Thursday, March 17, 2011
Jangan amik mudah mandi sunat
Harimau pun mau mandi haa... :P
Apa itu mandi sunat? Mandi sunat ialah mandi yang membasahi rambut dan seluruh badan. Mandi sunat sebegini dianjurkan oleh Islam dalam beberapa suasana seperti :
1. Mandi setiap tujuh hari. Rasulullah bersabda : “Merupakan hak Allah atas setiap Muslim untuk mandi pada setiap tujuh hari dengan mencuci kepala dan seluruh badannya”. (Shahih Muslim no.1402)
Setiap lelaki dan wanita muslim disunatkan mandi minimu sekali sekali bagi setiap tujuh hari. Ertinya dalam seminggu, kita boleh saja mandi mengikut kekerapan yang disukai dan dengan membasahi anggota badan terpilih. Namun minimum sekali dalam minggu itu, kita disunatkan untuk mandi dengan mencuci kepala, rambut dan seluruh anggota badan.
1. 2. Mandi pada hari Jumaat. Muslimin dan muslimat disunatkan mandi pada pagi jumaat. Tempoh waktu untuk mandi sunat ini ialah dari masuknya waktu subuh sehingga sebelum masuknya waktu zuhur atau solat jumaat. Berkenaan mandi sunat ini, Rasulullah bersabda : “Menjadi tuntutan ke atas setiap muslim untuk mandi pada hari Jumaat, bersiwak (membersihkan gigi) dan menyapu wangian jika keluarganya memiliknya”. (Musnad Ahmad no.16398 dengan sanad shahih).
Sebagai maklumat tambahan, kebanyakan pengkaji berpendapat mandi pada pagi Jumaat hukumnya wajib ke atas lelaki. Ini kerana kebanyakan hadis dalam bab ini membawa hukum wajib ke atas lelaki. Namun untuk wanita, hukumnya sunat sahaja. (Syaikh Musthafa al-‘Adawy-jami’ Ahkam al-nisa’, jilid 1 muka surat 45-48)
Jika seorang muslimat sudah mandi sunat pada pagi Jumaat, dia tidak perlu lagi mandi sunat pada setiap tujuh hari, maka memadai dia mandi pada pagi jumaat sahaja.
1. 3. Mandi pada pagi Raya. Disunatkan mandi pada pagi hari raya Aidilfitri dan Aidiladha. Seseorang pernah bertanya kepada Ali bin Abi Thalib berkenaan mandi disunatkan. Beliau menjawab : “Mandi pada hari Jumaat, hari Arafah, hari al-Nahr (aidilfitri dan aidiladha)”. (Musnad al-Syafie no.114 dengan sanad yang shahih)
Sekalipun hadis di atas merupakan jawapan seorang sahabat Rasulullah, ia tetap menjadi dalil agama kerana sahabat tidak akan berkata-kata dalam urusan ibadah melainkan mereka telah menpelajarinya dari Rasulullah.
1. 4. Mandi selepas sedar dari pengsan. Apabila seseorang sedar dari pengsan, koma atau sebagainya, disunatkan baginya untuk mandi. Ini merujuk kepada tindakan Rasulullah s.a.w ketika baginda sakit di hujung hayatnya. Baginda pernah pengsan beberapa kali dan setiap kali sedar, baginda akan mandi. (shahih al-Bukhari no.646)
Pengsan bererti seseorang hilang kesedaran akalnya. Maka atas dasar analogi (al-Qiyas), para ilmuwan Islam juga menyatakan sunat untuk mandi bagi seseorang yang sembuh dari penyakit gila.
1. 5. Mandi Ihram. Disunatkan mandi sebelum seseorang itu mengenakan pakaian ihram, iaitu bagi mereka yang ingin melakukan ibadah haji atau umrah. Zaid bin Tsabit menerangkan bahawa beliau melihat Nabi (memulakan) ihram dengan melepaskan pakaian baginda yang dijahit lalu mandi. (Shahih sunan al-Tirmizi no.830).
1. 6. Mandi sebelum memasuki kota Mekah. Abdullah bin Umar al-Khattab tidak pernah memasuki kota Mekah melainkan dia bermalam di satu tempat bernama Dzi Thuwa. Pada keesokan harinya, dia mandi lalu memasuki kota Mekah. Beliau menyandarkan perbuatannya ini kepada Rasulullah. (Shahih Muslim no.2207).
Mandi setelah memandikan jenazah. Rasulullah bersabda : “Sesiapa yang memandikan maka hendaklah dia mandi dan sesiapa yang membawa maka hendaklah dia berwudhu’, yakni (memandikan dan membawa) mayat”. (Shahih sunan al-Tirmizi no.993)
1. Mandi apabila mengulangi hubungan seks. Apabila suami ingin mengulangi hubungan seks dengan isterinya, disunatkan baginya untuk mandi. Rasulullah s.a.w pernah melakukannya dan apabila ditanya kenapa, baginda menjawab : “Ini lebih baik dan lebih suci”. (Shahih Sunan Abu Daud no.219). Walau bagaimana pun pada ketika yang lain banginda pernah mengulangi hubungan seks tanpa mandi sunat di antaranya. (Shahih Sunan al-Tirmizi no.140).
Bagi yang tidak mandi sunat, dianjurkan untuk berwudhu apabila ingin mengulangi hubungan seks. (Shahih Sunan Abu Daud no.220). Semua ini merujuk kepada mandi sunat apabila mengulangi hubungan seks. Adapun jika telah selesai seluruhnya (tiada pengulangan lagi), maka hendaklah mandi wajib.
Seronok nya tengok kanak-kanak ni mandi sungai... Teringat masa kecik dulu, selalu mandi sungai....
Alhamdulillah, ana boleh lah berenang sikit2..hehehee..
Posted by
Iman
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment