Friday, October 14, 2011
Sifat-sifat wanita dalam Islam
Assalamualaikum...Zaman sekarang ramai yang mempertikaikan wanita dengan perempuan, muslimah dengan wanita.... Alhamdulillah, ari ni saya dapat berkongsi sedikit sebanyak tentang sifat2 wanita @ muslimah dalam Islam...
Sebaik sahaja Islam muncul, pada saat kedudukan wanita dihinakan dan digadaikan bagai makanan, sejumlah wanita tampil ke permukaan sejarah, membela penghinaan ke atas diri mereka dan seterusnya tampil melebih kaum lelaki dalam berbagai bidang.
Islam datang untuk menghancurkan kezaliman dan memusnahkan kegelapan yang menyelimuti status wanita. Ia datang menghembuskan udara segar dan mengangkat harkat dirinya dari kehinaan menuju kemuliaan. Di dalam Islam, wanita harus dihormati sesuai dengan fitrahnya, kerana dialah yang memikul tugas untuk melahirkan dan mendidik sebagaimana digambarkan Rasulullah menerusi sabdanya yang bermaksud :
" Bagi wanita-wanita yang memelihara dirinya dan mentaati suaminya, segala makhluk, burung yang terbang, ikan dilaut, malaikat dilangit, matahari dan bulan, dan lain-lain memohon keampunan Allah untuknya". ( Al Hadis).
Allah menjadikan manusia lelaki dan wanita dalam sebaik-baik bentuk dan rupa. Kejadian manusia merupakan kejadian ciptaan Allah yang termulia daripada kejadian-kejadian yang lain. Di dalam lingkungan"mulia" ini Allah tidak membezakan makhlukNya terutama sekali di dalam hak-hak asasi seorang insan. Firman Allah yang bermaksud :"Sesungguhnya orang yang paling mulia di sisi Allah ialah orang yang paling brtaqwa daripada kamu". ( Al Hujarat : 13)
Di sini boleh disimpulkan bahawa kesimpulan seseorang di sisi Allah tidak didasarkan kepada warna kulit, hitam atau putih, bangsa seseorang insan, Arab atau Ajam juga tidak pada jantina lelaki atau perempuan. Tafsiran ini berasaskan sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud : "Tidak ada kelebihan orang Arab di atas orang Ajam (bukan Arab) dan tidak ada kelebihan orang yang putih ke atas orang yang hitam kecuali hanya taqwa".
Rasulullah s.a.w seterusnya meletakkan wanita sebagai saudara kepada lelaki melalui sabdanya yang bermaksud : "Bahawasanya wanita adalah saudara lelaki". Kedudukan wanitadi dalam Islam tidak dapat ditandingi oleh mana-mana sistem, budaya dan peradaban. Islam memberi hak kemanusiaan kepada wanita dalam kehidupan dunia dan akhirat. Wanita diberi kebebasan dalam mewarnakan hidup mereka berasaskan ajaran Islam yang diwahyukan kepada Rasulullah s.a.w.
Wanita diberi hak belajar dan mengajar dalam apa sahaja bidang ilmu pengetahuan. Wanita diberi hak bersuara dalam pembentukan masyarakat, sama ada masyarkat kecil di rumahnya sebagai anak, isteri dan ibu atau masyarakat yang lebih luas, di luar lingkungan rumah tangga hinggalah ke peringkat negara dan negeri.
Wanita dibenarkan bekerja dalam bidang-bidang pekerjaan yang tidak melanggar hukum dan etika Islam. Mereka boleh menjalankan urusan kewangan mereka sendiri, mentadbir perniagaan,menjadi pakar-pakar perubatan, ahli akademik, usahawan dan menceburi bidang pekerjaan yang sesuai dan munasabah dengan keperibadian dan kejadian wanita.
Posted by
Iman
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
apakah ciri2 yg ade pd seorang wanita yg perlu di ketahui si lelaki..contoh yg saya tahu...dr segi paras rupa,dari imannye,dari auratnye...lagi dari segi ape...boleh sesiapa tlg huraikan?
ReplyDelete