Monday, October 31, 2011

Sentuhan Peribadi Rumah Tangga Moden

Selalu kita dengar orang menyebut-nyebut tentang ‘air tangan’ ibu. Masakan hasil sentuhan tangan ibu lebih sedap dan berkat.

Walaupun ibu masak gitu-gitu saja, letak bahan ala kadar, tapi anak-anak dan suami makan berselera. Sedap macam mana pun makanan di luar, sedap lagi masakan ibu di rumah.

Sebab apa? Sebab ibu masak dengan hati dan perasaan. Ibu niatkan di hati untuk sediakan hidangan yang terbaik dari sentuhan tangannya sendiri buat anak-anak dan suami. Perasaan kasih dan sayangnya tertumpah di situ – sambil dia memotong sayur, menyiang ikan, menggoreng, menumis dan sebagainya.

Ini menunjukkan kerja-kerja mengurus rumah tangga melibatkan jalinan emosi dan tautan hati. Ia bukan sekadar kerja fizikal. Oleh itu, baik sebuah keluarga itu ada pembantu rumah atau tanpa pembantu, sentuhan peribadi seorang isteri atau ibu sangat diperlukan. Kalau pun ada pembantu, ada kerja-kerja tertentu yang lebih sesuai isteri sendiri buat.

Bagi seorang wanita yang sudah berkeluarga, sememangnya dia berkewajipan menyibukkan diri mengurus rumah tangga dan anak-anaknya dengan tangannya sendiri. Sabda Rasulullah s.a.w.: "… dan seorang isteri adalah pemimpin bagi rumah suami dan anak-anaknya, dan dia akan diminta pertanggungjawaban tentang mereka…"

(Riwayat Bukhari dan Muslim dari Abdullah bin Umar r.a.)

Dalam suasana ramai wanita keluar bekerja pada hari ini, trend menghantar anak-anak ke nurseri atau mengambil pembantu rumah sudah jadi lumrah. Namun begitu, kemudahan nurseri atau khidmat pembantu rumah tidak seharusnya menyebabkan hilangnya sentuhan peribadi seorang isteri atau ibu di rumah.

Walau sibuk membantu suami mencari nafkah keluarga atau memberi sumbangan fardu kifayah kepada masyarakat, sentuhan tangan isteri tetap perlu dalam kerja-kerja di rumah. Ini terutamanya dalam kerja memasak, menghidang makanan, melayan suami, mengurus anak-anak dan sebagainya iaitu kerja-kerja yang melibatkan emosi. Di situ saluran bagi isteri atau ibu menumpahkan perasaan keibuan atau kewanitaannya.

Banyak kerja pengurusan rumah tangga sebenarnya menjadi saluran menjalin hubungan emosi dan tautan hati dengan suami dan anak-anak. Ia bukan sekadar saluran khidmat isteri kepada suami. Ini bermakna ada kerja yang boleh diserah kepada pembantu rumah atau pengasuh anak-anak tetapi ada yang tidak.

Katalah seorang wanita itu terlalu sibuk untuk memasak sendiri. Ada pembantu boleh tolong masakkan. Tetapi paling kurang, waktu menghidang dan mencedok makanan ke pinggan suami, isteri sendiri turun tangan. Begitu juga dalam menghidang minuman untuk suami. Kerja-kerja mudah dan layanan kepada suami yang mungkin dipandang remeh ini sebenarnya menyumbang kepada suasana kasih sayang dan membuatkan suami rasa tenteram di rumah.

Firman Allah:

"Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri supaya kamu cenderung dan berasa tenteram kepadanya, dan dijadikan di antaramu rasa kasih dan sayang…"  (Ar-Rum: 21)

Kesan sentuhan tangan isteri dan ibu ini dapat dilihat pada perkara-perkara berikut:

1. Penyediaan makan minum sekeluarga

Oleh kerana isteri dan ibu tadi memasak "dengan hati dan perasaan", suami dan anak-anak dapat mencicip rasa kasih sayang yang ditumpahkan itu melalui hidangan yang dimakan. Di samping ada keberkatan pada makanan itu, ada kesan psikologi di sebaliknya. Ia membuatkan suami dan anak-anak semakin jatuh kasih pada isteri dan ibu mereka.

Lebih-lebih lagi jika sewaktu menyediakan makanan, sambil basuh beras atau menanak nasi, lidah isteri sentiasa basah dengan zikir dan selawat. Disertakan pula dengan niat untuk dapatkan keredhaan Allah, hidang makanan yang halal untuk keluarga, membahagiakan keluarga atau lain-lain niat yang murni. Pastilah bertambah keberkatannya.

Kesan ‘air tangan’ ibu akan lebih terasa bagi anak kecil yang disuapkan makanannya oleh ibu. Sesetengah ibu mengunyahkan makanan sebelum disuapkan ke mulut anak agar kasih sayangnya dapat berbaur sekali dengan air liurnya untuk dicicip oleh anak. Saya tidak pasti apakah ada bukti saintifik mengenai hubungkait air liur dengan jalinan kasih sayang ini tapi bukti pengalaman memang ada. Haiwan pun, misalnya kucing, jika diberi makan bekas kunyahan seseorang ia akan jatuh kasih pada orang itu.

2. Hidang minuman untuk suami

Waktu suami balik kerja, sedang duduk membaca di rumah atau baru selesai membersihkan halaman, siapa yang selalunya hidangkan air untuk suami? Perkara ini mungkin kecil tapi memberi kesan yang besar pada hubungan suami isteri. Tangan yang sering membawa hidangan minuman itu sebenarnya tempat tumpahnya kasih sayang suami. Jadi biarlah tangan itu milik isteri, bukan milik pembantu rumah.

3. Raikan suami dan anak-anak di muka pintu

Jika ini dilakukan, tidak timbul soal mengharapkan pembantu rumah untuk menutup pintu rumah atau pintu pagar selepas suami keluar bekerja atau anak-anak keluar ke sekolah. Isteri sendiri patut meraikan suami yang hendak keluar bekerja (jika isteri tidak bekerja). Anak-anak yang hendak melangkah keluar ke sekolah juga perlu diraikan di muka pintu oleh ibu mereka. Begitu juga sewaktu suami dan anak-anak balik. Cara ini akan memberi kesan psikologi yang amat mendalam di hati suami dan anak-anak.

Waktu Rasulullah s.a.w. balik dari Gua Hira’selepas menerima wahyu pertama, Sayidatina Khadijah r.ha menyambutnya di muka pintu. Dengan tangannya sendiri beliau menyelimutkan tubuh baginda dan menenangkan baginda. Dan pada paginya beliau keluar menemui sepupunya Warakah bin Naufal untuk menceritakan keadaan Rasulullah. Beliau tidak menghantar ‘posmen’ untuk menjemput Warakah datang walaupun beliau ada pembantu yang boleh disuruh untuk berbuat demikian. Sentuhan peribadi Khadijah ini sering mengusik kenangan Nabi s.a.w. lama selepas ketiadaannya.

4. Mandikan anak

Sentuhan lembut tangan ibu pada tubuh anak waktu dimandikan juga dapat mentautkan emosi ibu dan anak. Ada petua orang tua-tua yang menggalakkan ibu atau bapa membiarkan air mandiannya jatuh ke tubuh anak ketika mereka sama-sama mandi. Supaya anak jadi rapat dan mudah dengar kata.

5. Kejut anak bangun tidur

Mengejutkan anak untuk bangun Subuh adalah sebahagian dari agenda dalam pengurusan rumah tangga terutama bagi ibu bapa yang mempunyai anak di peringkat awal remaja. Waktu itu seorang ibu dapat memindahkan rasa sayangnya pada anak dengan memegang lembut sambil memicit-micit hujung kaki anak waktu mengejutkan mereka. Sentuhan tangan ibu yang dirasai oleh anak di permulaan hari pasti ada keberkatannya dan berbekas di hati anak. Terutama apabila dibisikkan sekali doa, zikir atau selawat di telinganya.

6. Penyediaan tempat tidur

Tempat tidur suami isteri sebaik-baiknya disediakan dan dikemas oleh isteri. Begitu juga tugas-tugas lain di bilik tidur suami isteri. Seboleh mungkin jangan diserahkan kepada pembantu rumah. Ia memerlukan sentuhan peribadi isteri kerana bilik tidur lazimnya menyimpan rahsia suami isteri. Di situ juga seharusnya tempat paling tenang, selesa dan ber‘privacy’ bagi suami isteri di dalam rumah selain dari ruang ibadah.

7. Menyelia kerja anak-anak

Anak-anak perlu dilibatkan dalam kerja pengurusan rumah tangga. Paling tidak kerja yang melibatkan keperluan mereka sendiri dan memenuhi keperluan ibu bapa sebagai khidmat bakti mereka. Ini memerlukan sentuhan peribadi seorang ibu dalam menyelia kerja anak-anak. Kadang-kadang ibu hanya perlu menunjuk ajar dan memantau dari dekat sambil anak-anak buat kerja seperti memasak, mencuci pakaian dan menyapu sampah. Dalam masa menunjuk ajar itu terjalin hubungan intim ibu-anak sambil anak dilatih berdikari dan berbakti. Sabda Nabi s.a.w.: "Semoga Allah memberikan kasih sayang kepada orang tua yang mendidik anaknya untuk berbakti kepada dirinya." (Riwayat Abu Asy-Syeikh)

Sering dikatakan bahawa "Tangan yang menghayun buaian mampu menggoncang dunia" dan "Di sebalik kejayaan seorang lelaki pasti ada wanita di belakangnya". Oleh itu jangan pandang kecil pada seorang suri rumah yang kerjanya setiap hari hanya mengurus rumah tangga.

Namanya mungkin tidak pernah disebut-sebut orang. Tetapi kejayaannya membereskan urusan-urusan rumah tangga melalui sentuhan peribadinya harus diberi penilaian yang tinggi. Kerana bermula dari suasana rumah tangga yang beres itu, dia mampu membentuk jiwa anak-anak yang cemerlang dan menjadi pendorong utama di belakang kejayaan suami di luar rumah.



Monday, October 24, 2011

Alhamdulillah d atas pertemuan ini

Bismillahi rahmani rahim....
Assalamualaikum wbt.... Salam 1 ummah kepada semua pembaca dan penziarah sekalian.... Da lama rasanya tak mengupdate blog ini, maaflah keadaan kesihatan dan ade kekangan lain yg menyebabkan penulisan ini terbekanglai sebentar :-)

Entry kali ni just nak berkongsi sedikit cerita dari pengalaman... Ramai yg mengatakan bahawa pengalaman mematangkan fikiran... Adakah anda semua setuju??? hehehee :-)
Bila d fikir-fikirkan balik....bermuhasabah diri sebentar, bila ada masalah dengan kawan, dengan diri, dengan kerja teringat kisah lama yg mana kadang-kadang buat diri tersenyum sorang diri...
Adakalanya ia membuatkan kita lupa masalah yg sedang hadapi dan tak lari jugak dengan menambah lagi masalah, kerana tidak dapat memaafkan diri kerana kesilapan yg lalu...

Iyelah, mahu tidak nya..masa dahulu kala saya berkawan dengan lelaki kerana kawan-kawan ada kawan lelaki... Tanpa mengira, berfikir panjang baik buruknya terus mengikut nafsu dan pengaruh rakan sebaya (PRS)....bukannya PRS program rakan sebaya ye :-)
Sehingga lah pada suatu hari telah d tinggalkan kerana belaku curang dan terkantoi... Pengalaman mematangkan fikiran...dan selepas kejadian itu, saya pun berlaku la setia pada yang satu, walaupun diri mengetahui latar belakang dia dan keluarga nya macam mana, tapi ati da sayang, teme la seadanya kan :-)

