Sunday, March 20, 2011

HADITH 1

عن ابن عمر قال قال عبدالله قال رسول الله بني الأسلام على خمس شهادة أن لا أله ألا الله وأن محمدا عبده و رسوله و اقام الصلاة و ايتاء الزكاة و حج البيت وصوم رمضان.
Diriwayatkan daripada Hazrat Abdullah bin Umar r.anhuma katanya, Rasulullah s.a.w bersabda, “Islam dibina atas 5 rukun. Bersaksi bahawasanya tiada tuhan selain Allah SWT dan Muhamad adalah hamba Nya dan Rasul Nya, mendirikan solah, mengeluarkan zakat, menunaikan haji dan berpuasa pada bulan Ramadhan”. (HR Bukhari dan Muslim).

Kelima-lima perkara di atas merupakan asas Islam yang unggul dan rukun yang penting. Dalam hadis ini, Nabi Muhammad s.a.w mengibaratkan Islam sebagai sebuah khemah yang ditegakkan oleh 5 batang tiang. Tiang tengah ialah kalimah syahadah, sementara keempat-empat tiang di 4 penjuru khemah itu merupakan 4 lagi rukun Islam yang lain. Tanpa tiang tengah, khemah itu tidak boleh ditegakkan sama sekali. Jika khemah itu ada tiang tengah dan salah satu daripada 4 tiang taditidak ada, maka khemah itu masih dapat ditegakkan tetapi penjuru yang tiada tiang itu akan cacat dan condong. Setelah mengetahui sabdaan Rasululllah s.a.w itu, kini marilah kita sama-sama menyemak diri kita sejauh manakah teguhnya khemah yang telah kita dirikan itu dan rukun Islam yang manakah telah dapat kita jaga dengan sempurna? Sebenarnya kelima-lima rukun Islam itu anat penting sehingga dijadikan sebagai asas Islam. Sebagai seorang Islam, kita sangat perlu mengambil berat terhadap kesemua rukun Islam itu tetapi amalan yang terpenting sesudah iman ialah solah.

Hazrat Abdullah bin Mas’ud r.a berkata bahawa beliau bertanya kepada Rasulullah s.a.w, “Amalan manakah yang paling disukai oleh Allah SWT?”. Baginda menjawab, “Solah”. Beliau bertanya lagi, “Selepas solah apa pula?”. Jawab baginda “Berbuat baik kepada ibu bapa”. Beliau bertanya lagi, “selepas itu apa pula?”. Rasulullah s.a.w bersabda, “Jihad”. Mulla Ali Qari rah. Berkata bahawa hadis ini menjadi dalil bagi pendapat ulama yang menegaskan bahawa solah adalah amalan yang paling afdal selepas iman. Pendapat ulama tersebut dikuatkan lagi dengan sebuah hadis sahih yang berbunyi , “الصلآة خير موضوع yakni sebaik-baik amalan yang diperintahkan oleh Allah SWT kepada hamba Nya adalah solah.

Tentang solah yang merupakan amalan paling afdal antara semua ibadat lain, diterangkan dengan jelas dalam banyak hadis sahih. Antara hadis tersebut ada yang terkandung dalam kitab ‘Jamiu’ Saghir’ (الجامع الصغير) seperti yang diriwayatkan oleh 5 orang sahabat iaitu Hazrat Thauban, Hazrat Ibnu’ Amr r.anhuma, Hazrat Salamah, Hazrat Abu Umamah dan Hazrat ‘Ubadah r.a. Diriwayatkan daripada Hazrat Ibnu Mas’ud r.a dan Hazrat Anas r.a bahawa amalan yang terbaik ialah mengerjakan solah tepat pada waktu solah (الجامع الصغير). Diriwayatkan juga daripada Hazrat Ibnu Umar r.anhuma dan Hazrat Ummi Fardah r.anha bahawa amalan yang aling baik ialah solah di awal waktu.

No comments:

Post a Comment