Tuesday, May 8, 2012

Muhasabah diri....

Assalamualaikum.....
Sudah lama tak menulis d blog N mengupdate blog ini...
buka-buka je page nye da berubah....hihii

Masa kian berlalu tanpa menanti atau menangguhkan perjalanannya walau pun sesaat....
Hanya kepada mereka yg beringat itu la yg beruntung....
Sesekali tidak pernah membuang dan membazirkan masa yg ade itu begitu sahaja....

17 april genap usia pertunangan ku selama sebulan....
17 mei pada minggu hadapan...genap pertunangan ku dengan adham selama 2 bulan....
Tapi lam pada masa ini..banyak ujiannya N dugaan nya...
Orang ramai kata "darah manis".."time bertunang ni mmg byk ujiannya"..."sabor la"...
ak hanya manusia biasa..yang lemah...kadang2 goyah jugak...

Lagi goyah bila mana 11 april 2012....
ak mengetahui bahawa dia menyukai orang lain....
tapi kerana peristiwa 11 september 2011....
dia terpaksa melupakan gadis itu dan menerima ku sambil mengalirkan air mata....

ak betul2 xsangka....
ak mengetahui nya selepas kami bertunang...
hancur luluh hati ini....
ku x tahu bagaimana utk menghadapi bila mengetahui semua ini...
aku betol2 buntu ya Allah... :-(

Mereka 1 kawasan....
dekat je....
gan aku dia jauh.....
utk dia jumpa boleh je naik motor coz 1 tempat...
tp tidak gan ak krn jauh....
motornya x ok.....
rosak....
pastu kerap keluar...jap kuar..jap kuar...
dan kini dia kata ak mengongkong nya pula...
ya Allah..salah ke aku risau akannya....
kata motornya tak elok...
kuar banyak kali..andai terjadi sesuatu cm ne???
tp dia kata aku cemburu...
Ak menitis air mata...

dan malam ni..
lagi sekali air mata itu jatuh...
d katanya mahu mandi pastu dia akan cerita...
tp x pun..
malah cite pasal kucingnya..bukan plan....
dia mengetahui bahawa sabtu ni ak akn pergi ke tempatnya utk kem kesihatan itu..
tp dia macam x suka N wat2 lupa je...
malah d marahnye kpd ku N berkata..nk bawa cm ne pkai motor??
nanti ikat pd seat belakang...
sedeynya ak dengan kata2 itu...
xboleh ke dia tanya kpd ku, jd x dtg sabtu ni???
nk datang kul bape???
nk ajak g klinik haiwan??
salah ke??? berdosa ke???

ak betol2 buntu ya Allah...
berilah petunjuk kpd kami....
kautkanlah hati kami dengan iman dan permudahkanlah urusan kami....

Tuesday, April 17, 2012

hatiku yg kau hancurkan

Assalamualaikum....
da bape rupanya saya x update blog ni kan....
sebuk berfacebook je pastu bermasam muka dan nangis....
kini update2 blog, tok luahkan kesedihan dan luahan hati...
hahahaa...

kini genap sebulan saya bertunang dengan pilihan hati.....
tapi selepas merisik dan bertunang ni betol banyak dugaan dan ujiannya..
paling ku susah terima d saat dia memberitahu kepada kum yg mana dia menyukai wanita lain
dan wanita itu adalah jururawat 1 daerah dengannya...
kini, ku tak tahu ape yang harus ku lakukan....

kejujuran yg d ucapakan itu bukan selepas bertunang...
kesan luka d hati ini teramat parah dan sakit....
sudah luka d curah pula dengan air limau pekat....
Ya Allah...ak betol2 buntu kini....
tangisan saja yang menemani ku setiap petang, malam....

menagapakah ini boleh terjadi???
mengapa pada wanita itu dia boleh lakukan, tp tidak pd aku????
mengapa dia menyukai wanita itu tetapi meminang ak sebagai tunangnya????
ak sedey ya Allah...teramat2 sedey....
ape yg harus ku lakukan...

putus di tengah jalan atau meneruskan?????????????????/


Wednesday, March 7, 2012

WAKTU DAN CINTA

Alkisah di suatu pulau kecil, tinggallah berbagai 
macam benda-benda abstrak: ada Cinta, Kesedihan, 
Kekayaan, Kegembiraan, Kecantikan dan Waktu. 
Mereka hidup berdampingan dengan baik. 

Namun suatu ketika, datang badai menghempas pulau 
kecil itu dan air laut tiba-tiba naik dan akan 
menenggelamkan pulau itu. Semua penghuni pulau 
cepat-cepat berusaha menyelamatkan diri. 

