Wednesday, September 28, 2011

Terima Kasih Sayang

Assalamualaikum...
Terima kasih sayang kerana menyanyangi diri ini walalupun kau mengetahui kelemahan, kekurangan dan keburukkan diri ini. Terima kasih kerana mengambil berat, risau dan mencintai diri ini, walaupun diri ini kasar.. (Mama,DQ, DSA)

Terima kasih juga kerana adik setia menanti dan melayan kerenah akak, walaupun akak tak membelas mesej-mesej dari mu, tapi adik tetap setia menghantar mesej pada akak...akak yakin, adik yang merindui akak selama ini.... Tapi, walaupun akak tak memberi mesej, tak membalas mesej-mesej mu, diri mu tetap dalam ingatan ku...
( Atikah, Husna, Ara, Noor)

TErima kasih jugak pada teman-teman dan sahabat-sahabat yang tak putus asa mengirimkan doa dan kata-kata semangat bila mana ujian dan dugaan datang melnada diri, tika diri ini lemah... Terima kasih juga kerana sudi menjadi tempat luahan perasaan ku....
(Fatimah, Kak Fazila, Roti John, Budak Nakal, Aisyah Sodiqah)

Sunday, September 25, 2011

Adakah itu Kamu????

Assalamualaikum wbt....
Salam 1 ummah buat para pembaca dan penziarah-penziarah ke blog ini... Saya mengucapkan ribuan terima kasih kpd semua dan syukur alhamdulillah ke hadrat Illahi kerana masih memberi pinjam kepada saya nikmat ini untuk saya menulis lagi blog apada malam ni :-)

Makin ramai dan makin selalu di dengari pasal perkahwinan, pertunangan, dan tak kan lepas jugak dari kisah penceraian, putus memutus, saman menyaman.... Hehe.... Ape la nak jadi dengan dunia sekarang ni ia .... pening dan sakit kepala juga memikio dan cuba mencari jalan penyelesaiannya...

Diri ini juga tak lepas dr d soal selidik, d soal siasat tentang masa depan... terumatanya pasal munakahat...
Bila lagi ni?? keje da ade...kete da ade....motor da ade...calon nya?? (tiada)...so cm ne saya nak ber"munakahat" :-)
Andai calonnya ade sekali pun, sudah bersediakah kami nak bertanggung jawab kepada satu sama lain??? kepada keluarga kami??? mampukah kami adil dalam menjaga ati2 keluarga??? sabar dan redha tika ujian melanda??? Ilmu d dada sudah mampu ke untuk kami bersabar???

Kini, memikir dan terus memikir..berdoa dan terus berdoa mendapat petunjuk dr Allah SWT, yang mana terbaik buat diriku, keluarga ku dan agama ku...
~~~~~~~~~~~~~~ Adakah itu kamu??????????~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Friday, September 16, 2011

Takdir yang Dia tuliskan buatku…..

Hari ni kuberbicara….
Bicara yang amat halus…
Monolog  antara aku dan aku…..

Kukatakan pada aku…
    “apa engkau tahu,
      betapa sayangnya Dia padamu?
      betapa sayang dan rinduNya padamu?”
Lalu aku menjawab:
    “Iya, kurasakan  dan kunikmati rasa kasih sayang dan rinduNya padaku”
Aku bertanya:
    “Apa buktinya engkau rasainya, sedang pintamu  yang berkali-kali itu belum 
      Dia iyakan?”
Kukatakan pula:
    “Aku yakin akan kasihnya, aku redha segalnya,
     kerna kutahu rindunya Dia padaku hingga dibiarkan aku merayu-rayu meminta padaNya, 
     mengharap padanya yang Esa, 
     agar makin kukuh kasihku padaNya, 
     agar aku tidak  berputus asa… 
     kerna kujuga tahu… 
     aku perlu yakin akan...
     takdir yang Dia tuliskan buatku….



Luahan ati...lelaki d akhir zaman ini...

Kuberfikir..
