Showing posts with label Movie pilihan. Show all posts
Showing posts with label Movie pilihan. Show all posts
Wednesday, August 17, 2011
Sang Pencerah
Sang Pencerah sendiri memulai perjalanan kisahnya dengan menilik kelahiran seorang bayi laki-laki bernama Muhammad Darwis di dalam sebuah keluarga Jawa yang memiliki latar belakang lingkungan beragama Islam yang sangat kuat. Dalam pertumbuhannya, Darwis remaja (Ihsan Tarore) sering merasa aneh dengan kebiasaan lingkungannya yang seringkali mencampuradukkan kegiatan agama dengan berbagai kegiatan yang berbau mistis. Hal inilah yang kemudian menarik perhatian Darwis untuk mempelajari Islam lebih lanjut. Di usianya yang ke-15, Darwis, dengan seizin orangtuanya, pergi ke Mekkah untuk menunaikan ibadah haji, sekaligus mempelajari Islam langsung di tempat kelahiran agama tersebut. Lima tahun berselang, Darwis dewasa (Lukman Sardi) kembali ke kampung halamannya di Yogyakarta. Sesuai dengan kebiasaan mereka yang baru kembali dari Mekkah saat itu, Darwis merubah namanya menjadi Ahmad Dahlan. Kondisi lingkungannya sendiri, yang saat itu berada di bawah bayang-bayang penjajahan Belanda, masih sama dengan ketika ia meninggalkan Yogyakarta. Banyak ajaran Islam yang dalam pelaksanaannya semakin melenceng dari apa yang telah disuratkan dalam Al-Qur'an maupun Al-Hadits. Tak tinggal diam, Ahmad Dahlan mulai secara perlahan menyadarkan masyarakat sekitar mengenai kesalahan yang telah mereka lakukan. Tentu saja, merubah sesuatu hal yang telah menjadi semacam adat di dalam sebuah kelompok bukanlah hal yang mudah untuk dilakukan. Ahmad Dahlan sendiri sempat mendapatkan kecaman dari seorang kyai penjaga tradisi, Kyai Penghulu Kamaludiningrat (Slamet Rahardjo), bahkan sering dituding sebagai seorang kyai yang sesat. Namun atas dukungan penuh istrinya, Siti Walidah (Zaskia Adya Mecca), keluarga, dan beberapa orang murid setianya, Ahmad Dahlan terus berusaha menegakkan akidah, termasuk dengan bekerjasama dengan organisasi modern yang banyak dinilai merupakan kelompok kafir oleh lingkungannya.
Pengkongsian dr akh Roti John...TQ atas ilmu ini...mana yang baik kita amik la sebagai teladan dan mana yang kurang baik, kita jadika ia sempadan k... :-)
Monday, June 20, 2011
فك نيل.....ايبو كيريم سلام
Assalamualaikum buat para pembaca dan penziarah blog Iman...
Semalam Iman melayari youtube kerana Iman tak boleh tidur kerana badan tak berapa nak sihat, rasa macam nak demam, tapi alhamdulillah Iman boleh bekerja seperti sediakala pada hari ini...
Dalam Iman melayari youtube tu, Iman ternampak 1 movie ni yang bertajuk 'PAK NIL IBU KIRIM SALAM''....
Kisah ini memaparkan seorang anak kepada imam yang mana dia sangat istimewa...
Ramlan yang cacat tapi, saat taat pada agama nya... Ramlan yang tinggal dengan ibu tirinya yang jahat. Selepas kematian ayahanda tercinta, keadaan Ramlan semakin teruk, ibu tirinya sering memukulnya.
Tapi, dengan nekad dan keinginannya untuk berjumpa dengan Aznil atau lebih di kenali dengan nama Pak Nil, Ramlan berusaha dan nekad keluar rumah seorang diri dengan berbekal sebuah gitar dan duit simpanan tabungnya....
Banyak dugaan dan ujian yang terpaksa di tempuhi oleh Ramlan semasa perjalanannya untuk berjumpa dengan pak Nil... Berjayakah Ramlan, seorang kanak-kanak istimewa itu berjumpa dengan pak Nil??????
Untuk cerita seterusnya dan pengakhirannya, silalah menonton.. kalau boleh vote lah, Iman nak bagi 1000% kat movie ni... Betul-betul menyentuh qalbi.... tak percaya????? Lihatlah dulu...
selamat menonton...
Thursday, April 28, 2011
Dalam Mihrab Cinta
Kisah di mana seorang pemuda pesantren yang bernama Shamsul Hadi telah di fitnah oleh kawan baiknya Borhan, di tuduh maling (mencuri) duit pelajar pesantren...
Shamsul hadi telah di belasah dan di penjarakan di pesantren dan telah do gondongkan (di botakkan) kepalanya. Selepas itu, beliau telah di buang penjara....
Ape yang terjadinya pada Shamsul setelah keluar dari pesantren???? Saksikanlah....
selamat menonton dan mengambil tauladan dari kisah ini....
Thursday, March 17, 2011
Mengaku Rasul
Astafirullah al azim....
Inilah dunia sekarang, dunia akhir zaman yanag mana banyak fitnah berlaku dan ade tambahan nabi selepas Rasulullah s.a.w.... Telah kita di beritahu dan tahu bahawa Nabi Muhamad s.a.w adalah nabi dan rasul yang terakhir, tiada nabi dan rasul lagi selepas Nabi Muhamad s.a.w....
Ambil lah iktibar daripada movie ini ye...
selamat menonton :-)
Monday, March 14, 2011
Kun Fayakuun...
Assalamualaikum....
Sebuah cerita yang mana ia mengisahkan sebuah keluarga yang sangat daif. Seorang ayah, seorang ibu dan dua orang anak lelaki. Seorang ayah yang tak kira malam siang, lapar dahaga mencari rezeki buat keluarga tercinta, tanpa memikirkan kepentingan diri, yang hanya si ayahnya tahu adalah isteri dan anak-anaknya sahaja.
Walaupun penat bekerja, tapi si ayah tetap tidak menjamah sebutir nasi pun kerana untuk anak-anak dan isteri, malah sanggup berpuasa pula...Kecekalan hati seorang ayah untuk keluarganya sangat tinggi, dan patuh pada arahan Allah dengan tidak meninggalkan solat walaupun tengah mencari rezeki dan selalu berdoa kepada Allah.
Si bapa tidak pernah mengeluh mahupun melepaskan kemarahan pada isteri dan anak-anak, malah sanggup mengorbankan diri untuk keluarga tercinta. Selemat menonton...
SubnaAllah...itulah ciri-ciri yang ana mahu kan... insyaAllah..semoga setiap ar rijal menjadi dan boleh bersikap sedemikian..amiin
Thursday, February 17, 2011
Perempuan Berkalung Sorban
Filem ini mula mengisahkan tentang seorang wanita yang membela nasib seluruh kaum Nisa' d sebuah pesantren, yang mana pesantren ini terlalu taksub dengan agama sehingga menyebabkan kaum wanita di perkecilkan. Seorang gadis yang bernama Annisa telah memberontak kerana tidak boleh menunggang kuda sama seperti abang-abang nya..
Annisa juga telah di kahwin paksa oleh ayahnya dengan kawan baiknya, tu pun kerana terlalu banyak terhutang budi. Tapi iman itu tak boleh di warisi..ayahnya seorang kiai tapi anaknya lebih teruk dari seekor binatang. Memperkosa annisa dan memhambakan annisa sebagai hamba seks sahaja...
Untuk lebih lanjut tontonlah ye... Selamat menonton..
Syahadat cinta
Sebuah filem yang diadaptasi dari sebuah novel,yang mana mengisahkan seorang anak lelaki yang bernama Iqbal. Iqbal yang mana hidupnya tiada arah tujuan hidup, yang mata hatinya telah di tutupi oleh kesenangan dunia, hiburan, kelab dan arak. Kisahnya bermula, pada suatu malam Iqbal telah pulang ke rumahnya seperti biasa dalam keadaan mabuk, Lalu, mama nya seperti setiap malam pasti akan menemui anak tunggalnya iaitu Iqbal. Bermula kisah pada malam itu, Iqbal secara tidak sengaja telah menolak mamanya, hingga menyebabkan mama nya telah jatuh tangga lalu koma. Iqbal sedar kembali lalau bertanya pada bibiknya tentang mamanya. Lalu, bibiknya berkata bahawa mamanya Iqbal telah masuk wad dan Iqbal telah melihat tompokan darah mamanya. Bermula lah episod baru dalam hidup Iqbal, yang mana dia telah menginsafi dan rela hati untuk pergi ke pesantren untuk menuntut ilmu agama di sana. Dalam proses Iqbal mendalami agama, pelbagai cabaran dan ujian yang terpaksa di laluinya seperti sabar dalam mengangkat air dan merendahkan diri ketika bercakap dan sanggup menerima segala arahan.
Selepas itu, Iqbal telah membawa dirinya ke kota untuk melarikan diri dari pesantren kerana tidak sanggup lagi untuk mengangkat air. Akhirnya,dia telah bertenu dengan seorang wanita kristian. Disebalik pertemuan itu, tercipta satu ukhuwah persahabatan yang mana telah membawa seorang gadis yang bernama Lia masuk memeluk agama Islam, di rumah ibu Jamilah iaitu ibu Jamilah adalah seorang pengemis yang mempunyai dua orang anak. Pelbagai ujian lagi yang terpaksa d hadapi oleh Iqbal, sehingga beliau masuk penjara.
Akhirnya, Iqbal pulang ke pesantren membawa seribu satu kenangan. Nak tahu ape yang terjadi d pesantren, tontonlah d youtube ye. Video di atas tu da part 10, part yang mana imannya telah di uji.. Filem ini bagus di tonton oleh kaum rijal, memberi banyak input buat mereka.. selamat menonton..
Subscribe to:
Posts (Atom)
