Wednesday, June 1, 2011
Kita hanyalah seorang hamba
Mana yang dikatakan kesenangan dalam hidup?
Ketika kita cuma mencari kebahagiaan untuk meletakkan diri kita dalam keadaan selesa dimuka bumi ALLAH ini....tanpa kesakitan,tanpa kesengsaraan,tanpa keluh kesah...tiba disatu peringkat,kesenangan kita direnggut dalam sekelip mata sahaja....
maka...penilaian apakah kita terhadap yang ESA?
manusia tidak dijadikan sempurna.....tidak juga dijadikan sama tarafnya...ada yang miskin,ada yang kaya,ada yang gembira,ada pula yang berduka.....rantaian ini akan silih berganti sebagaimana silih bergantinya baka dan keturunan kita di dunia....
nikmat dan ujian yang telah diperuntukkan oleh yang Maha Pencipta terhadap diri kita,adalah satu keadilan dariNYA.
disenangkan kita agar sentiasa sujud dan mensyukuri akan nikmatNYA....agar mudah melangkah untuk mengenaliNYA....
diuji pula akan diri kita agar ada sifat redha dan sabar terhadap ketentuannya.....supaya sedar bahawa diri kita hanyalah ciptaan yang bertaraf hamba...agar mudah menerima akan hakikat Qada' dan QadarNya.
Bukankah ketentuan baik dan ketentuan buruk itu adalah keseimbangan takdir dariNya?
maka disaat kita gembira,,,membiarkan kelekaan mengatasi akal fikiran...menghanyutkan diri kita agar lupa tanggungjawab pada sang pencipta...menyebarkan sifat mazmumah agar menguasai seluruh anggota jasad.....terlena dibuai nafsu dan bisikan syaitan...semakin jauh....jauh untuk berusaha mendekatiNYA....
Maka ketika dirundung duka....berhakkah untuk mengatakan tiada keadilan dari yang ESA?
berapa lama kedukaan itu telah kita tangggung jika hendak dibandingkan nikmat dan kesenangan yang telah kita perolehi?
tunduk dan renungilah tempat letaknya hati itu ....berdenyutkah hati itu kerana sabar atau berdegup kerana berputus asa?
dalam keadaan kita bersandarkan kepada ikhsan ALLAH semata mata...maka dimanakah letaknya nilai diri ketika meminta dalam keadaan tergesa gesa?tiada kesabaran mengharapkan permohonan diperkenankan seberapa segera....
maka manakah yang dinamakan hamba disaat biadap terhadap Tuannya?
adakah layak penggelar hamba meminta minta tanpa usaha dan taat setia?
kedukaan bukan jalan untuk meletakkan jauhnya harapan agar mengecap kebahagiaan...
sedangkan putus asa menjadi teman berpaling dari mendapat rahmat Tuhan....
mengalirkah darah kita kerana meninggikan darjat agamaNYA?atau titisan airmata semata mata kerana kejian manusia?atau keluh kesah kerana diterjah kehidupan papa?
dimanakah letaknya DIA dalam diri ketika berduka nestapa?kemanakah hilangnya ingatan kepada RASULULLAH tercinta?mencari ketenangan dengan kalimahNYA...meniti kehidupan berpandukan sunnahnya?
atau terus leka...terus lupa....biarpun dalam keadaan hiba....meskipun beroleh derita....
ketika tidak tertanggung ujian dan dugaan...serahkanlah kembali padaNYA...kerana DIA yang empunya segalanya....sedih,duka,hiba mahupun celaka....
tiada yang mampu membantu....tiada makhluk...tiada manusia....hanya DIA...hanya DIA...
sedarilah....biar betapa dahsyatnya kita diuji didunia....ianya menunjukkan kasih sayangNYA...
dikala mampu menyirami diri dengan keredhaan dan kesabaran....disitu juga letaknya tingkatan iman....
tiada yang sia sia....tiada....
bukankan ALLAH itu MAHA SEGALA GALANYA.....
