Sunday, May 8, 2011
Waktu mu telah tiba, tapi daku...............???
Assalamualaikum wbt....
Malam ini tetiba hatiku sayu, sayu untuk menulis dan meluahkannya... Puas ku fikirkan, puas ku untuk melupakana, puas untuk aku menolaknya, tapi ia tetap datang kepada ku....iaitu kematian...
KEMATIAN memang pasti akan tiba, pasti akan menjelma cuma kita tidak tahu caranya bagaimana, bila waktu nya, di mana tempatnya lagi....
Diri ini baru sahaja kehilangan nenda tercinta dan moyangnda yg tersayang... Bulan lepas nenda ku telah kembali ke rahmatullah. Dan pada awal bulan ni pula moyangnda ku pula pergi, pergi menemui Pencipta..
Terlalu perit untuk ku meluahkannya. Kerana sejak dari kecil lagi, aku tinggal bersama nenda ku, nenda ku sakit dan masuk hospital pun aku menunggu nya. Terasa begitu pantas waktu itu berlalu....
Nenda ku keluar dari hospital dan berehat di rumah, pasti akan dengar kedengaran suara nenda ku memanggil ku,.itu bermakna dia mahu makan mee rebus or mee goreng atau pun nak makan ubat...
Aku akan segera pergi merebus mee atau menggoreng mee untuknya dan untuk ku jua.. Kami makan bersama-sama...
Tapi, di saat nenda ku mahu pergi, aku tidak dapat bersamanya. Kerana atas urusan kerja ku, aku tinggalkan nenda ku di rumah bersama tok ki dan kedua orang tua ku. Aku tidak sempat bersalam dengannya, bercakap dengannya, berjumpa dengannya sebelum nenda ku strok dan pergi buat selamanya...
Aku pergi hari selasa dan pada hari rabu nenda ku kena strok, pada hari khamis nenda ku telah kembali ke rahmatullah.... Ya Allah, aku tak sangka pemergian ku itu, ada hikmahnya, walaupun aku begitu berat hati untk meninggalkan nenda ku.
Tapi, Ya Allah aku bersyukur kepada Mu kerana Kau masih beri peluang ku untuk bertemu dengan nenda ku di hospital walaupun nenda ku ketika itu sedang koma, tiada respon darinya hanya penafasan yang di bantu dengan bantuan mesin...
Aku terasa begitu sayu sekali apabila pulang ke rumah, seakan aku terdebgar-dengar suara dan ternampak-nampak nenda ku memanggil dan memandang ku... Tak dapat ku luahkan perasaan aku ketika itu, hanya air mata ku sahaja yang dapat mengalir dan lafaz al-Fatihah yang dapat ku hadiahkan padanya dan melapangkan hati ini.
Semoga nenda bahagia dan selamat di sana... Al-Fatihah......
p/s : coretan ini di tulis memandangkan hari ni sempena hari ibu.. Ku lihatkan ummi ku menitiskan air matanya semalam selepas aku mengucapkan selamat hari ibu, mata ummi merah kerana menangis dan ketika aku menghampirinya kerana mahu meminta ubat selsema, ummi mengesat air mata itu..

Buah hati, jantung pengarang ku...
Seorang MOM
Seakan mendengar tangisanku yang tersembunyi
Tetap menghantar pesan nasihat
Walau “jangan risau MOM” kuulang berkali-kali
Terasa seakan pintu langit terbuka
Dia wakil daripada Ilahi
Menyentuh sayang hatiku
Aku tersenyum
Saat semua orang menyatakan aku kuat
Dikau wahai MOM mengetahui anakandamu ini
Bermesej-mesej MOM hantar sebagai penenang hati
Seakan tangisku yang tersembunyi kau dengari dengan jelas sekali
MPM,
Kalau aku mampu beli seluruh dunia untuk bersamamu
Maka aku uruskan itu sesegera waktu
Tapi aku tertakhluk kelemahan kudratku,
Hanya usaha sahaja yang ada padaku,
Jangan risau MOM,
Jangan risau
Aku amat percaya dan sangat percaya
Setiap takdir yang sentiasa bersamaku
Sentiasa terpetik dan tidak akan menzalimiku
Bukan sepanjang masa lagunya sedih
Bukan sepanjang masa juga lagunya bahagia
Namun tuan sitar telah berjanji kepadaku ibu
Setiap kesusahan itu diiringi dengan kesenangan,
Kuulang jangan risau MOM,
Lepaskanlah tembakan-tembakan doamu kepadaku
Jangan kau hentikan layangan kasihmu padaku
Aku telah berjanji padamu untuk terus hidup
Maka aku akan terus hidup dengan janjiku itu
MOM,
Sesungguhnya kita tidak tahu apa takdir yang tertulis
Mungkin Ilahi hanya menggegarkan kita sebentar
Menguji keimanan
Dan ini belum tentu lagi kesudahan
Tersenyumlah MOM,
Bahagiamu bahagiaku
Laramu laraku,
dengan senyumanmu,
Akan kuhentak awan dengan telapak kakiku.
