Thursday, April 28, 2011

Dalam Mihrab Cinta


Kisah di mana seorang pemuda pesantren yang bernama Shamsul Hadi telah di fitnah oleh kawan baiknya Borhan, di tuduh maling (mencuri) duit pelajar pesantren...

Shamsul hadi telah di belasah dan di penjarakan di pesantren dan telah do gondongkan (di botakkan) kepalanya. Selepas itu, beliau telah di buang penjara....

Ape yang terjadinya pada Shamsul setelah keluar dari pesantren???? Saksikanlah....
selamat menonton dan mengambil tauladan dari kisah ini....

AIR MATA PENGANTIN BARU

Kak Nur & suaminya akhi Azri


Hatiku bercampur baur antara kegembiraan, kesedihan dan kehibaan. Terlalu sukar untuk kugambarkan perasaan hatiku tatkala ini. Sanak saudara duduk mengelilingiku sambil memerhatikan gerak geri seorang lelaki yang berhadapan dengan bapaku serta tuan imam.

Hari ini adalah hari yang cukup bermakna bagi diriku. Aku akan diijab kabulkan dengan seorang lelaki yang tidak pernak kukenali pilihan keluarga. Aku pasrah.
Semoga dengan pilihan keluarga ini beserta dengan rahmat Tuhan. Bakal suamiku itu kelihatan tenang mengadap bapaku, bakal bapa mentuanya. Mereka berkata sesuatu yang aku tidak dapat mendengar butir bicaranya. Kemudian beberapa orang mengangguk-angguk. Serentak dengan itu, para hadirin mengangkat tangan mengaminkan doa yang dibacakan lelaki itu.
“Ana dah jadi isteri”! Bisik sepupuku sewaktu aku menadah tangan. Tidak semena-mena beberapa titis air mata gugur keribaanku. Terselit juga hiba walaupun aku amat gembira. Hiba oleh kerana aku sudah menjadi tanggungjawab suamiku. Keluarga sudah melepaskan tanggungjawab mereka kepada suamiku tatkala ijab kabul.

Ya Allah! Bahagiakanlah hidup kami. Kurniakanlah kami zuriat-zuriat yang menjadi cahaya mata dan penyeri hidup kami nanti.Doaku perlahan.
Aku bertafakur sejenak. Memikirkan statusku sekarang. Aku suadh bergelar isteri. Sudah tentu banyak tanggungjawab yang perlu aku tunaikan pada suamiku dan pada keluarga yang aku dan suamiku bina nanti.
Mampukah aku memikul tanggungjawab ini nanti.Tiba-tiba sahaja soalan itu berdetik di hati.
Kadang-kadang aku rasakan seolah-olah aku tidak dapat melaksanakan tanggungjawab seorang isteri terhadap suami.
“Assalamualaikum”! Sapa suatu suara yang mematikan tafakur tadi. Baru aku perasan, seorang lelaki berdiri betul-betul di hadapanku. Aku masih tidak mampu untuk mendongak, melihat wajahnya itu. Aku berteleku melihat kakinya.
Sanak saudara yang tadi bersama-samaku, kini membukakan ruang buat lelaki itu mendekatiku. Aku tambah gementar bila dibiarkan sendirian begini. Tanpa kusangka, dia duduk menghadapku.
“Sayang”..Serunya perlahan. Suaranya itu seolah membelai dan memujuk jiwaku supaya melihat wajahnya.
Aku memaksa diriku untuk mengangkat muka, melihat wajahnya. Perlahan-lahan dia mencapai tangan kiriku, lalu disarungkan sebentuk cincin emas bertatahkan zamrud kejari manisku.
“Abang”.. Seruku perlahan sambil bersalam dan mencium tangan lelaki itu yang telah sah menjadi suamiku.
“Ana serahkan diri Ana dan seluruh kehidupan Ana kepangkuan abang. Ana harap, abang akan terima Ana seadanya ini seikhlas hati abang”..Bisikku perlahan.”Kita akan sama-sama melayari hidup ini dan akan kita bina keluarga yang bahagia”.Janjinya padaku.
Itulah kali pertama aku menemui suamiku itu. Aku tidak pernah melihatnya selain daripada sekeping foto yang telah diberikan emak kepadaku.
Kenduri perkahwinan kami diadakan secara sederhana sahaja. Namun meriah dengan kehadiran sanak saudara terdekat dan sahabat handai yang rapat. Senang sikit, tak payah berpenat lelah. Sibuk juga aku dan suamiku melayani para tetamu yang hadir ke majlis itu.
Ramai juga teman-teman suamiku yang datang. Mereka mengucapkan tahniah buat kami berdua. Tak sangka, suamiku punyai ramai kawan. Katanya, kawan-kawan sejak dari universiti lagi.
Pada pandanganku, suamiku itu memang seorang yang segak. Berbaju melayu putih sepasang serta bersampin. Aku juga memakai baju pengantin putih. Kami dah berpakat begitu.
Aku selalu berdoa pada Tuhan agar Dia kurniakan padaku seorang suami yang dapat membimbing dan menunjukkan aku jalan ketuhanan. Mengasihi aku sebagai seorang isteri. Tidak kuminta harta mahupun pangkat, cukuplah sekadar aku bahagia bersamanya dan dia juga bahagia denganku. Aku juga sering berdoa agar dikurniakan zuriat yang dapat membahagiakan kami.
“Ana, ada perkara penting yang mak dan ayah nak bincangkan dengan Ana”.Ayah memulakan mukadimah bicaranya di suatu petang sewaktu kami minum petang di halaman rumah. Mak hanya diam memerhatikan aku, membiarkan ayah yang memulkan bicaranya.
“Apa dia ayah, mak? Macam penting je”Soalku tanpa menaruh sebarang syak wasangka.
“Sebenarnya, kami telah menerima satu pinangan bagi pihak Ana”.

“Apa!!!”
Pengkhabaran begitu membuatkan aku benar-benar terkejut. Aku masih belum berfikir untuk mendirikan rumah tangga dalam usia begini. Aku mahu mengejar cita-citaku terlebih dahulu. Aku tidak mahu terikat dengan sebarang tanggungjawab sebagai seorang isteri.
”Kenapa ayah dan mak tak bincang dengan Ana dulu?”
 Soalku agak kecewa dengan keputusan mak dan ayah yang membelakangi aku. Sepatutnya mereka berbincang denganku terlebih dulu sebelum membuat sebarang keputusan yang bakal mencorakkan masa depanku.
“Kami tahu apa jawapan yang akan Ana berikan sekiranya kami membincangkan perkara ini dengan Ana. Pastinya Ana akan mengatakan bahawa Ana masih belum bersedia. Sampai bilakah Ana akan berterusan begitu?”Ayah mengemukakan alasannya bertindak demikian.
“Sebagai orang tua, kami amat berharap agar anak kesayangan kami akan mendapat seorang suami yang boleh melindungi dan membimbing Ana”. Ujar mak setelah sekian lama membisu.
“Apakah Ana fikir mak dan ayah akan duduk senang melihat anak gadisnya berterusan hidup sendirian tanpa penjagaan dari seorang suami? Kami bukan nak lepaskan tanggungjawab kami sebagai orang tua, tapi itulah tanggungjawab orang tua mencarikan seorang suami yang baik untuk anak gadisnya.”Terang ayah lagi.
“Ana..”
 Seru ayah setelah dia melihat aku mendiamkan diri, menahan rasa.
“Percayalah, kami membuat keputusan ini adalah untuk kebaikan Ana sebab kami terlalu sayangkan Ana.”
“Ini cincinnya, pakailah.”
 Mak meletakkan satu kotak kecil berbaldu di hadapanku. Perasaanku berbaur. Macam-macam yang datang. Berbelah bagi. Apa yang patut aku lakukan sekarang. Sekiranya aku menerima dan bersetuju dengan keputusan mak dan ayah itu, bermakna aku telah membiarkan cita-citaku semakin kabur dan berbalam di hadapan. Namun kiranya aku menolak, bermakna aku telah melukakan hati kedua-dua orang tuaku itu. Orang tua yang telah banyak berjasa dalam hidupku. Tanpa mereka berdua, aku takkan hadir dan mustahil untuk melihat dunia ini.
“Ahhhhgggg”
Keluhku sendirian. Aku dalam dilema. Yang manakah patut aku utamakan? Perasaan sendiri atau perasaan dan harapan mak dan ayah. Aku selalu tewas bila melibatkan perasaan mak dan ayah. Aku terlalu takut untuk melukakan hati mereka. Aku takut hidupku nanti tidak diberkati Tuhan.
Azan maghrib yang berkumandang mengejutkan aku dari lamunan. Dah masuk waktu maghrib rupanya. Masih banyak lagi barang-barang yang belum dikemaskan. Penat juga nak kemaskan semua ni.
“Nanti kite kemas lepas ni. Mari solat maghrib dulu.” Ujar ayah padaku.
Adik-adik sibuk bentangkan tikar dan sejadah di ruang solat. Begitulah selalunya apabila kami berkumpul. Solat berjemaah adalah saru agenda yang tidak boleh dilupakan.
Semua orang telah siap sedia menunggu sewaktu aku keluar dari berwudhuk di bilik air. Aku cepat-cepat mengenakan telekung dan memasuki saf bersama emak, kakak dan adik.
Selesai je iqamah, ayah memberikan penghormatan kepada suamiku untuk menjadi imam. Dia kelihatan serba salah dengan permintaan ayah itu. Dia merenung ke arahku. Aku hanya mengangguk sebagai isyarat supaya dia memenuhi permintaan ayah itu. Maka dengan tenang, dia mengangkat takbir. Menjadi imam solat maghrib kami pada malam itu.
Betapa hatiku tenang sekali menjadi makmumnya. Dengan bacaan yang jelas dan merdu itu membuatkan aku berasa kagum dengan suamiku itu. Mungkin tepat pilihan ayah dan mak buatku. Bacaannya lancar lagi fasih. Bagaikan seorang arab yang menjadi imam.
“Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami terlupa atau tersilap. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau bebankan kami dengan bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Jangan Engkau pikulkan kepada kami apa-apa yang tidak terdaya kami memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami serta ampunkanlah dosa kami dan berilah rahmat kepada kami.
Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kami daripada isteri dan suami serta zuriat keturunan yang boleh menjadi cahaya mata buat kami dan jadikanlah kami daripada golongan orang-orang yang muttaqin.”
Dia membaca doa dengan khusyuk memohon kepada Tuhan setelah selesai solat. Kami bersalaman. aku mendekati suamiku sambil menghulurkan tangan.
“Bang, maafkan Ana! Bisikku perlahan sewaktu mencium tangannya. Dia kemudiannya mengucupi dahiku sebagai tanda kasih yang tulus.
“Sayang tak ada apa-apa salah dengan abang”.Ujarnya sambil tersenyum merenung wajahku.
Selepas berwirid dan berzikir, dia bangun menuju ke halaman rumah.
“Abang nak kemana tu?”
Soalku.
“Nak kemaskan barang-barang kat bawah tu.
Ada sikit lagi.”Jawabnya.
“Dah la tu. Rehat jelah. Esok kita boleh sambung lagi.”Aku kesian melihatnya, keletihan.
“Betul kata Ana tu Zul. Sambung esok sajalah.” Sampuk ayah yang tiba-tiba mendengar perbualan kami. Emak pun mengangguk menyetujui sarananku itu.
“Takpelah ayah, Ana. Sikit aje tu. Kejap je saya buatnya.” Dia masih berkeras sambil berlalu turun ke halaman rumah untuk mengemas beberapa peralatan yang masih lagi berada di bawah khemah.
Aku menukar pakaian, kemudian keluar membantu suamiku mengemas barang-barang di halaman rumah. Dia kelihatan asyik tanpa menyedari kehadiranku. Semua barang-barang telah dikemasnya. Aku mencapai kain pengelap dan mula mengelap meja.
“Bila Ana turun?”
 Soalnya apabila menyedari aku sedang mengelap meja.
“Baru aje. Asyik sangat abang buat kerja sampai tak sedar Ana datang.”