Sehingga suatu hari yang mana Allah memberi peringatan, pengajaran kpd ku, yang mana setiap pebuatan ade pembalasannya.. Sebelum ni saya yg curang, tapi selepas saya setia dia pula yg curang, yang mana saya pergi belajar ke kolej d kuala lumpur, dia memasang awek lain d kg...da la budak tu baru lower 6 (ting 6 rendah)..
Tapi, saya bersyukur krn Allah masih sayangkan ku kerana Allah beri pentujuk kepada saya... Semasa perjumpaan saya dengan keluarganya, perempuan itu mesej dan kantoi dengan saya yg mana mereka menggunakan panggilan abang sayang...dengan jiwa remaja ku, saya bertanya no siapa dan kenapa panggil abang dan sayang ni??? Tapi, ade ke orang nak mengaku bila da buat salah???? Dengan perasaan cemburu dan marah yang meluak-luak...melonjak-lonjak saya mengambil no tersebut...bila d hubungi ternyata perempuan dan bila d soal siasat rupanya mereka da lama berkapel....Hanya Allah yang tahu perasaan ku pd saat itu.... Selepas buat perbincangan dan saya pun tak sanggup nak tahan kesedihan dan menaggung kemurungan, saya pun mengambil keputusan untuk memutuskan perhubungan tersebut..walau pun payah tapi terpaksa...setelah hampir 3 tahun berkawan...akhirnya berakhir tanpa ikatan...

Tapi diri tak serik lagi...terus mencari dan mencari lelaki untuk d jadikan mangsa yg seterusnya...tapi tak d fikir kan lagi akibat dan kesan yang akan datang..akhirnya dapat la ape yg d kehendaki, yg d hajati...jumpa dengan sorang mamat ni d mirc, laman we chat...dr mirc ke ym dan dr ym ke hp...lama2 perasaan hanya kawan bertukar kepada labih dr kawan...teme kerana simpati..tapi itulah, bila kita lupa, leka dan alpa dengan amaran yg Allah da beri pd kita dulu, kita amik juga cara yg salah setelah tau jalan yang betul, akhirnya saya mendapat kekecewaan jugak. Yang mana, saya begitu setia padanya, tpi dirinya yg terlalu cemburu sehingga buatkan saya rasa terkongkong kerana d kongkong..nak balik kg tak boleh, d katanya pergi berjumpa dengan bekas pakwe...nak tinggal d hostel pun tak boleh, d katakan dok on9 dan chat dengan lelaki lain....sehingga bermacam-macam perkara telah d berikan padanya menunjukkan kesetiaan ku pd nya tp tetap tak percaya jugak, tak sampai setahun, akhirnya ia terputus d tengah jalan...Tapi peliknya selepas melepasi setahun, ia datang kembali pada ku...tapi d sebabkan kekecewaan dulu, membuatkan saya betul2 insaf dan sedar...tidak lagi bergantung pd lelaki malah lebih mencari cinta Allah...

Tapi, tak lama lepas tu, saya kalah jugak.... Tetiba pintu hati ini terketuk dan terbuka dengan seorang kenalan d my space... Akhirnya, dr ms ke ym dan ke hp....dalam ati kerinduan dan mencari kekuatan, saya bertemu dengan nya... Dari segi keluarga dan agama dan pelajaran, alhamdulillah tersangat la baik. Tapi tidak ada kesempurnaan dalam diri manusia...dia pun punya kelemahan dan kelemahan itu bermula dengan saya, menyebabkan kelemahan dan kekurangan yg ada padanya itu menjadi lebih parah dan membuatkan dia semakin agresif... Bila da dapat yang baik, saya plak yang tak pandai menghargai pemberian Allah itu dan mensia-siakan nya,.. Kerana kisah silam itu, saya menyamakan dia dengan yang lepas, memang panas dan tiada siapa yg sejuk nya kan :-)
Cuma nak puji sikit la....selama ku berkawan dengan lelaki, tidak pernah terdetik ingin ku temukan mereka dengan keluarga ku, bukan kerana tak serius tapi ketakutan melanda, bila mana mereka tidak dapat menerima keluarga ku yg serba kekurangan, d tambah lagi dengan ayah ku yang sedikit garang. Tapi, dia dengan rela ati offer diri untuk ikut saya balik ke kampung, dengan alasan nya takut nka ke stesen bas pudu raya seorang diri... dengan suara terketar-ketar, saya menelefon mak d kg dan memberi tahu beliau bahawa ada kawan ku nk ikut balik kg dan dia adalah lelaki..mak saya menerima kedatangan dengan baik la...dengan menjawab, datang je la...tapi layanan nya kurang...malu memang malu, tapi apakah daya ku...cuma untungnya dia datang time hari melemang dan arwah nenek ku masuh ada, nenek ku yang banyak bertanya dan berborak dengan beliau... Ada juga ibu ku berkata-kata, mana kawan ku? macam ni tak pandai bergaul dengan irang..akhirnya saya pun kejutkan la beliau...huhuuu...
dengan sifat dan sikap ku yg terlalu cemburu, dia rimas dan kami berpisah...tp ukhuwah saya dengan keluarga nya sangat erat sehingga la sekarang...

Selepas itu, pintu ati ini tertutup buat lelaki...hampir setahun jugak hati ini tak berminat untuk berkawan dengan mana-mana lelaki sehingga staff d tempat kerja ku rekmenkan kawannya pada sy...  Dan dr saat itu sehingga la sekarang hati ini telah d beri dan d serahkan kepada dia :-)

Cuma, dapat ku mengambil persamaan mereka 4 ini adalah, mereka lebih mengutamakan keluarga mereka. Walupun jahat, nakal, tapi keluarga tetap nombor 1.....
Suratan Allah yg telah d takdirkan buatku....pasrah dan redha...ada hikmah d sebaliknya... jujurnya, keluarga ku sempurna tp tak berkesan....mungkin dengan kehadiran mereka, dapat ku merasai kekuatan dan ukhuwah fillah sesama ahli keluarga itu... Terima kasih ya Allah....terima kasih...
ya Allah, aku berharap Kau bahagiakanlah mereka walaupun selepas pemergian ku... Kau berilah kepada mereka petunjuk Mu dan kurniakanlah hidayah Mu kepada mereka, agar mereka tidak terus leka dan sesat d atas muka bumi ini... amiin ya Rabb...

Wednesday, October 19, 2011

9 Siti patut dijadikan contoh

1) Siti Khadijah
- Beliau merupakan isteri Rasulullah s.a.w yg melahirkan anak2 Rasulullah, setia dan menyokong Rasulullah walaupun ditentang hebat oleh org2 kafir dan musyrik, menghantarkan makanan kpd Baginda ketika Baginda beribadat di Gua Hira'.

2) Siti Fatimah
- Anak Rasulullah yg tinggi budi pekertinya. Sangat kasih dan setia kpd suaminya Ali karamallahu wajhah walaupun Ali miskin. Tidur berkongsikan 1 bantal dan kdg2 berbantalkan lengan Ali. Rasulullah pernah b'kata aku takkan maafkan kamu wahai Fatimah sehinggalah Ali maafkan kamu.


3) Siti Aisyah
- Beliau isteri Rasulullah yg paling romantik. Sanggup berkongsi bekas makanan dan minuman dgn Rasulullah. Di mana Nabi s.a.w minum di situ beliau akan minum menggunakan bekas yg sama.


4) Siti Hajar
- Isteri Nabi Ibrahim yg patuh kpd suami dan suruhan Allah. Sanggup ditinggalkan oleh Nabi Ibrahim atas suruhan Allah demi kebaikan. Berjuang mencari air utk anaknya Nabi Ismail (Pengorbanan seorg ibu mithali).


5) Siti Mariam
- Wanita suci yg mmg pandai menjaga kehormatan diri dan mempunyai maruah yg tinggi sehingga rahimnya dipilih oh Allah s.w.t utk mengandungkan Nabi Isa.


6) Siti Asiah
- Isteri Firaun yg tinggi imannya dan tidak gentar dgn ujian yg dihadapinya drpd Firaun Laknatullah.

7) Siti Aminah
- Wanita mulia yg menjadi ibu kandung Rasullullah. Mendidik baginda menjadi insan mulia.


8) Siti Muti'ah
- Isteri yg patut dicontohi dan dijanjikan Allah syurga untuknya kerana setianya kpd suami, menjaga makan minum, menyediakan tongkat utk dipukul oleh suaminya sekiranya layanannya tidak memuaskan hati, berhias dgn cantik utk tatapan suaminya sahaja.


