Sunday, April 10, 2011
Alhamdulillah
Assalamualaikum wbt buat semua pembaca dan seisi bumi dan langit.. Salam sejahtera dan salam 1 ummah kepada kaum muslimin dan muslimat sekalian.
Firstly, saya nak ucapkan bebanyak syukur ke hadrat Illahi dan terima kasih buat semua. Semua yang banyak membantu saya, menyokong saya, tegur saya tika saya silap, marah saya tika saya salah, tunjuk ajar pada saya tika saya tidak mengetahui. Dan kepada mereka yang hari-hari kena dengar leteran saya dan tempat saya meluahkan perasaan dan melepaskan marah saya.
Alhamdulillah, kini baru saya sedar bahawa ramai yang menyanyangi saya, ramai yang nak lihat saya Berjaya, ramai yang membantu saya, memberi nasihat, tunjuk ajar, tegur menegur dan sokong dari belakang walaupun saya tak Nampak tapi ia dapat di rasai melalui doa yang tak putus-putus dan harapan yang tinggi melebihi gunung. Ya Allah, selama ini aku mencari apa itu erti bahagia? Aku mencari ape itu erti cinta? Aku mencari ape itu erti kasih sayang? Aku mencari apa yang aku sedang carikan,walaupun aku tidak tahu ape yang aku tak tahu.. Ya Allah maafkan aku, kerana aku tidak pernah bersyukur di atas nikmat yang Engkau berikan pada ku selama ini..aku sering alpa…ampunkan aku Ya Allah….
Alhamdulillah, saya bersyukur kerana mempunyai abi dan ummi yang sangat menyanyangi saya, sejak kecil saya di tatang bagai minyak yang penuh, tidak pernah di jentik ape lagi di pukul. Sehingga saya melampau batas, barulah pertama kali saya telah di tampar oleh abi. Maafkan saya abi, kerana saya leka dan tidak pernah menyanyangi, mencintai dan mempercayai abi. Kini, saya mulai sedar bahawa terlalu banyak dosa dan salah saya pada abi dan ummi, dan saya akan tebus balik dosa dan salah saya itu. Ya Allah, aku bersyukur sangat kepada Mu kerana Engkau masih menyanyangi ku dengan member peluang kepada ku untuk aku memohon maaf pada abi dan ummi ku, dan menjaga mereka d hari tua mereka.
Alhamdulillah, saya juga bersyukur kerana diperkenalkan dengan seorang ibu angkat yang sangat baik hatinya, yang mana senyuman sentiasa terukir di bibir dan wajahnya sentiasa berseri-seri dengan nur dari wudhu’ yang tak pernah lekang darinya. Ibu yang mana saya pernah kehilangannya seketika dahulu, kini saya mendapat balik ibu saya. Ibu, saya terharu dan tak dapat di lafazkan dengan kata-kata bahawa saya teramat-amat bahagia dengan kehadiran ibu kembali. Terima kasih ibu, kerana masih menyanyagi saya seperti dahulu. Siap untuk membuat temujanji lagi dengan saya, semata-mata untuk melapangkan waktu ibu untuk bersama saya. Saya betul-betul terharu. Maafkan saya ibu, kerana dahulu saya pernah kecewakan ibu dengan kata-kata saya, perangai saya, perkataan dan tingkah laku saya.
Alhamdulillah, saya bersyukur kepada MU ya Allah..kerana Engkau telah menghantar Makcik sofia, makcik Noor dan ukhti Nurzairen kepada ku. Di mana, pada ketika itu saya memang sangat memerlukan mereka. Jika Engkau tidak menggerakkan hati-hati kami, kami tidak akan saling bertemu dalam majlis itu. Terima kasih ya Allah….terima kasih Ya Allah….
Alhamdulillah, saya bersyukur kerana dikurniakan seorang kakak, sahabat yang baik. Tika saya ditinggalkan dalam kesedihan, kerisauan Engkau telah menghantar dia kepada ku. Setengah sekian lama kami tidak bersua, Kau telah temukan kami di sebuah hospital. Banyak nasihat daripadanya. Nasihat yang tidak saya jangka. Thanks ukhti Maizura, saya sayang sangat kat ukhti. Ukhti Maizura bakal menjadi ibu, sekarang tengah mengandung 2 bulan. Saya doakan agar ukhti dan bayi dalam kandungan ukhti sihat walafiat.
Alhamdulillah, saya juga bersyukur kerana dikurniakan seorang pakteh yang sanggup balik semata-mata nak meraikan saya. Walaupun makteh tak dapat balik, tapi dengan kehadiran pakteh membuat saya sangat dihargai dan disayangi. Pakteh saya ni dari jauh, sanggup datang, drive sorang-sorang kerana saya. Ya Allah, sayangnya mereka semua padaku…
Alhamdulillah, saya juga bersyukur ke hadrat Mu, Ya Allah kerana telah mengurniakan saya ramai adik yang comel, yang cantik, yang baik lagi solehah. Adik yang mana tidak memandang ku dengan pandangan yang buruk, adik yang mana sanggup bersusah payah dan sentiasa risau dan mengambil berat tentang ku, adik yang mana sentiasa menghantar mesej bertanya khabar padaku, adik yang sentiasa menghubungi ku, adik yang mana dia tidak akan membenar dan mebiarkan saya keseorangan. Ya Allah, betapa besarnya nikmat yang Engkau berikan padaku.
Ya Allah, aku benar-benar terharu…terharu dengan kasih sayang yang Engkau berikan kepadaku. Selama ini puas aku mencari, tercari-cari dalam kegelapan, meraba-raba mencari jalan keluar,tergapai-gapai cahaya dari lubang kecil, kini Kau telah membuka dan memberi aku nur Mu yang tiada nilainya. SubnaAllah, wal Alhamdulillah, wala illahaillah, Allahu akbar…
‘ ALLAHmeng hilangkan sekejap matahari dari ku. Kemudian DIA datangkan pula guruh & kilat. Puas aku menangis, meraba, mencari di mana matahari? Rupanya ALLAH nak hadiahkan kepada ku PELANGI, yang aku tidak dapat bayangkan cantiknya warna pelangi itu..’
Posted by
Iman
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment