Saturday, July 16, 2011

Secebis ingatan buat Adam


Adam...
Maafkan aku jika coretan ini memanaskan hatimu.


Wahai Adamku...
Aku asalnya dari tulang rusukmu yang bengkok. 
Jadi, tidak hairanlah jika perjalanan hidupku sentiasa inginkan bimbingan darimu tatkala aku sentiasa mahu terpesong dari landasan... kerana aku buruan syaitan.

Adam... Maha suci Allah yang mentakdirkan kaumku lebih ramai bilangannnya dari kaummu di akhir zaman, itulah sebenarnya ketelitian Allah dalam urusan-Nya.
Jika bilangan kaummu mengatasi kaumku nescaya merahlah dunia kerana darah manusia, kacau bilaulah suasana kerana Adam sama Adam bermusuhan kerana Hawa.

Buktinya cukup nyata dari peristiwa Habil dan Qabil sehinggalah pada zaman cucu-cicitnya.
Pun jika begitu maka tidak selaraslah undang-undang Allah yang mengharuskan Adam beristeri lebih dari satu tapi tidak lebih dari empat pada satu waktu.


Adam...
Bukan kerana ramainya isterimu yang membimbangkan aku. Bukan kerana sedikitnya bilanganmu yang merunsingkan aku.

Tetapi... aku risau, gundah gulana menyaksikan tingkahmu.
Aku sejak dulu lagi sudah tahu bahawa aku mesti tunduk ketika menjadi isterimu. Namun... terasa berat pula untukku menyatakan isi perkara.


Adam...
Aku tahu bahawa dalam Al-Quran ada ayat yang menyatakan kaum lelaki adalah menguasai terhadap kaum wanita.
Kau diberi amanah untuk mendidik aku.
Kau diberi tanggungjawab untuk menjaga aku, memerhati dan mengawasi aku agar sentiasa di dalam redha Tuhanku dan Tuhanmu.

Tapi Adam, nyata dan rata-rata apa yang sudah terjadi pada kaumku kini.
Kami dibiarkan terumbang-ambing tanpa haluan, malahan engkau juga mengambil kesempatan atas kelemahanku.
Dimana perginya keadilanmu?

Asalnya Allah menghendaki aku tinggal tetap di rumah. Aku akur asalkan aku keluar dari rumah, seluruh tubuhku mesti ditutup dari hujung kaki sampai hujung rambut... tetapi realitinya kini, Hawa telah lebih dari sepatutnya.


Adam..
Mengapa kau biarkan aku begini? Apakah kau sekarang tidak lagi seperti dulu?
Apakah sudah hilang kasih sucimu terhadapku?Adakah akhlak kaum Adam boleh dijadikan contoh terhadap kaum Hawa?


Adam...
Kau sebenarnya Imam dan aku adalah makmummu. Aku adalah pengikutmu kerana kau adalah ketuaku.
Jika kau benar, maka benarlah aku. Jika kau lalai, lalailah aku.

Kau punya kelebihan akal manakala aku kelebihan nafsu. Akalmu sembilan, nafsumu satu.
Aku? Akalku satu, nafsuku sembilan.

Oleh itu Adam...pimpinlah, bimbinglah aku kerana aku sering lupa, lalai dan alpa sehingga aku tergelincir ditolak sorong oleh nafsu dan kuncu-kuncunya.

Bimbinglah daku untuk menyelami kalimah Allah. Perdengarkanlah daku kalimah syahdu dari Tuhanmu agar menerangi hidupku. Tiuplah ruh jihad ke dalam dadaku agar aku menjadi mujahidah kekasih Allah.


Adam...
Andainya kau masih lalai dan alpa dengan karenahmu sendiri, masih segan mengikut langkah para sahabat, masih gentar mencegar munkar, maka kita tunggu dan lihatlah, dunia ini akan hancur bila kaumku yang akan memerintah.
Malulah engkau Adam, malulah engkau pada dirimu sendiri dan pada Tuhanmu yang Agung.