“Maafkan abang sayang.” Dia menghampiriku.
“Sayang tak marahkan? Soalnya lagi sambil memeluk pinggangku erat.
Aku merenungnya, kemudian mengeleng-ngeleng sebagai tanda aku tak ambil hati pun pasal tu. Dia tersenyum sambil menghadiahkan satu ciuman di pipiku.
“Ish..abang ni! Nanti dilihat orang, malu kita.” Rungkutku tersipu-sipu. Nanti malu juga kalau dilihat oleh ahli keluargaku.
“Apa nak malu,kan sayang ni isteri abang.”Jawabnya tersenyum.
“Tau la, tapi tengok la keadaan dan tempat. Kalau kita berdua saja, lebih dari cium pun Ana bagi.”Ujurku
“Betul ni?”Soal suamiku cepat-cepat.
“Ish..;gatal la abang ni!” Dia cuba mengelak dari menjadi mangsa cubitan tanganku.
Aku terasa bahagia disayangi begini. Inilah pertama kali dalam hidupku merasai betapa nikmatnya cinta dan kasih sayang seorang kekasih hati yang aku sayangi. Aku tidak pernah terlibat dengan cinta walaupun semasa aku di universiti dulu. Dan pada tika ini, aku akan menikmatinya selepas perkahwinan. Cinta seorang suami terhadap seorang isteri.
Walaupun begitu,masih ada sedikit rasa takut di hatiku. Aku takut aku tidak mampu untuk menunaikan tanggungjawab sebagai seorang isteri. Aku takut aku tidak mampu untuk menjadi seorang isteri yang solehah dan mulia dalam hidup suamiku.
“Apa yang Ana menungkan ni?”Soalan itu mengejutkan aku dari lamunan. Aku berehat sekejap di atas kerusi batu dalam taman di halaman rumah setelah selesai mengemas barang-barang.
“Abang ni, terkejut Ana tau!” Aku buat-buat merajuk. Saja nak menduga bagaimana suamiku memujuk.
“Alaa..sayang ni.macam tu pun nak marah.”Usiknya sambil mencubit pipiku.
“Nampak gayanya terpaksalah abang tidur bawah katil dengan nyamuk-nyamuk malam ni sebab isteri abang dah merajuk. Kesian kat abang yea!”
 Aku mula tersenyum dengan kata-kata suamiku itu. Pandai juga suamiku buat lawak nak memujuk aku.
“Sayang”Seru suamiku sambil merangkul tubuhku.
“Sayang nak honeymoon kemana?” Tak terfikir pulak akau pasal honeymoon tu. Aku pun tak ada apa-apa plan atau cadangan pasal tu.
“Ana ikut aje kemana abang nak bawa.”

“Kalau abang bawa ke bulan atau bintang, sayang nak ikut ke?” Guraunya.
“Banyak ke duit abang nak bayar tambang roket dan nak beli set bajunya nanti?” Soalanku itu membuatkan suamiku pecah ketawa.
“Nanti sayang nak berapa orang anak?” Soalnya lagi setelah ketawanya reda.
“Abang nak berapa?” Soalku kembali tanpa menjawab soalannya.
“Abang nak sebanyak mungkin. Larat ke sayang nanti?”
“Ish..abang ni. Abang ingat Ana ni kilang anak ke?” Sekali lagi suamiku ketawa. Nampaknya dia adalah orang yang mudah ketawa.
“Takdelah macam tu. Tapi abang suka kalau kita ada anak yang ramai. Sama banyak lelaki dan perempuan.”
“Insya Allah, kalau ada rezeki nanti Ana sanggup.” Penjelesanku itu membuatkan suamiku tersenyum gembira.
“Ni yang buat abang tambah sayang ni.”Satu lagi kucupan mesra singgah di pipiku.
Aku terasa bahagia diperlakukan begitu. Aku punyai suami yang baik dan penyayang. Aku rasa dilindungi.
“Zul, Ana! Jom kita makan dulu!” Suara mak memanggil.
“Mari bang! Ana pun dah lapar ni.”Ajakku sambil memimpin tangannya. Kami bangun beriringan masuk ke dalam rumah untuk menghadapi hidangan makan malam.
Rasa lapar la juga kerana sejak tadi lagi asyik layan tetamu dan buat kerja aje sampai lupa untuk makan. Seronok sangat dengan kahadiran kawan-kawan rapat serta gembira dianugerahi seorang suami yang baik.
Sudah beberapa hari aku asyik memikirkan pasal pertunanganku. Terlalu sukar untuk aku menerimanya. Tambah lagi dengan lelaki yang tidak pernah kukanali. Perkahwinan bukanlah sesuatu yang boleh diambil mudah. Kehidupan yang memerlukan persefahaman sepanjang hidup. Tanpa persefahaman dan tolak ansur, mustahil dua jiwa dan dua hati boleh bersatu dalam menjalani hidup sebagai suami isteri. Tidak sedikit cerita yang aku dengar tentang rumah tangga yang hanya mampu betahan buat seketika atau separuh jalan sahaja. Kemudian pecah berkecai umpama kapal dipukul badai. Berselerak dan bertaburan. Apataha lagi kalau dah dikurniakan anak. Anak-anak akan jadi mangsa keadaan.
Mampukah akau menerima suamiku nanti sepenuh hatiku? Mampukah aku menyediakan seluruh ruang isi hatiku ini buat suamiku itu? Bahagiakah aku bila bersamanya nanti?
 Bertalu-talu persoalan demi persoalan menerjah benak fikiranku. Aku rasa amat tertekan dengan keadaan ini. Bukan aku tak fakir pasal rumah tangga, tapi aku masih belum bersedia untuk melaluinya.
Ya Allah, bantulah aku dalam membuat keputusan. Tunjukkanlah aku jalan penyelesaian. Janganlah Engkau biarkan aku sendirian dalam menentukan masa depan hidupku.
Ya Allah, aku benar-benar tersepit antara kehendak orang tuaku dan persaan hatiku sendiri. Kiranya ia baik buatku, maka berilah aku redha dalam menerimanya wahai Tuhan.
Indahnya kuperhatikan suasana kamarku. Aku sendiri yang menghiasinya. Kamar malam pertamaku bersama seorang lelaki yang bergelar suami. Kamar yang akan menjadi saksi bisu bila mana aku menyerahkan khidmatku pada seorang suami. Kegusaran dan sedikit gentar mula bertandang dalam sanubari. Aku rasa takut sendirian untuk melalui keindahan malam pertama ini. Bagaimanakah akan melayani suamiku nanti?

p:s = SeMogA KaMu BerDua kEkaL sELaMa Nya, Di DuNia & AkHiRat....
MeLayAri aLam rUmah TanGgA... Mawaddah, sakinah dan rahmah...



Kak Nur & Iman

Kak Nur & Makcik Ani






Sunday, April 24, 2011







ARTIKEL INI BOLEH DIBUAT PHOTOSTAT DAN BOLEH DISEBAR DI PASARAYA-PASARAYA DI TEMPAT ANTUM...INSYAALLAH MOGA DAPAT MEMBERI KEFAHAMAN KEPADA REMAJA-REMAJA


NOT ME NOT NOW

 I LOVE U...  I MISS U... AKU CINTA PADAMU... 


Inilah sebahagian drp ungkapan asmara yg sering dituturkan mereka yg sedang 'mabuk cinta'. CINTA, ia mmg mudah diucap, ttp adakah kita semua jelas dan memahami akan makna disebaliknya? Saya percaya, tentu ramai yg ragu2 serta berteka-teki dlm permasalahan utk membabitkan diri dlm perkara ini.

 Cinta sebenarnya adalah 'MAHABBAH' yg bermaksud perasaan kasih sayang yang sukar diterjemahkan. Cinta merupakan satu gelodak rasa dan emosi yg lahir drp hati nurani yg luhur dan suci. Tidak boleh dipaksa serta dibeli dgn wang ringgit. 


Seperti lagu Aris Ariwatan 'Cinta Tak Kenal Siapa' dan nyanyian kumpulan Budak Kaca Mata 'Cinta Tak Perlu Dipaksa'. 


Berbalik kpd 'MAHABBAH' tadi, secara khusus ia adalah suatu kecintaan padu yg sepatutnya hanya tertumpu utk ALLAH SWT. Dalam tasawuf, 'MAHABBAH' beerti patuh kpd ALLAH dan membenci perbuatan yg menyalahi perintahNya.  

Ttg cinta-mencintai ini, ALLAH berfirman dlm Al-Quran:-

"... ALLAH akan mendatangkan suatu kaum yg ALLAH cintai mereka dan mereka pun mencintaiNya..." Al-Maidah, ayat 54

" Jika kamu benar2 mencintai ALLAH, ikutilah Aku, nescaya ALLAH mengasihi dan mengampuni dosamu..." Al-Imran, ayat 31  

Ternyata, walau mcmana sekalipun, cinta terhadap ALLAH sepatutnya didahulukan. Ini kerana, apabila kita mengetahui hakikat ketuhanan yg sebenarnya,InsyaAllah kita dpt membezakan yg mana intan dan yg mana kaca. Falsafah ada menyatakan, 'Cintai diri sendiri, sebelum memberi cinta pada org lain' 


Tentu anda pernah mendengar nama Rabi'atul Adawiyah, seorg wali wanita yg hidup atr 95 - 185 hijrah. Cinta Rabi'atul padaNya merupakan cinta suci, murni dan sempurna menyebabkan beliau korbankan hidupnya semata-mata utk beribadat kpd ALLAH SWT.  

Saudara dan saudari, apakah definisi cinta pd pandangan anda???

Adakah bercumbu-cumbuan dan berpeluk-pelukan di khalayak tandanya cinta??? 

Atau...

adakah dgn ucapan romantis serta berpegangan tgn akan terasa nikmatnya cinta mahupun sbg bukti kasih sayang yg kononnya cinta suci??? 


Jelas suatu pendustaan sekiranya seorg lelaki berkata dia benar2 mencintai seorg perempuan sdgkan pada masa yg sama mencemarkan maruah, kesucian dan iman temannya. Diakah yg diharapkan menjadi teman melayari bahtera kehidupan utk sama2 mendarat di pulau impian???

Lelaki yg benar2 mencintai pasangannya tidak akan mencemarkan kekasihnya walau sekadar bersentuhan sbg bukti cinta. AWAS!!!  Semua perlakuan itu adalah hasutan nafsu godaan SYAITAN...  

Secara jujur, seorg lelaki yg sememangnya jatuh cinta terhadap seorg perempuan yg diminatinya akan menunjukkan sikap, sifat serta penampilan yg meyakinkan insan yg dicintainya. Tetapi, berhati-hatilah krn sesetgh drp sikap yg penuh sopan santun itu, kekadang penuh pula dgn kepura-puraan.


