Showing posts with label Hebohkan. Show all posts
Showing posts with label Hebohkan. Show all posts

Monday, September 5, 2011

Bukan mengharamkan cinta



Persoalan-persoalan yang mencucuk mereka yang meninggalkan couple, mereka akan mengingat bahawa mereka ini mengharamkan cinta mereka. Ya, cinta mereka suci, ikhlas.

Di sini, ketahuilah bahawa, kita tidak mengharamkan cinta. Tidak salah menyukai lelaki atau perempuan. Cuma di sini, kita mahu jalan yang Allah redha. Bukannya kita break up. Kalau suka, betul-betul cinta, teruskan. Cuma teruskan di atas jalan yang Allah redha.

Sebenarnya, kalau betul-betul suka, cakap suka. Pergi confess pada mak ayahnya. Yang perempuan, minta lelakinya bergerak cepat sikit, bagitahu mak ayah. Tunang dulu ke kalau rasa lambat lagi nak kahwin. 
Tunjukkan keseriusan anda.

Selepas tu, nak dating, sila la dating dengan keluarga.
 Bukan tak boleh. Keluarga lelaki, keluarga perempuan, pergi keluar makan sama-sama. Kalau rindu, pergi ziarah rumah. Cakap kat keluarga perempuan, kata nak datang. Yang perempuan, kalau rindu sangat, cucuk-cucuk la mak ayah suruh ziarah.

Tak ada masalah. Cinta bukan diharamkan. Teruskan. Sila teruskan. Cuma sekarang ni, kita nak cinta kita diredhai Allah. Kalau nak Allah redha, takkan kita nak calarkan cinta kita dengan perkara yang Allah murka? Islam ada bagi cara, kita guna cara yang Islam bagi.

Rindu sangat

Ini satu lagi fenomena biasa terjadi. Ya la, dulu hari-hari jumpa, ada event apa-apa mesti bersama. Mesti la ada memori-memori indah.

Rindu ni lumrah orang berjauhan la. Lagi rindu, lagi bertambah sayang. Tahan sikit je kalau serius nak kahwin. Dan macam saya cakap tadi, bukan tak boleh jumpa langsung. Ajak la keluarga ziarah ke, ajak keluarga keluar makan ke, atur la elok-elok. Bukan haram jumpa langsung.

“Rindu sangat ni, rindu sangat sampai nak jumpa dua-dua”

Aha… Best perasaan ni. 
Apa kata, kita tahan rindu kita dua tiga tahun, kemudian duduk la dua-dua sampai mati. Ah.. bukan sampai mati, maaf, sampai ke syurga, selama-lamanya. Ya la, bila kita bangunkan cinta kita atas apa yang Allah redha, pastinya kita akan mendorong diri kita dan pasangan kita ke syurga-Nya.

Susah-susah sangat, kahwin. Buat apa la tunggu lama-lama, main rindu-rindu jauh ni.

Kalau ada kekangan untuk berkahwin, sabar. Cuba selesaikan apa yang mengekang anda dari berkahwin itu. Sementara itu aturlah cara yang syara’ untuk berjumpa.

Tak ada masalah.

Ingat Allah

Ada orang, dia meluat kalau kita pesan kat dia supaya dia ingat Allah SWT.

Tapi saya nak kata apa? Kalau kita tinggalkan couple kerana Allah, nak dapat redha Allah, maka bila kita rasa nak kembali kepada couple, kita kena ingat Allah SWT yang menjadi matlamat kita meninggalkan couple tadi.

Allah ni, tak ada la zalim. Kita ni je yang zalim diri kita. Allah, Dia nak bagi kita sama-sama dengan pasangan kita sampai ke syurga, selama-lamanya bersama. Tapi, kita tak sabar, kita zalim pada diri kita, lantas kita dengan pasangan kita,paling lama pun sampai mati, kemudian di akhirat, terpisah-pisah. Apa best?

Allah halang kita dari dekati zina, bukan suka-suka. Kita dah nampak hari ini, lambakan anak luar nikah. Kita nak ke macam itu?

“Kami couple je bang, mana ada apa-apa”

Ya. Hari ini. Semalam. Esok siapa tahu? Kalau melintas jalan pun kena tengok kiri kanan takut dilanggar, berhati-hati, lagi la dalam hal masa hadapan dan kekeluargaan. Kena perhatikan semua benda. Tak kesian ke dengan baby? Ni bercinta betul ke, main-main?



Kena serius la


Nak istiqomah tinggal couple ni, selain melihat kembali niat kita, kita kena serius la tinggal tu. Nak serius tinggal, kita kena ada beberapa perkara lagi kita kena serius:

1. Serius nak dapat redha Allah.

2. Serius nak bercinta dengan betul.

3. Serius nak bina masa hadapan dengan baik.

4. Serius jaga maruah dan harga diri.

5. Serius segala perkara.

Saya rasa, kalau kita mendalami 1-5 ni, kita akan istiqomah untuk tidak bercouple, dan meninggalkan couple. Kalau serius la. Kalau tak serius, memang la kita nak buat.

