Jom..Jom...P ramai2 jom..Jumpa di sana...di sana

Assalamu'alaykum,

Menemui peserta Mahabbah IPT Negeri Sembilan (MIN9) dan para muslimin dan muslimat yang dikasihi. Berikut adalah program untuk Sabtu 18 Jun 2010 :
A.     ATURCARA
11.30 pagi            : Ketibaan peserta dan pendaftaran
11.45 pagi            : Ta’aruf dan games
12.30 tghari         : Makan tengah hari  (potluck - peserta tak wajib bawa)
1.00 petang         : Bergerak ke Masjid Negeri untuk Solat Zohor
2.00 petang         : Bergerak ke Pejabat IKRAM Negeri Sembilan
2.30 petang         : Kata-kata aluan Pengerusi Majlis
                                  Pengenalan kepada IKRAM Negeri Sembilan
                                  Pengenalan kepada PEMUDA IKRAM Negeri Sembilan
3.30 petang         : Pengisian
4.30 petang         : Rehat/ Minum petang
5.00 petang         : Perjumpaan dengan naqib/naqibah
5.30 petang         : Penutup, Solat Asar 

Dilampirkan juga poster. Yuran adalah PERCUMA. Pengangkutan akan disediakan dari Perhentian bas Terminal One atau Stesen Komuter Seremban. Harap hubungi ukht Ain: 013-6246510 atau akh Amir: 0192649710 untuk pengangkutan.

Jumpa di sana nanti inshaallah.

Thursday, June 9, 2011

UNTUK ISTERI2 & BAKAL2 ISTERI !!!

"Isteri Islam contoh" hendaklah memberi semangat kepada suaminya supaya ia menjalankan kewajipan terhadap agamanya seperti beramal, berjihad dan berkorban. Janganlah ia menjadi penghalang kepada suami untuk melaksanakan ‘amal-’amal Islam.

"Mereka itu adalah pakaian bagi kamu dan kamu adalah pakaian bagi mereka (Perempuan)".
(Surah al-Baqarah: Ayat 187)


"Wanita-wanita yang saleh ialah yang ta‘at kepada Allah, lagi memelihara diri ketika ketiadaan suami dengan apa yang Allah peliharanya".
(Surah an-Nisa’: Ayat 34)


"Sesungguhnya orang-orang lelaki yang Islam serta orang-orang perempuan yang Islam, dan orang-orang lelaki yang beriman serta orang-orang perempuan yang beriman, dan orang-orang lelaki yang ta‘at serta orang-orang perempuan yang ta‘at, dan orang-orang lelaki yang benar serta orang perempuan yang benar, dan orang-orang lelaki yang sabar serta orang-orang perempuan yang sabar, dan orang-orang lelaki yang merendah diri (kepada Allah) serta orang-orang perempuan yang merendah diri (kepada Allah), dan orang-orang lelaki yang bersedekah serta orang-orang perempuan yang bersedekah dan orang-orang lelaki yang berpuasa serta orang-orang perempuan yang berpuasa, dan orang-orang lelaki yang memelihara kehormatan serta orang-orang perempuan yang memelihara kehormatannya, dan orang-orang lelaki yang menyebut nama Allah banyak-banyak serta orang-orang perempuan yang menyebut nama Allah banyak-banyak, Allah telah menyediakan bagi mereka semuanya keampunan dan pahala yang besar."
(Surah al-Ahzab: Ayat 35)



Peringkat-Peringkat Isteri Dalam Memberi Ketaatan dan Meminta Nafkah:



Isteri Siddiqin ;

Isteri yang tidak akan meminta apa-apa dari suaminya sekalipun yang perlu (dharuri). Apa yang disediakan suaminya, dia terima dengan penuh malu dan bersyukur. Kalau ada, adalah. Kalau tidak ada, dia bersabar. Tapi meminta tidak. Apatah lagi yang tidak perlu, kalau diberi pun dia tolak bahkan adakalanya yang perlu pun dia tolak dengan baik, dia lebih suka menolong suaminya. Itulah golongan yang bersifat orang yang Siddiqin. Golongan ini payah hendak dicari terutama di akhir zaman ini, macam hendak mencari belerang merah atau gagak putih. Ini adalah perempuan luar biasa.


Isteri Muqarrobin ;

Isteri yang tidak meminta dari suaminya kecuali yang perlu sahaja. Yang tidak perlu dia tidak akan memintanya bahkan kalau suaminya memberi yang tidak perlu dia tolak dengan baik. Tapi kalau yang diperlukan pun tidak ada, dia tetap sabar. Namun dia tidak akan mendesak suaminya. Dia tetap bersabar dengan keadaan itu. Itulah golongan Muqarrobin. Golongan ini juga susah hendak dicari di zaman kebendaan ini, di zaman orang memburu dunia, di zaman orang memandang dunia adalah segala-galanya.