Lelaki diakhir zaman ini
Payah untuk kutemui
Yang benar-benar sibuk
dengan urusan baiki diri
Yang ada kini hanya
Sibuk dengan urusan mengumpul dunia
Walau diketahui dunia ini hanya penuh tipu daya

Keberfikir..
Lelaki diakhir zaman ini
Susah untuk kutemui
Yang benar-benar takut pada Ilahi
Sentiasa mendambakan kasih Ilahi
Yang ada hanya mengharapkan kasih insani
Yang melalaikan orang dan diri sendiri

Kuberfikir..
Lelaki diakhir zaman ini
Sukar untuk kutemui
Ahli profesional yang bertaqwa
Yang benar-benar meletakkan Islam dijiwa
Menggunakan profesionnya sebagai matlamat keakhirat sana
Yang ada hanya ahli profesional yang lalai dan leka
Yang hidupnya lebih berat dari barat
Ibadah dan amal terasa amat berat

Kuberfikir..
Lelaki diakhir zaman ini
Payah untuk kutemui
Yang sentiasa bergelumang dengan majlis ilmu yang bermanfaat
Yang sanggup bersusah dan penat
Dalam mengejar dan memahami ilmu yang berkat
Yang ada kini hanyalah berbangga dengan ijazah yang ada
Tapi ilmu fardhu ainnya kosong belaka

Kuberfikir..
Lelaki diakhir zaman ini
Susah untuk kutemui
Yang suka berbincang tentang ilmu akhirat
Syahid yang sentiasa menjadi matlamat
Mensyiarkan Islam dan menjunjung syariat
Yang ada cuma menghidupkan sunnah barat
Dan melupakan kehidupan akhirat

Kuberfikir..
Lelaki diakhir zaman ini
Sukar untuk kutemui
Yang sentiasa bermunajat dan berzikir
Sentiasa bertafakkur dan berfikir
Sunnah Rasulullah cuba dipahat dan diukir

Namun kutetap berfikir..
pasti masih ada lagi
Lelaki diakhir zaman ini
Seperti yang kufikir..



Wednesday, September 14, 2011

Cerita Hari ini

Assalamualaikum wbt...
Pertama sekali nak bersyukur ke hadrat Illahi kerana masih memberi nikmat pancaindera ini kepada saya.. Dengan nikmat ini, saya dapat pergi membeli makanan, dapat menyuap nasi ke mulut...alhamdulillah...

Hari ni, saya agak kelam kabut sikit la... Pada waktu pagi nye dengan berkejar-kejar membeli sarapan dan makan d tempat kerja...Setelah itu, mengerahkan seluruh tenaga dengan chek semua peralatan dan barang d klinik.... Lepas chek tu, menulis pula laporannya...alhamdulillah, dapat juga selesaikan kerja itu sebelum tengah ari...

Semasa dalam perjalanan pulang, saya singgah sebentar d bengkel kereta untuk buat service kerana terdapat kebocoran minyak kat enjin. Setelah d periksa, d periksa oleh mekanik bengkel tersebut..dapatlah d kenal pasti bahawa bukan minya hitam yang bocor tapi minyak power stereng kete saya... Ujian buat saya kali kedua. Mula-mula dulu air filter nya bocor, kini piping power stereng oil lak buat hal.... Asatafirullah al azim...

Pada jam 2 petang, saya pun masuk kerja seperti biasa. Dalam jam 3.15 petang, saya mendapat panggilan telefon yang meminta saya pergi ke unit kecemasan. Dengan hati yang berdebar dan jantung berdegup kencang, saya pun terus la pergi ke unit kecemasa. Rupa-rupanya, anak jiran saya yang menelefonnya dengan meminta saya membuka jahitan d kakinya. Dengan lemah lembut saya berkata, "akak tak boleh buat ni Ain, biar kawan akak yang buatkan ye, akak temankan Ain ye"... Tetapi Ain meminta saya juga melakukannya, puas saya memujuknya, akhirnya dia mengizinkan kawan saya, stafnurse membuatnya.. Semasa aksi pujuk memujuk itu, saya berkata-kata, "Ain kena bagi kakak ni buat, kalau ain tak bagi kakak ni cuci luka Ain, nanti cam ne nak baik, cam ne akak nak bawa ain p jalan-jalan...Ain cuci luka ni dulu, nanti akak bawa Ain p jalan-jalan ye..."

Pada mulanya semuanya berjalan lancar, tiba-tiba...bila terkena pada lukanya, Ain terus meronta, menangis, menjerit sekuat hati.. Tangan kawan saya, si stafnurse tu pun d cekup, d cubit sekuatnya sehingga kawan saya tu berkerut muka menahan kesakitannya.. Nak tergelak pun adelah, da kawan saya tu pun takut-takut juga. Takut bukan takut ape, takut terkena instrument tu pada saya atau pun Ain je. Da la saya tak memakai glove or apron tadi.

Merontanya budak itu, sekuat tenaga orang dewasa...Tak mampu juga ku memegang nya tadi.. Dalam esak tangis nya itu, dia memanggil ibu, abah dengan tangannya mengapai-ngapai... Sayu, pilu, terharu dan sebak hati ku seketika. Nasib baik la time tu pakai mask.. Teringat saya time kecik dulu yang mana saya tinggal berdua dengan adik bersama atok dan arwah nenek saya..ketika itu adik saya meminta saya mengorengkan telur kerana dia kelaparan. Dalam pada umur ku time tu baru 6 tahun, saya menangis kerana teringatkan mak. Mahu taknya, kalau mak ada pasti mak akan buatkan...Pasti mak akan masal untuk saya dan adik, kini mak takde, mak p kusus saya kena buat...

Bila da siap cuci, da d balut luka NUrul Ain tu, tak pasal2 saya kena mendukung nya pula... Tak kisah, tapi ya Allah, Allah yela tahu keadaannya. Dengan saya tak makan tengah ari, badan penat, dia pulak da besar, nak pengsan saya rasanya. Doktor, MA dan stafnurse yang lain d senyum2...yela mendukung budak yang da berumur 6 tahun, kus semangat la.....
Alhamdulillah, bila saya jumpa balik Ain, dia da tak nangis da...da jd budak baik, janji nak bawa jalan-jalan tak dapat di tunaikan kerana kedaan cuaca yang tak mengizinkan, lalu saya memberikan nya ice cream je la...

*Hehehe,,patut la saya tak dapat nak jadi doktor, nak jadi stafnurse, nak jadi MA kerana hati ini terlalu lembut bila dengan tangisan. Ape lagi tengisan anak kecil... Lemah longlai... Kalau jadi doktor or stafburse confirm kena reject, mahu taknya...budak nangis nak cucuk, saya dulu yang pengsan...hahhaaa

Inilah cerita hari ni....sayangilah ibu bapa kita dan jaga kesihatan ia :-)

Tuesday, September 13, 2011

Maafkan aku duhai sahabat...

hrrmmmm...
maafkan aku duhai sahabat....
tanpa aku sedari aku telah melukai hati mu dengan perbuatanku....
aku telah memaksa mu menerima ku, tanpa aku sedari...
Dan kini kau menerima diriku dengan terpaksa tanpa rasa cinta dan sayang dr ati mu.....

Sahabat...
Malam ini sudah ku fahami ape ertinya jodoh itu...
Jodoh itu tak kurang dan tak lebih dari atau sama dengan rezeki....
Yang mana, puas kita mencari....
Puas kita cuba dapatkan....
Tapi kalau bukan rezeki kita tetap kita tak kan dapat milikinya...
Begitu juga dengan jodoh...
Yang mana, puas kita mencari...
Puas kita berusaha untuk memilikinya...
Andai dia bukan milik kita...
Kita tak dapat milikinya biar pun dengan cara kotor yang d gunakan...

Biarkan kita dapat milikinya dengan cara kotor...
Tapi ingatlah....
Kita hanya akan dapat jasadnya sahaja...
Bukan perasaan nya...bukan hatinya...bukan cintanya..bukan sayang....
Jadi ape gunanya????

Tujuan apakah kita untuk mendampinginya andai kita hanya dapat jasadnya sahaja???
Ibarat tunggul kayu...
Yang keras dan statik...
Tidak boleh d lentur, tidak boleh d bawa ke mana-mana.....

Bahagiakah kita dengan hanya memiliki jasadnya tanpa perasaan nya???


p/s : Pesanan penaja, lepas ni pikir dulu betul2 sebelum buat sesuatu..
terlajak perahu boleh d undur , itu pun kalau air tak bape nak deras la....
Terlajak kata dan perilaku...badan binasa, menyesal tak sudah....
p/s : Hamba Allah, Maafkan daku duhai sahabat kerana telah menjadi insan pemusnah mu, bukan insan untuk membangunkan mu.... :-(


Sunday, September 11, 2011

Hanya Tuhan yang Tahu…

Aku hanya manusia biasa yang punya fitrah mahu berkasih dan d kasih…
Bersayang dan d sayangi…..
Bercinta dan di cintai…….
Bergurau senda, bergelak ketawa, dan bermesra….
Bersama mu……
Diri ini tahu bahawa ini…
Salah yang mana punya perasaan kepada mu…
Maafkan aku kerana tidak dapat menafikan diri ini lagi…..
Walau pun kau hanya anggap ku sebagai sahabat, adik…
Tapi aku tetap mendambakan dirimu….

Terima kasih kerana kau sudi melayan kerenah keanak-anakan ku…
Terima kasih kerana kau sudi menjadi teman kepada ku….
Terima kasih kerana kau sudi menjadi penyelamat ku…..
Terima kasih kerana kau sudi menjadi penyeri dan peneman hidup ku,
Walau pun sememtara tapi ia amat berharga bagi ku…

Walau pun kita kini mungkin kawan, mungkin lawan, mungkin adik…
Kau tetap d ati ku dan tidak mungkin ade insan lain yang boleh menggantikan dirimu buat masa ini…
Dirimu tetap ku nantikan….
Biarkan ku senyap tanpa berkata “aku sayangkan mu”,
Tapi, Tuhan mengetahuinya ….
Aku memang tidak pandai berkata-kata untuk ku luahkan…
Terlalu risau hati ini tika kamu sakit…
Tapi apa kan daya ku….
Aku hanya seorang perempuan biasa, yang punya sifat malu untuk mengaku,
Aku sayang padamu…..
Ku doakan kau bahagia dan kita akan tetap jadi adik N abang..
Maafkan diri ini kerana banyak melakukan dosa dan perkara yang kau tidak sukai..
Ku pasrah andai perpisahan yang terjadi…
Kerana itu kesalahan ku…
Kesalahan yang aku cari sendiri padahal sudah mengetahui kesan dan akibatnya….


..................I LUV ALL..............

Tuesday, September 6, 2011

Alhamdulillah.....syukur sangat2

Assalamualaikum sebagai pembuka bicara...
Saya just nak ucapkan bebanyak syukur dan terima kasih kepada Allah SWT kerana menyanyangi ku dengan memberi ujian dan menyedarkan diri ini, tika diri ini leka, lalai dan cuai...
Allah tidak membiarkan saya terus lupa, alpa dengan cinta dunia....
Alhamdulillah, syukur sangat3....
Kini, saya lebih yakin, lebih sayang dan cinta pada Allah.....
Tiada cinta lain yang dapat menghalang saya dari mencintai Allah dan memilih mu sebagai teman ku kerana Allah...bukan hartamu, bukan rupa mu, bukan pangkat mu, tapi agama mu, tapi ati mu,...
Ati yang ikhlas menerima ku seadanya,...
Ati yang penuh dengan cinta Allah, bukan ati yang bersedih kerana cinta dunia ape lagi kerana kekecewaan...

Kau tetap ku anggap sahabat, kau tetap ku kenang sebagai sahabat yang sudi membantu ku....
Kau tetap sahabat ku dunia dan akhirat...
Tapi, aku telah memilih untuk mencari cinta Allah dari mengharapkan cintamu....
Tanpa cinta dari Allah, tak bermakna pun cinta mu buat ku....