Cinta sangat > kebingungan sebab ia tidak dapat 
berenang dan tak mempunyai perahu. Ia berdiri di tepi pantai 
mencoba mencari pertolongan. Sementara itu air makin naik 
membasahi kaki Cinta. Tak lama Cinta melihat Kekayaan 
sedang mengayuh perahu. 

"Kekayaan! Kekayaan! Tolong aku!" teriak Cinta. "Aduh! 
Maaf, Cinta!" kata Kekayaan, perahuku telah penuh 
dengan harta bendaku. Aku tak dapat membawa-mu serta, 
nanti perahu ini tenggelam. Lagipula tak ada tempat 
lagi bagimu di perahuku ini." Lalu Kekayaan 
cepat-cepat mengayuh perahunya pergi. Cinta sedih 
sekali, namun kemudian dilihatnya Kegembiraan lewat 
dengan perahunya. 

"Kegembiraan! Tolong aku!", teriak Cinta. Namun 
Kegembiraan terlalu gembira karena ia menemukan perahu 
sehingga ia tak mendengar teriakan Cinta. Air makin 
tinggi membasahi Cinta sampai ke pinggang dan Cinta 
semakin panik. Tak lama lewatlah Kecantikan. 

"Kecantikan! Bawalah aku bersamamu!", teriak Cinta. 
"Wah, Cinta, kamu basah dan kotor. Aku tak bisa 
membawamu ikut. Nanti kamu mengotori perahuku yang 
indah ini." sahut Kecantikan. Cinta sedih sekali 
mendengarnya. Ia mulai menangis 
terisak-isak. Saat itu lewatlah Kesedihan. 

"Oh, Kesedihan, bawalah aku bersamamu," kata Cinta. 
"Maaf, Cinta. Aku sedang sedih dan aku ingin sendirian 
saja" kata Kesedihan sambil terus mengayuh perahunya. 
Cinta putus asa. Ia merasakan air makin naik dan akan 
menenggelam-kannya. 

Pada saat kritis itulah tiba-tiba terdengar suara, 
"Cinta! Mari cepat naik ke perahuku!" Cinta menoleh ke 
arah suara itu dan melihat seorang tua dengan 
perahunya. Cepat-cepat Cinta naik ke perahu itu, tepat 
sebelum air menenggelamkannya. 

Di pulau terdekat, orang tua itu menurunkan Cinta dan 
segera pergi lagi. Pada saat itu barulah Cinta sadar 
bahwa ia sama sekali tidak mengetahui siapa orang tua 
yang menyelamatkannya itu. Cinta segera menanyakannya 
kepada seorang penduduk tua di pulau itu, siapa 
sebenarnya orang tua itu."Oh, orang tua tadi? Dia 
adalah Waktu." kata orang itu. 

"Tapi, mengapa ia menyelamatkanku? 
Aku tak mengenalnya. 
Bahkan teman-teman yang mengenalku pun 
enggan menolongku" tanya Cinta heran. 

"Sebab," kata orang itu, " hanya Waktulah yang tahu 
berapa nilai sesungguhnya dari Cinta itu ...".

10 HADIAH ALLAH DI DUNIA UNTUK ORANG YANG BERTAQWA.

Kehidupan orang-orang bertaqwa sangat indah dan penoh keberuntungan.
Di dunia lagi Allah telah janjikan pelbagai ‘hadiah’ , sebagaimana
digambarkanNya di dalam Al-Quran :

1.SENTIASA MENDAPAT PETUNJUK

“ Mereka Itulah ( orang yang bertaqwa )yang tetap mendapat petunjuk
dari Tuhan mereka, dan merekalah orang-orang yang beruntung “

  • .
  •   ialah orang-orang yang mendapat apa-apa yang dimohonkannya

 kepada Allah sesudah mengusahakannya.                                                                                         
Al-Baqarah ayat 5

2.DIBERI PENYELESAIAN DARI MASAALAH

“… barangsiapa bertakwa kepada Allah niscaya dia akan mengadakan
baginya jalan keluar.”
Al-Thalaaq ayat 2

3.DIPERMUDAH SEGALA URUSAN

.”. dan barang -siapa yang bertakwa kepada Allah, niscaya Allah menjadikan
 baginya kemudahan dalam urusannya “
Al-Thalaaq ayat 4

4.MENDAPAT REZEKI DARI SUMBER TIDAK DIDUGA.

