Tuesday, March 8, 2011

Ganjaran yang dijanjikan Allah

Allah SWT member balasan kepada amal yang dilakukan oleh hamba Nya sama ada dengan cara segera atau ditangguhkan. Orang yang beramal pada jalan Allah akan diperluaskan pintu rezekinya dan dipermudahkan segala urusan dalam hidupnya. Itu adalah janji Allah. Setiap kebaikan atau keburukan yang dilakukan pasti ada ganjarannya. Berikut adalah beberapa firman Allah dalam al-Quran berkenaan dengan ganjaran buat Muslim yang beroleh amalan kebaikan.
1.      Firman Allah di dalam surah al-An’am, ayat 120 yang bermaksud : “Dantinggalkanlah kamu dosa yang nyata dan yang tersembunyi. Kerana sesungguhnya orang-orang yang melakukan dosa, mereka akan dibalas dengan apa yang mereka telah lakukan”.
2. 
           Firman Allah di dalam surah al-Baqarah ayat 110 yang bermaksud : “Dan dirikanlah solat dan tunaikan zakat dan apa jua yang kamu dahulukan dari kebaikan untuk diri kamu, tentulah kamu akan mendapat balasan pahala di siso Allag SWT. Sesungguhnya Allah sentiasa Melihat apa yang kamu kerjakan”.
3.      
      Firman Allah di dalam surah al-Hajj ayat 60 yang bermaksud : “Demikianlah (janji balasan Allah) dan sesiapa yang membalas kejahatan orang, sama seperti yang dilakukan kepadanya, kemudian dia dianiaya lagi seseungguhnya Allah akan menolongnya. Ingatlah bahawa Allah Maha Pemaaf lagi Maha Pengampun”.
4.      
Firman Allah di dalam surah al-An’am ayat 160 yang bermaksud: “Sesiapa yang membawa amal kebaikan (pada hari kiamat), maka baginya (balasan) 10 kali ganda (dari kebaikan) yang sama dengannya dan sesiapa yang membawa amal kejahatan, maka ia tidak dibalas melainkan (kejahatan) yang sama dengannya, sedangkan mereka tidak dianiaya (sedikit pun)”.
5.     
Firman Allah di dalam surah al-Imraan ayat 133 yang bermaksud: “Dan segeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal yang baik) untuk mendapat keampunan Tuhan kamu, dan (mendapat) syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, disediakan untuk orang-orang yang bertaqwa”.
6.     
Firman Allah di dalam surah Yunus ayat 27 yang bermaksud: “Dan orang-orang yang melakukan kejahatan (syirik dan maksiat), balasan tiap-tiap satu kajahatan mereka ialah kejahatan yang sebanding dengannya serta akan ditimpakan kehinaan, tiadlah bagi mereka pelindung dari (seksa) Allah, muka mereka (hitam legam) seolah-olah ditutup dengan beberapa bahagian dari malam yang gelap gelita. Mereka itulah ahli neraka, mereka kekal di dalamnya”.


No comments:

Post a Comment