Saturday, July 30, 2011

Pengalaman 30 Julai 2011

Assalamualaikum wbt....
Sebelum penulisan di tulis berkisarkan tajuk yg diberikan, penulis mahu mengucapkan salam ramadhan buat semua yg datang menziarahi dan membaca post blog ini :-)

Alkisahnya bermula begini, suatu pagi nan indah ni saya nak ke kuala lumpur untuk menggambil gamabr konvo, melawat ayah kawan sakit d hospital kuala lumpur dan mengambil majalah muslimah pada seorang sahabat ni, yang mana sahabat ni adalah pelajar dentistry UKM. Memandangkan beliau menetap d UKM kL, jadi saya pun buat la kerja sekali gus. Pada mulanya semua berjalan dengan lancar seperti yang dirancang...

Tetiba, sampai je kat bus station bila bus yang saya naiki tu melepasi kereta saya, secara automatik saya lihat signal kereta saya menyala seperti alarm nye berbunyi. Serta merta ati saya berdegup-degup dan ati mula rasa tak tenang. Mula-mula tu saya cube menenangkan diri dengan zikir dan selawat, namun ia tak berkesan lalu saya mengambil keputusan untuk berhenti dan patah balik ke bus stand berkenan. Nasib baik la time tu bus nak ke bus stand berkenaan masih lagi mengisi minyak di petronas. Lalu saya pun naik la bus dan bila sampai ke bus station saya terus menuju ke kereta saya, tapi semua nya ok, pintu berkunci dan takde pun bunyi alarm.

Saya kembali ke bus station dan membeli tiket bus ke seremban lagi sekali. Tapi time tu, saya rasa bus tu lambat sangat bergerak, dalam keadaan tak tenang dan rasa nak kembali ke kereta, jadi saya pun kembali ke kereta dan rupa-rupanya ati saya menyuruh saya mengambil Quran, membawa Quran bersama. Alhamdulillah, pas saya amik Quran di dalam kereta, tengok-tengok tapak kasut saya pula tercabut. Dalam ati saya mula berkata, "macam mana ni, aku nak jalan jauh tapi kasut ni wat hal plak, tak kan nak balik umah dan amik kasut lain pastu datang balik ke bus station ni". Dalam pada tu, saya ade letak kasut bertumit saya dalam kereta semalam. Alhamdulillah, tanpa berfikir panjang, saya pun memakai kasut tumit tinggi tu lalu menaiki bus tok ke seremban.

Apabila sampai di seremban, hari hujan dengan cabaran saya memakai kasut tumit tinggi tu, dengan hujannya dengan nak mencari kedai kasutnya. Ya Allah amatlah sukar pergerakan saya. Dari bus station terminal 1 seremban, saya memberanikan diri melalui terowong untuk ke stesen KTM. Sampai sahaja ke terminal 1, saya terus menuju ke seremban parade, alhamdulillah la saya nampak seremban parade tu. Cari-cari kasut di dalamnya, akhirnya bertemula yang berkenan di hati. Lega rasanya dan mudah untuk bergerak dengan memakai kasut biasa.

Perjalanan dr ktm seremban ke kL sentral memakan masa selama 1 jam. Sebaik sahaja sampai d kL sentral masyaAllah ramainya makhluk-makhluk Allah. Pelbagai gaya dan ragam manusia saya lihat. Maklumlah da lama tak menjejakan kaki ke kL dengan menaiki pengangkutan awam seperti bus rapid kL dan ktm or lrt ni. Pastu saya menyusuri laluan penjalan kaki ni, tok pergi ke station monorail kerana nak ke HKL. D station monorail pun, keadaannya begitu sesak sekali. orang ramai beratur untuk ke times square, yang mana ia satu tempat shopping kompleks yg begitu kompleks dan complicated huhu..

Sampainya saya d stesen titiwangsa, yang mana tu adalah jugak setesen bus yang di kenali stesen bus pekeliling, semuanya berjalan dengan lancar lalu saya terus ke HKL. Sampai sahaja d HKL, saya pun teruslah melawat ayah kawan saya tu, pas borak dan tanya khabarnya saya pun bertemu pula dengan kawan saya yg mana dia bakal menjadi doktor gigi, sekarang ni tengah tunggu posting...Dia berasal dari kelate dan saya pun mengambil majalah muslimah dari beliau.

Semasa saya nak menaiki tangga untuk ke monorail stesen tu, ade seorang atok tua duduk d tangga lalu dia menyapa saya. Dia meminta duit untuk tambang balik ke rumahnya, Dia kata dia dari pahang. Tanpa memikir panjang saya pun berilah duit kepadanya. Kebetulan duit tu lebih bayar tambang dan saya letak dalam Quran, so senang la nak kuarkannya..Tapi pas saya beri duit tu pada pakcik tu dan saya naik ke atas, saya lihat pakcik tu da mula beredar ke bus, alhamdulillah....

Dari monorail, saya terus ke kL sentral balik. Time tu la perut saya da rasa memulas kesakitan menahan kelaparan yang mana saya tidak makan ape2 pun sepanjang perjalanan melainkan minum air seteguk sahaja, tu pun kerana batuk. Lalu saya pun belilah kek coklat cheese, kek secret recipe. Bila turun ke platform pula, astafirullah al azim, rupanya lagi ramai makhluk2 Allah d sana. Memang sesak sangat2 sesak d buatnya. Mahusia saling tolak menolak antara 1 sama lain. Nasib baikla pihak pengurusan ktm nak limitkan yang mana coach tengah khas untuk wanita sahaja. Jadi berhimpit-himpit pun tak pe la....

Bila sampai ke stesen seremban, saya pun terus lah menuju ke terminal 1 untuk amik bus pulang, Keadaan d bus stand pun sama, yang mana muatan bus tu dah melebihi hadnya, saya terpaksa berdiri lagi cuma tak lama pastu da boleh duduk..hehe...

Bila da sampai ke destinasi yang di tuju, bus ni tak masuk pula ke station nye, kami d suruh turun d tepi jalan je.... saya pun turun la dan berjalan kakilah ke kereta. Bila sampai ke kereta, penuh dah mula memanggil makanan, puas d fikir nak makan apa, last2 dapatla idea nak makan kfc, pusing punya pusing tersalah jalan da kena pusing bandar lak.. Bila da pusing bandar tu, kt KFC lak ramainya orang, sabar jela menanti giliran..

Tapi alhamdulillah, syukur sangat kpd Allah kerana melindungi saya dari kesusahan dan kesulitan. Saya dengan selamat sampai ke rumah...

                                                         suasana d kL sentral...

                                                          D platform 6...

                                        Orang yang semakin ramai membanjiri kawasan platform
Ketika mahu membeli tiket KTM

3 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum,
    Nak tanya dari stesen bus seremban ke ktm jauh ke dekat kalau berjalan?

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum,
    Nak tanya dari stesen bus seremban ke ktm jauh ke dekat kalau berjalan?

    ReplyDelete