INGATLAH!!! Cinta yg murni bukanlah cinta sang monyet, cinta yg melompat-lompat dan begitu rapuh... Ia juga bukan spt cinta atr 'Romeo dan Juliet', mahupun cinta 'Laila dan Majnun'... 

Tetapi, nikmat cinta itu lahir spt cintya Rasulullah dgn Khadijah Aisyah serta Saidina Ali dgn Fatimah. 

Jgnlah terlalu terburu2 merebut cinta murahan yg berkeliaran krn ia bakal menjadi virus perosak kpd kehidupan yg penuh peradaban.  

Wahai REMAJA...

Serahkanlah cintamu pada yang SATU. Tentu kamu juga pernah atau sdg dilamun cinta, namun bukan bermakna blh berkorban jiwa dan raga. CINTAILAH ALLAH SWT MELEBIHI SEGALA-GALANYA KERANA CINTA YG ABADI DAN HAKIKI PASTI AKAN BERBALAS DGN PELBAGAI NIKMAT YG TIDAK TERHITUNG... InsyaAllah...  

Wallahu'Alam...


Sila sebarkan kata2 ini pada sahabat2 yang lain... sesungguhnya ini adalah salah satu jln utk berdakwah dan menasihati diri kita serta sahabat2 kita yg lain... semoga anda semua dicucuri Rahmat dari ALLAH SWT... Wassalamualaikum wbt

Wednesday, April 20, 2011

Kisah 1

Lelaki ini adalah think tank di dalam Perang Khandaq.  Di Madinah, seorang muslimah telah mengambil hatinya…

Bukan sebagai kekasih..tetapi sebagai pilihan hati.  Pilihan menurut perasaan yang halus dan suci..pilihan untuk dinikahinya.

Tetapi Madinah adalah tempat yang asing baginya.  Madinah memiliki adat, bahasa, dan wajah-wajah yang belum begitu dikenalinya.  Pemuda itu berfikir, melamar seorang gadis tempatan tentu menjadi urusan yang pelik bagi seorang pendatang.

Mestilah perlu ada seorang yang akrab dengan tradisi di Madinah berbicara untuknya dalam khithbah…

Maka pemuda ini menyampaikan isi hatinya kepada sahabat Ansar yang dipersaudarakan kepadanya, Abu Dharda’.

“Subhanallah, walhamdulillah ..”, girang Abu Dharda’ mendengarnya.

Maka setelah dilakukan segala persiapan, beriringanlah kedua sahabat itu menuju ke sebuah rumah di penjuru kota Madinah.

Rumah seorang wanita yang solehah lagi bertaqwa.

“Saya adalah Abu Dharda’ dan ini adalah saudara saya, Salman seorang Parsi.  Allah telah memuliakannya dengan Islam dan dia juga telah memuliakan Islam dengan amal dan jihadnya.  Dia memiliki kedudukan yang utama di sisi Rasulullah SAW, sehingga baginda menyebut beliau sebagai ahli baitnya.  Saya datang untuk mewakilisaudara saya ini melamar puteri anda untuk disunting”, fasih Abu Dharda’ menutur bicaranya.

“Adalah satu penghormatan bagi kami menerima anda berdua, sahabat Rasulullah yang mulia.  Dan adalah penghormatan bagi keluarga ini bermenantukan seorang sahabat Rasulullah yang utama.  Akan tetapi hak menerima ini sepenuhnya saya serahkan pada puteri kami”.  Tuan rumah memberi isyarat kea rah hijab yang di belakangnya sang puteri menanti dengan penuh debaran.

“Maafkan kami kerana terpaksa berterus terang”, kata suara lembut itu.  Ternyata sang ibu yang berbicara mewakili puterinya.  “Tetapi kerana anda berdua yang datang, maka dengan mengharap redha Allah saya menjawab bahawa puteri kami menolak pinangan Salman.  Namun jika Abu Dharda’ juga memiliki urusan yang sama, maka puteri kami telah menerima pinangan itu.”

Jelas sekali.  Sikap terus terang yang begitu mengejutkan, ironi dan indah! Sang puteri lebih tertarik kepada pengantar daripada pelamarnya!

Ya, memang mengejutkan dan ironi.  Apa yang indahnya?? Yang indahnya adalah reaksi Salman.  Bayagkan sebuah perasaan, di mana cinta dan persaudaraan bergejolak berebut tempat di dalam hati.

“Allahu Akbar!!” seru Salman.  “Semua mahar dan nafkah yang telah ku sediakan akan aku serahkan kepada Abu Dharda’, dan aku akan menjadi saksi pernikahan kalian!”

Cinta memang tak harus memiliki…

KESYAHIDAN HAZRAT ANAS BIN NADHR R.A

Hazrat Anas bin Nadhr r.a ialah seorang sahabat yang tidak dapat menyertai peperangan Badar. Beliau sedih tentang perkara ini dan mengutuk dirinya dengan berkata, “Badar ialah peperangan yang pertama dan agung dalam Islam sedangkan engkau tidak dapat menyertai peperangan itu”. Beliau bercita-cita sekiranya ada peperangan lain maka beliau akan tunaikan tuntutan semangatnya. Secara kebetulan peperangan Uhud pun tiba, amka beliau telah menyertai peperangan itu dengan penuh kepahlawanan dan keberanian. Dalam peperangan Uhud, orang Islam telah menang pada permulaan perang itu. Tetapi, akibat satu kesilapan, orang Islam akhirnya telah kalah. Kesilapan berlaku kerana Rasulullah s.a.w telah menetapkan beberapa orang di sebuah bukit yang tertentu dengan bersabda: “Selagi saya tidak beri arahan, kamu jangan tinggalkan bukit itu kerana musuh mungkin akan menyerang dari tempat itu”.

Kemudian apabila tentera-tentera yang berada di atas bukit melihat orang kafir melarikan diri maka kebanyakan mereka telah turun dari bukit itu dengan menyangka bahawa peperangan sudah berakhir. Oleh sebab itu, mereka berlari-lari mengejar orang kafir untuk mendapatkan harta rampasan. Ketua jemaah tersebut telah melarang dengan berkata, “Ini ialah larangan Rasulullah s.a.w, kamu jangan tinggalkan tempat ini”.  Walau bagaimanapun, mereka menyangka bahawa perintah Rasulullah s.a.w hanya semasa pertempuran sahaja. Oleh sebab itu, mereka turun dari tempat tersebut dan menuju ke medan. Semasa melarikan diri, orang kafir ternampak yang bukit itu telah di biarkan kosong lalu mereka pun datang dari arah tersebut dan membuat serangan. Pada ketika itu orang Islam berada keadaan leka. Tanpa disedari, orang kafir telah melancarkan serangan mengejut  dan ini menyebabkan orang Islam rasa tertekan. Tambahan pula, orang Islam berada di tengah-tengah orang kafir yang menyerang dari kedua-dua arah. Oleh sebab itu, mereka lari tidak tentu hala.

Hazrat Anas bin Nadhr r.a telah ternampak seorang sahabat, Hazrat Sa’ad bin Ma’az r.a datang dari arah hadapan. Beliau berkata, “Wahai Sa’ad ke mana engkau hendak pergi? Demi Allah, keharuman syurga sedang datang dari arah bukit Uhud”. Setelah berkata demikian, beliau menyerbu ke arah kumpulan orang kafir dengan pedang yang masih terhunus di tangan. Selagi tidak syahid, selagi itu beliau tidak pulang. Setelah gugur syahid, didapati badannya telah cedera parah. Terdapat lebih dari[ada 80 liang luka pada badannya akibat terkena pedang dan anak panah. Saudara perempuan beliau sahaja yang dapat mengenalinya melalui hujung jari beliau.

Moral yang kita dapat amik dari kisah ini adalah, orang yang terlibat dengan kerja-kerja Allah SWT (kerja agama) dengan ikhlas dan keinginan yang sejati akan dapat merasai kelazatan syurga dalam dunia lagi. Hazrat Anas bin Nadhr r.a mencium bau syurga semasa hidup di dunia lagi. Sekiranya kita juga menjadi orang yang ikhlas, maka kelazatan syurga akan dikecapi di dunia ini lagi.

Saturday, April 16, 2011

Sikit-sikit, lama-lama jadi bukit :-)

Assalamualaikum w.b.t...
Salam sejahtera dan salam 1 ummah buat semua pembaca. Diharapkan pembaca semua sihat walafiat dan dapat melakukan ibadah dan istiqomah pada amal yang dilakukan.


Berkaitan dengan tajuk entry kali ini, "sikit-sikit, lama-lama jadi bukit".. Ape yang sikit dan apa yang jadi bukitnya ia??? Baju yang tak berbasuh ke atau sampah yang tak di buang-buang ia....
Kalau antum nak tahu jom kita baca tulisan yang seterusnya ;-)



































Adoii... mana tulisannya ni, hanya ade gambar je 4 keping..hehe....
Sabarlah wahai pembaca, si penulis nak menulis la ni...inilah tulisan yang ingin penulis menulis tadi (hehe, ayat ape ni banyak betul selekohnya ia :-)).....


Sikit-sikit, lama-lama jadi bukit = amalan menabung.. Menabung ni banyak cabang menabungnya, dan salah satu cabangnya adalah pitis (kecek ore kelate dan terengganu kite)....
Ialah kan, zaman la ni (cakap orang kedah pulak dah), ialah zaman la ni kan melangkah je duit, masuk rumah pun kena duit, keluar rumah ape tah lagi kan, tentu saja duit mesti ade...tak sikit banyak, tak banyak kena la standby la jugak :-)...


Seperti kita sedia maklum, sumber kewangan ini sangat la penting... Untuk berdakwah pun salah satunya kita boleh gunakan harta kita. Tapi untuk mendapatkan harta itu, kita kena dapatkan duit nya jugak...bertul tak??? Betul 3X ( bicara ipin)


Sebenarnya, ana suka kumpul duit syiling dan gambar syiling tu adalah simpanan ana. Percaya dan tak percaya, jumlahnya tu adalah RM63.65.... Suka ana di buatnya. Tabiat ini mula timbul time ana belajar lagi. Suka menabung syiling, tapi kalau duit kertas ni habis di belanjakan...kalau syiling sanggup ana simpan an guna duit kertas hehee... Sampaikan tokey kedai pun geleng kepala...


Sikit-sikit, lama-lama jadi bukit juga adalah amal kita. Amal kebaikan ia, bukan keburukan atau kesalahan ia, jangan salah faham ye. Biarlah sikit asalkan istiqomah...jangan banyak sekali hanya untuk 1 jam or untuk menunjuk-nunjuk kepada sesama makhluk...
Same2 lah kita beringat dan berpesan antara satu sama lain ia....

Thursday, April 14, 2011

Major Beliefs

Muslims believe Islam is God's final message to humankind, a reconfirmation and perfection of the messages that God has revealed through earlier prophets.

A. Oneness of God: The central Muslim belief is that there is only one God to be worshipped, unique incomparable, eternal, absolute and without peer or associate. Allah is the name of the One and Only God in Arabic. The word Allah is used by Muslims, Christians and Jews alike who speak the Arabic language. Allah has ninety-nine beautiful names, such as: The Gracious, The Merciful, The Beneficent, The Creator, The All-Knowing, The All-Wise, The Lord of the Universe, and others. He is the Creator of all human beings. Muslims do not believe in the idea of a trinity or a unity with God which implies more than one God in one.

B. Oneness of mankind: Other important tenets of Islam are that God is the Creator of all that exists and that His will is supreme. People are created equal in front of the Law of God and there is no superiority for one race over another. God made humans of different colors, nationalities, languages and beliefs so that we get to know each other. The best of people are those who are pious and righteous.

C. Oneness of Messengers and the Message: Muslims believe that God sent different messengers and prophets throughout the history of mankind in order to guide them. Muslims believe in Noah, Abraham, Isaac, Ishmael, Jacob, Moses, David, Jesus, and Muhammad. All came with the same message to worship the one true God. Some were sent books, such as the original Torah or the original Gospel. However over time the true message was changed or misinterpreted. Muhammad is the 'seal' of all the prophets -- that is, the last.

D. Angels and the Day of Judgment: Muslims believe that there are unseen immortal creatures such as angels created by God in the universe for special tasks. Satan was also created to test mankind. Muslims also believe that humans are responsible to God for their actions; and that, on the Day of Judgment, an all-knowing and merciful God will judge His creation according to their deeds in this life. On that 'day' all people of the world throughout the history of mankind till the last day of life on earth, are to be brought for accounting. The reward or punishment is to be Heaven or Hell.

E. Innocence of Man at Birth: Muslims believe that people are born free of sin. It is only after they reach the age of puberty and it is only after they commit sins that they are to be charged for their mistakes. No one is responsible for or can take the responsibility for the sins of others. However, the door of forgiveness through true repentance to God is always open.

 Main Practices
In Islam there are five pillars of practice, often called the 'Five Pillars of Islam':

1. Profession of Faith (Shahada): The verbal commitment and pledge that there is only One God and that Muhammad is the Messenger of God.

2. Prayers (Salat): Muslims pray five times a day. before dawn, mid-day, afternoon, after sunset and night . facing toward the Kaaba, considered the House of God, in the Great Mosque in Mecca. They may pray wherever they are when prayer-time arrives, in any clean place, preferably in the company of other Muslims. On Fridays in the afternoon, Muslims are encouraged to pray as a gathered community in congregational mosques and listen to a sermon in their local language. There is a sequence of physical postures for the ritual prayer, and the prayers are said in the language of their revelation, Arabic. The performance of the five daily prayers is required of all Muslims who are able.

3. Charity (Zakat): This is an annual payment of a certain percentage of a Muslim's wealth which is distributed among the poor. A fixed proportion of a Muslim.s net worth . not just his or her income . is prescribed as a donation for the welfare of the community, whether that community is made up of Muslims, non-Muslims or both.

4. Fasting (Sawm): Every day from dawn to dusk during the holy month of Ramadan, Muslims must abstain from eating, drinking, smoking, and sexual contact; even more than at other times they must also avoid cursing, lying, cheating and otherwise abusing or harming others. Fasting is total abstinence from food, drink, and unlawful actions from dawn to sunset during the entire month of Ramadan.

5. Pilgrimage (Hajj): The journey to Mecca is obligatory for every able bodied Muslim who can afford to make it. Pilgrimage need be made only once in a lifetime, but it can be made several times if a Muslim wishes. At Hajj every pilgrim carries out specified rituals at specific times. At any other time of year, Muslims can perform similar prayers and rituals and thus complete a .lesser pilgrimage.. The performance of pilgrimage to Mecca is required once in a life time if means are available. Hajj is in part in memory of the trials and tribulations of Prophet Abraham, his wife Hagar and his eldest son Prophet Ishmael.


HADITH 2

عن ابي سعيد قال قال رسول الله, يقول الرب عز وجل من شغله القرآن عن ذكري و مسألتي أعطيته أفضل ما أعطي السائلين وفضل كلام الله على سائر الكلام كفضل الله على خلقه.

Hazrat Abu Sa’id r. meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, “Allah SWT berfirman, ‘Jika sesiapa mendapati tidak ada masa untuk mengingati KU dan berdoa kepada KU kerana sibuk dengan al-Quran, maka Aku akan mengurniakan kepadanya perkara yang terbaik yang Aku kurniakan kepada orang yang berdoa kepada Ku. Ketinggian perkataan Allah SWT ke atas segala perkataan adalah seumpama ketinggian Allah SWT ke atas segala makhluk (ciptaan NYa)”. (HR Tirmizi, Darimi dan Baihaqi).

Maksud hadis dia atas ialah, seseorang yang sentiasa sibuk menghafal, mempelajari atau memahami al-Quran sehingga tidak ada masa untuk berdoa, maka Allah SWT akan mengurniakan kepadanya sesuatu yang lebih baik daripada yang diberikan kepada orang lain yang berdoa kepada Nya. Suatu perkara yang lumrah di dunia ini ialah apabila ada seseorang yang sedang membahagi-bahagikan kuih muih dan salah seorang yang layak menerima kuih muih itu sibuk melakukan urursan bagi pihak sopembahagi itu sendiri sehingga menyebabkan dia tidak dapat hadir untuk mendapatkan bahagiannya, maka sudah tentu bahagian untuknya akan disimpan terlebih dahulu. Berkenaan keadaan yang sama seperti hadis di atas, dalam hadis yang lain dinyatakan bahawa Allah SWT akan mengurniakan kepada orang yang sibuk dengan al-Quran pahala yang 
labih afdal daripada pahala yang diberikan kepada hamba-hambaNya yang bersyukur.


Sunday, April 10, 2011

Alhamdulillah

Assalamualaikum wbt buat semua pembaca dan seisi bumi dan langit.. Salam sejahtera dan salam 1 ummah kepada kaum muslimin dan muslimat sekalian.

Firstly, saya nak ucapkan bebanyak syukur ke hadrat Illahi dan terima kasih buat semua. Semua yang banyak membantu saya, menyokong saya, tegur saya tika saya silap, marah saya tika saya salah, tunjuk ajar pada saya tika saya tidak mengetahui. Dan kepada mereka yang hari-hari kena dengar leteran saya dan tempat saya meluahkan perasaan dan melepaskan marah saya.
Alhamdulillah, kini baru saya sedar bahawa ramai yang menyanyangi saya, ramai yang nak lihat saya Berjaya, ramai yang membantu saya, memberi nasihat, tunjuk ajar, tegur menegur dan sokong dari belakang walaupun saya tak Nampak tapi ia dapat di rasai melalui doa yang tak putus-putus dan harapan yang tinggi melebihi gunung. Ya Allah, selama ini aku mencari apa itu erti bahagia? Aku mencari ape itu erti cinta? Aku mencari ape itu erti kasih sayang? Aku mencari apa yang aku sedang carikan,walaupun aku tidak tahu ape yang aku tak tahu.. Ya Allah maafkan aku, kerana aku tidak pernah bersyukur di atas nikmat yang Engkau berikan pada ku selama ini..aku sering alpa…ampunkan aku Ya Allah….

Alhamdulillah, saya bersyukur kerana mempunyai abi dan ummi yang sangat menyanyangi saya, sejak kecil saya di tatang bagai minyak yang penuh, tidak pernah di jentik ape lagi di pukul. Sehingga saya melampau batas, barulah pertama kali saya telah di tampar oleh abi. Maafkan saya abi, kerana saya leka dan tidak pernah menyanyangi, mencintai dan mempercayai abi. Kini, saya mulai sedar bahawa terlalu banyak dosa dan salah saya pada abi dan ummi, dan saya akan tebus balik dosa dan salah saya itu. Ya Allah, aku bersyukur sangat kepada Mu kerana Engkau masih menyanyangi ku dengan member peluang kepada ku untuk aku memohon maaf pada abi dan ummi ku, dan menjaga mereka d hari tua mereka.

Alhamdulillah, saya juga bersyukur kerana diperkenalkan dengan seorang ibu angkat yang sangat baik hatinya, yang mana senyuman sentiasa terukir di bibir dan wajahnya sentiasa berseri-seri dengan nur dari wudhu’ yang tak pernah lekang darinya. Ibu yang mana saya pernah kehilangannya seketika dahulu, kini saya mendapat balik ibu saya. Ibu, saya terharu dan tak dapat di lafazkan dengan kata-kata bahawa saya teramat-amat bahagia dengan kehadiran ibu kembali. Terima kasih ibu, kerana masih menyanyagi saya seperti dahulu. Siap untuk membuat temujanji lagi dengan saya, semata-mata untuk melapangkan waktu ibu untuk bersama saya. Saya betul-betul terharu. Maafkan saya ibu, kerana dahulu saya pernah kecewakan ibu dengan kata-kata saya, perangai saya, perkataan dan tingkah laku saya.

Alhamdulillah, saya bersyukur kepada MU ya Allah..kerana Engkau telah menghantar Makcik sofia, makcik Noor dan ukhti Nurzairen kepada ku. Di mana, pada ketika itu saya memang sangat memerlukan mereka. Jika Engkau tidak menggerakkan hati-hati kami, kami tidak akan saling bertemu dalam majlis itu. Terima kasih ya Allah….terima kasih Ya Allah….

Alhamdulillah, saya bersyukur kerana dikurniakan seorang kakak, sahabat yang baik. Tika saya ditinggalkan dalam kesedihan, kerisauan Engkau telah menghantar dia kepada ku. Setengah sekian lama kami tidak bersua, Kau telah temukan kami di sebuah hospital. Banyak nasihat daripadanya. Nasihat yang tidak saya jangka. Thanks ukhti Maizura, saya sayang sangat kat ukhti. Ukhti Maizura bakal menjadi ibu, sekarang tengah mengandung 2 bulan. Saya doakan agar ukhti dan bayi dalam kandungan ukhti sihat walafiat.
Alhamdulillah, saya juga bersyukur kerana dikurniakan seorang pakteh yang sanggup balik semata-mata nak meraikan saya. Walaupun makteh tak dapat balik, tapi dengan kehadiran pakteh membuat saya sangat dihargai dan disayangi. Pakteh saya ni dari jauh, sanggup datang, drive sorang-sorang kerana saya. Ya Allah, sayangnya mereka semua padaku…

Alhamdulillah, saya juga bersyukur ke hadrat Mu, Ya Allah kerana telah mengurniakan saya ramai adik yang comel, yang cantik, yang baik lagi solehah. Adik yang mana tidak memandang ku dengan pandangan yang buruk, adik yang mana sanggup bersusah payah dan sentiasa risau dan mengambil berat tentang ku, adik yang mana sentiasa menghantar mesej bertanya khabar padaku, adik yang sentiasa menghubungi ku, adik yang mana dia tidak akan membenar dan mebiarkan saya keseorangan. Ya Allah, betapa besarnya nikmat yang Engkau berikan padaku.

Ya Allah, aku benar-benar terharu…terharu dengan kasih sayang yang Engkau berikan kepadaku. Selama ini puas aku mencari, tercari-cari dalam kegelapan, meraba-raba mencari jalan keluar,tergapai-gapai cahaya dari lubang kecil, kini Kau telah membuka dan memberi aku nur Mu yang tiada nilainya. SubnaAllah, wal Alhamdulillah, wala illahaillah, Allahu akbar…

‘ ALLAHmeng hilangkan sekejap matahari dari ku. Kemudian DIA datangkan pula guruh & kilat. Puas aku menangis, meraba, mencari di mana matahari? Rupanya ALLAH nak hadiahkan kepada ku PELANGI,  yang aku tidak dapat bayangkan cantiknya warna pelangi itu..’