Wednesday, March 30, 2011

kenapa daging babi itu diharamkan dalam Islam???

Jon kita sama2 lihat kenapa haram ye, padahal daging tetap daging...warna nya merah, same merah...







same2 lah kita larang kawan kita yang non muslim itu ye. Semoga sahabat kita non muslim itu mendapat hidayah dr Allah dan memeluk agama Islam...same2 la kita berdoa kepada Allah ye..

Sunday, March 20, 2011

HADITH 1

عن ابن عمر قال قال عبدالله قال رسول الله بني الأسلام على خمس شهادة أن لا أله ألا الله وأن محمدا عبده و رسوله و اقام الصلاة و ايتاء الزكاة و حج البيت وصوم رمضان.
Diriwayatkan daripada Hazrat Abdullah bin Umar r.anhuma katanya, Rasulullah s.a.w bersabda, “Islam dibina atas 5 rukun. Bersaksi bahawasanya tiada tuhan selain Allah SWT dan Muhamad adalah hamba Nya dan Rasul Nya, mendirikan solah, mengeluarkan zakat, menunaikan haji dan berpuasa pada bulan Ramadhan”. (HR Bukhari dan Muslim).

Kelima-lima perkara di atas merupakan asas Islam yang unggul dan rukun yang penting. Dalam hadis ini, Nabi Muhammad s.a.w mengibaratkan Islam sebagai sebuah khemah yang ditegakkan oleh 5 batang tiang. Tiang tengah ialah kalimah syahadah, sementara keempat-empat tiang di 4 penjuru khemah itu merupakan 4 lagi rukun Islam yang lain. Tanpa tiang tengah, khemah itu tidak boleh ditegakkan sama sekali. Jika khemah itu ada tiang tengah dan salah satu daripada 4 tiang taditidak ada, maka khemah itu masih dapat ditegakkan tetapi penjuru yang tiada tiang itu akan cacat dan condong. Setelah mengetahui sabdaan Rasululllah s.a.w itu, kini marilah kita sama-sama menyemak diri kita sejauh manakah teguhnya khemah yang telah kita dirikan itu dan rukun Islam yang manakah telah dapat kita jaga dengan sempurna? Sebenarnya kelima-lima rukun Islam itu anat penting sehingga dijadikan sebagai asas Islam. Sebagai seorang Islam, kita sangat perlu mengambil berat terhadap kesemua rukun Islam itu tetapi amalan yang terpenting sesudah iman ialah solah.

Hazrat Abdullah bin Mas’ud r.a berkata bahawa beliau bertanya kepada Rasulullah s.a.w, “Amalan manakah yang paling disukai oleh Allah SWT?”. Baginda menjawab, “Solah”. Beliau bertanya lagi, “Selepas solah apa pula?”. Jawab baginda “Berbuat baik kepada ibu bapa”. Beliau bertanya lagi, “selepas itu apa pula?”. Rasulullah s.a.w bersabda, “Jihad”. Mulla Ali Qari rah. Berkata bahawa hadis ini menjadi dalil bagi pendapat ulama yang menegaskan bahawa solah adalah amalan yang paling afdal selepas iman. Pendapat ulama tersebut dikuatkan lagi dengan sebuah hadis sahih yang berbunyi , “الصلآة خير موضوع yakni sebaik-baik amalan yang diperintahkan oleh Allah SWT kepada hamba Nya adalah solah.

Tentang solah yang merupakan amalan paling afdal antara semua ibadat lain, diterangkan dengan jelas dalam banyak hadis sahih. Antara hadis tersebut ada yang terkandung dalam kitab ‘Jamiu’ Saghir’ (الجامع الصغير) seperti yang diriwayatkan oleh 5 orang sahabat iaitu Hazrat Thauban, Hazrat Ibnu’ Amr r.anhuma, Hazrat Salamah, Hazrat Abu Umamah dan Hazrat ‘Ubadah r.a. Diriwayatkan daripada Hazrat Ibnu Mas’ud r.a dan Hazrat Anas r.a bahawa amalan yang terbaik ialah mengerjakan solah tepat pada waktu solah (الجامع الصغير). Diriwayatkan juga daripada Hazrat Ibnu Umar r.anhuma dan Hazrat Ummi Fardah r.anha bahawa amalan yang aling baik ialah solah di awal waktu.

Friday, March 18, 2011

Hadith 1


عن عثمان بن عفان رضى الله عنه أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال خيركم من تعلم القرآن وعلمه.

Hazrat Uthman r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, ‘yang terbaik antara kamu ialah orang yang belajar al-Quran dan mengajarkannya.
( HR Bukhari, Abu Daud, Tirmizi, Nasai dan Ibnu Majah)

Dalam kebanyakkan kitab, hadis ini dinyatakan dengan perkataan “و” yakni “dan” sebagaimana yang telah diterjemahkan di atas. Dalam keadaan ini, ganjaran yang besar adalah bagi sesiapa yang belajar al-Quran yang mulia dan kemudiannya mengajarkan kepada orang lain. Namun demikian, dalam sesetengah kita, hadis ini diriwayatkan dengan perkataan “أو” yakni “atau” yang memberi makna “yang terbaik antara kamu ialah orang yang belajar al-Quran atau orang yang mengajarkannya”. Mengikut riwayat ini, ganjaran dan kelebihan adalah umum, sama ada orang itu belajar untuk dirinya sendiri atau mengajarkan al-Quran kepada orang lain. Setiap orang daripada mereka akan mendapat kelebihan dan ganjaran tersendiri.

Sebenarnya al-Quran itulah Islam. Oleh itu, agama Islam bergantung sepenuhnya kepada pengekalan dan penyebaran al-Quran Oleh kerana itu, sudah jelaslah tentang kedudukan terbaik bagi orang yang mempelajari al-Quran atau mengajarkannya dan tidak perlu kepada sebarang penjelasan lagi. Walau bagaimanapun,terdapat darjah kedudukan yang berlainan. 

Darjah yang terbaik ialah mempelajari al-Quran dengan makna dan maksudnya, dan darjah yang terendah ialah mempelajari lafaz al-Quran sahaja. Mafhum kedua daripada hadis di atas (sebagaimana yang diriwayatkan dengan lafaz “أو” yang bermaksud “atau”) menyokong hadis yang diriwayatkan secara mursal oleh Hazrat Sa’id Ibni Salim r.a, “sekiranya seseorang yang memperoleh ilmu al-Quran menganggap orang yang diberikan sesuatu nikmat yang lain itu lebih baik daripadanya, amka dia telah menghina nikmat Allah SWT yang telah dikurnikan kepada ke atasnya”. Ini jelas, apabila perkataan Allah SWT adalah yang terbaik antara segala perkataan, maka  pastilah belajar dan mengajarkan perkataan Allah SWT itu adalah labih baik daripada segala sesuatu yang lain, sebagaimana yang akan diterangkan dalam hadis seterusnya.

Mulla ‘Ali Qari rah. Menukilkan satu hadis lain bahawa sesiapa yang telah memperoleh ilmu al-Quran, telah menyimpan ilmu kenabian di kepalanya. Hazrat Sahl Tustari rah. Berkata, “Tanda cinta kepada Allah SWT ialah wujudnya cinta terhadap perkataan Allah SWT dalam hati”. Dalam kitab “Syarah Ihya-Ulumuddin” terdapat senarai orang yang akan diberi perlindungan di bawah naungan ‘Arash Allah SWT pada hari pengadilan yang menggerunkan, antara mereka adalah orang yang mengajar al-Quran kepada kanak-kanak Islam dan juga mereka yang belajar al-Quran semasa usia muda dan terus mengambil berat untuk membaca al-Quran apabila dewasa.


InsyaAllah, entry yang akan datang, ana akan berkongsi pula senarai orang yang akan diberi perlindungan di bawah naungan Arash Allah ky....