Isteri Solehin ;

Isteri yang meminta kepada suaminya yang perlu dan juga sekali-sekala meminta juga yang tidak perlu seperti ingin sedikit kehidupan yang selesa sama ada dari segi makan minum, tempat tinggal, kenderaan. Namun kalau suaminya tidak memberi, dia tetap sabar dan tidak pula menjadi masalah. Itulah dia golongan orang yang soleh.


Isteri Fasik ;

Isteri yang selalu sahaja meminta-minta bukan sahaja yang perlu, yang tidak perlu pun dia suka meminta-minta juga. Kalau diberi pun tidak pernah puas-puas, tidak pernah rasa cukup, sudah mewah pun tidak rasa cukup. Kalau tidak diberi menjadi masalah, dia merungut-rungut, marah-marah,sakit hati, merajuk hingga menjadi masalah dalam rumah tangga. Inilah dia golongan yang fasik. Isteri ini selalu sahaja derhaka dengan suami,apatah lagi dengan Tuhan.


Model Muslimah Sejati Menurut perspektif Islam ;wanita adalah pelengkap kepada lelaki, sekali gus memelihara keseimbangan ciptaan Allah s.w.t. Malah Rasulullah s.a.w memartabatkan kaum wanita pada kaca mata Islam sebagai perhiasan dunia yang paling indah dan unik. Ini sebagaimana sabda Baginda bermaksud:
"Dunia ini penuh perhiasan dan perhiasan yang paling indah ialah wanita yang solehah."(Riwayat Muslim)


Hadis ini jelas menunjukkan betapa Islam memandang tinggi kedudukan wanita dalam kehidupan global. Jika ditelusuri dalam lembaran al-Quran, wanita digambarkan dengan tiga fungsi penting. 


Pertamanya, wanita dianggap sebagai fitnah dan musuh andainya dia tidak dididik dan diasuh serta dibentuk menurut acuan Islam. 

Keduanya, wanita juga ujian bagi seseorang lelaki dalam menerajui bahtera kehidupan ke arah kebahagiaan dan kesejahteraan hidup. 

Akhirnya, wanita adalah anugerah Ilahi yang istimewa kepada lelaki yang mendambakan kemesraan dan kebahagiaan hidup.

Sejarah Islam sebenarnya melahirkan ratusan personaliti wanita terbilang yang menjadi teladan kepada warga Muslimah dewasa ini. Mereka adalah wanita contoh yang menempa tinta emas yang mewarnai sejarah kegemilangan dan keunggulan Islam. Sehubungan itu, Baginda Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:
"Ada empat wanita mulia yang juga penghulu segala wanita di dunia; mereka itu ialah Asiah binti Muzahim, isteri Firaun; Maryam binti Imran, ibunda Isa; Khadijah binti Khuwailid, isteri Rasulullah saw dan Fatimah binti Muhammad, puteri kesayangan Baginda." (Riwayat Bukhari)


Asiah adalah simbol teladan bagi wanita beriman yang tetap mempertahankan keimanannya kepada Allah, meskipun hidup sebumbung bersama suaminya, Firaun yang tidak beriman kepada Allah. Maryam pula adalah simbol wanita dalam ibadahnya dan ketinggian darjat ketakwaannya kepada Allah serta mampu memelihara kesucian diri dan kehormatannya ketika mengabdikan dirinya kepada Allah.


Manakala Khadijah pula adalah simbol kepada isteri yang setia tanpa mengenal penat lelah mendampingi suaminya menegakkan panji-panji kebenaran Islam, berkorban jiwa raga dan segala harta bendanya serta rela menanggung pelbagai risiko dan cabaran dalam menyebarkan risalah Islam yang diamanahkan pada bahu Rasulullah.


Akhirnya, Fatimah pula adalah simbol pelbagai dimensi wanita yang solehah; anak yang soleh dan taat di hadapan ayahandanya; isteri yang setia dan taat di hadapan suaminya serta ibu yang bijaksana di hadapan putera puterinya. Dialah pemuka segala wanita dan juga seorang wanita mithali yang setiap detik kehidupan yang dilaluinya, sewajarnya dijadikan ikutan Muslimah. 


Demikianlah antara beberapa profil wanita Muslimah contoh yang mewarnai pentas kehidupan dengan ketenangan, kemesraan dan kesejahteraan hidup di dunia dan akhirat. Islam menganjurkan setiap Muslim yang bakal melangkah alam perkahwinan agar berhati-hati memilih calon isteri.


Kriteria calon isteri penting dalam kehidupan berkeluarga kerana ia adalah antara ciri kesolehan isteri yang dituntut Islam, di samping bakal menjamin kerukunan dan kebahagiaan rumah tangga. Dalam hal ini, Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya:
"Janganlah kamu nikahi wanita kerana kecantikannya, kelak kecantikannya itu akan membinasakannya; janganlah kamu nikahi wanita kerana hartanya, boleh jadi hartanya akan menyebabkan kederhakaanmu; sebaliknya nikahilah wanita yang beragama. Sesungguhnya wanita yang tidak berhidung dan tuli tetapi beragama, itu adalah lebih baik bagimu."(Riwayat Abdullah ibn Humaid)


Jelas di sini, bahawa aspek keagamaan dalam diri seseorang isteri adalah penentu hala tuju sesebuah rumah tangga yang dibina dan dibentuk. Ini kerana agamanya yang bertapak kukuh dalam jiwa sanubarinya, dia pasti akan taat kepada suaminya pada semua perkara yang tidak bertentangan dengan perintah Allah dan tidak mendatangkan mudarat kepadanya. Isteri yang solehah juga akan bersifat amanah terhadap harta benda suaminya, di samping menjaga maruahnya. Sewaktu ketiadaan suaminya, seorang isteri solehah memelihara dirinya dan maruahnya seperti tidak boleh keluar rumah tanpa izinnya, tidak boleh menerima tetamu yang tidak dikenali dan sebagainya.

Ketaatan dan sifat beramanah seorang isteri solehah ini banyak dipengaruhi oleh firman Allah yang bermaksud:
"...perempuan yang solehah mestilah taat dan memelihara kehormatan dirinya ketika ketiadaan suaminya dengan perlindungan Allah..."
(Surah an-Nisa: 34)


Malah isteri yang solehah ingatannya sentiasa segar dengan pesanan Baginda yang bermaksud:
"Jika seseorang wanita menunaikan solat lima waktu, berpuasa sebulan Ramadan, memelihara kehormatannya, mentaati suaminya, nescaya dia dapat masuk ke mana-mana saja pintu syurga menurut kehendaknya."(Riwayat Imam Ahmad)

Isteri solehah juga adalah isteri yang sentiasa menyempurnakan keperluan suaminya, di samping memelihara keredaannya pada setiap masa dan keadaan. Ini kerana keredaan suami adalah anak kunci utama yang melayakkannya menjadi penghuni syurga penuh kenikmatan.

Sabda Rasulullah bermaksud:
"Mana-mana isteri yang meninggal dunia, sedangkan suaminya reda kepadanya, nescaya isterinya akan masuk syurga." (Riwayat Al-Hakim dan Tirmizi)

Apa yang paling penting ialah isteri solehah adalah pendidik dan pengasuh terbaik kepada anaknya yang juga penyejuk hati ibu bapa dan saham akhirat yang pahalanya berkekalan, biarpun ibu bapanya lama meninggal dunia. Dengan agamanya itu, seseorang ibu akan mewariskan segala ilmu agamanya kepada anaknya agar mereka kelak akan menjadi anak soleh dan taat, bukan saja kepada ibu bapa, bahkan taat kepada Allah.


Agama inilah ramuan terbaik yang boleh melenturkan peribadi anak, perhiasan akhlak terpuji, mengisi minda dan hati anak dengan keimanan dan ketakwaan serta membimbing kehidupan ke arah keredaan Ilahi. Demikianlah betapa besarnya fungsi seorang wanita yang bertindak sekali gus sebagai isteri dan ibu solehah dalam sesebuah institusi keluarga. Justeru, Allah menganugerahkan ganjaran syurga bagi wanita solehah yang beriman dan benar-benar melaksanakan tanggungjawabnya sebagai seorang isteri dan ibu dalam kehidupan sehariannya.


Akhirnya, Rasulullah s.a.w pernah bersabda, maksudnya:
"Sebaik-baik wanita itu ialah wanita yang melahirkan anak, yang penyayang, yang memelihara kehormatannya, yang mulia pada kaca mata ahli keluarganya, yang menghormati suaminya, menghiaskan dirinya hanya untuk suaminya tercinta, memelihara diri daripada pandangan orang lain, yang mendengar kata-kata suaminya dan mentaati segala perintahnya. Apabila bersama suaminya, dia memberikan apa saja yang diperlukan suaminya dan dia tidak pula menolak ajakannya serta tidak merendah-rendahkan atau menghina kedudukan suaminya di hadapan orang lain." (Riwayat Al-Tausi)


_________________
Dunia ini umpama lautan yang luas.Kita adalah kapal yang belayar di lautan itu.Andainya muatan kita adalah iman dan layarnya taqwa, nescaya kita akan selamat dari tenggelam di lautan itu...


p/s : Tepuk Dada Tanya Diri, Isteri sebagaimana Yang Engkau Inginkan....
Membahagiakan Suami Mu Di Dunia & Mendapat Berkat Di Akhirat...