Sunday, September 11, 2011

Hanya Tuhan yang Tahu…

Aku hanya manusia biasa yang punya fitrah mahu berkasih dan d kasih…
Bersayang dan d sayangi…..
Bercinta dan di cintai…….
Bergurau senda, bergelak ketawa, dan bermesra….
Bersama mu……
Diri ini tahu bahawa ini…
Salah yang mana punya perasaan kepada mu…
Maafkan aku kerana tidak dapat menafikan diri ini lagi…..
Walau pun kau hanya anggap ku sebagai sahabat, adik…
Tapi aku tetap mendambakan dirimu….

Terima kasih kerana kau sudi melayan kerenah keanak-anakan ku…
Terima kasih kerana kau sudi menjadi teman kepada ku….
Terima kasih kerana kau sudi menjadi penyelamat ku…..
Terima kasih kerana kau sudi menjadi penyeri dan peneman hidup ku,
Walau pun sememtara tapi ia amat berharga bagi ku…

Walau pun kita kini mungkin kawan, mungkin lawan, mungkin adik…
Kau tetap d ati ku dan tidak mungkin ade insan lain yang boleh menggantikan dirimu buat masa ini…
Dirimu tetap ku nantikan….
Biarkan ku senyap tanpa berkata “aku sayangkan mu”,
Tapi, Tuhan mengetahuinya ….
Aku memang tidak pandai berkata-kata untuk ku luahkan…
Terlalu risau hati ini tika kamu sakit…
Tapi apa kan daya ku….
Aku hanya seorang perempuan biasa, yang punya sifat malu untuk mengaku,
Aku sayang padamu…..
Ku doakan kau bahagia dan kita akan tetap jadi adik N abang..
Maafkan diri ini kerana banyak melakukan dosa dan perkara yang kau tidak sukai..
Ku pasrah andai perpisahan yang terjadi…
Kerana itu kesalahan ku…
Kesalahan yang aku cari sendiri padahal sudah mengetahui kesan dan akibatnya….


..................I LUV ALL..............

Tuesday, September 6, 2011

Alhamdulillah.....syukur sangat2

Assalamualaikum sebagai pembuka bicara...
Saya just nak ucapkan bebanyak syukur dan terima kasih kepada Allah SWT kerana menyanyangi ku dengan memberi ujian dan menyedarkan diri ini, tika diri ini leka, lalai dan cuai...
Allah tidak membiarkan saya terus lupa, alpa dengan cinta dunia....
Alhamdulillah, syukur sangat3....
Kini, saya lebih yakin, lebih sayang dan cinta pada Allah.....
Tiada cinta lain yang dapat menghalang saya dari mencintai Allah dan memilih mu sebagai teman ku kerana Allah...bukan hartamu, bukan rupa mu, bukan pangkat mu, tapi agama mu, tapi ati mu,...
Ati yang ikhlas menerima ku seadanya,...
Ati yang penuh dengan cinta Allah, bukan ati yang bersedih kerana cinta dunia ape lagi kerana kekecewaan...

Kau tetap ku anggap sahabat, kau tetap ku kenang sebagai sahabat yang sudi membantu ku....
Kau tetap sahabat ku dunia dan akhirat...
Tapi, aku telah memilih untuk mencari cinta Allah dari mengharapkan cintamu....
Tanpa cinta dari Allah, tak bermakna pun cinta mu buat ku....

p/s : dott....dott....dot...
i hate u because i luv Allah, i luv Islam, i luv my family ;-) <3 <3 <3
3 kata (nyanyian KRU) hihii

Monday, September 5, 2011

Bukan mengharamkan cinta



Persoalan-persoalan yang mencucuk mereka yang meninggalkan couple, mereka akan mengingat bahawa mereka ini mengharamkan cinta mereka. Ya, cinta mereka suci, ikhlas.

Di sini, ketahuilah bahawa, kita tidak mengharamkan cinta. Tidak salah menyukai lelaki atau perempuan. Cuma di sini, kita mahu jalan yang Allah redha. Bukannya kita break up. Kalau suka, betul-betul cinta, teruskan. Cuma teruskan di atas jalan yang Allah redha.

Sebenarnya, kalau betul-betul suka, cakap suka. Pergi confess pada mak ayahnya. Yang perempuan, minta lelakinya bergerak cepat sikit, bagitahu mak ayah. Tunang dulu ke kalau rasa lambat lagi nak kahwin. 
Tunjukkan keseriusan anda.

Selepas tu, nak dating, sila la dating dengan keluarga.
 Bukan tak boleh. Keluarga lelaki, keluarga perempuan, pergi keluar makan sama-sama. Kalau rindu, pergi ziarah rumah. Cakap kat keluarga perempuan, kata nak datang. Yang perempuan, kalau rindu sangat, cucuk-cucuk la mak ayah suruh ziarah.

Tak ada masalah. Cinta bukan diharamkan. Teruskan. Sila teruskan. Cuma sekarang ni, kita nak cinta kita diredhai Allah. Kalau nak Allah redha, takkan kita nak calarkan cinta kita dengan perkara yang Allah murka? Islam ada bagi cara, kita guna cara yang Islam bagi.

Rindu sangat

Ini satu lagi fenomena biasa terjadi. Ya la, dulu hari-hari jumpa, ada event apa-apa mesti bersama. Mesti la ada memori-memori indah.

Rindu ni lumrah orang berjauhan la. Lagi rindu, lagi bertambah sayang. Tahan sikit je kalau serius nak kahwin. Dan macam saya cakap tadi, bukan tak boleh jumpa langsung. Ajak la keluarga ziarah ke, ajak keluarga keluar makan ke, atur la elok-elok. Bukan haram jumpa langsung.

“Rindu sangat ni, rindu sangat sampai nak jumpa dua-dua”

Aha… Best perasaan ni. 
Apa kata, kita tahan rindu kita dua tiga tahun, kemudian duduk la dua-dua sampai mati. Ah.. bukan sampai mati, maaf, sampai ke syurga, selama-lamanya. Ya la, bila kita bangunkan cinta kita atas apa yang Allah redha, pastinya kita akan mendorong diri kita dan pasangan kita ke syurga-Nya.

Susah-susah sangat, kahwin. Buat apa la tunggu lama-lama, main rindu-rindu jauh ni.

Kalau ada kekangan untuk berkahwin, sabar. Cuba selesaikan apa yang mengekang anda dari berkahwin itu. Sementara itu aturlah cara yang syara’ untuk berjumpa.

Tak ada masalah.

Ingat Allah

Ada orang, dia meluat kalau kita pesan kat dia supaya dia ingat Allah SWT.

Tapi saya nak kata apa? Kalau kita tinggalkan couple kerana Allah, nak dapat redha Allah, maka bila kita rasa nak kembali kepada couple, kita kena ingat Allah SWT yang menjadi matlamat kita meninggalkan couple tadi.

Allah ni, tak ada la zalim. Kita ni je yang zalim diri kita. Allah, Dia nak bagi kita sama-sama dengan pasangan kita sampai ke syurga, selama-lamanya bersama. Tapi, kita tak sabar, kita zalim pada diri kita, lantas kita dengan pasangan kita,paling lama pun sampai mati, kemudian di akhirat, terpisah-pisah. Apa best?

Allah halang kita dari dekati zina, bukan suka-suka. Kita dah nampak hari ini, lambakan anak luar nikah. Kita nak ke macam itu?

“Kami couple je bang, mana ada apa-apa”

Ya. Hari ini. Semalam. Esok siapa tahu? Kalau melintas jalan pun kena tengok kiri kanan takut dilanggar, berhati-hati, lagi la dalam hal masa hadapan dan kekeluargaan. Kena perhatikan semua benda. Tak kesian ke dengan baby? Ni bercinta betul ke, main-main?



Kena serius la


Nak istiqomah tinggal couple ni, selain melihat kembali niat kita, kita kena serius la tinggal tu. Nak serius tinggal, kita kena ada beberapa perkara lagi kita kena serius:

1. Serius nak dapat redha Allah.

2. Serius nak bercinta dengan betul.

3. Serius nak bina masa hadapan dengan baik.

4. Serius jaga maruah dan harga diri.

5. Serius segala perkara.

Saya rasa, kalau kita mendalami 1-5 ni, kita akan istiqomah untuk tidak bercouple, dan meninggalkan couple. Kalau serius la. Kalau tak serius, memang la kita nak buat.

Ya la, kalau serius nak dapat redha Allah, kenapa buat benda yang Allah tak suka?

Kalau serius nak cinta betul-betul, kenapa memurahkan cinta kita?

Kalau serius nak membina masa hadapan dengan baik, kenapa tak boleh berdisiplin dan bertahan sedikit?

Kalau serius nak menjaga maruah dan harga diri, kenapa kita pula macam promosi diri kita agar maruah dan harga diri kita tercalar?

Kalau lah kita ini serius dalam semua perkara, kita betul-betul nak hidup dengan baik, kenapa kita dedahkan diri kita dari kehancuran?


Jangan tunggu kita dah tersilap, baru kita nak cakap: “Aiseh, dulu ada dah orang tegur aku, kenapa aku tak dengar?”

Yang dah tinggal couple tu, tak payah kembali la. Fikir-fikir balik, anda sudah berjaya, kenapa anda hendak menggagalkan diri anda semula?

Kalau betul kita serius, kita akan usaha. Tak ada bagi alasan-alasan. Sebab itu, yang saya cakap dalam Bukan Mengharamkan Cinta, Rindu Sangat, dan Ingat Allah itu, hanya yang betul-betul serius sahaja yang boleh buat. 
Yang main-main, bye-bye la.

Penutup: Teruskan kejayaan anda

Bagi yang tak bercouple, atau dah tinggal couple, teruskan kejayaan anda. Bagi yang masih bercouple, tak mengapa, perlahan-lahan usaha tinggal. Jangan risau. Saya tidak menyisihkan anda. Cuma saya mengingatkan sahaja. Kita ni manusia, mana tahu apa nak jadi pada kita. Sebab itu orang pandai kata: Mencegah lebih baik dari mengubati. Cegah, penyakit tu tak kena pada kita. Mengubati, penyakit tu dah kena pada kita. Ada bezanya ya.

Fikir-fikir la. Couple ni asasnya apa? Cinta? Ya ke cinta? Ke lebih kepada seronok-seronok nak happy-happykan diri sendiri sahaja?


Bukan la tak couple maksudnya tak cinta. Cinta anda, tidak gagal dengan tidak bercouple.

Jangan susah hati. Kata nak redha Allah. Tahu tak bahawa, cinta tu, Allah yang cipta?

Aha…

Teruskan kejayaan anda. Kejar redha Allah dalam semua lapangan. Belajar, kerja, hatta cinta.

Kita nak, cinta kita ini pun Allah kira.





Saat hati rindu bernikah

Assalamualaikum wbt....
Alhamdulillah, malam ni dapt juga Iman menulis d blog ni. Setelah ujian dengan penyakit diturunkan kepada Iman selama berada d kampung sehingga detik malam tadi.... Seronok raya tahun ni kerana dapat ziarah kengkawan lama, kengkawan sekolah rendah dan kengkawan sekolah menengah, Yang mana dulu, pergi masjid sama2, mengorat imam terawih pun sama, d date same2, tak pergi surau pun sama2 alasan nya berbuka puasa, pastu tengok tv kat dewan makan asrama....