9 ) Siti Zubaidah
- Wanita kaya dermawan yg menjadi isteri Khalifah Harun Al-Rashid. Sanggup membelanjakan semua hartanya utk membina terusan utk kegunaan org ramai hanya niat kerana Allah s.w.t. 

* 9 Siti ini adalah petikan drpd kata2 Ustazah Siti Norbahyah Mahmood dlm rancangan Halaqah TV9 bertajuk 'SITI IMPIAN'. Adakah wanita kita tergolong antara Siti2 ini?


Friday, October 14, 2011

Sifat-sifat wanita dalam Islam

Assalamualaikum...Zaman sekarang ramai yang mempertikaikan wanita dengan perempuan, muslimah dengan wanita....  Alhamdulillah, ari ni saya dapat berkongsi sedikit sebanyak tentang sifat2 wanita @ muslimah dalam Islam...

Sebaik sahaja Islam muncul, pada saat kedudukan wanita dihinakan dan digadaikan bagai makanan, sejumlah wanita tampil ke permukaan sejarah, membela penghinaan ke atas diri mereka dan seterusnya tampil melebih kaum lelaki dalam berbagai bidang.

Islam datang untuk menghancurkan kezaliman dan memusnahkan kegelapan yang menyelimuti status wanita. Ia datang menghembuskan udara segar dan mengangkat harkat dirinya dari kehinaan menuju kemuliaan. Di dalam Islam, wanita harus dihormati sesuai dengan fitrahnya, kerana dialah yang memikul tugas untuk melahirkan dan mendidik sebagaimana digambarkan Rasulullah menerusi sabdanya yang bermaksud :
" Bagi wanita-wanita yang memelihara dirinya dan mentaati suaminya, segala makhluk, burung yang terbang, ikan dilaut, malaikat dilangit, matahari dan bulan, dan lain-lain memohon keampunan Allah untuknya". ( Al Hadis).

Allah menjadikan manusia lelaki dan wanita dalam sebaik-baik bentuk dan rupa. Kejadian manusia merupakan kejadian ciptaan Allah yang termulia daripada kejadian-kejadian yang lain. Di dalam lingkungan"mulia" ini Allah tidak membezakan makhlukNya terutama sekali di dalam hak-hak asasi seorang insan. Firman Allah yang bermaksud :"Sesungguhnya orang yang paling mulia di sisi Allah ialah orang yang paling brtaqwa daripada kamu". ( Al Hujarat : 13)

Di sini boleh disimpulkan bahawa kesimpulan seseorang di sisi Allah tidak didasarkan kepada warna kulit, hitam atau putih, bangsa seseorang insan, Arab atau Ajam juga tidak pada jantina lelaki atau perempuan. Tafsiran ini berasaskan sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud : "Tidak ada kelebihan orang Arab di atas orang Ajam (bukan Arab) dan tidak ada kelebihan orang yang putih ke atas orang yang hitam kecuali hanya taqwa".
Rasulullah s.a.w seterusnya meletakkan wanita sebagai saudara kepada lelaki melalui sabdanya yang bermaksud : "Bahawasanya wanita adalah saudara lelaki"Kedudukan wanitadi dalam Islam tidak dapat ditandingi oleh mana-mana sistem, budaya dan peradaban. Islam memberi hak kemanusiaan kepada wanita dalam kehidupan dunia dan akhirat. Wanita diberi kebebasan dalam mewarnakan hidup mereka berasaskan ajaran Islam yang diwahyukan kepada Rasulullah s.a.w.

Wanita diberi hak belajar dan mengajar dalam apa sahaja bidang ilmu pengetahuan. Wanita diberi hak bersuara dalam pembentukan masyarakat, sama ada masyarkat kecil di rumahnya sebagai anak, isteri dan ibu atau masyarakat yang lebih luas, di luar lingkungan rumah tangga hinggalah ke peringkat negara dan negeri.

Wanita dibenarkan bekerja dalam bidang-bidang pekerjaan yang tidak melanggar hukum dan etika Islam. Mereka boleh menjalankan urusan kewangan mereka sendiri, mentadbir perniagaan,menjadi pakar-pakar perubatan, ahli akademik, usahawan dan menceburi bidang pekerjaan yang sesuai dan munasabah dengan keperibadian dan kejadian wanita.