Thursday, March 17, 2011

Mengaku Rasul


Astafirullah al azim....
Inilah dunia sekarang, dunia akhir zaman yanag mana banyak fitnah berlaku dan ade tambahan nabi selepas Rasulullah s.a.w.... Telah kita di beritahu dan tahu bahawa Nabi Muhamad s.a.w adalah nabi dan rasul yang terakhir, tiada nabi dan rasul lagi selepas Nabi Muhamad s.a.w....

Ambil lah iktibar daripada movie ini ye...
selamat menonton :-)

Tahajjud Cinta


Kau datang ketika duka
dan bintang bercahya
tunjukku ke jalan syurga

Ku haus di tengah laut
lemas mencari tempat berpaut
kirimkan aku kekuatan
serta pedoman di kesesatan

Ku sunyi dalam gembira
perih pedih tanggung derita
sungguh aku bukan wali
yang suci dari hina dan benci

Kau datang ketika duka
dan bintang bercahya
tunjukku ke jalan syurga

Terlalu lama aku mencuba
terlalu banyak
cinta yang ku damba
tiada yang sempurna
hanyalah fana
Tuhan, ampuni hamba-Mu

Kau datang ketika duka
dan bintang bercahya
tunjukku ke jalan syurga

Ku rebah di dada malam
memecah dendam yang lama diam
ku tanggalkan baju dunia
dakapku dengan selimut syurga
ya Tuhanku hanya padamu
tempat mengadu segala rindu
limpahi ku rahmat kasihmu
dalam tahajjud cinta bersujud

Jangan amik mudah mandi sunat

Harimau pun mau mandi haa... :P

Apa itu mandi sunat? Mandi sunat ialah mandi yang membasahi rambut dan seluruh badan. Mandi sunat sebegini dianjurkan oleh Islam dalam beberapa suasana seperti :

1.  Mandi setiap tujuh hari. Rasulullah bersabda : “Merupakan hak Allah atas setiap Muslim untuk mandi pada setiap tujuh hari dengan mencuci kepala dan seluruh badannya”. (Shahih Muslim no.1402)
Setiap lelaki dan wanita muslim disunatkan mandi minimu sekali sekali bagi setiap tujuh hari. Ertinya dalam seminggu, kita boleh saja mandi mengikut kekerapan yang disukai dan dengan membasahi anggota badan terpilih. Namun minimum sekali dalam minggu itu, kita disunatkan untuk mandi dengan mencuci kepala, rambut dan seluruh anggota badan.

1.     2.  Mandi pada hari Jumaat. Muslimin dan muslimat disunatkan mandi pada pagi jumaat. Tempoh waktu untuk mandi sunat ini ialah dari masuknya waktu subuh sehingga sebelum masuknya waktu zuhur atau solat jumaat. Berkenaan mandi sunat ini, Rasulullah bersabda : “Menjadi tuntutan ke atas setiap muslim untuk mandi pada hari Jumaat, bersiwak (membersihkan gigi) dan menyapu wangian jika keluarganya memiliknya”. (Musnad Ahmad no.16398 dengan sanad shahih).
Sebagai maklumat tambahan, kebanyakan pengkaji berpendapat mandi pada pagi Jumaat hukumnya wajib ke atas lelaki. Ini kerana kebanyakan hadis dalam bab ini membawa hukum wajib ke atas lelaki. Namun untuk wanita, hukumnya sunat sahaja. (Syaikh Musthafa al-‘Adawy-jami’ Ahkam al-nisa’, jilid 1 muka surat 45-48)
Jika seorang muslimat sudah mandi sunat pada pagi Jumaat, dia tidak perlu lagi mandi sunat pada setiap tujuh hari, maka memadai dia mandi pada pagi jumaat sahaja.

1.    3.   Mandi pada pagi Raya. Disunatkan mandi pada pagi hari raya Aidilfitri dan Aidiladha. Seseorang pernah bertanya kepada Ali bin Abi Thalib berkenaan mandi disunatkan. Beliau menjawab : “Mandi pada hari Jumaat, hari Arafah, hari al-Nahr (aidilfitri dan aidiladha)”. (Musnad al-Syafie no.114 dengan sanad yang shahih)
Sekalipun hadis di atas merupakan jawapan seorang sahabat Rasulullah, ia tetap menjadi dalil agama kerana sahabat tidak akan berkata-kata dalam urusan ibadah melainkan mereka telah menpelajarinya dari Rasulullah.