 Sekarang ni, dalam group kami bertiga tu sorang da selamat d ijabkabulkan 2 tahun lepas cuma belum ade rezeki mendapat zuriat lagi, yang sorang lagi tu da sambung master course ekonomi d UKM Bangi, dan saya dah bekerja alhamdulillah...semua da berjaya dengan cara dan bidang masing2...

Dalam pada itu, kami ziarah kawan kami sorang ni, Alhamdulillah dia da selamat melahirkan anak perempuan yang sangat comel. Nama nya nak tulis panjang dan berbelit lidah kami nak menyebutnya. Kena tang Iman, dia bertanya, "hah, kamu bila pulak nak nikahnya?? Kerja sudah, kete sudah, bergaji sudah? tunggu ape lagi...."...saya menjawab, "tengah cari calon lagi".. Dia berkata, "aik, tak kan dok mencari lagi kot"... hnya senyuman yg dapat ku berikan sebagai jawapannya...So lepas ni, bila ade sesiapa bertanya lagi pada ku, akan ku berkata sebegini, "tengah memilih calon" :-)...pasti jawapannya balik, "jangan pilih sangat dan tak baik menolak jodoh yang baik, yang datang meminang". confirm punya...

Kini ati ku berserah ada Allah SWT. Punya calon tak sesuai kerana kuat cemburunya... Punya calon tak sesuai yang mana umurnya muda dan tak matang, yang mana masih lagi berhubung dengan wanita yang pernah berada d atinya sesuatu ketika dulu dan memarahi ku jika d beri nasihat supaya melupakan wanita itu, kerana wanita itu sudah punya suami... punya calon, ayah pun da suruh dia masuk minang, tapi dia lak kata tak ready lagi kerana kenagan silam, dosa silam yang dia lakukan dahulu...

Kini, tiada lagi pengharapan ku pada sesiapa. Tapi, jujur ku katakan ku selesa bersahabat dengan mu. Andai jodoh tu milik kau dan aku, aku menerimanya dengan ati terbuka dan menerima diri mu seadanya. Andai jodoh itu bukan milik tu, aku redha dan mendoakan agar kau bahagia bersama nya...

p/s : Dari seorang hamba Allah... :-)


Rindu akan kamu semua...semoga kita boleh bersua lagi dan berprogram bersama lagi...
insyaAllah, suatu hari nnti :-)

Sunday, September 4, 2011

Selamat Hari Raya...........

Assalamualaikum wbt dan alhamdulillah ku panjatkan syukur ke hadrat Illahi kerana masih memberi peluang dan masih beri nafas, oksigen ini lagi pada ku, walau pun dari awal cuti raya sehingga habis cuti raya ni, saya masih selsema dan demam...Alhamdulillah syukur...

Tak lupa juga, saya nak mengucapkan ribuan terima kasih kepada cik DSA kerana cuti meneman saya membeli belah untuk menyambut kedatangan syawal...letih cik DSA teman saya mencari baju, kasut dan kuih muih nya hehe..Dan ucapan tahniah buat sahabat ku akh Farid dan akh Kamal Fitri yang mana mereka akan melangsungkan pernikahan pada bulan November nanti, insyaAllah pada hari raya korban yg kedua, iaitu jatoh pada 7 nov dan besday saya juga :-) (hehheee)....

Alhamdulillah, tahun lepas, tahun ini masih ade sahabat2 yang sudi menemani saya shopping raya, takde la macam tahun yang dulu yang mana g shoping sorang2 je,...huhuuu.... Dan terima kasih juga buat sahabat2 yang masih menerima diri ini sebagai sahabat walau pun mengetahui kisah silam, sejarah hitam, pahit manis, keburukan dan kekurangan yg ada pada diri ini... Kasih mu dan ukhuwah yang kamu semua alirkan ini akan ku jaga dengan sebaik mungkin....

Akhir kata dari saya, saya sayangkan kamu semua dan namamu akan sentiasa d ati ku dan doaku...insyaAllah... (DQ, DSA, Budak nakal, Roti john)......