Alhamdulillah, malam ni dapt juga Iman menulis d blog ni. Setelah ujian dengan penyakit diturunkan kepada Iman selama berada d kampung sehingga detik malam tadi.... Seronok raya tahun ni kerana dapat ziarah kengkawan lama, kengkawan sekolah rendah dan kengkawan sekolah menengah, Yang mana dulu, pergi masjid sama2, mengorat imam terawih pun sama, d date same2, tak pergi surau pun sama2 alasan nya berbuka puasa, pastu tengok tv kat dewan makan asrama....
Showing posts with label La Tahzan. Show all posts
Showing posts with label La Tahzan. Show all posts
Monday, September 5, 2011
Saat hati rindu bernikah
Assalamualaikum wbt....
Alhamdulillah, malam ni dapt juga Iman menulis d blog ni. Setelah ujian dengan penyakit diturunkan kepada Iman selama berada d kampung sehingga detik malam tadi.... Seronok raya tahun ni kerana dapat ziarah kengkawan lama, kengkawan sekolah rendah dan kengkawan sekolah menengah, Yang mana dulu, pergi masjid sama2, mengorat imam terawih pun sama, d date same2, tak pergi surau pun sama2 alasan nya berbuka puasa, pastu tengok tv kat dewan makan asrama....
Alhamdulillah, malam ni dapt juga Iman menulis d blog ni. Setelah ujian dengan penyakit diturunkan kepada Iman selama berada d kampung sehingga detik malam tadi.... Seronok raya tahun ni kerana dapat ziarah kengkawan lama, kengkawan sekolah rendah dan kengkawan sekolah menengah, Yang mana dulu, pergi masjid sama2, mengorat imam terawih pun sama, d date same2, tak pergi surau pun sama2 alasan nya berbuka puasa, pastu tengok tv kat dewan makan asrama....
Sekarang ni, dalam group kami bertiga tu sorang da selamat d ijabkabulkan 2 tahun lepas cuma belum ade rezeki mendapat zuriat lagi, yang sorang lagi tu da sambung master course ekonomi d UKM Bangi, dan saya dah bekerja alhamdulillah...semua da berjaya dengan cara dan bidang masing2...
Dalam pada itu, kami ziarah kawan kami sorang ni, Alhamdulillah dia da selamat melahirkan anak perempuan yang sangat comel. Nama nya nak tulis panjang dan berbelit lidah kami nak menyebutnya. Kena tang Iman, dia bertanya, "hah, kamu bila pulak nak nikahnya?? Kerja sudah, kete sudah, bergaji sudah? tunggu ape lagi...."...saya menjawab, "tengah cari calon lagi".. Dia berkata, "aik, tak kan dok mencari lagi kot"... hnya senyuman yg dapat ku berikan sebagai jawapannya...So lepas ni, bila ade sesiapa bertanya lagi pada ku, akan ku berkata sebegini, "tengah memilih calon" :-)...pasti jawapannya balik, "jangan pilih sangat dan tak baik menolak jodoh yang baik, yang datang meminang". confirm punya...
Kini ati ku berserah ada Allah SWT. Punya calon tak sesuai kerana kuat cemburunya... Punya calon tak sesuai yang mana umurnya muda dan tak matang, yang mana masih lagi berhubung dengan wanita yang pernah berada d atinya sesuatu ketika dulu dan memarahi ku jika d beri nasihat supaya melupakan wanita itu, kerana wanita itu sudah punya suami... punya calon, ayah pun da suruh dia masuk minang, tapi dia lak kata tak ready lagi kerana kenagan silam, dosa silam yang dia lakukan dahulu...
Kini, tiada lagi pengharapan ku pada sesiapa. Tapi, jujur ku katakan ku selesa bersahabat dengan mu. Andai jodoh tu milik kau dan aku, aku menerimanya dengan ati terbuka dan menerima diri mu seadanya. Andai jodoh itu bukan milik tu, aku redha dan mendoakan agar kau bahagia bersama nya...
p/s : Dari seorang hamba Allah... :-)
Rindu akan kamu semua...semoga kita boleh bersua lagi dan berprogram bersama lagi...
insyaAllah, suatu hari nnti :-)
Sunday, May 8, 2011
Waktu mu telah tiba, tapi daku...............???
Assalamualaikum wbt....
Malam ini tetiba hatiku sayu, sayu untuk menulis dan meluahkannya... Puas ku fikirkan, puas ku untuk melupakana, puas untuk aku menolaknya, tapi ia tetap datang kepada ku....iaitu kematian...
KEMATIAN memang pasti akan tiba, pasti akan menjelma cuma kita tidak tahu caranya bagaimana, bila waktu nya, di mana tempatnya lagi....
Diri ini baru sahaja kehilangan nenda tercinta dan moyangnda yg tersayang... Bulan lepas nenda ku telah kembali ke rahmatullah. Dan pada awal bulan ni pula moyangnda ku pula pergi, pergi menemui Pencipta..
Terlalu perit untuk ku meluahkannya. Kerana sejak dari kecil lagi, aku tinggal bersama nenda ku, nenda ku sakit dan masuk hospital pun aku menunggu nya. Terasa begitu pantas waktu itu berlalu....
Nenda ku keluar dari hospital dan berehat di rumah, pasti akan dengar kedengaran suara nenda ku memanggil ku,.itu bermakna dia mahu makan mee rebus or mee goreng atau pun nak makan ubat...
Aku akan segera pergi merebus mee atau menggoreng mee untuknya dan untuk ku jua.. Kami makan bersama-sama...
Tapi, di saat nenda ku mahu pergi, aku tidak dapat bersamanya. Kerana atas urusan kerja ku, aku tinggalkan nenda ku di rumah bersama tok ki dan kedua orang tua ku. Aku tidak sempat bersalam dengannya, bercakap dengannya, berjumpa dengannya sebelum nenda ku strok dan pergi buat selamanya...
Aku pergi hari selasa dan pada hari rabu nenda ku kena strok, pada hari khamis nenda ku telah kembali ke rahmatullah.... Ya Allah, aku tak sangka pemergian ku itu, ada hikmahnya, walaupun aku begitu berat hati untk meninggalkan nenda ku.
Tapi, Ya Allah aku bersyukur kepada Mu kerana Kau masih beri peluang ku untuk bertemu dengan nenda ku di hospital walaupun nenda ku ketika itu sedang koma, tiada respon darinya hanya penafasan yang di bantu dengan bantuan mesin...
Aku terasa begitu sayu sekali apabila pulang ke rumah, seakan aku terdebgar-dengar suara dan ternampak-nampak nenda ku memanggil dan memandang ku... Tak dapat ku luahkan perasaan aku ketika itu, hanya air mata ku sahaja yang dapat mengalir dan lafaz al-Fatihah yang dapat ku hadiahkan padanya dan melapangkan hati ini.
Semoga nenda bahagia dan selamat di sana... Al-Fatihah......
p/s : coretan ini di tulis memandangkan hari ni sempena hari ibu.. Ku lihatkan ummi ku menitiskan air matanya semalam selepas aku mengucapkan selamat hari ibu, mata ummi merah kerana menangis dan ketika aku menghampirinya kerana mahu meminta ubat selsema, ummi mengesat air mata itu..

Wednesday, April 20, 2011
Kisah 1
Lelaki ini adalah think tank di dalam Perang Khandaq. Di Madinah, seorang muslimah telah mengambil hatinya…
Bukan sebagai kekasih..tetapi sebagai pilihan hati. Pilihan menurut perasaan yang halus dan suci..pilihan untuk dinikahinya.
Tetapi Madinah adalah tempat yang asing baginya. Madinah memiliki adat, bahasa, dan wajah-wajah yang belum begitu dikenalinya. Pemuda itu berfikir, melamar seorang gadis tempatan tentu menjadi urusan yang pelik bagi seorang pendatang.
Mestilah perlu ada seorang yang akrab dengan tradisi di Madinah berbicara untuknya dalam khithbah…
Maka pemuda ini menyampaikan isi hatinya kepada sahabat Ansar yang dipersaudarakan kepadanya, Abu Dharda’.
“Subhanallah, walhamdulillah ..”, girang Abu Dharda’ mendengarnya.
Maka setelah dilakukan segala persiapan, beriringanlah kedua sahabat itu menuju ke sebuah rumah di penjuru kota Madinah.
Rumah seorang wanita yang solehah lagi bertaqwa.
“Saya adalah Abu Dharda’ dan ini adalah saudara saya, Salman seorang Parsi. Allah telah memuliakannya dengan Islam dan dia juga telah memuliakan Islam dengan amal dan jihadnya. Dia memiliki kedudukan yang utama di sisi Rasulullah SAW, sehingga baginda menyebut beliau sebagai ahli baitnya. Saya datang untuk mewakilisaudara saya ini melamar puteri anda untuk disunting”, fasih Abu Dharda’ menutur bicaranya.
“Adalah satu penghormatan bagi kami menerima anda berdua, sahabat Rasulullah yang mulia. Dan adalah penghormatan bagi keluarga ini bermenantukan seorang sahabat Rasulullah yang utama. Akan tetapi hak menerima ini sepenuhnya saya serahkan pada puteri kami”. Tuan rumah memberi isyarat kea rah hijab yang di belakangnya sang puteri menanti dengan penuh debaran.
“Maafkan kami kerana terpaksa berterus terang”, kata suara lembut itu. Ternyata sang ibu yang berbicara mewakili puterinya. “Tetapi kerana anda berdua yang datang, maka dengan mengharap redha Allah saya menjawab bahawa puteri kami menolak pinangan Salman. Namun jika Abu Dharda’ juga memiliki urusan yang sama, maka puteri kami telah menerima pinangan itu.”
Jelas sekali. Sikap terus terang yang begitu mengejutkan, ironi dan indah! Sang puteri lebih tertarik kepada pengantar daripada pelamarnya!
Ya, memang mengejutkan dan ironi. Apa yang indahnya?? Yang indahnya adalah reaksi Salman. Bayagkan sebuah perasaan, di mana cinta dan persaudaraan bergejolak berebut tempat di dalam hati.
“Allahu Akbar!!” seru Salman. “Semua mahar dan nafkah yang telah ku sediakan akan aku serahkan kepada Abu Dharda’, dan aku akan menjadi saksi pernikahan kalian!”
Cinta memang tak harus memiliki…
Wednesday, February 23, 2011
Hati ku sayu...
Assalamualaikum pembuka tulisan saya pada petang yang cerah nan indah ini..
Ade mulanya pasti akan muncul akhirnya, cuma kita tidak tahu ia cepat atau lambat menghampiri kita...
Yang hidup pasti akan mati, yang datang pasti akan kembali....
Yang kecil pasti akan besar, dan yang muda pasti datang tua nya....
Itu ada lumrah kita sebagai hamba Nya, setiapnya berpasangan dan yang di mulai pasti akan di ahirkan...
Entah kenapa petang ini hati ku sayu bila mahu meninggalkan tempat yang mana aku telah menganggapnya seperti rumah ku, sepupu ku seperti adik ku, ukhuwah kami betul-betul terasa.. Mungkin kerana aku tiada adik perempuan atau mungkin aku akan kembali berseorangan nanti...
Wahai hati, sabarlah di atas perpisahan ini...
Ia bukanlah selama-lama, cuma untuk sementara...
Sementara yang mana engkau masih banyak tanggungjawab dan tugas yang perlu di selesaikan....
Tabahkanlah hati mu...
Kenangan mu di sini tetap ku ingatkan bila ku kembali ke tempat ku....
Dan pasti aku akan kembali lagi untuk berjumpa dengan mu...
kerana engkau la sahabat, engkau lah teman, engkau sepupu ku, engkaulah lawan ku dan engkau lah adik ku..
"Ya Allah, Kau temukanlah kami kembali di masa akan datang dan Kau permudahkanlah urusan kami dalam kami mencari redha Mu"...
Saturday, February 19, 2011
Hari ini, harimu !!! Hari ini, harimu !!
Dengarkanlah dulu syair yang dilantunkan oleh saudara Thabit : "Jika engkau berada di pagi hari, maka jangan tunggu petang hari...Jika engkau berada di petang hari jangan tunggu esok pagi".
Kehidupan adalah hari yang mana kita sedang menjalaninya sekarang, bukannya kemarin, bukannya semalam yang mana ia telah berlalu pergi dan juga bukan hari esok yang mana kita pun belum pasti apa yang bakal terjadi, apa yang bakal kita hadapi. Hari ini adalah sekarang, yang mana kita merasai hangatnya matahari, sejuknya embun pagi dan cantiknya matahari terbenam. Umur kita adalah hari yang sedang kita jalani. Sebuah syair mengatakan : "Apa yang telah berlaku tidak akan kembali, masa depan juga sesuatu yang misteri. Kehidupan sebenarnya adalah waktu di mana kita berada di saat ini".
Bayangkanlah kita hanya hidup untuk hari ini sahaja lalu kita dimatikan, tapi kita telah mensia-siakan waktu itu dengan perkara-perkara yang tidak berfaedah,apakah bekalan yang kita bawa untuk menghadap Nya?? Jadi, tukarlah perpepsi kita, yang mana kita hidup hari ni,dan mungkin sesaat nanti nyawa ini akan di ambil balik, maka kita tidak akan terpengaruh dengan kelamnya masa lalu ataupun mimpi buruk yang akan menimpa kita pada masa yang akan datang.
Untuk hari ini sahaja, curahkanlah segala perhatian dan usaha kita. Kerahkanlah segala kemampuan dan apa yang kita miliki kerana Allah. Laksanakanlah solat dengan khusyuk, bacalah Al-Quran dengan penuh keinsafan, berzikir dengan hati yang hidup, berakhlak yang mulia, redha dengan ketentuan Allah SWT, membantu orang lain, mengambil berat suasana dan kesihatan tubuh dan kegiatan lain yang bermanfaat. Pada saat sekarang ni, uruskanlah waktu kita dengan sebaik yang mungkin. Jadikanlah minit demi minit seolah hitungan tahun dan detik demi detik seolah hitungan bulan. Semailah benih kebaikan, berikanlah nasihat yang indah, istifar dari segala dosa, ingatlah Allah selalu dan bersiaplah untuk perjalanan panjang yang akan kita tempuhi.
Kita redha dan sentiasa bersyukur dengan rezeki yang diterima, isteri yang mendampingi, anak-anak, pekerjaan, rumah dan kegiatan yang kita lakukan. Sebagai firman Allah yang bermaksud : " Berpegang teguhlah kepada apa yang Aku berikan kepadamu dan hendaklah kamu termasuk orang-orang yang bersyukur". Jalanilah hidup kita tanpa ada kesedihan yang tak bertempat, kegundahan, kemarahan, rasa dengki dan iri hati sesama makhluk. Jika sekarang kita makan kek yang lembut dan enak, apakah ada pengaruhnya jika semalam kita makan kek yang keras dan tak sedap?? ( Penulis baru makan kek buatan sendiri )... Atau kek yang datang, yang mana kita tidak tahu bagaimana bentuk dan rasanya?? ( InsyaAllah, hari rabu nnati buat kek lagi, penulis yang gemar kan kek ). Jika kita meneguk air yang segar dalam kehidupan kita sekarang, kenapa harus bersedih dengan air garam yang kita minum semalam atau air yang tidak pasti akan kita minum sesaat lagi?? Hadapi dan nikmatilah d saat ini.
Anggaplah kita hanya akan hidup di saat ini sahaja, sesaat lagi kita akan mati, jadi kita akan rapikan rumah kita, perpustakaan kita, bilik kita, makan sepuasnya, fikir sepuasnya, bertaubat. Saya hidup hari ni sahaja, jadi saya kena baca Quran, buat baik, solat dan bersedekah...Inilah salah satu ungkapan yang sering kita dengarkan, terutama pesakit kanser. Sepatutnya bukan hanya mereka, tapi kita semua. Kita semua bukan nya sihat, walaupun dari luar kita gemuk, jalan laju, tegak tapi hati kita bagaimana??? Sihat ke hati kita?? Hati kita dah diberi makan dan minum ke?? Tanyalah hati masing-masing ye. Untuk itu, tanamkan dalam diri kita, "Hidup hanya hari ini sahaja, berusahalah jangan pernah mengatakan kata-kata kotor, celaan dan umpatan". Tapi, jangan pula, saya hidup hari ni saya nak enjoy sepuas-puasnya, saya nak shoping sepuas-puasnya, saya nak jalan sepuas-puasnya, jangan ke negatif ye tapi pergilah ke positifnya..Jalan-jalanlah ke surau atau masjid, enjoy lah d tanah suci kota Makkah okey...
Kita hanya hidup untuk hari ini sahaja, apa yang berlalu biarkanlah ia berlalu dan tidak akan pernah kembali. Semuanya telah tenggelam seperti terbenam nya matahari senja. Tidak perlu untuk ditangiskan, tidak perlu untuk mensiakan sedikit waktu untuk mengenangkannya, sebab engkau telah pergi meninggalkan ku dan tidak akan kembali lagi untuk selamanya....
Wahai masa depan, engkau juga masih misteri. Saya tidak akan larut dengan mimpi-mimpi, saya tidak akan menjual diri ini dengan sesuatu yang tidak pasti dan saya tidak akan tergesa-gesa untuk melakukan sesuatu yang belum tentu ada, sebab ia belum diciptakan...

Monday, February 7, 2011
Iman adalah kehidupan...
Orang yang selalu gelisah ketika menghadapi kesulitan dalam hidupnya adalah orang yang tidak memiliki keimanan atau orang yang tidak memiliki keyakinan. Kolan jiwa mereka kosong daripada riak ombak keimanan dan ketakwaan. Tugu keyakinan mereka terhadap Allah SWT amat rapuh dan dapat runtuh bila-bila masa sahaja, terutama apabila sedikit kesulitan mengisari kehidupan mereka.
Langit kehidupan mereka tidak pernah lepas daripada naungan awam kemarahan, kesedihan dan sebagainya. Kolong hati mereka sendat dengan kegelisahan dan kekhuatiran. Penilaian mereka terbatas seputar kehidupan dunia semata-mata. Ada hijab yang menghalang minda mereka untuk menerobos kehidupan akhirat nan abadi, lantas jadilah mereka sebagai golongan yang hanya memikirkan tentang dunia semata-mata dan melupakan peringatan tentang hari akhirat yang pasti akan mereka jengah jua apabila tiba waktunya kelak. Allah berfirman :
"Dan sesiapa yang berpaling ingkar dari ingatan dan pertunjuk Ku, maka sesungguhnya adalah baginya kehidupan yang sempit, dan Kami akan himpunkan dia pada hari kiamat dalam keadaan buta".
( "But whosoever turns away from My Message, verily for him is a life narrowed down, and We shall raise him up blind on the Day of Judgment." )
Jiwa seseorang yang kontang daripada keimanan tidak akan pernah merasa bahagia, tidak akan bersih dan suci, tidak akan merasakan kesenangan, tidak akan merasakan kegembiraan, selalu dirundung kesedihan, diselimuti kegundahan dan selalu dililit kesedihan. Tiada apa yang dapat membentengi jiwa mereka daripada dirasuk perasaan sedemikian kecuali keimanan kepada Allah SWT, Tuhan alam semesta. Hidup ini tidak akan terasa nikmat kecuali dengan iman. Apabila iman tiada, maka lenyaplah kehidupan. Tidak ada kehidupan bagi siapa yang tidak menghidupkan agama. Siapa yang rela hidup tanpa agama sungguh kebinasaan merupakan temannya.