hanya kerana kita tidak diperhatikan hikmahnya....sekiranya terbuka hijabNYA....akan tiada keraguan akan jalan yang telah ditentukan....dan tidak mungkin terhela nafas rungutan atas segala keburukan.....
maka bersangka baiklah hamba........bersangka baiklah pada Tuannya.....
redhalah akan baik dan buruk takdiranNYA....dan bersabarlah dengan ujianNYA....
kita diwujudkan hanyalah untuk menyembahNYA semata mata.....untuk menzahirkan betapa besar kekuasaanNYA....tiada yang lainnya....tiada...
jika DIA mengurniakan nikmat....atau menurunkan murka.....segalanya itu adalah hakNYA........kerana DIA adalah PENCIPTA.......
-WALLAHUA'LAM-

Jalsah Bersama Al-’Allamah al-Muhaqqiq al-Faqih al-Murabbi al-Habib Zein bin Ibrahim BinSumaith
p/s : untuk keterangan lanjut boleh layari website di bawah ni ia :-)
http://pondokhabib.wordpress.com/2011/06/01/jalsah-bersama-al-allamah-al-muhaqqiq-al-faqih-al-murabbi-al-habib-zein-bin-ibrahim-binsumaith-%d8%ad%d9%81%d8%b8%d9%87-%d8%a7%d9%84%d9%84%d9%87-%d9%88%d9%85%d8%aa%d8%b9%d9%86%d8%a7-%d8%a7%d9%84/
Tuesday, May 31, 2011
Hentikan gangguan seksual terhadap lelaki
Assalamualaikum wbt buat para pembaca sekalian...
Di harapkan para pembaca sihat walafiat, di samping dapat beramal dengan khusyuk hendaknya..
Persoalan berkaitan tajuk, ada ke gangguan seksual terhadap lelaki ni??? Biasa kita dengar terhadap kaum wanita je kan... Gangguan seksual lelaki kepada wanita, tapi dunia dah hampir ke akhir nye ini terbalik pula...
Bukan lelaki yang buat gangguan seksual tetapi wanita...
Kenapa Iman berkata bergini???? Haaa, nak tahu sila baca perenggan seterusnya ia :-)
Lelaki sekarang dah baik tahu, Baiklah kerana mereka dah takut nak buat gangguan seksual terhadap wanita, tapi wanita pula yang menarik perhatian lelaki, seterusnya membuat gangguan seksual atau lebih di kenali sebagai penaik syahwat lelaki. Mahu tidaknya, lelaki dah insaf tak nak buat gangguan seksual dah, tapi dengan ciri-ciri wanita seperti dalam perengan seterus-terusnya, membuatkan seksual lelaki terganggu, kerana syahwat mereka naik, kerana wanita menaikkan syahwat mereka dan seterusnya terjadilah perkara lain-lain....
Ciri- yang pertama adalah Bulu kening. Yang mana mereka ni, kaum wanita ni sengaja mengukir atau mencukur bulu kening mereka supaya kelihatan cantik, bila cantik dan pelik dari lain pasti itu akan menarik perhatian lelaki. Betul tak kaum lelaki???
Sesungguhnya sebilangan ahli Neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk Syurga dan tidak akan mencium baunya - Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim. Keterangan : Wanita yang berpakaian tipis/jarang, ketat/ membentuk dan berbelah/membuka bahagian-bahagian tertentu. .

- Menurut Bukhari, Rasullulah s.a.w melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening. (Petikan dari Hadis Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari).
Ciri yang kedua pula Kaki (tumit kaki) semacam hantu loceng. Kenapa Iman kata begitu.??? Mahu tak nya, bunyi locengnya kalah bunyi loceng yang di pakai oleh wanita kaum India. Dia pakai 1 je dah keletong keletang, tapi wanita kaum India pakai banyak baru keletong keletang tu. Allah pun dah berfirman : "Dan janganlah mereka (perempuan) membentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan" (Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31)
Keterangannya, janganlah menampakkan kaki dan menghayunkan / melenggokkan badan mengikut hentakan kaki terutamanya pada mereka yang mengikatnya dengan loceng (gelang kaki yang berloceng, macam loceng yang di pakai pada lembu suatu zaman dulu)……
Ciri yang ketiga Wangian. Wangian ini pun boleh buat seksual lelaki terganggu tahu.. Kerana dengan wangian yang sungguh wangi, boleh menaikkan syahwat lelaki juga ia. Jadi, tak perlulah memakai wangian 1 botol untuk 1 hari untuk 1 badan... membazir je, dan membazir itu amalan syaitan tahu dan ingat ia.
- Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zinanya terutamanya hidung yang berserombong kapal kata orang sekarang hidong belang (Petikan dari Hadis Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban)
Ciri keempat Dada. Dada ini pun satu hal jugak. Seperti kita sedia maklumkan bahawa salah kita ni yang membezakan wanita dengan lelaki. Jadi, bila kita membuka atau mendedahkan atau menyelakkan dada kita ni, tidak ke itu membuat seksual lelaki ni terganggu?? Mahu tak terganggunya dada lelaki biasa je, tapi dada wanita ni cantik, comel sangat. Seperti dalam firman Allah dalam surah An Nur ayat 31 "Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali pada yang zahir daripadanya, dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka". Selain itu, Allah juga berfirman dalam surah al Ahzab ayat 59 yang bermalsud " Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa keluar), cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenali (sebagai perempuan yang baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan ingatlah Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani.
Ciri yang kelima Gigi. Maksudnya disini adalah, pada mereka yang mengukir atau mengubah keadaan gigi mereka supaya lebih kelihatan menarik, cantik itu yang membawa kepada dosa dan boleh jadi haram. Tapi, untuk masalah seperti sumbing atau untuk memudahkan percakapan, makan dan keyakinan diri, ia di bolehkan dan diharuskan. Kerana gigi itu membawa kepentingan untuk segalanya. Kerana sakit gigi, sakit 1 badan,... Dan untuk pengetahuan semua, gigi adalah tulang yang paling keras dan tahan dari segalanya.
- Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya ( Petikan dari Hadis Riwayat At-Thabrani). Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan Allah (Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)
Ciri yang keenam adalah Muka dan leher. Dalam bab ni pula, jangan lah kita berlebih-lebihan dalam penggunaan bedak dan lipstik or pape yang berkenaan lah kan, kerana ini pun salah satu faktor seksual lelaki terganggu kerana ape yang di pandang, dilihat dan yang nampak dahulu adalah muka. Muka adalah aset pertama buat lelaki.
- Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan janganlah kamu menampakkan perhiasan mu seperti orang jahilliah yang dahulu. Keterangan : Bersolek (make-up) dan menurut Maqatil sengaja membiarkan ikatan tudung yang menampakkan leher seperti orang Jahilliyah.
Ciri yang ketujuh Tangan.
- Asma Binte Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasullulah: Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja - Petikan dari Hadis Riwayat Muslim dan Bukhari.
- Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya - Petikan dari Hadis Riwayat At Tabrani dan Baihaqi.
Ciri yang kelapan Mata. Seperti dalam firman Allah dalam surah An Nur ayat 31 "Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali pada yang zahir daripadanya, dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka".
- Sabda Nabi Muhamad SAW, Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama sahaja manakala pandangan seterusnya tidak dibenarkan hukumnya haram - Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi.
Ciri yang ke sembilan Mulut (suara).
- Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik - Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 32.
- Sabda SAW, Sesungguhnya akan ada umat ku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi - Petikan dari Hadis Riwayat Ibn Majah.
Ciri yang ke sepuluh Kemaluan.
- Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka - Petikan dari Surah An Nur Ayat 31.
- Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu, puasa di bulan Ramadan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam Syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya - Hadis Riwayat Riwayat Al Bazzar.
- Tiada seorang perempuanpun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah - Petikan dari Hadis Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah.