Ya la, kalau serius nak dapat redha Allah, kenapa buat benda yang Allah tak suka?

Kalau serius nak cinta betul-betul, kenapa memurahkan cinta kita?

Kalau serius nak membina masa hadapan dengan baik, kenapa tak boleh berdisiplin dan bertahan sedikit?

Kalau serius nak menjaga maruah dan harga diri, kenapa kita pula macam promosi diri kita agar maruah dan harga diri kita tercalar?

Kalau lah kita ini serius dalam semua perkara, kita betul-betul nak hidup dengan baik, kenapa kita dedahkan diri kita dari kehancuran?


Jangan tunggu kita dah tersilap, baru kita nak cakap: “Aiseh, dulu ada dah orang tegur aku, kenapa aku tak dengar?”

Yang dah tinggal couple tu, tak payah kembali la. Fikir-fikir balik, anda sudah berjaya, kenapa anda hendak menggagalkan diri anda semula?

Kalau betul kita serius, kita akan usaha. Tak ada bagi alasan-alasan. Sebab itu, yang saya cakap dalam Bukan Mengharamkan Cinta, Rindu Sangat, dan Ingat Allah itu, hanya yang betul-betul serius sahaja yang boleh buat. 
Yang main-main, bye-bye la.

Penutup: Teruskan kejayaan anda

Bagi yang tak bercouple, atau dah tinggal couple, teruskan kejayaan anda. Bagi yang masih bercouple, tak mengapa, perlahan-lahan usaha tinggal. Jangan risau. Saya tidak menyisihkan anda. Cuma saya mengingatkan sahaja. Kita ni manusia, mana tahu apa nak jadi pada kita. Sebab itu orang pandai kata: Mencegah lebih baik dari mengubati. Cegah, penyakit tu tak kena pada kita. Mengubati, penyakit tu dah kena pada kita. Ada bezanya ya.

Fikir-fikir la. Couple ni asasnya apa? Cinta? Ya ke cinta? Ke lebih kepada seronok-seronok nak happy-happykan diri sendiri sahaja?


Bukan la tak couple maksudnya tak cinta. Cinta anda, tidak gagal dengan tidak bercouple.

Jangan susah hati. Kata nak redha Allah. Tahu tak bahawa, cinta tu, Allah yang cipta?

Aha…

Teruskan kejayaan anda. Kejar redha Allah dalam semua lapangan. Belajar, kerja, hatta cinta.

Kita nak, cinta kita ini pun Allah kira.





Tuesday, June 28, 2011

Sejarah israk Mikraj

Assalamuaikum... sempena esok hari kita bakal menyambut hari israj mikraj, ingin ana berkongsi sedikit sebanyak tentang sejarah israj mikraj...

Kitab Kifaayatul Muhtaj karya Syeikh Daud al-Fatani mengisahkan peristiwa Israk Mi’raj secara terperinci dari awal hingga akhir. Usia kitab ini mungkin sudah 100-200 tahun tetapi sehingga kini masih menabur jasa kepada umat Islam khususnya di Nusantara ini. Insyaallah kini giliran kita pula untuk mengambil manfaat daripadanya.

Biasanya kita mendengar kupasan tentang peristiwa Israk Mi’raj ini setahun sekali. Apabila tiba bulan Rejab, sibuklah masjid-masjid dan surau-surau menganjurkan ceramah dan makan-makan bersempena mengenang peristiwa besar itu dalam usaha untuk mengambil iktibar daripadanya. Penceramah pun mengupas kisah tersebut dalam tempoh masa lebih kurang satu ke dua jam.

Dalam tempoh masa sesingkat itu, tidak banyak perkara yang sempat dihidangkan oleh penceramah. Penceramah akan menyentuh serba-sedikit mana-mana bahagian yang dirasakannya sesuai untuk dijamu kepada para pendengar. Kadang-kadang ceramah sempena Israk Mi’raj lebih banyak menyentuh hal ehwal politik. Hal ini menjadikan masyarakat kita umumnya tidak tahu banyak tentang peristiwa besar itu, bahkan berasa diri mereka jauh daripadanya. Padahal setiap hari kita mengerjakan ibadah solat dan bertahiyat di dalamnya, sedangkan ibadah solat dan tahiyat itu ada hubungan yang sangat erat dengan peristiwa Israk Mi’raj. Tidakkah kita berasa rugi apabila bersolat dan bertahiyat saban hari dalam keadaan tidak tahu peristiwa besar di sebaliknya? Bukankah ia dapat mengkhusyukkan lagi hati kita ketika melaksanakan ibadah solat?