Owh MOM………
p/s : Selamat Hari iBu kepada semua ibu-ibu.... Tak kira ibu ke, mama ke, ummi ke, mak ke, mami ke etc .... Saya ucapkan selamat menyambut hari ibu sedunia, ku tetap sayang akan di kamu....
perkataan MOM itu adalah wakil buat Ummi dan Ibu ia, jangan konpius lak ia :-)
perkataan MOM itu adalah wakil buat Ummi dan Ibu ia, jangan konpius lak ia :-)
Kisah sebenar, nak kongsi sedikit, minggu lepas Iman tak pulang ke kg, Iman begitu rindukan ummi Iman, Iman seru-seru nama ummi, alhamdulillah Allah menolong Iman, keesokkan nye ummi datang ziarah Iman... bahagianya Iman rasa... Itulah kasih seorang ibu, nalurinya begitu kuat utk anaknya, sanggup berhabis wang ringgit, berhempas pulas utk membahagiakan dan memenuhi kehendak anakana tercinta...
Terima kasih ummi kerana menyanyangi ku sehingga kini, walaupun kini anakmu sudah bekerja..
Alhamdulillah, aku bersyukur pada Mu ya Allah kerana Kau berikan aku seorang ummi yg baik hati dan penyanyang dan penyabar...dan aku juga bersyukur kerana Kau kurniakan pertemukan ibu dengan ku. Kau peliharalah ukhuwah aku dengan ummi dan ibu ku, jauhkanlah kami dari kejahatan manusia dan jin. Amiin ya Rabb....
Wednesday, May 4, 2011
Jadilah di kau insan yang beriman, Lillahi ta'ala...
Jadilah seorang lelaki yang beriman,
Yang hatinya disalut rasa taqwa kepada Allah,
Yang jiwanya penuh penghayatan terhadap Islam,
Yang sentiasa haus dengan ilmu,
Yang sentiasa dahaga akan pahala,
Yang solatnya adalah maruah dirinya,
Yang tidak pernah takut untuk berkata benar,
Yang tidak pernah gentar untuk melawan nafsu,
Yang sentiasa bersama kumpulan orang-orang yang berjuang di jalan Allah.
Jadilah seorang lelaki,
Yang menjaga tutur katanya,
Yang tidak bermegah dengan ilmu yang dimilikinya,
Yang tidak bermegah dengan harta dunia yang dicarinya,
Yang sentiasa berbuat kebajikan kerana sifatnya yang penyayang,
Yang mempunyai ramai kawan dan tidak mempunyai musuh yang bersifat jembalang.
Jadilah seorang lelaki,
Yang menghormati ibu bapanya,
Yang sentiasa berbakti kepada orang tua dan keluarga,
Yang bakal menjaga kerukunan rumahtangga,
Yang akan mendidik isteri dan anak-anak mendalami Islam,
Yang mengamalkan hidup penuh kesederhanaan,
Kerana dunia baginya adalah rumah sementara menuju akhirat.
Jadilah seorang lelaki,
Yang sentiasa bersedia untuk menjadi imam,
Yang hidup di bawah naungan al-Quran dan mencontohi sifat-sifat Rasulullah,
Yang boleh diajak berbincang dan berbicara,
Yang menjaga matanya dari berbelanja,
Yang sujudnya penuh kesyukuran dengan rahmat Allah ke atasnya.
Jadilah seorang lelaki,
Yang tidak pernah membazirkan masa,
Matanya kepenatan kerana membaca al- Quran,
Suaranya lesu kerana penat berzikir,
Tidurnya lena dengan cahaya keimanan,
Bangunnya Subuh penuh kecergasan,
Kerana sehari lagi usianya bertambah kematangan.
Jadilah seorang lelaki,
Yang sentiasa mengingati mati,
Yang baginya hidup di dunia adalah ladang akhirat,
Yang mana buah kehidupan itu perlu dibaja dan dijaga,
Agar berputik tunas yang bakal menjaga baka yang baik,
Meneruskan perjuangan Islam sebelum hari kemudian.
Jadilah seorang lelaki,
Yang tidak terpesona dengan buaian dunia,
Kerana dia mengimpikan syurga Allah.
![]() |
| SEKADAR GAMBAR HIASAN |
p/S : Ya Allah, Kau jagalah agama dan iman yang ada dalam dirinya, kerana aku jatuh cinta dengan agamanya bukan paras rupanya, bukan hartanya, bukan pangkatnya dan juga bukan kerana pujiannya. Kau ikhlaskanlah hatinya dalam berbuat amal kebajikan...amiin ya Rabb..
Monday, May 2, 2011
Selamat Hari Bermesra (Happy Labour Day)
Assalamualaikum wbt....
1 Mei setiap tahun, kita akan menyambut hari wesak ataupun lebih di kenali dengan hari pekerja... Kenapa ia di didakan cuti pekerja ni?? APa yang pekerja-pekerja ni buat ye time cuti-cuti macam ni ia??? Meh sini nak habaq mai ni (hehe, utara mai).
Memang dalam kalendar tulis "Hari pekerja" dan cuti...tapi pernah ke kita terfikir dan berfikir bahawa ada ke cuti pekerja bagi seorang isteri dan ibu??? Mesti jawapannya tiadakan, takde masa rehatkan...Tak kasihan ke pada ibu atau isteri kita tu??
Jadi, memandangkan detik 1 Mei yang mana setiap tahun tertulis di dalam kalendar tu yang membawa maksud "selamat hari pekerja dan diberi cuti" kan, so ape kata sempena cuti yang diberi ni,kita bermesra dengan keluarga, dengan ibu dengan isteri kita....Bagi peluang pada ibu,pada isteri kita berehat 1 hari tanpa membuat kerja.
Tiada salah dan dosanya jika kita membuat begitu dengan rela hati dan ikhlaskan?...
Jom2, kita cuba ubah cara hidup kita. Bagi yang swasta ke, kerajaan ke mahu pun yang bekerja sendiri...Cuba kita lapangkan 1 hari ni je untuk bercuti dan berehat bersama keluarga... Bolehkan???
p/s : Hehe, maaflah ia, bukan pe ana suka suasana keluarga yang bahgia dan romantis ni...Jadi, tak salahkan perkara yang baik kita kongsikan bersama.. :-)
![]() |
| Hihi, sekadar gambar keluarga yang bahgia.. Bukan yang tinjukkan Salam aidilfitri tu ia :-) |
Sunday, May 1, 2011
LELAKI vs LELAKI MUSLIM
LELAKI
tatkala gadis anggun melintas
pandangan mata
terpaku pada keayuan palsunya
tatkala gadis anggun melontar alunan
irama meru,
kau tertangkap dlm rentak syahdu
tatkala gadis anggun dtg menghampiri,
kau hulurkn tangan menyambut mesra
tatkala gadis anggun
membingkis senyaman manja
kau luluh dalam gelora sinar keayuan
kau kalah dlm ego dan nafsu mu sendri.
![]() |
| Akhi Fadhli yg amat pemalu :-) |
MUSliM
tatkala gadis cantik melintas
pandangan mata lantas menghindari
pandangan berbisa
tatkala gadis antik melontar alunan irama merdu
kau lantas lebih tertarik dengan
alunan wahyu kalam Allah
tatkala gadis cantik datang
kalau lantas menghindari syaitan
yg dtg mnjadi dalang
tatkala gadis menghadiahkn senyuman manja
kau lantas menepis gelodak nafsu
dengan ketaqwaan, keimanan dan ketauhidan yg d semai
kerana kau menyedari
hadirnya d muka bumi ini
untuk mnjadi khalifah dan mujahid
yg mmpertahankan islam
serta mambawa keredhaan IIlahi..
Subscribe to:
Posts (Atom)