Tuesday, August 16, 2011

Inspirasi dr hp dan kereta vs jodoh...terima kasih cinta...

Assalamualaikum.... Firstly, saya nak mengucapkan terima kasih kepada Allah kerana masih memberi ku peluang dan pinjaman nyawa ini untuk saya menulis pd malam ini... Alhamdulillah....


Pejam celik, celik dan pejam balik mata ni, kita da sampai ke pertengahan ramadhan, malah da sampai ke nuzul Quran pun pada esok ari, yang mana kita telah sampai ke 17 ramadhan pun, Jujur saya katakan, rasa baru je berpuasa, baru je ke masjid, dr masjid ke surau untuk berterawih berjemaah, rupa-rupanya da ke penghujung ramdhan....


Dalam masa saya meniti hari-hari ini, tiba-tiba saya terfikir.. Terfikir tentang hp dan tentang kereta, yang mana saya ade 2 hp, 1 touch screen dan 1 lagi sony ericson cybershot. saya tak suka alarm jam guna hp touch ni, kerana tak boleh nak stop kan. Dah puas hantar ke nokia center tapi tetap sama, jadi saya pun dah fed up, ape lagi bila dah kerja ni, dah makin susah nak ke mana-mana. Kebetulan ada sahabat saya nk jual hp, so saya pun beli la dengan dia hp sony tu. Yang hp sony ni, hp biasa je, so boleh stop bila-bila masa kita nak stop alarm...


Nak di jadikan cerita, time ramadhan ni kan, saya duduk sorang d umah sewa, so alarm saat2 d perlukan untuk bangun sahur, bila mana saya alarm jam guna hp sony, bila ia berbunyi automatik saya akan tekan stop, lalu tak terbangun la sahurnya..tapi bila set alarm guna hp touch, alarmnya akan sentiasa berbunyi sampailah kita deactive kan alarm nya, baru dia senyap. Ok, ni kisah hp....


Dan ini pula kisah kereta :
Kereta idaman saya adalah jenis keluaran HONDA la. Tak kisah la honda baru ke, lama ke, city ke, accord ke, asalkan jenama nya jenama honda cuma tolak tepi 1 honda je, iaitu honda ex5 hehe.... Jadi setelah di fikirkan HONDA tu terlalu mahal buatku jd saya nak kereta persona la, kerana minat dengan design persona tu...smart la jugak....
Alhamdulillah, sekarang saya sudah pun bekerja dan memiliki kereta. Tapi teka kereta ape?? Persona ke agak2 nya...???
hahaha...jawapannya adalah kereta saga FL je... Padahal saya mampu untuk memiliki persona tu, berdasarkan gaji saya, tapi kenapa saga FL menjadi pilihan??



conclusion nya dr 2 cerita ini adalah, berkaitan dengan jodoh. Yang mana saya nak simpulkan bahawa, tak semstinya yang kita nak miliki tu, kita akan milikinya...walaupun kita punya kelebihan dan cukup syarat2 yang diperlukan... . Dan kita jugak jangan cepat melatah, yang mana kita terus membenci seseorang itu hanya kerana kesalahan yang lalu. Mungkin pada kita, dia tak sesuai buat kita, dia bukan taste kita, dia tak seperti yang kita mahu, tapi pada pandangan Allah dia lebih sesuai buat kita. Kekurangan dia akan terisi oleh kelebihan pada kita, dan kelebihan dia adalah kekuatan buat kekurangan yg ada pada diri kita. Dan ingatlah pd firman Allah d dalam surah al-Baqarah ayat 216, Kerana Allah SWT itu lebih mengetahui apa yang terbaik dan sesuai buat kita. Allah tidak akan beri apa yang kita pinta, tapi Allah bagi apa yang kita perlukan :-) 


Buat masa ni hp touch screen saya lebih berharga dan berbudi kepada saya dan rezeki saya hanya pada saga FL, begitu juga dengan jodoh saya.. Walaupun macam2 keinginan dan syarat2 yang d peruntukan tapi kalau ia bukan milik saya tetap x dapat jugak...
hehe..tapi saya cukup gembira yang mana saya punya sahabat seperti MR. roti john (engineer), MR. penulis kesihatan majalah muslimah (dentist), MR. budak nakal (study at yaman), MR. kuala kedah (ipb),  yang mana mereka ni baik, boleh jd imam dalam solat, suka baca buku, dan insyaAllah boleh memimpin saya dan keluarga 1 ari nanti...


                                                                              VS


VS


Doakan saya bertemu jodoh dan dipermudahkan urusan kami :-)

2 comments:

  1. Assalamualaikum ukht ^_^

    betul2 ^_^ jodoh telah ditentukan,terima dengan redha.Aturan Allah adalah yang terbaik ^_^

    ~salam ramadhan ukht~

    ReplyDelete
  2. :-)
    salam ramadhan kareem buat ukht juga ....

    ReplyDelete