same2 lah kita larang kawan kita yang non muslim itu ye. Semoga sahabat kita non muslim itu mendapat hidayah dr Allah dan memeluk agama Islam...same2 la kita berdoa kepada Allah ye..
Wednesday, March 30, 2011
kenapa daging babi itu diharamkan dalam Islam???
Jon kita sama2 lihat kenapa haram ye, padahal daging tetap daging...warna nya merah, same merah...
same2 lah kita larang kawan kita yang non muslim itu ye. Semoga sahabat kita non muslim itu mendapat hidayah dr Allah dan memeluk agama Islam...same2 la kita berdoa kepada Allah ye..
same2 lah kita larang kawan kita yang non muslim itu ye. Semoga sahabat kita non muslim itu mendapat hidayah dr Allah dan memeluk agama Islam...same2 la kita berdoa kepada Allah ye..
Sunday, March 20, 2011
HADITH 1
عن ابن عمر قال قال عبدالله قال رسول الله بني الأسلام على خمس شهادة أن لا أله ألا الله وأن محمدا عبده و رسوله و اقام الصلاة و ايتاء الزكاة و حج البيت وصوم رمضان.
Diriwayatkan daripada Hazrat Abdullah bin Umar r.anhuma katanya, Rasulullah s.a.w bersabda, “Islam dibina atas 5 rukun. Bersaksi bahawasanya tiada tuhan selain Allah SWT dan Muhamad adalah hamba Nya dan Rasul Nya, mendirikan solah, mengeluarkan zakat, menunaikan haji dan berpuasa pada bulan Ramadhan”. (HR Bukhari dan Muslim).
Kelima-lima perkara di atas merupakan asas Islam yang unggul dan rukun yang penting. Dalam hadis ini, Nabi Muhammad s.a.w mengibaratkan Islam sebagai sebuah khemah yang ditegakkan oleh 5 batang tiang. Tiang tengah ialah kalimah syahadah, sementara keempat-empat tiang di 4 penjuru khemah itu merupakan 4 lagi rukun Islam yang lain. Tanpa tiang tengah, khemah itu tidak boleh ditegakkan sama sekali. Jika khemah itu ada tiang tengah dan salah satu daripada 4 tiang taditidak ada, maka khemah itu masih dapat ditegakkan tetapi penjuru yang tiada tiang itu akan cacat dan condong. Setelah mengetahui sabdaan Rasululllah s.a.w itu, kini marilah kita sama-sama menyemak diri kita sejauh manakah teguhnya khemah yang telah kita dirikan itu dan rukun Islam yang manakah telah dapat kita jaga dengan sempurna? Sebenarnya kelima-lima rukun Islam itu anat penting sehingga dijadikan sebagai asas Islam. Sebagai seorang Islam, kita sangat perlu mengambil berat terhadap kesemua rukun Islam itu tetapi amalan yang terpenting sesudah iman ialah solah.
Hazrat Abdullah bin Mas’ud r.a berkata bahawa beliau bertanya kepada Rasulullah s.a.w, “Amalan manakah yang paling disukai oleh Allah SWT?”. Baginda menjawab, “Solah”. Beliau bertanya lagi, “Selepas solah apa pula?”. Jawab baginda “Berbuat baik kepada ibu bapa”. Beliau bertanya lagi, “selepas itu apa pula?”. Rasulullah s.a.w bersabda, “Jihad”. Mulla Ali Qari rah. Berkata bahawa hadis ini menjadi dalil bagi pendapat ulama yang menegaskan bahawa solah adalah amalan yang paling afdal selepas iman. Pendapat ulama tersebut dikuatkan lagi dengan sebuah hadis sahih yang berbunyi , “الصلآة خير موضوع” yakni sebaik-baik amalan yang diperintahkan oleh Allah SWT kepada hamba Nya adalah solah.
Tentang solah yang merupakan amalan paling afdal antara semua ibadat lain, diterangkan dengan jelas dalam banyak hadis sahih. Antara hadis tersebut ada yang terkandung dalam kitab ‘Jamiu’ Saghir’ (الجامع الصغير) seperti yang diriwayatkan oleh 5 orang sahabat iaitu Hazrat Thauban, Hazrat Ibnu’ Amr r.anhuma, Hazrat Salamah, Hazrat Abu Umamah dan Hazrat ‘Ubadah r.a. Diriwayatkan daripada Hazrat Ibnu Mas’ud r.a dan Hazrat Anas r.a bahawa amalan yang terbaik ialah mengerjakan solah tepat pada waktu solah (الجامع الصغير). Diriwayatkan juga daripada Hazrat Ibnu Umar r.anhuma dan Hazrat Ummi Fardah r.anha bahawa amalan yang aling baik ialah solah di awal waktu.
Friday, March 18, 2011
Hadith 1
عن عثمان بن عفان رضى الله عنه أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال خيركم من تعلم القرآن وعلمه.
Hazrat Uthman r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, ‘yang terbaik antara kamu ialah orang yang belajar al-Quran dan mengajarkannya.
( HR Bukhari, Abu Daud, Tirmizi, Nasai dan Ibnu Majah)
Dalam kebanyakkan kitab, hadis ini dinyatakan dengan perkataan “و” yakni “dan” sebagaimana yang telah diterjemahkan di atas. Dalam keadaan ini, ganjaran yang besar adalah bagi sesiapa yang belajar al-Quran yang mulia dan kemudiannya mengajarkan kepada orang lain. Namun demikian, dalam sesetengah kita, hadis ini diriwayatkan dengan perkataan “أو” yakni “atau” yang memberi makna “yang terbaik antara kamu ialah orang yang belajar al-Quran atau orang yang mengajarkannya”. Mengikut riwayat ini, ganjaran dan kelebihan adalah umum, sama ada orang itu belajar untuk dirinya sendiri atau mengajarkan al-Quran kepada orang lain. Setiap orang daripada mereka akan mendapat kelebihan dan ganjaran tersendiri.
Sebenarnya al-Quran itulah Islam. Oleh itu, agama Islam bergantung sepenuhnya kepada pengekalan dan penyebaran al-Quran Oleh kerana itu, sudah jelaslah tentang kedudukan terbaik bagi orang yang mempelajari al-Quran atau mengajarkannya dan tidak perlu kepada sebarang penjelasan lagi. Walau bagaimanapun,terdapat darjah kedudukan yang berlainan.
Darjah yang terbaik ialah mempelajari al-Quran dengan makna dan maksudnya, dan darjah yang terendah ialah mempelajari lafaz al-Quran sahaja. Mafhum kedua daripada hadis di atas (sebagaimana yang diriwayatkan dengan lafaz “أو” yang bermaksud “atau”) menyokong hadis yang diriwayatkan secara mursal oleh Hazrat Sa’id Ibni Salim r.a, “sekiranya seseorang yang memperoleh ilmu al-Quran menganggap orang yang diberikan sesuatu nikmat yang lain itu lebih baik daripadanya, amka dia telah menghina nikmat Allah SWT yang telah dikurnikan kepada ke atasnya”. Ini jelas, apabila perkataan Allah SWT adalah yang terbaik antara segala perkataan, maka pastilah belajar dan mengajarkan perkataan Allah SWT itu adalah labih baik daripada segala sesuatu yang lain, sebagaimana yang akan diterangkan dalam hadis seterusnya.
Mulla ‘Ali Qari rah. Menukilkan satu hadis lain bahawa sesiapa yang telah memperoleh ilmu al-Quran, telah menyimpan ilmu kenabian di kepalanya. Hazrat Sahl Tustari rah. Berkata, “Tanda cinta kepada Allah SWT ialah wujudnya cinta terhadap perkataan Allah SWT dalam hati”. Dalam kitab “Syarah Ihya-Ulumuddin” terdapat senarai orang yang akan diberi perlindungan di bawah naungan ‘Arash Allah SWT pada hari pengadilan yang menggerunkan, antara mereka adalah orang yang mengajar al-Quran kepada kanak-kanak Islam dan juga mereka yang belajar al-Quran semasa usia muda dan terus mengambil berat untuk membaca al-Quran apabila dewasa.
InsyaAllah, entry yang akan datang, ana akan berkongsi pula senarai orang yang akan diberi perlindungan di bawah naungan Arash Allah ky....
Thursday, March 17, 2011
Mengaku Rasul
Astafirullah al azim....
Inilah dunia sekarang, dunia akhir zaman yanag mana banyak fitnah berlaku dan ade tambahan nabi selepas Rasulullah s.a.w.... Telah kita di beritahu dan tahu bahawa Nabi Muhamad s.a.w adalah nabi dan rasul yang terakhir, tiada nabi dan rasul lagi selepas Nabi Muhamad s.a.w....
Ambil lah iktibar daripada movie ini ye...
selamat menonton :-)
Tahajjud Cinta
Kau datang ketika duka
dan bintang bercahya
tunjukku ke jalan syurga
Ku haus di tengah laut
lemas mencari tempat berpaut
kirimkan aku kekuatan
serta pedoman di kesesatan
Ku sunyi dalam gembira
perih pedih tanggung derita
sungguh aku bukan wali
yang suci dari hina dan benci
Kau datang ketika duka
dan bintang bercahya
tunjukku ke jalan syurga
Terlalu lama aku mencuba
terlalu banyak
cinta yang ku damba
tiada yang sempurna
hanyalah fana
Tuhan, ampuni hamba-Mu
Kau datang ketika duka
dan bintang bercahya
tunjukku ke jalan syurga
Ku rebah di dada malam
memecah dendam yang lama diam
ku tanggalkan baju dunia
dakapku dengan selimut syurga
ya Tuhanku hanya padamu
tempat mengadu segala rindu
limpahi ku rahmat kasihmu
dalam tahajjud cinta bersujud
dan bintang bercahya
tunjukku ke jalan syurga
Ku haus di tengah laut
lemas mencari tempat berpaut
kirimkan aku kekuatan
serta pedoman di kesesatan
Ku sunyi dalam gembira
perih pedih tanggung derita
sungguh aku bukan wali
yang suci dari hina dan benci
Kau datang ketika duka
dan bintang bercahya
tunjukku ke jalan syurga
Terlalu lama aku mencuba
terlalu banyak
cinta yang ku damba
tiada yang sempurna
hanyalah fana
Tuhan, ampuni hamba-Mu
Kau datang ketika duka
dan bintang bercahya
tunjukku ke jalan syurga
Ku rebah di dada malam
memecah dendam yang lama diam
ku tanggalkan baju dunia
dakapku dengan selimut syurga
ya Tuhanku hanya padamu
tempat mengadu segala rindu
limpahi ku rahmat kasihmu
dalam tahajjud cinta bersujud
Subscribe to:
Posts (Atom)