Maafkan aku sekali lagi Adam... 
Andainya warkah yang ku layangkan ini menimbulkan amarah di dadamu.
Jauh sekali niatku untuk membuat kau keliru apatah lagi menjadi buntu. 

Waspadalah Adam...
Andai auratku terdedah...andai suaraku mengatasimu... andai langkah seiringmu... andai maruahku dirobek maka engkaulah yang bakal membawaku kepada kebenaran.

Usah dipersalahkan Hawa lantaran tewas mengemudi bahtera andai si Adam masih lena diulit mimpi...
Tetapi percayalah!!! Bukan emas yang kucari... bukan berlian yang kupinta... tetapi, hanyalah hati yang tulus ikhlas darimu...


Adam...
Dengarlah...keluhan hatiku buat dirimu...

Jadilah seperti rama-rama atau lebah

Jadilah kalian seperti rama-rama, ringan
perwatakan, indah di pandang, sedikit
bergantung pd yang lain, terbang dari
satu bunga ke bunga yang lain, dari satu
tangkai ke tangkai yang lain dan dari
satu taman ke taman yang lain. Pendek
kata, hidupnya sentiasa berpusing dari
yang baik kepada yang baik…”
“Kalau tidak, maka jadilah kalian
seperti seekor lebah yang sentiasa
memakan sesuatu yang baik dan
mengeluarkan yang baik pula. Jika ia
jatuh diatas tangkai, tidak
memecahkannya, menyentuh nectar tetapi
tidak melukainya, mengeluarkan madu dan
tidak menyengat, terbang dengan rasa
cinta dan hinggap dengan tali kasih. Ia
mempunyai dengungan sukacita dan bisikan
kerelaan. Ia utusan kerajaan langit @
duta dari alam yang kekal datang
berkunjung...”






Thursday, July 7, 2011

Wahai Hawa

HAWA..
Andai engkau masih remaja, jadilah anak yang solehah buat kedua ibu bapamu,
Andai engkau sudah bersuami, jadilah isteri yang meringankan beban suamimu,
Andai engkau seorang ibu, didiklah anakmu sehingga tidak gentar memperjuangkan Ad-Deen ALLAH..

HAWA...
Andai engkau belum berkahwin, jangan kau risau jodohmu,
Ingatlah Hawa janji Tuhan kita, wanita yg baik untuk lelaki yang baik.
Jangan dimulakan sebuah pertemuan dengan lelaki bukan muhrim, kerana aku khuatir dari mata jatuh ke hati,
maka lahirnya senyuman dan tercetusnya salam serta sekaligus disusuli dengan pertemuan

HAWA..
Lelaki yang baik tidak melihat paras rupa,
Lelaki yang soleh tidak memilih wanita melalui keseksiannya,
Lelaki yg warak tidak menilai wanita melalui keayuannya,kemanjaannya,serta kemampuan menggoncang iman lelaki.
Tetapi, lelaki yang baik akan menilai wanita melalui akhlaknya,peribadinya dan pegangan agamanya.
Lelaki yang baik juga tidak menginginkan pertemuan dengan wanita yang bukan muhrimnya kerana dia takut memberi kesempatan kepada syaitan untuk menggodanya.
Lelaki yang warak juga tidak mahu bermain cinta kerana dia tahu apa matlamat dalam sebuah pertemuan lelaki dan perempuan yakni sebuah perkahwinan..
Oleh itu HAWA..
Jagalah pandanganmu, awasilah auratmu, peliharalah akhlakmu, kuatkanlah pendirianmu.
Andai ditakdirkan tiada cinta dari ADAM untukmu, cukuplah hanya cinta ALLAH memenuhi kekosongan jiwamu

HAWA..
Cintailah ALLAH di kala susah dan senang kerana engkau akan memperoleh cinta daripada insan yang juga menyintai ALLAH..


MOga Allah tiipkan kesabaran dan kekuatan hati~ Have a positive thoughts!



Saturday, July 2, 2011

warkah terakhir buat mu TEMAN

ASSALAMUALAIKUM..
Percayakah cinta sesama manusia kerana allah mampu membuat seorang sahabat menangis tika sahabatnya yang lain berduka dan gembira tika saudaranya bahagia..Indahnya berukhwah kerana allah....Pengalamanku bersamamu,tidak mampu di coretkan hanya pada selembar kertas...Tidak mungkin hanya mampu di certakan melalui kata2...Saat berlakunya perpisahan,seakan tidak mahu berjauhan...Namun allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk hamba-hambanya...
 
Ketika diri ini berjauhan,kerinduan yang mendalam terhadapmu...Seakan mahu saja aku terbang...Andai aku mampu...Ternyata aku hamba lemah..Dialah yang banyak membantuku ketikaku dalam kesusahan...Ketika diri ini jatuh...ternyata aku  tidak keseorangan..tangan2 yang sudi menghulurkan bantuan...Ketika masa aku hampir lalai dalam duniaku sendiri..masih ada yang mengejutkanku dari lena yang panjang...Mulianya hatimu...
 
Maafkan aku kerna tidak tahu menghargaimu ,teman..ketika engkau sedih..aku tidak mampu menghiburkanmu..Aku tidak tahu meraikan kehadiranmu...Aku sentiasa lupa,aku  punya teman yang sentiasa memikirkan diri ini..,tapi aku tidak mampu memikirkan halmu...maafkan aku teman kerna tidak pandai menilai dirimu....tidak mampu untuk menjadi teman dan saudara yang baik untuk dirimu...sedangkan aku tahu,tidak sempurna iman seseorang selagi dia tidak mencintai saudaranya seperti mana dia mencintai dirinya sendiri..Sekarang,ketika brjauhan,.baru aku mula mengerti makna  sebuah ikatan....baru  dapatku nilai pekertimu teman...betapa engkau mencintai diri ini...menyayangi diri ini....lantas aku masih tidak mampu memberikan cintaku padamu...Egokah aku teman....
 
Aku sudah tidak mampu untuk mendakapmu...Tidak mendengar celoteh darimu...Sememangnya aku merindui semua itu..Rindukan saat kita bersama....Rindukan gelak tawamu...Leteran darimu...AKU RINDUKAN  PADA SUARAMU...gilakah cinta padamu?Aku tahu selayaknya Allah yang paling aku rindu...Namun engkau ajarku cinta pada allah...mencari cinta illahi yang utama...Akanku semat dalam ingatanku..terima kasih teman atas segala memori..terima kasih allah atas teman yang mencintai diri ini..buatmu temanku...moga diri ini....akan di terima seadanya aku ....mungkin diri ini sentiasa berkelakuan pelik,kurang ajar dan tidak faham bahasa...ini semua kerna kasihku...


Fareast - Saat Lafaz Sakinah


Heningnya...
Sunyi suasana...
Lafaz sakinah bermula

Apa rasa
Diterjemah hanya
Sebak abah, tangis ibunda

prechorus:

Adalah aku, wali puteriku
Serah kini amanahku ini pada mu
Nafkahilah dia, curah kasih dan cinta
Lebih dari yang ku berikan kepadanya

chorus:
Dulu esakkannya sandar di bahuku
Tangisannya kini ku serah padamu
Bukan bermakna, dia bukan milikku
Fitrahnya perlukanmu

Jadikanlah dia wanita syurga
Mengerti benar akan maharnya
Taat itu bukan hanya pada nama
Indah ia pada maksudnya

Ku akur
Akan pesanmu
Puterimu kini amanahku

Iringilah
Dengan doamu
Bahagia kami dari redhamu

Saat lafaz sakinah..menyentuh qalbu ana bila mendengarnya... Dapat di bayangkan bagaimana perasaan tu hadir tika itu.. Sungguh syahdu, terharu... Dulu yg mana kecik kini da besar... Dulu yang mana tiada tanggungjawab kini da banyak memikul tanggungjawab... Dulu hanya fikirkan diri kini fikirkan suami dan anak...