Tuesday, March 8, 2011
Adab ketika di bilik air
Apabila kita ingin masuk ke dalam bilik air atau pun tandas pernahkah kita berfikir atau terfikir tempat itu merupakan tempat yang disukai oleh syaitan? Oleh sebab itulah Islam menyuruh umatnya supaya membaca doa sebelum masuk tandas yang bermaksud, “Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung dengan Mu dari gangguan syaitan jantan dan syaitan betina”. Sekurang-kurangnya doa ini mampu menjauhkan diri kita daripada makhluk jahat. Tetapi perlu diingatkan juga tentang adab-adab yang perlu diamalkan ketika berada di bilik air. Bukan sahaja kita perlu membaca doa malah apabila melakukan apa jua perkara perlulah dimulai dan diakhiri dengan doa agar perbuatan yang dilakukan itu diredhai Allah.
Adab-adab masuk tandas :
1. * Masuk dengan mendahulukan kaki kiri. Perkara ini bukan sahaja dilakukan oleh kita malah Rasulullah s.a.w sendiri mengamalkan adab ini tatkala melangkah masuk ke bilik air. Selain itu, kita juga perlu menutup kepala dengan menggunakan tuala kecil atas alas an menutup aurat kerana terdapat makhluk lain bersama kita.
2.
* * Menanggalkan pakaian dengan membaca doa. Sebelum mandi pastikan kita menanggalkan pakaian dengan diselangi doa agar perbuatan yang kita buat itu mendapat pahala dari Nya, selain daripada melindungi diri kita daripada gangguan syaitan yang jahat. Doanya ialah, “Dengan nama Allah yang tiada tuhan melainkan Dia”.
3.
*Jangan mandi bogel atau bertelanjang. Kita disarankan untuk menutup badan kita ketika mandi walaupun bersendirian kerana kita semua tidak akan lepas daripada pandangan dan pengetahuan Allah SWT. Lagipun mandi tanpa memakai Seurat benang ini jatuh hukumnya makruh. Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud : “Jauhilah daripada perbuatan berbogel, sesungguhnya ada bersama-sama kamu orang tidak berpisah denganmu kecuali ketika membuang air (kecik atau besar) dan ketika seorang lelaki itu bersetubuh dengan isterinya”.
4.
*Jangan lama-lama. Sebaik sahaja selesai menyucikan diri dan yakin bersih dari segala kekotoran, maka segeralah keluar dari kamar mandi kerana mengikut sumber kesihatan tidak elok kita mandi terlalu lama. Keadaan ini tidak elok pada paru-paru. Kita jugak dilarang menyanyi dan mandi beramai-ramai sambil berborak kerana ia merupakan perkara yang dilarang dalam Islam.
5.
*Membaca doa kelaur tandas. Seperti mana sebelum masuk ke tandas maka sebelum keluar dari tandas juga ada doanya, “Ya Allah, dengan mengharapkan keampunan Mu, segala puji bagi Allah yang telah menghilangkan segala kekotoran dan menyihatkan aku”.
Posted by
Iman
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment