Sunday, March 13, 2011

Kewajipan berdakwah



Setiap muslim mempunyai kewajipan menyebarkan agama Islam dan mengikut kemampuan setiap muslim. Bagi yang mampu, boleh berdakwah melalui ilmu, harta benda dan tenaga. Laksanakan tanggungjawab seperti mana yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w setelah menerima wahyu kedua, baginda mula melaksanakan dakwah iaitu menyebarkan Islam kepada seluruh penduduk Mekah. Ketika baginda mendapat wahyu supaya berdakwah secara terbuka, baginda naik ke puncak gunung Safa dan berseru kepada kaum Quraisy supaya berkumpul di lereng gunung Safa. Setelah itu baginda pun berkata : “Bagaimanakah sekiranya jika aku khabarkan kepada kamu bahawa musuh akan menyerang pada pagi hari dan petang hari, apakah kamu membenarkanku?”. 
“Belum pernah kami mengetahui kamu berdusta”, jawab mereka serentak. “Sesungguhnya aku adalah pemberi peringatan bagi kamu sebelum menghadapi azab yang teruk”.

Abu Lahab sanagat marah mendengar perkataan baginda itu, lalu dia berkata dengan tegas, “Celaka engkau Muhammad, adakah hanya kerana ini engkau mengumpulkan kami di sini?”. Akhirnya orang-orang Quraisy bersurai sambil marah-marah kepada baginda. Tetapi baginda menerima dengan sabar dan tetap menyebarkan dakwah Islam kepada kaumnya yang masih dapat diharapkan untuk memeluk Islam.
Ternyata usaha baginda tidak sia-sia. Sedikit demi sedikit penduduk Quraisy menyedari tentang kebenaran Islam. Bermula daripada isteri baginda Khadijah diikuti pula oleh para sahabat antaranya Abu Bakar, Ali bin Abi Talib, Zaid bin Harith, Uthman bin Affan, Zubair bin Awwam, Abdul Rahman bin Auf dan ramai lagi…
·         
  Kejayaan baginda itu kerana wujud perasaan tanggungjawab bahawa perjuangan menyebarkan Islam merupakan suatu kewajipan yang tidak boleh ditukar gantikan dengan benda lain. Oleh itu, kita perlu sabar, tahan derita, tidak rasa bosan dan yang paling penting adalah tidak berputus asa. Jika sifat-sifat itu disedari dan dimiliki oleh setiap muslim dan berasa bertanggungjawab perjuangkan dakwah Islam, pasti ajaran Islam akan tersebar dan dapat dikembangkan dengan lebih meluas.



No comments:

Post a Comment