Gaya hidup yang dianuti oleh orang yang tidak beriman adalah mengakhiri kehidupan dengan bunuh diri. Dengan cara itu mereka mengira dapat lepas dan selamat daripada segala kesusahan, kegelapan dan kezaliman. Mereka merasakan itulah jalan terbaik untuk keluar daripada segala masalah kehidupan. Bagi mereka menamatkan kehidupanakan menjanjikan kedamaian buat diri yang terhimpit dengan masalah. Demikian dangkalnya kesimpulan yang mereka putuskan. Wahai orang-orang yang mengakhiri kehidupan dengan laknat Allah, sungguh kalian telah keluar dari ajaran Nya. Allah berfirman :
" Dan (begitu pula) Kami memalingkan hati dan penglihatan mereka seperti mereka belum pernah beriman kepadanya (al-Quran) pada permulaan dan Kami biarkan mereka bergelumang dalam kesesatan yang sangat"
( Surah Al-An'am : 110)
Sudah datang waktunya bagi mereka yang beriman kepada Allah SWT untuk merasa cukup dengan pemberian Nya. Setelah ratusan kurun mengusiakan dunia, ribuan tahun berlalu sampailah keyakinan manusia bahawa patung dan berhala yang disembah selama ini adalah ciptaan manusia sendiri. Lantas menginsafi betapa patung-patung kaku itu bukanlah Tuhan yang harus diagung-agungkan. Ingkar dari ajaran Allah SWT adalah laknat. Mendustakan agama adalah kebodohan. Semua utusan Allah merupakan orang-orang yang benar. Sesungguhnya Allah SWT berkuasa di atas segala-galanya. Walaupun akeimanan dalam diri ada pasang surutnya, dapat menebal dan dapat juga menipis, dapat dingin dan hangat, tapi ia merupakan kebahagiaan, ketenangan dan ketenteraman kita. Keimanan itulah yang mampu menghadirkan rasa ketenangan dan ketenteraman untuk bertamu di ruang jiwa kita. Tanpa keimanan nescaya segala ketenangan dan ketenteraman yang kita harapkan tidak dapat hadir menghiasi kamar jiwa kita. Allah berfirman :
" Barangsiapa yang mengerjakan amal soleh, baik lelaki mahupun perempuan dalam keadaan beriman, maka sesungguhnya akan Kami berikan kepadanya kehidupan yang baik dan sesungguhnya akan Kami beri balasan kepada mereka dengan pahala yang lebih baik dari apa yang telah mereka kerjakan "
( Surah an-Nahl : 97)
Kehidupan yang baik adalah merasa tenang dengan apa yang dijanjikan oleh Allah SWT, tetap hati untuk mencintai Nya, bersihkan fikiran daripada keinginan untuk berpaling atau membelot dari ajaran Nya, bersikap tenang atas segala bencana yang menimpa, redha dengan keputusan Allah dan rela dengan apa yang telah ditentukan Nya. Dan segalanya dapat kita pasakkan seteguh mungkin di permatang hati dengan adanya keimanan dalam diri...
Wa'allahuam...
Sunday, February 6, 2011
Bagaimana Merubah kesedihan menjadi Ibadah???
Apa yang mampu membuat kita untuk bersabar? Kenapa kita harus besedih seperti ini? kegundahan apa yang menyelimuti kita? Kesedihan telah berlalu dan ia merupakan ketetapan. Kita tidak akan mampu menolaknya kecuali Allah SWT yang menjauhkannya daripada kita.
Allah SWT tidak akan membebani seseorang kecuali sesuai dengan kemampuan hamba Nya. Begitu juga dengan kesedihan, Dia tidak akan menimpakannya pada seseorang kecuali seseorang itu mampu menghadapinya. Jadikanlah musibah itu sebagai wadah untuk mendapatkan manfaat yang banyak. Dengan demikian, mudah-mudahan kesedihan kita boleh bernilai ibadah, maka bersabarlah atas musibah yang menimpa kita. Kesabaran merupakan rangkaian yang tersusun daripada ibadah lain, seperti tawakal, rela dengan keputusan Allah SWT dan bersyukur kepada Nya.
Dengan demikian Allah SWT akan mengantikan kesedihan kita dengan kebahagian di dunia sebelum kebahagiaan di akhirat kelak. Ini kerana sesiapa yang memenuhi hatinya dengan rela terhadap keputusan dan ketetapan Nya, maka dia tidak akan pernah mengeluh atas setiap musibah yang menimpanya. Demi Allah, hal ini merupakan sebahagian daripada kebahagiaan. Tidakkah kita memperhatikan wajah orang yang beriman? Bukankah wajah mereka selalu tersenyum bahagia meskipun dilanda bencana?
Jadilah orang yang bijak, sebab kehidupan dunia tidak selamanya mulus. Selesai satu musibah maka musibah lain pula yang akan datang menghampiri kita...
* Dunia ini luas dan indah...jadi, tak perlulah kita untuk terus bersedih malah kita harus melihat dan memuji ciptaan Allah SWT ini...lihatlah dengan mata hati kita, insyaAllah kesedihan itu akan berlalu pergi...
Subscribe to:
Posts (Atom)