p/s : dott....dott....dot...
i hate u because i luv Allah, i luv Islam, i luv my family ;-) <3 <3 <3
3 kata (nyanyian KRU) hihii

Monday, September 5, 2011

Bukan mengharamkan cinta



Persoalan-persoalan yang mencucuk mereka yang meninggalkan couple, mereka akan mengingat bahawa mereka ini mengharamkan cinta mereka. Ya, cinta mereka suci, ikhlas.

Di sini, ketahuilah bahawa, kita tidak mengharamkan cinta. Tidak salah menyukai lelaki atau perempuan. Cuma di sini, kita mahu jalan yang Allah redha. Bukannya kita break up. Kalau suka, betul-betul cinta, teruskan. Cuma teruskan di atas jalan yang Allah redha.

Sebenarnya, kalau betul-betul suka, cakap suka. Pergi confess pada mak ayahnya. Yang perempuan, minta lelakinya bergerak cepat sikit, bagitahu mak ayah. Tunang dulu ke kalau rasa lambat lagi nak kahwin. 
Tunjukkan keseriusan anda.

Selepas tu, nak dating, sila la dating dengan keluarga.
 Bukan tak boleh. Keluarga lelaki, keluarga perempuan, pergi keluar makan sama-sama. Kalau rindu, pergi ziarah rumah. Cakap kat keluarga perempuan, kata nak datang. Yang perempuan, kalau rindu sangat, cucuk-cucuk la mak ayah suruh ziarah.

Tak ada masalah. Cinta bukan diharamkan. Teruskan. Sila teruskan. Cuma sekarang ni, kita nak cinta kita diredhai Allah. Kalau nak Allah redha, takkan kita nak calarkan cinta kita dengan perkara yang Allah murka? Islam ada bagi cara, kita guna cara yang Islam bagi.

Rindu sangat

Ini satu lagi fenomena biasa terjadi. Ya la, dulu hari-hari jumpa, ada event apa-apa mesti bersama. Mesti la ada memori-memori indah.

Rindu ni lumrah orang berjauhan la. Lagi rindu, lagi bertambah sayang. Tahan sikit je kalau serius nak kahwin. Dan macam saya cakap tadi, bukan tak boleh jumpa langsung. Ajak la keluarga ziarah ke, ajak keluarga keluar makan ke, atur la elok-elok. Bukan haram jumpa langsung.

“Rindu sangat ni, rindu sangat sampai nak jumpa dua-dua”

Aha… Best perasaan ni. 
Apa kata, kita tahan rindu kita dua tiga tahun, kemudian duduk la dua-dua sampai mati. Ah.. bukan sampai mati, maaf, sampai ke syurga, selama-lamanya. Ya la, bila kita bangunkan cinta kita atas apa yang Allah redha, pastinya kita akan mendorong diri kita dan pasangan kita ke syurga-Nya.

Susah-susah sangat, kahwin. Buat apa la tunggu lama-lama, main rindu-rindu jauh ni.

Kalau ada kekangan untuk berkahwin, sabar. Cuba selesaikan apa yang mengekang anda dari berkahwin itu. Sementara itu aturlah cara yang syara’ untuk berjumpa.

Tak ada masalah.

Ingat Allah

Ada orang, dia meluat kalau kita pesan kat dia supaya dia ingat Allah SWT.

Tapi saya nak kata apa? Kalau kita tinggalkan couple kerana Allah, nak dapat redha Allah, maka bila kita rasa nak kembali kepada couple, kita kena ingat Allah SWT yang menjadi matlamat kita meninggalkan couple tadi.

Allah ni, tak ada la zalim. Kita ni je yang zalim diri kita. Allah, Dia nak bagi kita sama-sama dengan pasangan kita sampai ke syurga, selama-lamanya bersama. Tapi, kita tak sabar, kita zalim pada diri kita, lantas kita dengan pasangan kita,paling lama pun sampai mati, kemudian di akhirat, terpisah-pisah. Apa best?

Allah halang kita dari dekati zina, bukan suka-suka. Kita dah nampak hari ini, lambakan anak luar nikah. Kita nak ke macam itu?