Dan ciri yang terakhir inilah yang paling top ten, yang paling di gemari pada zaman ini sehingga Iman sendiri pun di uji, dengan di suruhnya ubah penampilan Iman sekarang ni, Nauzubillah, jangan sesekali ubah yang baik kepada yang kurang baik, tapi ubah lah yang kurang baik kepada yang lebih baik. Ciri yang terakhir ini adalah . Pakaian.
- Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan terutama yang menjolok mata , maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti - Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud, An Nasaii dan Ibn Majah.
- Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 59. Bermaksud : Hai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah dikenali. Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah maha pengampun lagi maha penyayang.
Sesungguhnya sebilangan ahli Neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk Syurga dan tidak akan mencium baunya - Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim. Keterangan : Wanita yang berpakaian tipis/jarang, ketat/ membentuk dan berbelah/membuka bahagian-bahagian tertentu. .
![]() |
| INI YANG SEELOKNYA |
![]() |
| PERBEZAAN PERMAKAIAN LELAKI DAN WANITA YANG BETUL |
![]() |
| INI YANG SEBAIK TERBAIKNYA |
Sunday, May 29, 2011
Jangan Putus Asa Dengan Berdoa
Alangkah ramai manusia yang bermohon kepada Tuhan supaya dimakbulkan segala yang diinginkan, namun tidak jua dimakbulkan. Kemudian manusia mengeluh dan bersangka buruk kepada Tuhan, lantas putus asa mencari keredhaan-Nya. Itulah hakikat manusia saban hari.
"berdoalah kepadaKu, dan berimanlah agar kamu memperoleh kebenaran."
(surah Al-Baqarah:186)
Kita tidak berdoa pun Allah sudah sedia mengetahui segala isi hati manusia.
"berdoalah kepadaKu, dan berimanlah agar kamu memperoleh kebenaran."
(surah Al-Baqarah:186)
Kita tidak berdoa pun Allah sudah sedia mengetahui segala isi hati manusia.
"dan Allah mengetahui apa yang kamu rahsiakan dan apa yang kamu lahirkan."
(surah An-Nahl:19)
(surah An-Nahl:19)
Jadi, mengapa masih perlu berdoa?
Berdoa sebagai tanda pengabdian diri kita sebagai hamba yang hina lagi dhaif kepada Allah, tidak ada tempat bergantung selainNya.
"cukuplah DIA sebagai tempat manusia bergantung harap dan tawakal."
(surah At-Taubah:129)
(surah At-Taubah:129)
Tapi, mengapa masih tak termakbul juga doa?
Pandanglah diri sendiri, adakah kita lebih mencintai Allah daripada kesenangan duniawi? Cepat atau lambat dimakbulkan itu urusan Ilahi, kerana Dia Maha Mengetahui perkara yang terbaik bagi setiap makhluk ciptaan-Nya.
" dan apabila manusia ditimpa bahaya, Dia berdoa kepada Kami dalam keadaan berbaring, duduk atau berdiri, tetapi setelah Kami hilangkan bahaya itu daripadanya, Dia (kembali) melalui (jalannya yang sesat), seolah-olah Dia tidak pernah berdoa kepada Kami untuk (menghilangkan) bahaya yang telah menimpanya. Begitulah orang-orang yang melampaui batas itu memandang baik apa yang selalu mereka kerjakan."
(surah Yunus:12)
(surah Yunus:12)
Sekiranya kita tidak dapat perkara yang dihajati, bersyukurlah dengan kondisi diri dinihari. Semakin dekat kita kepada Allah, semakin hebat dugaan. Itu membuktikan Allah sangat kasih kepada sekalian hamba-Nya, agar kita benar-benar ikhlas dalam mencari keredhaan-Nya serta tidak termasuk di dalam golongan yang lalai dan terbiar diabaikan.
