Sunday, February 6, 2011

Bagaimana Merubah kesedihan menjadi Ibadah???

Apa yang mampu membuat kita untuk bersabar? Kenapa kita harus besedih seperti ini? kegundahan apa yang menyelimuti kita? Kesedihan telah berlalu dan ia merupakan ketetapan. Kita tidak akan mampu menolaknya kecuali Allah SWT yang menjauhkannya daripada kita.

Allah SWT tidak akan membebani seseorang kecuali sesuai dengan kemampuan hamba Nya. Begitu juga dengan kesedihan, Dia tidak akan menimpakannya pada seseorang kecuali seseorang itu mampu menghadapinya. Jadikanlah musibah itu sebagai wadah untuk mendapatkan manfaat yang banyak. Dengan demikian, mudah-mudahan kesedihan kita boleh bernilai ibadah, maka bersabarlah atas musibah yang menimpa kita. Kesabaran merupakan rangkaian yang tersusun daripada ibadah lain, seperti tawakal, rela dengan keputusan Allah SWT dan bersyukur kepada Nya.

Dengan demikian Allah SWT akan mengantikan kesedihan kita dengan kebahagian di dunia sebelum kebahagiaan di akhirat kelak. Ini kerana sesiapa yang memenuhi hatinya dengan rela terhadap keputusan dan ketetapan Nya, maka dia tidak akan pernah mengeluh atas setiap musibah yang menimpanya. Demi Allah, hal ini merupakan sebahagian daripada kebahagiaan. Tidakkah kita memperhatikan wajah orang yang beriman? Bukankah wajah mereka selalu tersenyum bahagia meskipun dilanda bencana?

Jadilah orang yang bijak, sebab kehidupan dunia tidak selamanya mulus. Selesai satu musibah maka musibah lain pula yang akan datang menghampiri kita...


* Dunia ini luas dan indah...jadi, tak perlulah kita untuk terus bersedih malah kita harus melihat dan memuji ciptaan Allah SWT ini...lihatlah dengan mata hati kita, insyaAllah kesedihan itu akan berlalu pergi...

Ada mula dan ade akhirnya....

Berat bebanku 
Meninggalkanmu 
Separuh nafas jiwaku 
Sirna... 

Bukan salahmu 
Apa dayaku 
Mungkin benar cinta sejati 
Tak berpihak Pada kita 

Reff: 
Kasihku 
Sampai disini kisah kita 
Jangan tangisi keadaannya 
Bukan karena kita berbeda 

Dengarkan 
Dengarkan lagu.....lagu ini 
Melodi rintihan kati ini 
Kisah kita berakhir di Januari 
Selamat tinggal kisah sejatiku 
Wow....pergilah




Sahabat,
Namamu tetap di hatiku,
walaupun engkau telah pergi jauh,
Namun kenangan antara kita tetap segar di ingatan ku....

Sahabat,
Januari 2011 ini membawa banyak makna dalam hidupku,
Januari 2011 ini jugak aku telah kehilangan dirimu buat selamanya,
Januari 2011 ini jugak aku telah kehilangan orang yang ku ingati,
Januari 2011 ini jugak aku telah kehilangan keluarga,
Januari 2011 ini jugak aku telah ditinggalkan keseorangan....

Sahabat,
Kehilangan mu ini ku rasai,
Kehilangan mu ini sedikit sebanyak mempengaruhi hidupku,
Kemalangan itu telah meragut segala-galanya termasuk impian kita untuk bersama,
Tapi aku pasrah,
Aku pasrah andai ini yang ditakdirkan buat kita,
Mungkin ada hikmah di sebalik apa yang berlaku ini......

Sahabat,
Aku doakan kau bahagia di sana,
Walaupun kita tidak mungkin bersua muka lagi,
Bergelak ketawa lagi,
Bertukar cerita dan pendapat lagi,
Berkongsi ilmu lagi,
Aku tetap merindui kamu,
Walau dimana aku berada,
Dalam apa jua keadaan ku,
Kau tetap sahabat ku dan teman ku....

* Seorang sahabat dan juga teman ana yang telah meninggal semasa kemalangan motosikal pada 19/1/2011, di Kuantan Pahang.... Takdir Allah, Allah Maha Mengetahui, ana redha dengan ketentuan Nya, walaupun perasaan sedih itu masih ada......