“Kami couple je bang, mana ada apa-apa”

Ya. Hari ini. Semalam. Esok siapa tahu? Kalau melintas jalan pun kena tengok kiri kanan takut dilanggar, berhati-hati, lagi la dalam hal masa hadapan dan kekeluargaan. Kena perhatikan semua benda. Tak kesian ke dengan baby? Ni bercinta betul ke, main-main?



Kena serius la


Nak istiqomah tinggal couple ni, selain melihat kembali niat kita, kita kena serius la tinggal tu. Nak serius tinggal, kita kena ada beberapa perkara lagi kita kena serius:

1. Serius nak dapat redha Allah.

2. Serius nak bercinta dengan betul.

3. Serius nak bina masa hadapan dengan baik.

4. Serius jaga maruah dan harga diri.

5. Serius segala perkara.

Saya rasa, kalau kita mendalami 1-5 ni, kita akan istiqomah untuk tidak bercouple, dan meninggalkan couple. Kalau serius la. Kalau tak serius, memang la kita nak buat.

Ya la, kalau serius nak dapat redha Allah, kenapa buat benda yang Allah tak suka?

Kalau serius nak cinta betul-betul, kenapa memurahkan cinta kita?

Kalau serius nak membina masa hadapan dengan baik, kenapa tak boleh berdisiplin dan bertahan sedikit?

Kalau serius nak menjaga maruah dan harga diri, kenapa kita pula macam promosi diri kita agar maruah dan harga diri kita tercalar?

Kalau lah kita ini serius dalam semua perkara, kita betul-betul nak hidup dengan baik, kenapa kita dedahkan diri kita dari kehancuran?


Jangan tunggu kita dah tersilap, baru kita nak cakap: “Aiseh, dulu ada dah orang tegur aku, kenapa aku tak dengar?”

Yang dah tinggal couple tu, tak payah kembali la. Fikir-fikir balik, anda sudah berjaya, kenapa anda hendak menggagalkan diri anda semula?

Kalau betul kita serius, kita akan usaha. Tak ada bagi alasan-alasan. Sebab itu, yang saya cakap dalam Bukan Mengharamkan Cinta, Rindu Sangat, dan Ingat Allah itu, hanya yang betul-betul serius sahaja yang boleh buat. 
Yang main-main, bye-bye la.

Penutup: Teruskan kejayaan anda

Bagi yang tak bercouple, atau dah tinggal couple, teruskan kejayaan anda. Bagi yang masih bercouple, tak mengapa, perlahan-lahan usaha tinggal. Jangan risau. Saya tidak menyisihkan anda. Cuma saya mengingatkan sahaja. Kita ni manusia, mana tahu apa nak jadi pada kita. Sebab itu orang pandai kata: Mencegah lebih baik dari mengubati. Cegah, penyakit tu tak kena pada kita. Mengubati, penyakit tu dah kena pada kita. Ada bezanya ya.

Fikir-fikir la. Couple ni asasnya apa? Cinta? Ya ke cinta? Ke lebih kepada seronok-seronok nak happy-happykan diri sendiri sahaja?


Bukan la tak couple maksudnya tak cinta. Cinta anda, tidak gagal dengan tidak bercouple.

Jangan susah hati. Kata nak redha Allah. Tahu tak bahawa, cinta tu, Allah yang cipta?

Aha…

Teruskan kejayaan anda. Kejar redha Allah dalam semua lapangan. Belajar, kerja, hatta cinta.

Kita nak, cinta kita ini pun Allah kira.





Saat hati rindu bernikah

Assalamualaikum wbt....
Alhamdulillah, malam ni dapt juga Iman menulis d blog ni. Setelah ujian dengan penyakit diturunkan kepada Iman selama berada d kampung sehingga detik malam tadi.... Seronok raya tahun ni kerana dapat ziarah kengkawan lama, kengkawan sekolah rendah dan kengkawan sekolah menengah, Yang mana dulu, pergi masjid sama2, mengorat imam terawih pun sama, d date same2, tak pergi surau pun sama2 alasan nya berbuka puasa, pastu tengok tv kat dewan makan asrama....