“ Dan memberinya ( orang bertaqwa ) rezki dari arah yang tiada
 disangka-sangkanya.. “
 Al-Thalaaq ayat 3.

5.DIKASIHI ALLAH ( dengan itu , turut dikasihi Malaikat dan Manusia )

“ Maka Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang bertakwa.”
 Ali Imran ayat 76

6.MENDAPAT KEBERKATAN DARI LANGIT DAN BUMI

“Jikalau sekiranya penduduk sesebuah negeri itu beriman dan bertaqwa,
nescaya kami akan melimpahkan kepada mereka berkah dari langit dan bumi..”
Al-A’raf ayat 96

7.MENDAPAT KESELAMATAN , PERTOLONGAN DAN PERLINDUNGAN
   DARI ALLAH

“ Dan kami selamatkan orang-orang yang beriman dan mereka adalah
orang-orang yang bertakwa.”
Al-Fussilat ayat 18

“ bertakwalah kepada Allah dan Ketahuilah, bahwa Allah beserta orang-orang
 yang bertakwa ”
Al-Baqarah ayat 194

8.MENDAPAT KEMENANGAN

“ Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa mendapat kemenangan “
 An-Nabaa’ ayat 31

9.TERPELIHARA DARI TIPU DAYA MUSUH

“ jika kamu bersabar dan bertaqwa, niscaya tipu daya mereka sedikitpun
tidak mendatangkan kemudharatan kepadamu “
Ali Imran ayat 120.

10.DIBERIKAN “FURQAN”
    ( Petunjuk untuk membezakan yang benar dan salah )

“ Hai orang-orang beriman, jika kamu bertaqwa kepada Allah,
kami akan memberikan kepadamu Furqaan. “
Al-Anfal ayat 29 

Sunday, January 29, 2012

Marilah Berukhuwah Dan Berkawan Kerana Tuhan

Marilah kita berukhwah dan berkawan kerana Tuhan

Hingga kita jadi jemaah Tuhan sekelian alam

Jika kita berkawan kerana Tuhan,

kita tidak akan berlaku perpisahan

Mesti kita berkawan sampai penghujung perjuangan

Kalau kita berkawan kerana Tuhan

kalaupun ada perbalahan tidak akan berpanjangan

Perbalahan dan krisis mudah diselesaikan

Biasalah manusia hamba Tuhan

sedikit-sedikit membuat salah dan kesilapan

Tapi mudah selesai dan mudah dihilangkan

Kalau kita berkawan di dalam perjuangan bukan kerana Tuhan

Bukan kerana takutkan dan cintakan Tuhan

perbalahan mudah datang

Hendak menyelesaikan pula selalunya berpanjangan

Tuhan adalah pengikat ukhwah dan perpaduan

Tuhan adalah anak kunci kesatuan dan kekuatan

Wang, harta, pangkat, nama, dan jawatan selalunya mendatangkan perbalahan

Oleh itu janganlah diharapkan selain Tuhan

boleh berpadu dan menjadi kekuatan

Selalunya kerana wang, harta, pangkat dan lain-lainnya

selalu sahaja membawa perselisihan

Perselisihan membawa renggang kasih sayang

Apabila renggang kasih  sayang

pecahlah perpaduan dan kesatuan

Di waktu itu umat Islam akan lemah, musuh pun mudah menghancurkan

Ingatan ini hendaklah diambil perhatian

Kekuatan umat Islam berkawan, berjemaah adalah takut dan cintakan Tuhan

Janganlah cari kekuatan selain Tuhan

Bahkan selain Tuhan telah dikatakan sebelum ini ia selalu sahaja membawa perpecahan

Oleh itu marilah kita perjuangkan Tuhan

Marilah kita berkawan dan berjemaah, bersama Tuhan kita berkawan

Itulah dia kekuatan umat Islam sepanjang zaman

Janganlah kita was-was dan janganlah kita dikelirukan

Seluruh kehidupan kita Tuhan mestilah dibawa bersama berkawan

Tuhan adalah sahabat setia kita sepanjang zaman

Sahabat yang mengawal kita dan menjaga kita di dalam keadaan apa pun

Tapi umat Islam hari ini seluruh dunia Tuhan telah ditinggalkan

Umat Islam terdedah kepada kejahatan musuhnya

Sedangkan musuhnya ada kekuatan lahir yang kuat

Padahal umat Islam kekuatan material pun tidak ada,

Tuhan pun ditinggalkan

Kedua-dua kekuatan sudah tidak ada,

Bagaimanalah hendak  menang