Saturday, August 20, 2011

‘Madrasah Ramadhan Pemangkin Modal Insan Kelas Pertama.’Fikir fikirkanlah^^

Bismillahirahmanirahim,

“bulan ramadhan lebih baik dari seribu bulan“

1thn=12bln

?thn>1000bln

bulan ramadhan > 1000bln

lebih baik,dlm erti kata yg lain there is NO LIMIT more than 1000month..

tingginya martabat ramadhan

objektif bulan ramadhan=la’allakum tattaqoon

jgn kt mencari dan menunggu sahaja fadhilat atau manfaat ramadhan seisinya secara saintifk baru hendak beramal ibadat kpd Allah swt..

Jadilah seperti para sahabat sami’na wa ato’na,kami dengar dan kami ta’at. Abu Bakar As Siddiq,apabila Rasulullah membawa pulang qisah Isra’ walMi’raj,”subhanallazi asra biabdihi laila minal masjidil haram ilal masjidil aqsollazi barakna haulah…” tatkala ramai org lain masih ragu ragu malah ada yg sudah murtad aqibat cerita irsa’ walMi’raj, Abu Bakar mengatakan sekiranya ia adalah apa yg diperkatakan oleh Rasulullah saw,aku mempercayainya dan aku adalah salah satu antara orang yg membenarkan kata kata baginda Rasulullah saw. Subhanallah..

Ya mungkin ada yg mengatakan para sahabat adalah org yg pasif yg takut bertanyakan sesuatu kpd Rasulullah.sehinggakan suatu makhluk lain pula Allah swt turunkan utk bertanya kpd Rasulullah saw yakni malaikat Jibril as. Hadirin sekalian,sebenarnya para sahabat tidaklah pasif,para sahabat ada juga mengemukakan persoalan dan pertanyaan kpd baginda Rasulullah saw akan sesuatu.tetapi bukanlah semata mata ingin mengetahui penjelasan saintifik. Para sahabat meyaqini akan sesuatu yg ghaib. Bukankah Allah,para malaikat,jin,syurga dan neraka juga sesuatu yg ghaib. Betapa hebatnya Islam mengajar umatnya mempercayai,memikirkan sesuatu yg pasti datang dan bersedia menghadapinya iaitu suatu alam yg ghaib,alam selepas alam dunia ini. Alam akhirat. Jgn kt hanya mahukan saintifik,bagaimana dgn amalan kt? Sedar tak sedar bukankah Doa itu juga suatu yg ghaib?nampakkah ke mana doa itu pergi?

Duhai sahabatku sekalian,

Sy juga ingin berpesan kpd kalian dan diri saya sendiri, bersedialah menghadapi bulan ramadhan..

apa erti banyaknya ber’ibadat di dalam bulan ramadhan, dalam bulan bulan yg lain kita mmpersendakan hukum Allah swt,tidak cukup solat lima waktu,tidak mmbatasi pergaulan antara lelaki dan wanita,tidak menjaga penglihatan,menghalalkan yg haram dan mengharamkan yg halal?

saudara saudari sekalian, saya ingin brtanyakan apakah yg akan terjadi atau kesan jika kt tidak bersedia menghadapi Ramadhan?

ia diibaratkan seperti rusa masuk ke pekan.amalan kt akan trkapai kapai,kerana apa? bayangkan kereta kancil hendak memecut selaju 300km/h.

Jadi apakah yg perlu dilakukan utk bergerak selaju 300km/h?

sudah tentulah kereta tersebut mesti diupgradekan. ttp di dalam konteks ini,bukan setakat enjinnya sahaja yg perlu ditukar. seluruh rangkanya juga perlu dtukar,kerana apa saudara saudari sekalian? sbb jika enjinnya begitu laju dan kuat, dikhuatiri body kereta tersebut akan tertinggal di belakang insyaAllah..right?

apa yg anda dpt perhatikan?

dlm mencapai 300km/h,keseluruhan kereta

mesti dtukar terlebih dahulu..dari buruk kpd yg elok,yg lama kpd yg baru..

dikaitkan di sini jika kt ingin menggapai objektif ramadhan yakni melahirkan seseorang yg bertaqwa kpd Allah swt,

Allah tidak mengubah nasib seseorang itu jika ia tidak mengubahnya,

seseorang itu perlu renew imannya terlebih dahulu..

Jika seketul daging di dalam tubuh manusia itu elok,maka eloklah dia..

Dimaksudkan di sini ialah rangka kpd iman td iaitu Hati manusia itu juga mesti dibersihkan..supaya apa?

supaya hati td menjadi pemangkin kpd setiap perbuatan sehariannya utk beribadat kpd Allah swt.

Jika tidak dibersihkan hati itu,apakah yg akan terjadi? Maka terjadilah timbulnya manusia yg mengku dia beriman ttp perbuatannya tidak melambangkan keimanannya.Betapa hinanya dia ketika dia mendabik dada seraya berkata aku adalah org yg beriman sedang dia tidak diuji oleh Allah swt melainkan sedikit,tidak seperti rasul-rasul,tidak sperti nabi-nabi,tidak seperti para sahabat seperti Muazin rasulullah saw,Bilal yg dihempap batu besar di dadanya..Allahuakbar..

Hadhirin sekalian,

Bila sudah bersedia utk ramadhan ,apa yg akan terjadi?

Tak lain tak bukan, amalan kt d bulan ramadhan dpt dihayati sepenuhnya..

Dlm erti kata yg lain, kt merassai kemanisan iman dlm beribadat kp Allah swt.

Allah menjelaskan di dalam Quran surah Mukmin ayat1 hingga 3 yg brmaksud,’sesungguhnya bruntunglah org org yg beriman,iaitu org org yg khusyuk dalam solatnya dan org org yg menjauhkan diri daripada (perbuatan dan percakapan) yg tidak brguna.’

Tambahan pula terdapatnya mlm yg tidak dpt dtandingi dari mana mana bulan dlm konteks ganjaran Allah swt kpd hamba hamba yg beramal ibadat pada mlm tersebut.Malam Lailatul Qadar.

‘Inna anzalna hufilailatil qadr’

Secara tidak lansung, disebabkan halawatul iman itulah tlh menyebabkan seseorang hamba Allah swt itu senantiasa beramal dgn beristiqamah utk mendapatkan mlm lailatul qadar…

Suatu hari, ketika Rasulullah hendak berkhutbah, naiklah baginda ke mimbar dgn menaiki 3 anak tangga.. tatkala rasulullah melangkah naik ke mimbar, para sahabat melihat mulut rasulullah menyebutkan sesuatu. Apabila habisnya khutbah, turunlah baginda Rasulullah seraya disapa oleh para sahabat. Para sahabat bertanyakan wahai Rasulullah,apakah yg engkaw bacakan ketika engkaw handak naik brkhutbah td?rasulullah menjawab soalan itu. Ketika aku melangkah anak tangga td, Jibril datang kepadaku. Antara dialog baginda Rasulullah dgn Jibril ialah ‘celakalah bagi mereka yg setelah berakhirnya Ramadhan ttp mereka tidak dpt apa apa pengmpunan Allah swt.’amin jawab rasulullah saw.

Saudara saudari yg dirahmati Allah sekalian,

Ambillah Islam keseluruhannya..selangkah kt mengejar rahmat dan redha Allah swt,seribu langkah Allah swt datang kpd kt..any time any where,pintu taubat sentiasa menanti kt.. ambillah kesempatan ramadhan ini.. Transformasi pasti akan berlaku. Berpuasa tidak mmbawa apa apa makna jika kt seqadar menahan lapar dan dahaga sahaja dari subuh hingga ke maghrib.Nothing!No point! Celakalah dan rugilah bg mereka yg berpuasa tidak dapat apa apa menafaat melainkan lapar dan dahaga. Mulut,mata,tangan,perut,kaki? Jagalah keseluruhannya drpd terjerumus ke lembah neraka Allah swt..

Ingin saya berpesan kpd para perokok di luar alam siber sana supaya belajar berhenti dan berhenti terus daripada merokok sebelum hadirnya Ramadhan Al-Mubarak. Jika tidak,nescaya susah bg anda utk menghentikan perbuatan tersebut. Silap silap batal puasa anda beberapa hari dalam bulan ramadhan akibat merokok walaupun tidak diketahui orang.. Anda jgn fikir Rasulullah itu seorang yg lemah yg memaksa diri utk berpuasa. Rasulullah saw seorang yg kuat dan gagah. Jika baginda seorang yg lembik yg lemah, bagaimakah beliau dan para sahabat mengharungi medan peperangan yg hebat malah mereka berpuasa ketika brperang? Is it magic tettiba menang?No, salah satu perkara yg menjadi kuncinya selain pertolongan Allah swt adalah keadaan fizikal yg sihat dan kuat. Oleh itu, jagalah kesihatan, melatih kekuatan fizikal dan menguasai segenap bidang ilmu.

Ilmu iman amal menjadi pegangan setiap muslim. Syahru ramadhanallazi unzilafihil quran hudallinnas wahualhuda..

Mulianya ramadhan kerana ia merupakan satu satunya nama bulan yg dirakamkan di dalam al Quran.

Al Quran diturunkan menjadi petunjuk jalan kebenaran kpd setiap manusia di dunia ini.

Quran menjelaskan,umat islam laksana bintang yg bertaburan di dada langit.Umat islam adalah umat yg terbaik. dalam erti kata yg lain, semua Muslim dan Muslimah adalh BINTANG. Bukan bintang di pentas, bukan bintang di televisyen tetapi bintang pada pandangan Allah swt. Namun tidak semua bintang mendapat perhatian Allah swt. Bintang yg paling indah sahaja yg mendapat sepenuh perhatian, rahmat, dan keredhaannya. Bintang itu adalah MUSLIM TERBAIK.

ramadhan mentarbiyyah kita utk mnjadi muslim yg trbaik,muslim yg brtaqwa dgn sbnar benar taqwa kpd Allah swt.Wallahua’lam.

…::::Selamat :.: Menyambut :.: Ramadhan::::…

..:::Ihya’:.:Ramadhan:::..

No comments:

Post a Comment