Thursday, July 28, 2011

Ahlan wasahlan ya Ramadhan :-)

Assalamualaikum.....
Alahmdulillah, Allah masih mengizinkan diri ini untuk menulis d blog ini lagi pada petang ini, walaupun diri tidak berapa sihat 2,3 hari ni.... Alhamdulillah,, syukur atas nikmat dan ujian ini....



Pejam celik, celik pejam... Dah hampir rupanya kita ke bulan yang sangat mulia, iaitu bulan ramadhan yg mana umat Islam berpuasa d siang hari dan beterawih d malam nya, bertadarus selepasnya dan bersahur d waktu paginya...


Disebalik kegembiraan menyambut kedatangan bulan yang barokah ini, terselit juga kesedihan di hati...
Kesedihan yang mana, ramadhan tahun ini, diri ini menyambut kedatangan ramadhan berseorangan d rumah sewa, disambut tanpa nenek tersayang, dan kedatangannya tanpa insan istimewa...


Buat pertama kali, ini berlaku dalam hidupku....
Diri ini betul-betul rindukan ramadhan bersama nenek ku yang mana kami akan berebut-rebut nak makan, nenek ku memanggil atok d atas, bebelan nenek ku menyuruh aku mengambil air, nasi dan sudu....
Wajahnya masih jelas terbayang d kepala ini, kerana setiap kali ramadhan menjelma dan syawal bakal muncul, nenek ku la yang sibuk membuat persiapan....


Walaupun tanpa mereka semua, 
mereka yang ku sayangi, rindui...
Tapi akan ku kuatkan hati ini,
semangat ini untuk menghabiskan ramadhan ini dengan sebaik2 amal,
dan setumpu-tumpu perhatian, khusyuk dalam ibadah.....


Semoga nenek d jauhkan dari azab kubur dan kita akan bertemu tidak lama lagi......
kepada mu insan yang ku ingati, rindui....
ku harapkan ramadhan kali ini mematangkan lagi dirimu dan kau tempuhinya dengan kebahagiaan, kenikmatan dan ramadhan kali ini lebih elok dari ramadhan tahun lepas.....


SALAM RAMADHAN BUAT SEMUA.....

3 comments: