Saturday, November 26, 2011

Aurat kita :-)

Assalamualaikum wbt kepada pembaca dan penziarah blog ana... Alhamdulillah, pada malam ini Allah memberi izin Nya kepada ana untuk mengupdate blog ini dengan entry tentang aurat lelaki... Aurat lelaki yang wajib ditutupnya daripada pandangan seorang lelaki lain ialah bahagian tubuh badan antara pusat dan lututnya. Ini bererti bahawa seorang lelaki tidak diharuskan melihat aurat lelaki lain pada bahagian yang terletak antara pusat dan lututnya. 

Hukum ini dipersetujui oleh jumhur ulamak berdasarkan kepada beberapa buah Hadis Sahih, antaranya sebagaimana yang diriwayatkan oleh Abu Ayyub r.a bermaksud: 
Bahagian anggota yang terletak di atas dua lutut adalah termasuk aurat dan bahagian anggota yang terletak di bawah pusat adalah aurat juga. 

Amru bin Shuib pula meriwayatkan daripada bapanya daripada datuknya bahawa baginda Rasulullah s.a.w bersamda maksudnya: 
Apabila salah seorang di antara kamu mengahwinkan hamba wanitanya dengan hamba lelakinya ataupun orang upahannya maka dia (iaitu hamba wanitanya) dilarang sama sekali melihat auratnya kerana apa sahaja (bahagian anggota) yang terletak di bawah pusatnya hingga kepada dua lututnya adalah auratnya. 

Selanjutnya Rasulullah s.a.w juga melarang melihat aurat itu sebagaimana sabda baginda bermaksud: 
Seorang lelaki dilarang melihat aurat lelaki lain dan juga seorang wanita dilarang melihat aurat seorang wanita lain. 

Hanya Imam Malik yang bercanggah pendapat dengan mengatakan bahawa paha bukanlah aurat. Bagaimanapun, 
terdapat beberapa dalil yang mengukuhkan pendapat 
jumhur ulamak di antaranya: 

Sebuah Hadis riwayat Jurhud al-Aslami, beliau berkata bahawa suatu ketika Rasulullah s.a.w telah duduk bersama-sama kami, pada saat itu paha saya terdedah, lalu baginda bertanya saya: Apakah tidak kamu tahu bahawa paha itu aurat? 

Diriwayatkan juga bahawa baginda s.a.w telah bersabda kepada Ali r.a : 
Janganlah kamu dedahkan paha kamu dan jangan pula kamu melihat paha orang lain sama ada yang masih hidup ataupun yang sudah mati. 

Malah Rasulullah s.a.w juga melarang kita mendedahkan aurat biarpun ketika bersendirian sebagaimana sabda baginda bermaksud : 
Jauhilah daripada perbuatan berbogel, sesungguhnya ada bersama-sama kamu orang yang tidak berpisah denganmu, kecuali ketika membuang air (besar dan kecil) dan ketika seseorang lelaki itu bersetubuh dengan isterinya.


¤ Agar Aku Layak Untukmu ¤

Ketika aku menginginkan seorang yang mencintai aku dengan tulus,
seorang yang menerima aku dengan segala kekurangan,
seorang yang boleh menghargai perasaan aku,
seorang yang menjaga cinta aku.
sebenarnya, semua itu adalah soalan untuk aku sendiri.

Bolehkah aku menjadi orang yang seperti aku harapkan??
Jika tidak, maka aku tak layak mengharapkan orang yang baik seperti yang aku inginkan.

Untuk kekasihku nanti ..
Aku akan menjadi orang yang engkau harapkan,
sehingga aku layak menerima cintamu yang tulus.
Aku akan menghargai perasaanmu,
sehingga aku layak untuk kau hargai.

Aku tak meminta kau baik terhadapku, sebelum aku boleh menjadi orang yang baik untukmu.
Sungguh aku tak adil jika mengharapkan kau baik untukku.
Tetapi aku sendiri belum menjadi baik untukmu. 



Saturday, November 5, 2011

....2 kali raya.....

AAssalamualaikum wbt. Firstly,saya nk ucapkan selamat menyambut ari raya aidiladha,.. Aidilfitri dan aidil adha tahun ni sambutannya kurang meriah dari tahun2 yg lepas...tahun ni raya tanpa nenek, dgn ketiadaan nenek maka tiada jugak kegembiraan, keriuhan dan keramaian.,tiada lagi bebelan tok buat kueh dodol, cari buluh lemang dan membakar lemang...2 kali raya ni jugak la, mak dan abah buat lemang,buat dodol...tetibe semasa bakar lemang tok sambutan aidil adha, mak dan abah bercerita tentang menantu dan cucu..terkejut dan malu jugak d buatnya tadi..Sempat lagi bergurau senda yg mana bila da ada menantu nanti,boleh la tol0ng bakar lemang same2 dan gaduh same2 hehehe..saya hanya mampu tersenyum sahaja..walaupun ati d landa kerinduan pada arwah nenek., raya ni atok tak balik umah,dia beraya d madrasah nya,kerana ada majlis k0rban..Pengakhiran tulisan saya pd malam ini, ucapan selamat aidil adha buat muslimin dan muslimat sekalian..dan kepada pasangan ku,yg ku tunggu dia datang kepada ku, mengkhitbah ku, sebagai isterinya harap bersedialah tok membakar lemang ye.. :-)