 Sekarang ni, dalam group kami bertiga tu sorang da selamat d ijabkabulkan 2 tahun lepas cuma belum ade rezeki mendapat zuriat lagi, yang sorang lagi tu da sambung master course ekonomi d UKM Bangi, dan saya dah bekerja alhamdulillah...semua da berjaya dengan cara dan bidang masing2...

Dalam pada itu, kami ziarah kawan kami sorang ni, Alhamdulillah dia da selamat melahirkan anak perempuan yang sangat comel. Nama nya nak tulis panjang dan berbelit lidah kami nak menyebutnya. Kena tang Iman, dia bertanya, "hah, kamu bila pulak nak nikahnya?? Kerja sudah, kete sudah, bergaji sudah? tunggu ape lagi...."...saya menjawab, "tengah cari calon lagi".. Dia berkata, "aik, tak kan dok mencari lagi kot"... hnya senyuman yg dapat ku berikan sebagai jawapannya...So lepas ni, bila ade sesiapa bertanya lagi pada ku, akan ku berkata sebegini, "tengah memilih calon" :-)...pasti jawapannya balik, "jangan pilih sangat dan tak baik menolak jodoh yang baik, yang datang meminang". confirm punya...

Kini ati ku berserah ada Allah SWT. Punya calon tak sesuai kerana kuat cemburunya... Punya calon tak sesuai yang mana umurnya muda dan tak matang, yang mana masih lagi berhubung dengan wanita yang pernah berada d atinya sesuatu ketika dulu dan memarahi ku jika d beri nasihat supaya melupakan wanita itu, kerana wanita itu sudah punya suami... punya calon, ayah pun da suruh dia masuk minang, tapi dia lak kata tak ready lagi kerana kenagan silam, dosa silam yang dia lakukan dahulu...

Kini, tiada lagi pengharapan ku pada sesiapa. Tapi, jujur ku katakan ku selesa bersahabat dengan mu. Andai jodoh tu milik kau dan aku, aku menerimanya dengan ati terbuka dan menerima diri mu seadanya. Andai jodoh itu bukan milik tu, aku redha dan mendoakan agar kau bahagia bersama nya...

p/s : Dari seorang hamba Allah... :-)


Rindu akan kamu semua...semoga kita boleh bersua lagi dan berprogram bersama lagi...
insyaAllah, suatu hari nnti :-)

Sunday, September 4, 2011

Selamat Hari Raya...........

Assalamualaikum wbt dan alhamdulillah ku panjatkan syukur ke hadrat Illahi kerana masih memberi peluang dan masih beri nafas, oksigen ini lagi pada ku, walau pun dari awal cuti raya sehingga habis cuti raya ni, saya masih selsema dan demam...Alhamdulillah syukur...

Tak lupa juga, saya nak mengucapkan ribuan terima kasih kepada cik DSA kerana cuti meneman saya membeli belah untuk menyambut kedatangan syawal...letih cik DSA teman saya mencari baju, kasut dan kuih muih nya hehe..Dan ucapan tahniah buat sahabat ku akh Farid dan akh Kamal Fitri yang mana mereka akan melangsungkan pernikahan pada bulan November nanti, insyaAllah pada hari raya korban yg kedua, iaitu jatoh pada 7 nov dan besday saya juga :-) (hehheee)....

Alhamdulillah, tahun lepas, tahun ini masih ade sahabat2 yang sudi menemani saya shopping raya, takde la macam tahun yang dulu yang mana g shoping sorang2 je,...huhuuu.... Dan terima kasih juga buat sahabat2 yang masih menerima diri ini sebagai sahabat walau pun mengetahui kisah silam, sejarah hitam, pahit manis, keburukan dan kekurangan yg ada pada diri ini... Kasih mu dan ukhuwah yang kamu semua alirkan ini akan ku jaga dengan sebaik mungkin....

Akhir kata dari saya, saya sayangkan kamu semua dan namamu akan sentiasa d ati ku dan doaku...insyaAllah... (DQ, DSA, Budak nakal, Roti john)......