1.      4. Mandi selepas sedar dari pengsan. Apabila seseorang sedar dari pengsan, koma atau sebagainya, disunatkan baginya untuk mandi. Ini merujuk kepada tindakan Rasulullah s.a.w ketika baginda sakit di hujung hayatnya. Baginda pernah pengsan beberapa kali dan setiap kali sedar, baginda akan mandi. (shahih al-Bukhari no.646)
Pengsan bererti seseorang hilang kesedaran akalnya. Maka atas dasar analogi (al-Qiyas), para ilmuwan Islam juga menyatakan sunat untuk mandi bagi seseorang yang sembuh dari penyakit gila.

1.      5. Mandi Ihram. Disunatkan mandi sebelum seseorang itu mengenakan pakaian ihram, iaitu bagi mereka yang ingin melakukan ibadah haji atau umrah. Zaid bin Tsabit menerangkan bahawa beliau melihat Nabi (memulakan) ihram dengan melepaskan pakaian baginda yang dijahit lalu mandi. (Shahih sunan al-Tirmizi no.830)

1.    6.   Mandi sebelum memasuki kota Mekah. Abdullah bin Umar al-Khattab tidak pernah memasuki kota Mekah melainkan dia bermalam di satu tempat bernama Dzi Thuwa. Pada keesokan harinya, dia mandi lalu memasuki kota Mekah. Beliau menyandarkan perbuatannya ini kepada Rasulullah. (Shahih Muslim no.2207).

Mandi setelah memandikan jenazah. Rasulullah bersabda : “Sesiapa yang memandikan maka hendaklah dia mandi dan sesiapa yang membawa maka hendaklah dia berwudhu’, yakni (memandikan dan membawa) mayat”. (Shahih sunan al-Tirmizi no.993)

1.      Mandi apabila mengulangi hubungan seks. Apabila suami ingin mengulangi hubungan seks dengan isterinya, disunatkan baginya untuk mandi. Rasulullah s.a.w pernah melakukannya dan apabila ditanya kenapa, baginda menjawab : “Ini lebih baik dan lebih suci”. (Shahih Sunan Abu Daud no.219). Walau bagaimana pun pada ketika yang lain banginda pernah mengulangi hubungan seks tanpa mandi sunat di antaranya. (Shahih Sunan al-Tirmizi no.140).
Bagi yang tidak mandi sunat, dianjurkan untuk berwudhu apabila ingin mengulangi hubungan seks. (Shahih Sunan Abu Daud no.220). Semua ini merujuk kepada mandi sunat apabila mengulangi hubungan seks. Adapun jika telah selesai seluruhnya (tiada pengulangan lagi), maka hendaklah mandi wajib.

Seronok nya tengok kanak-kanak ni mandi sungai... Teringat masa kecik dulu, selalu mandi sungai....
Alhamdulillah, ana boleh lah berenang sikit2..hehehee..

Monday, March 14, 2011

My Strawberry




Assalamualaikum....
Alhamdulillah... Allah beri kesempatan pada ana untuk menulis serba sedikit tentang buah strawberi ni... Ana suka makan buah strawberi ni sebenarnya hehee...ni ana beli masa ke Cameron Highlands baru ni bersama keluarga ana. Punya minat pada strawberi, sehingga kan ayah telah ditegur oleh mak dan abah ana kerana makan buah strawberi tanpa membasuhnya terlebih dahulu, Kecur terus air liur ana di buatnya bila terlihat strawberi ni... Ana beli 3 bekas strawberi dan 3 bekas tu harganya rm10. hehe...