Thursday, November 3, 2011

Saat itu...... ^_^

Assalamualaikum wbt....
Alhamdulillah, Allah masih beri peluang pada diri ini untuk menulis d blog ini.... Berkongsi sedikit sebanyak pengalaman dan ilmu yang boleh d kongsi hehhee................

Nama d panggil no.4.... No. 4 telah pergi melawat kawan no.4 kat sebuah hospital ini, d khabarkan kawan no.4 ni kena strok pada petang jumaat yang lalu... Jadi, no.4 berkesempatan melawatnya pada hari ahad. No.4 melawat kawan no.4 tu dengan seorang teman.....

Nak d jadikan cerita, pas no. 4 melawat kawan no.4 tu, no 4 pun minta diri untuk pulang, kerana jauh lagi perjalanan no.4... No. 4 nak hantar teman no.4 tu pulang ke umah nya, pastu no.4 nak pergi ke rumah kawan no.4 pula d Jelai... Dalam perjalanan pulang dri hospital ke rumah teman no.4 tu, tetiba perut no.4 sakit sangat2... Sakitnya menyucunyusuk d perut  no.4.... sehinggalah suatu saat, no.4 dah tak tahan lagi dah menahan kesakitan itu, lalu no.4 pun menangis keesak-eskan kerana tak tahan sakit yang teramat sangat. Tersedu sedan no.4 d buatnya.

No.4 tak sangka, teman no.4 tu begitu baik dan prihatin. Sambil dia drive, dia mengusap-ngusap kepala no.4 sambil memujuk no.4 agar berhenti menangis..tapi kesakitan perut no.4 makin menjadi-jadi... Menyusuknya bagai tertijak kaca dan duri... no.4 terasa bahagia, tapi sakitnya menyebabkan no.4 terus menangis.... Apa lagi teringatkan ibu dan bapa d kampung. Sebelum ini, ibu dan bapa ku yang mnejaga ku ketika sakit.

No. 4 terus menangis dan memanggil ibu dan bapa no.4..... Menangis menanggung kesakitan menangis kerinduan....teringat kat ibu dan bapa yang mana bila no.4 sakit bapa no.4 suapkan nasi kalau no.4 tak mahu makan.. No.4 memang selalu kena sakit perut, kerana no.4 suka makan pedas, masam, air gas, tomyam...
No.4 selalu minta mak masakkan tomyam, sambal belimbing..memang sedap kerana pedasnya....
akhirnya, no.4 selalu sakit2 perut sehinggakan bapa no.4 memarahi ibu dan pesan pada ibu supaya jangan masak tomyam lagi buatku....

Tapi, kini semuanya da tiada....no.4 pun da besar...da boleh jadi ibu pun....Terima kasih kepada teman ku kerana memanjakan ku pada malam itu... Cuma ingin no.4 katakan. diri ini merindui dirimu malam itu.... Diri ini sanggup mengikat perut asalkan tidak menyusahkanmu....Diri ini tidak ingin menyusahkan mu, diri ini tidak mahu dirimu menganggap diri ini mahu harta mu, duit mu...Biarlah diri ini mencari sendiri, tapi diri ini tidak sesekali meminta dari mu... Bukan kerana sombong, bukan kerana berlagak, tapi diri ini tidak suka meminta-minta..melainkan pada ibu dan ayah sahaja...

* ************* ******** I LUV U**************CIK DSA**************

Siapa diri ini???

Aku hanya manusia biasa,
yang punya perasaan,
untuk di kasihi mengasihi,
d sayangi menyanyangi,
di cintai dan menyintai....

Tapi mengapa begini jadinya????
puas ku cuba nafikan kata-kata mereka...
Puas ku cuba lupakan ape yg mereka beritahu tentang mu pada ku...
tapi kenapa begini jadi nya...
kenapa begini akhirnya....

Adakah memang aku tidak pernah berubah???
Adakah memang aku tidak layak untuk memiliki perasaan ini????
Adakah aku tidak mampu memiliki cinta nya kerana aku seorang wanita yg lemah....
yang dahagakan kasih sayang itu....


Ya Allah, maafkan hamba Mu ini..
terlalu banyak dosa yg telah ku lakukan tanpa sedari dan sedar....
inilah balasannya buat ku...
terima kasih ya Allah kerana Kau masih sayang pada ku...
dengan memberi ujian ini sebagai peringatan buat ku....