Saturday, February 5, 2011

Mengapa wanita lebih lemah berbanding lelaki??


VS


Wanita mempunyai karakter  fizikal dan emosional yg sangat berbeza dengan lelaki. Karakter ini besar mempengaruhi wanita di dalam merealisasikan tugas-tugas keibuan yang diamanatkan kepadanya. Al-Quran telah banyak menjelaskan tentang karakter ini. Sebagai contohnya, bila menyebut kata-kata “ibu” (al’ummu), selalunya disertai dengan sifat kasih saying, cinta dan kesediaan untuk memikul beban derita. Dalam firman Allah yg bermaksud :
“Dan kami perintahkan kpd manusia  utk berbuat baik kpd kedua ibu bapanya, ibunya telah mengandungnya dlm keadaan lemah, dan menyapihnya (menyusukannya) selama 2 tahun. Bersyukurlah kpd Ku dan pada kedua orang tuamu, hanya kepada Ku kamu kembali”.
(Luqman : 14)
            
Bila sebut “isteri” (azzaujah), maka Al-Quran akan mengambarkan sbg lambang ketenteraman, keharmonian, cinta dan kasih sayang. Bila menyebut “saudara perempuan” (al-ukhtu), Al-Quran biasanya menggaitkannya dgn rasa cinta, semangat berkorban dan simpati. Saudara perempuan Musa misalnya, ia berjuang menjelajahi berbagai pelosok negeri utk mencari berita tentang saudaranya, iaitu Nabi Musa yg baru dihanyutkan ke sungai Nil. Berkat karakter itulah, perempuan lebih tepat utk memikul beban dan tugas utama sbg pengasuh rumah tangga yg lebih banyak berpusat di rumah.

Mengenali sifat-sifat wanita
            Wanita selalunya gemar menjaga diri, merawat muka dan tubuh badannya dgn alat-alat kecantikan seperti perfume, bedak dan lain-lain. Ianya merupakan sifat semulajadi yg ada pada diri wanita.
1-      Menjaga kejelitaan semulajadi (natural beauty) dengan tidak memakai bahan-bahan luaran tetapi menjaga emosi, fizikal dan mental . Gunakan masa utk perkara yg berfaedah dan tentukan wawasan secara objektif, jangan banyak angan-angan. Tidur awal setiap malam dan bangun awal setiap pagi utk solat subuh. Jangan tidur siang hari.
2-      
      Latih diri bercakap dengan yg lemah lembut, tidak sengau atau suaranya terlalu kuat. Kerana sememangnya wanita itu mempunyai watak yang lembut dan tidak suka kekerasan.
3-      Biasakan menggunakan perkataan yg melambangkan keluhuran budi bahasa seperti “tolong” serta “minta maaf”. Jangan gunakan perkataan yg terlalu beremosi seperti bosan, sakit hati, menyampah, benci dan sebagainya kerana ia akan menyebabkan muka jadi berkerut dan masam. (masamnya lebih dr cuka & tiada pekdohnya)
4-    
k         Kebersihan sentiasa dijaga. Makanan yg berupa ulam-ulam yg wangi serta sayuran dan buah-buahan segar patut selalu dimakan. Gunakan sabun yg tidak merosakkan kulit.
5-      Tangan perlu sentiasa bersih dan lembut. Jangan gunakan bedak yg bukan-bukan. Selalu menggunakan bedak sejuk utk menjaga kulit muka. Jangan banyak berangan.
6-      Ia mahkota kejelitaan gadis. Bersihkan rambut tapi jangan terlalu kerap. Bila bersikat, ulangi sikatan ke seluruh bahagian kepala utk menjadikan rambut subur dan berkilat. Ramai lelaki suka pada gadis berambut panjang tapi kemas.
7-     
      Latih cara berjalan. Jauhi dari berjalan mengengkang atau tangan terlalu dihayun. Langkah jangan terlalu besar. Berjalan jangan terlalu laju. Badan jgn terlalu membongkok atau tegak. Leher jangan terteleng (senget sebelah). Muka elok di tundukkan sedikit. Tundukkan pandangan dan mata jangan liar atau melilau.
8-      Bila duduk di atas lantai duduklah dengan cara bersimpuh. Kalau duduk di atas kerusi, eloklah sila panggung. Jangan mengangkang. Tangan jangan terlalu digerakkan bila bercakap. Cara bergerak biarlah lemah lembut.
9-      Latihlah senyum jangan tersengeh. Tutup mulut bila ketawa. Ketawa secara sederhana. Selalu senyum tapi utk tujuan baik.
10-  Mata janganlah terlalu liar memandang sekeliling. Tundukkan mata dan memandang hanya kepada apa yg sedang anda hadapi. Jangan terlalu kerap mengerdipkan mata. Usah terlalu kerap menjeling walaupun kepada buah hati.
11-  Sentiasa bertemankan ibu atau saudara bila keluar. Minta izin ibubapa. Pakaian sopan dan pulang seawal mungkin.
12-  Taat beragama. Jangan berbohong. Jauhi merungut dan jauhi dari menjadi amat cerewet dan jaga hati orang lain.

Wednesday, February 2, 2011

Insan yg bergelar sahabat & teman

Sahabat,
Di saat kau datang kepadaku,
Di saat kau ingin ku menemani mu,
Di saat kau datang dekat dengan ku,
Ku rasa sungguh asing,
Debaranku menanti seperti pertama kali ingin bertemu....

Sahabat,
Aku inginkan persahabatan kita yang dulu,
Aku merindukan kasihmu pada ku,
Aku dambakan cinta mu padaku,
Aku masih teringat pada mu,
Dan diwaktu ketika itulah air mataku menitis,
Menitis kerana terlalu merindukan mu,
Dan mahu kata semangat darimu...

Teman,
Di masa kau memberitahu tentang dia,
Dia, di mana insan yang pernah bertakhta di hatimu,
Dia, yang mana kau cintai dan kau ingin meminangnya,
Tapi umur mu yang muda membuatkan ia tidak kesampaian...

Teman,
Disaat kau menceritakan kisah mu padaku,
Setelah masa aku tidak menddengarnya,
Air mataku mengalir lagi,
Ia mengalir tanpa ku pinta,
Ia mengalir tidak mengira tempat,
Ia mengalir begitu deras baik air yang sungai,
Tapi ku cuba menahannya dari dilihat,
Dan kau mengetahui ia mengalir...

Teman,
Aku tidak lagi utuh untuk mendengarnya,
Aku masih lagi lemah untuk menghadapinya,
Aku masih tidak mampu untuk menahan air mata ini supaya ia tidak mengalir,
Tapi ia tetap mengalir,
Mengalir dari pipi jatuh ke bumi,
Seperti air hujan jatuh ke tanah....

Teman,
Andai dirimu masih mencintainya,
Andai dirimu masih menyanyanginya,
Aku rela melepaskan dan merelakan kau pergi,
Mencari cintamu pada dia dan sama-sama melayari cinta itu untuk Nya,
Andai itu bisa membuatkan kau bahagia,
Di dunia dan di akhirat....

Teman,
Ingatlah, aku selalu mendoakan mu,
kesejahteraan mu, kebahagiaaan mu,
Dan ingatlah,
Aku sentiasa merinduimu,
Walau di amna engkau berada,
Kerana engkaulah sahabat,
Dan engkaulag teman.....


Tuesday, February 1, 2011

Muslimah



Kau bagaikan mentari pagi
Bersinar terangi kehidupan
Tutur katamu lembut dan berarti
Memberi makna bagi setiap insan

Ketenangan ada di wajahmu
Keikhlasan iringi langkahmu
Kesabaran penuhi harimu
Bening hati warnai dirimu

Kaulah muslimah idaman
 
Penyejuk hati penentram jiwa
Kaulah muslimah idaman
Penggugah iman, penempa rasa
Yang menghujamkan cinta kasih

Berharap hanya pada Illahi
Ketenangan ada di wajahmu
Keikhlasan iringi langkahmu
Kesabaran penuhi harimu
Bening hati warnai dirimu

Kaulah muslimah idaman 
Penyejuk hati penentram jiwa
Kaulah muslimah idaman
Penggugah iman, penempa rasa
Yang menghujamkan cinta kasih
Berharap hanya pada Illahi