Strawberry atau stroberi adalah tanaman umum dari genus Fragaria yang dibudidayakan di seluruh dunia. Namanya berasal dari bahasa Inggris kuno streawberige yang merupakan gabungan dari streaw atau “straw” dan berige atau “berry”. Alasan pemberian nama ini masih tidak jelas. Strawberry disukai banyak orang, terutama karena aromanya yang khas, warna merah cerah yang kaya akan pigmen antosianin yang mengandung antioksidan tinggi dan juga senyawa-senyawa lain seperti serat, vitamin C, potasain dan asam ellagic, dan dikonsumsi dalam jumlah besar baik dimakan langsung atau dalam makanan olahan seperti manisan, jus buah, pie, es krim, milk shake, dan sebagainya.
Kandungan gizi buah strawberry segar dalam 160 gram mengandung : energi 50 kalori ; protein 1 gram; karbohidrat 11,65 gram; serat 3,81 gram; kalsium 23, 24 mg; magnesium 16,60 mg ; fosfor 31,54 mg ; potasium 44,82 mg ; selenium 1,16 mg ; vitamin C 94,12 mg ; folat 29,38 mg ; vitamin A 44,82 IU (Anonymous, 2005) Kandungan yang terdapat dalam strawberry berikut manfaatnya antara lain adalah sebagai berikut : 1. Asam folat : penting untuk mencegah cacat tabung syaraf pada janin. 2. Vitamin B1, B2, C, dan provitamin A : membantu menghaluskan kulit, membuat kulit lebih cerah, dan mencegah pengeriputan. 3. Vitamin C : pertumbuhan anak, menjaga gigi dan gusi anak-anak tetap sehat, membantu penyembuhan luka dan meningkatkan daya tahan tubuh terhadap infeksi, serta sebagai antioksidan yang membantu mengurangi risiko beberapa jenis kanker. 4. Asam ellagic : dapat membantu melumpuhkan kerja aktif kanker. KHASIAT 1. Warna merah strawberry disebabkan karena buah kaya pigmen warna antosianin yang dapat menjadi antioksidan. 2. Kandungan antioksidan yang cukup tinggi dibandingkan buah-buahan dan sayuran menyebabkan strawberry dapat digunakan untuk menanggulangi masalah penyakit akibat radikal bebas seperti kanker, stroke dan proses penuaan. 3. Dapat mencegah terjadinya radang dan alergi. 4. Strawberry merupakan buah-buahan yang mengandung gula rendah sehingga cocok untuk diet pengidap diabetes, melawan encok dan radang sendi. 5. Karena antioksidan yang tinggi buah ini juga untuk menghaluskan kulit dan membuat cerah. Daun strawberry berkhasiat untuk menghentikan diare. 6. Dapat memutihkan atau membersihkan permukaan gigi. 7. Ampuh melawan encok dan radang sendi. 8. Daun strawberry juga berkhasiat karena memiliki zat astringent. Tiga hingga empat cangkir air hasil rebusan daun strawberry per hari, dapat efektif menghentikan serangan diare. 9. Kebutuhan vitamin C orang dewasa perharinya dapat dicukupi oleh 8 buah strawberry (98 mg). Kebutuhan serat juga sekaligus bisa terpenuhi.

Strawberi bukan sahaja cantik buahnya, tapi banyak juga khasiat. Aneka makanan dan minuman berasaskan strawberi dihasilkan. 
Strawberi sejenis buah herba yang rata-ratanya memiliki 200 biji kecil. Ada sekitar 700 jenis strawberi. Warna merah pada strawberi masak ada khasiatnya. Warna merah itu kerana ia kaya pigmen warna antosianin dan mengandungi agen antioksidan yang tinggi.



Tujuh zat antioksidan yang ada pada strawberi lebih tinggi dibandingkan buah atau sayuran lain dan ia lebih efektif mencegah proses oksidasi pada tubuh. Oksidan ialah proses hancurnya jaringan tubuh kerana radikal bebas. Oksidan juga bertanggungjawab pada proses penuaan. Strawberi yang kaya vitamin C sangat bermanfaat bagi pertumbuhan kanak-kanak. Kandungan gulanya sedikit dan sesuai untuk diet bagi penghidap diabetes.
Strawberi yang dimakan teratur dapat menghaluskan kulit dan membuat warna kulit terlihat lebih cerah dan bersih. Khasiat yang terkenal lainnya adalah anti kedut.

Strawberi juga ada khasiat yang boleh memutihkan atau membersihkan permukaan gigi serta kuat melawan radang sendi. Daun strawberi juga berkhasiat kerana memiliki zat astringent.
Tiga hingga empat cangkir air hasil rebusan daun strawberi sehari, dapat menghentikan cirit-birit.
Keperluan harian vitamin C orang dewasa dapat dicukupi oleh lapan buah strawberi (98mg). Keperluan serat juga sekali gus boleh dipenuhi.


Kun Fayakuun...



Assalamualaikum....


Sebuah cerita yang mana ia mengisahkan sebuah keluarga yang sangat daif. Seorang ayah, seorang ibu dan dua orang anak lelaki. Seorang ayah yang tak kira malam siang, lapar dahaga mencari rezeki buat keluarga tercinta, tanpa memikirkan kepentingan diri, yang hanya si ayahnya tahu adalah isteri dan anak-anaknya sahaja.


Walaupun penat bekerja, tapi si ayah tetap tidak menjamah sebutir nasi pun kerana untuk anak-anak dan isteri, malah sanggup berpuasa pula...Kecekalan hati seorang ayah untuk keluarganya sangat tinggi, dan patuh pada arahan Allah dengan tidak meninggalkan solat walaupun tengah mencari rezeki dan selalu berdoa kepada Allah. 
Si bapa tidak pernah mengeluh mahupun melepaskan kemarahan pada isteri dan anak-anak, malah sanggup mengorbankan diri untuk keluarga tercinta. Selemat menonton...


SubnaAllah...itulah ciri-ciri yang ana mahu kan... insyaAllah..semoga setiap ar rijal menjadi dan boleh bersikap sedemikian..amiin

Sunday, March 13, 2011

Binnabil Huda


Binnabil huda Ya Rasulussalam
Wayamursala rahmatan lil anam
'Alaikassholatu wa'alaikassalam
Wasahbika wattabi'inal kirom...

Binnabil huda nahluju dulhuda
Sanabki 'alal 'aditu lulmada
Bazzalnaddimak wartadhoi nar roda
Li nashril huda Ya Rasulussalam...
 

Ya Musthopha RasullAllah
Ya Sanadi Ya Sayyidi
Shollu..Shollu, shollu, shollu...

Allahummasholi wassallim 'ala sayyidina Muhammad
wa aalihi Muhammad
 
Allahummasholi wassallim 'ala sayyidina Muhammad
wa shohbihi Muhammad
 

Binnabil huda nahluju dulhuda
Sanabki 'alal 'aditu lulmada
Bazzalnaddimak wartadhoi nar roda
Li nashril huda Ya Rasulussalam...
 

Ya Shafi'ie..Khubbi..Yadi..
Ya RasullAllah.. HabibAllah..
Huwa al-Hadi al-Basyir
Sollu..sollu, sollu, sollu...

Allahummasholi wassallim 'ala sayyidina Muhammad
wa aalihi Muhammad
 
Allahummasholi wassallim 'ala sayyidina Muhammad
wa shohbihi Muhammad
 

Shafi'una..shafi'una..shafi'una..shafi'una..
RasulAlloh..HabibAllah..NabiyAllah..SofiyAllah..Rasulullah..

Allahummasholi wassallim 'ala sayyidina Muhammad
wa aalihi Muhammad
 
Allahummasholi wassallim 'ala sayyidina Muhammad
wa shohbihi Muhammad
 
Allahummasholi wassallim 'ala sayyidina Muhammad
wa aalihi Muhammad
 

Kewajipan berdakwah



Setiap muslim mempunyai kewajipan menyebarkan agama Islam dan mengikut kemampuan setiap muslim. Bagi yang mampu, boleh berdakwah melalui ilmu, harta benda dan tenaga. Laksanakan tanggungjawab seperti mana yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w setelah menerima wahyu kedua, baginda mula melaksanakan dakwah iaitu menyebarkan Islam kepada seluruh penduduk Mekah. Ketika baginda mendapat wahyu supaya berdakwah secara terbuka, baginda naik ke puncak gunung Safa dan berseru kepada kaum Quraisy supaya berkumpul di lereng gunung Safa. Setelah itu baginda pun berkata : “Bagaimanakah sekiranya jika aku khabarkan kepada kamu bahawa musuh akan menyerang pada pagi hari dan petang hari, apakah kamu membenarkanku?”. 
“Belum pernah kami mengetahui kamu berdusta”, jawab mereka serentak. “Sesungguhnya aku adalah pemberi peringatan bagi kamu sebelum menghadapi azab yang teruk”.

Abu Lahab sanagat marah mendengar perkataan baginda itu, lalu dia berkata dengan tegas, “Celaka engkau Muhammad, adakah hanya kerana ini engkau mengumpulkan kami di sini?”. Akhirnya orang-orang Quraisy bersurai sambil marah-marah kepada baginda. Tetapi baginda menerima dengan sabar dan tetap menyebarkan dakwah Islam kepada kaumnya yang masih dapat diharapkan untuk memeluk Islam.
Ternyata usaha baginda tidak sia-sia. Sedikit demi sedikit penduduk Quraisy menyedari tentang kebenaran Islam. Bermula daripada isteri baginda Khadijah diikuti pula oleh para sahabat antaranya Abu Bakar, Ali bin Abi Talib, Zaid bin Harith, Uthman bin Affan, Zubair bin Awwam, Abdul Rahman bin Auf dan ramai lagi…
·         
  Kejayaan baginda itu kerana wujud perasaan tanggungjawab bahawa perjuangan menyebarkan Islam merupakan suatu kewajipan yang tidak boleh ditukar gantikan dengan benda lain. Oleh itu, kita perlu sabar, tahan derita, tidak rasa bosan dan yang paling penting adalah tidak berputus asa. Jika sifat-sifat itu disedari dan dimiliki oleh setiap muslim dan berasa bertanggungjawab perjuangkan dakwah Islam, pasti ajaran Islam akan tersebar dan dapat dikembangkan dengan lebih meluas.



Tuesday, March 8, 2011

Ganjaran yang dijanjikan Allah

Allah SWT member balasan kepada amal yang dilakukan oleh hamba Nya sama ada dengan cara segera atau ditangguhkan. Orang yang beramal pada jalan Allah akan diperluaskan pintu rezekinya dan dipermudahkan segala urusan dalam hidupnya. Itu adalah janji Allah. Setiap kebaikan atau keburukan yang dilakukan pasti ada ganjarannya. Berikut adalah beberapa firman Allah dalam al-Quran berkenaan dengan ganjaran buat Muslim yang beroleh amalan kebaikan.
1.      Firman Allah di dalam surah al-An’am, ayat 120 yang bermaksud : “Dantinggalkanlah kamu dosa yang nyata dan yang tersembunyi. Kerana sesungguhnya orang-orang yang melakukan dosa, mereka akan dibalas dengan apa yang mereka telah lakukan”.
2. 
           Firman Allah di dalam surah al-Baqarah ayat 110 yang bermaksud : “Dan dirikanlah solat dan tunaikan zakat dan apa jua yang kamu dahulukan dari kebaikan untuk diri kamu, tentulah kamu akan mendapat balasan pahala di siso Allag SWT. Sesungguhnya Allah sentiasa Melihat apa yang kamu kerjakan”.
3.      
      Firman Allah di dalam surah al-Hajj ayat 60 yang bermaksud : “Demikianlah (janji balasan Allah) dan sesiapa yang membalas kejahatan orang, sama seperti yang dilakukan kepadanya, kemudian dia dianiaya lagi seseungguhnya Allah akan menolongnya. Ingatlah bahawa Allah Maha Pemaaf lagi Maha Pengampun”.
4.      
Firman Allah di dalam surah al-An’am ayat 160 yang bermaksud: “Sesiapa yang membawa amal kebaikan (pada hari kiamat), maka baginya (balasan) 10 kali ganda (dari kebaikan) yang sama dengannya dan sesiapa yang membawa amal kejahatan, maka ia tidak dibalas melainkan (kejahatan) yang sama dengannya, sedangkan mereka tidak dianiaya (sedikit pun)”.
5.     
Firman Allah di dalam surah al-Imraan ayat 133 yang bermaksud: “Dan segeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal yang baik) untuk mendapat keampunan Tuhan kamu, dan (mendapat) syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, disediakan untuk orang-orang yang bertaqwa”.
6.     
Firman Allah di dalam surah Yunus ayat 27 yang bermaksud: “Dan orang-orang yang melakukan kejahatan (syirik dan maksiat), balasan tiap-tiap satu kajahatan mereka ialah kejahatan yang sebanding dengannya serta akan ditimpakan kehinaan, tiadlah bagi mereka pelindung dari (seksa) Allah, muka mereka (hitam legam) seolah-olah ditutup dengan beberapa bahagian dari malam yang gelap gelita. Mereka itulah ahli neraka, mereka kekal di dalamnya”.


Adab ketika di bilik air

Apabila kita ingin masuk ke dalam bilik air atau pun tandas pernahkah kita berfikir atau terfikir tempat itu merupakan tempat yang disukai oleh syaitan? Oleh sebab itulah Islam menyuruh umatnya supaya membaca doa sebelum masuk tandas yang bermaksud, “Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung dengan Mu dari gangguan syaitan jantan dan syaitan betina”. Sekurang-kurangnya doa ini mampu menjauhkan diri kita daripada makhluk jahat. Tetapi perlu diingatkan juga tentang adab-adab yang perlu diamalkan ketika berada di bilik air. Bukan sahaja kita perlu membaca doa malah apabila melakukan apa jua perkara perlulah dimulai dan diakhiri dengan doa agar perbuatan yang dilakukan itu diredhai Allah.
Adab-adab masuk tandas :
1.    *   Masuk dengan mendahulukan kaki kiri. Perkara ini bukan sahaja dilakukan oleh kita malah Rasulullah s.a.w sendiri mengamalkan adab ini tatkala melangkah masuk ke bilik air. Selain itu, kita juga perlu menutup kepala dengan menggunakan tuala kecil atas alas an menutup aurat kerana terdapat makhluk lain bersama kita.
2.     
*   *  Menanggalkan pakaian dengan membaca doa. Sebelum mandi pastikan kita menanggalkan pakaian dengan diselangi doa agar perbuatan yang kita buat itu mendapat pahala dari Nya, selain daripada melindungi diri kita daripada gangguan syaitan yang jahat. Doanya ialah, “Dengan nama Allah yang tiada tuhan melainkan Dia”.
3.      
          *Jangan mandi bogel atau bertelanjang. Kita disarankan untuk menutup badan kita ketika mandi walaupun bersendirian kerana kita semua tidak akan lepas daripada pandangan dan pengetahuan Allah SWT. Lagipun mandi tanpa memakai Seurat benang ini jatuh hukumnya makruh. Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud : “Jauhilah daripada perbuatan berbogel, sesungguhnya ada bersama-sama kamu orang tidak berpisah denganmu kecuali ketika membuang air (kecik atau besar) dan ketika seorang lelaki itu bersetubuh dengan isterinya”.
4.     
      *Jangan lama-lama. Sebaik sahaja selesai menyucikan diri dan yakin bersih dari segala kekotoran, maka segeralah keluar dari kamar mandi kerana mengikut sumber kesihatan tidak elok kita mandi terlalu lama. Keadaan ini tidak elok pada paru-paru. Kita jugak dilarang menyanyi dan mandi beramai-ramai sambil berborak kerana ia merupakan perkara yang dilarang dalam Islam.
5.      
         *Membaca doa kelaur tandas. Seperti mana sebelum masuk ke tandas maka sebelum keluar dari tandas juga ada doanya, “Ya Allah, dengan mengharapkan keampunan Mu, segala puji bagi Allah yang telah menghilangkan segala kekotoran dan menyihatkan aku”.