Manusia yang diuji sedemikian rupa akan merasa manisnya iman, seolah-olah syurga sudah tersedia di hadapan mata, tapi ingatlah firman Allah dalam (surah Al-Baqarah:214) yang bermaksud:
"Ataukah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum datang kepadamu (dugaan) seperti (yang dialami) orang-orang yang terdahulu sebelum kamu. Mereka ditimpa kemelaratan, penderitaan dan digoncang (dengan berbagai cubaan), sehingga Rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya berkata, "Bilakah datangnya pertolongan Allah?". Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat."
Sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat, benarlah doa itu senjata orang-orang mukmin. Yakinlah dengan sepenuh hati. Dunia bukan syurga yang dicari, nikmat kesenangan dunia hanya setitis air di lautan sahaja.
Sunday, May 15, 2011
Oh abang....
Assalamualaikum wbt.....
Pada malam yang indah ini walaupun sekarang cuaca tidak berapa mengizinkan mata ini untuk menulis kerana keadaan di tempat Iman berjerebu... Mata ini pedih untuk mengadap laptop terlalu lama...
Cuma di kesempatan ini Iman ingin berkongsi sedikit pengalaman seorang ibu muda yang telah diceraikan suaminya pada usia yang begitu muda dan terlalu awal.... Kenapa Iman kata begitu ia???
Iman berkata begitu kerana ibu ini sekarang baru berusia 23 tahun, cantik rupa parasnya, elok budi pekertinya, tingkah laku yang lembut dan agama yang mantap.. Tapi pada usia yang sebegini muda bagi iman kan, dia telah diceraikan oleh suaminya yang berusia 29tahun. Sekarang Nurul (bukan nama sebenar) menyewa rumah bersama dengan Iman. Nurul bekerja kerani sekolah N1, di sekolah menengah agama rakyat jambu 8. mendengar kisah hidup Nurul bersama anaknya, Iman berasa sayu sangat. Sayu kerana hasil perkahwinan itu telah terciptanya seorang insan yang diberi nama Mohd Zafri. Kini, Mohd Zafri tinggal bersama neneknya di Keratong , Pahang.

Mohd zafri ini juga Iman dah anggap dia sebagai anak angkat Iman. Iman suka dan cepat jatuh sayang pada kanak-kanak, apa lagi kanak-kanak secomel, sebaik abang ini... Kini, abang tinggal bersama atuk ma dan atuk bah nya sahaja. Mamanya sibuk mencari rezeki demi menampung keperluan mereka sekeluarga sedangkan ayahnya sedang sibuk membuat persiapan perkahwinannya yang tak lama lagi bakal dilangsungkan. Hati wanita Iman tersentuh bila mendengar cerita Nurul dan sedih bila melihat abang membesar tanpa merasai kasih sayang ayah sepenuhnya....
Mahu di salahkan pada siapa??? Iman ingin bertanya kepada kaun Adam, apa yang anda semua mahukan dari kami ini iaitu kaum Hawa?? Tak cukupkah rupa paras yang cantik ini, tapi masih diceraikan??? Tak cukupkah agama yang diberikan ini sehingga kami di persia-siakan dan kepada kamu tidak mahu membentuk kami mengikut acuan yang betul???
Kaum Adam, walaupun kami mampu hidup sendiri tanpa mu, tapi kami tetap dahaga kasih sayang dari mu kerana itu fitrah dari Nya. Kami tidak memandang rupa mu, kami tidak memandang harta mu, kami tidak memandang pangkat cuma kami mahukan perhatian,kasih sayang dan perlindungan dari mu..
Terciptanya kami dari tulang rusuk kiri mu, dekat dengan bahu, dekat dengan hati, tulang rusuk yang bengkok dan perlu di luruskan, janganlah engaku meluruskannya dengan paksaan kerana pasti ia akan patah, dan janganlah engkau membentuknya terlalu lembut kerana ia pasti akan terus membengkok, tapi bentukkan lah ia dengan kasih sayang, cinta yang tulus ikhlas, insyaAllah hati yang keras dapat di lembutkan dan tulang yang bengkok akan dapat di luruskan...
Subscribe to:
Posts (Atom)