Atas dasar itu isi kandungan kitab Kifaayatul Muhtaaj ini dihidangkan kembali ke tengah masyarakat. Tidak sekadar satu dua jam, mungkin puluhan jam diperlukan untuk mensyarahkan keseluruhan kitab ini. Alhamdulillah syukur,teknologi moden banyak membantu. Setiap kuliahnya dirakamkan dalam bentuk audio dan dimuatnaik ke internet. Ini membolehkan para pendengar mengulang-ulang isi kandungan kuliah seberapa kali yang mereka mahu. Tidaklah sekadar mendengar sekali sahaja di masjid/ surau, balik ke rumah tidak boleh diulangkaji lagi. Hasilnya, selang dua tiga hari, tinggallah 10-20 peratus sahaja isi kandungan kuliah di dalam minda.

Selain diberi kemudahan oleh Allah untuk mengulang dengar kuliah seberapa banyak kali yang disukai (supaya benar-benar faham dan tidak ketinggalan walau satu isi kandungan kuliah), pendengar juga boleh bersoal-jawab dengan pengkuliahnya di ruang maya internet. Mana-mana bahagian yang kurang difahami boleh diajukan kembali kepada pengkuliah. Jika ada kelapangan, insyaallah pengkuliah akan memberikan penjelasan lanjut. Kepada mereka yang tinggal berdekatan dengan pengkuliah, boleh bertanya secara bersua muka.

Biasanya jika kita mendengar sesebuah kuliah di masjid/ surau, balik ke rumah sudah tidak boleh mengulangkaji isi kuliah tadi. Untuk bersoal-jawab dengan pengkuliah, tidak ada cara kerana pengkuliah tinggal jauh dan tidak aktif di internet. Terpaksalah tunggu bulan hadapan pula untuk mengikuti kuliahnya. Jika kuliah itu berkaitan Israk Mikraj, mungkin tahun hadapan pulalah dapat bertemu dengan si pengkuliah. Itu pun kalau pihak masjid/ surau menjemput penceramah yang sama. Kalau tidak... habis begitu sahajalah.

Bagaimana pula jika kita ada terlepas sesuatu kuliah? Bulan pertama kita pergi. Bulan kedua kita pergi. Bulan ketiga kita ada urusan penting menyebabkan tidak dapat pergi. Bulan keempat kita pergi, tapi dalam keadaan sudah tertinggal banyak perkara dan termanggu-manggu. Di mana kita hendak dapatkan isi kandungan kuliah kali ketiga itu? Alamatnya, terlepaslah.

Oleh itu, sebagaimana kuliah pengajian kitab Munyatul Musolli, pengajian kitab Kifaayatul Muhtaaj ini akan diusahakan agar semua sirinya dapat dimuatnaik ke internet. Dengan cara ini, para pendengar tidak akan terlepas mana-mana sesi kuliah. Maka pemahaman dapat dimaksimakan. Jika diulang-ulang, akan bertambah mantap pula.

Dalam usaha menyelongkar emas permata daripada kitab tua ini, pengkuliah mengambil sandaran-sandaran lain sebagai pengukuh ataupun pengukur kepada isi kandungannya. Antaranya ialah hadis riwayat Imam Bukhari, Imam Muslim, Imam Baihaqi, pandangan para ulama, pandangan para sejarahwan, pandangan ahli-ahli kasyaf, pandangan dari sudut sains moden dan sebagainya. Kita cuba cari persamaan dan keserasian antara kesemuanya agar maklumat yang kita perolehi itu kukuh, ataupun sekurang-kurangnya boleh dipertimbangkan. Kita berusaha menapis apa yang salah dan apa yang lemah, yang mungkin ada dalam kitab ini. Itu pun sekiranya ada. Tidak mustahil juga keseluruhan kitab ini benar belaka. Biasalah, mana-mana kitab pun tidak terlepas daripada kritikan. Yang penting, apa yang benar kita ambil, yang tiada kepastian kita berkecuali, yang salah kita tolak. Jangan kita terus melulu menerima semua ataupun menolak semua.

Untuk itu, sama-samalah kita berdoa dan berusaha agar maksud kita untuk mengetahui keseluruhan kisah Israk dan Mi’raj dan isi kandungan kitab Kifaayatul Muhtaaj ini dipermudahkan oleh Allah SWT.

Selamat menyambut hari israj mikraj dan menghayati kisah2 yang berkaitan...
selamat mebaca dan beramal... :-)

Wednesday, June 1, 2011

Jalsah Bersama Al-’Allamah al-Muhaqqiq al-Faqih al-Murabbi al-Habib Zein bin Ibrahim BinSumaith


p/s : untuk keterangan lanjut boleh layari website di bawah ni ia :-)

http://pondokhabib.wordpress.com/2011/06/01/jalsah-bersama-al-allamah-al-muhaqqiq-al-faqih-al-murabbi-al-habib-zein-bin-ibrahim-binsumaith-%d8%ad%d9%81%d8%b8%d9%87-%d8%a7%d9%84%d9%84%d9%87-%d9%88%d9%85%d8%aa%d8%b9%d9%86%d8%a7-%d8%a7%d9%84/