Showing posts with label Fadhilat al-Quran. Show all posts
Showing posts with label Fadhilat al-Quran. Show all posts

Thursday, April 14, 2011

HADITH 2

عن ابي سعيد قال قال رسول الله, يقول الرب عز وجل من شغله القرآن عن ذكري و مسألتي أعطيته أفضل ما أعطي السائلين وفضل كلام الله على سائر الكلام كفضل الله على خلقه.

Hazrat Abu Sa’id r. meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, “Allah SWT berfirman, ‘Jika sesiapa mendapati tidak ada masa untuk mengingati KU dan berdoa kepada KU kerana sibuk dengan al-Quran, maka Aku akan mengurniakan kepadanya perkara yang terbaik yang Aku kurniakan kepada orang yang berdoa kepada Ku. Ketinggian perkataan Allah SWT ke atas segala perkataan adalah seumpama ketinggian Allah SWT ke atas segala makhluk (ciptaan NYa)”. (HR Tirmizi, Darimi dan Baihaqi).

Maksud hadis dia atas ialah, seseorang yang sentiasa sibuk menghafal, mempelajari atau memahami al-Quran sehingga tidak ada masa untuk berdoa, maka Allah SWT akan mengurniakan kepadanya sesuatu yang lebih baik daripada yang diberikan kepada orang lain yang berdoa kepada Nya. Suatu perkara yang lumrah di dunia ini ialah apabila ada seseorang yang sedang membahagi-bahagikan kuih muih dan salah seorang yang layak menerima kuih muih itu sibuk melakukan urursan bagi pihak sopembahagi itu sendiri sehingga menyebabkan dia tidak dapat hadir untuk mendapatkan bahagiannya, maka sudah tentu bahagian untuknya akan disimpan terlebih dahulu. Berkenaan keadaan yang sama seperti hadis di atas, dalam hadis yang lain dinyatakan bahawa Allah SWT akan mengurniakan kepada orang yang sibuk dengan al-Quran pahala yang 
labih afdal daripada pahala yang diberikan kepada hamba-hambaNya yang bersyukur.


Friday, March 18, 2011

Hadith 1


عن عثمان بن عفان رضى الله عنه أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال خيركم من تعلم القرآن وعلمه.

Hazrat Uthman r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, ‘yang terbaik antara kamu ialah orang yang belajar al-Quran dan mengajarkannya.
( HR Bukhari, Abu Daud, Tirmizi, Nasai dan Ibnu Majah)

Dalam kebanyakkan kitab, hadis ini dinyatakan dengan perkataan “و” yakni “dan” sebagaimana yang telah diterjemahkan di atas. Dalam keadaan ini, ganjaran yang besar adalah bagi sesiapa yang belajar al-Quran yang mulia dan kemudiannya mengajarkan kepada orang lain. Namun demikian, dalam sesetengah kita, hadis ini diriwayatkan dengan perkataan “أو” yakni “atau” yang memberi makna “yang terbaik antara kamu ialah orang yang belajar al-Quran atau orang yang mengajarkannya”. Mengikut riwayat ini, ganjaran dan kelebihan adalah umum, sama ada orang itu belajar untuk dirinya sendiri atau mengajarkan al-Quran kepada orang lain. Setiap orang daripada mereka akan mendapat kelebihan dan ganjaran tersendiri.

Sebenarnya al-Quran itulah Islam. Oleh itu, agama Islam bergantung sepenuhnya kepada pengekalan dan penyebaran al-Quran Oleh kerana itu, sudah jelaslah tentang kedudukan terbaik bagi orang yang mempelajari al-Quran atau mengajarkannya dan tidak perlu kepada sebarang penjelasan lagi. Walau bagaimanapun,terdapat darjah kedudukan yang berlainan. 

Darjah yang terbaik ialah mempelajari al-Quran dengan makna dan maksudnya, dan darjah yang terendah ialah mempelajari lafaz al-Quran sahaja. Mafhum kedua daripada hadis di atas (sebagaimana yang diriwayatkan dengan lafaz “أو” yang bermaksud “atau”) menyokong hadis yang diriwayatkan secara mursal oleh Hazrat Sa’id Ibni Salim r.a, “sekiranya seseorang yang memperoleh ilmu al-Quran menganggap orang yang diberikan sesuatu nikmat yang lain itu lebih baik daripadanya, amka dia telah menghina nikmat Allah SWT yang telah dikurnikan kepada ke atasnya”. Ini jelas, apabila perkataan Allah SWT adalah yang terbaik antara segala perkataan, maka  pastilah belajar dan mengajarkan perkataan Allah SWT itu adalah labih baik daripada segala sesuatu yang lain, sebagaimana yang akan diterangkan dalam hadis seterusnya.

Mulla ‘Ali Qari rah. Menukilkan satu hadis lain bahawa sesiapa yang telah memperoleh ilmu al-Quran, telah menyimpan ilmu kenabian di kepalanya. Hazrat Sahl Tustari rah. Berkata, “Tanda cinta kepada Allah SWT ialah wujudnya cinta terhadap perkataan Allah SWT dalam hati”. Dalam kitab “Syarah Ihya-Ulumuddin” terdapat senarai orang yang akan diberi perlindungan di bawah naungan ‘Arash Allah SWT pada hari pengadilan yang menggerunkan, antara mereka adalah orang yang mengajar al-Quran kepada kanak-kanak Islam dan juga mereka yang belajar al-Quran semasa usia muda dan terus mengambil berat untuk membaca al-Quran apabila dewasa.


InsyaAllah, entry yang akan datang, ana akan berkongsi pula senarai orang yang akan diberi perlindungan di bawah naungan Arash Allah ky....