Monday, September 5, 2011

Saat hati rindu bernikah

Assalamualaikum wbt....
Alhamdulillah, malam ni dapt juga Iman menulis d blog ni. Setelah ujian dengan penyakit diturunkan kepada Iman selama berada d kampung sehingga detik malam tadi.... Seronok raya tahun ni kerana dapat ziarah kengkawan lama, kengkawan sekolah rendah dan kengkawan sekolah menengah, Yang mana dulu, pergi masjid sama2, mengorat imam terawih pun sama, d date same2, tak pergi surau pun sama2 alasan nya berbuka puasa, pastu tengok tv kat dewan makan asrama....

 Sekarang ni, dalam group kami bertiga tu sorang da selamat d ijabkabulkan 2 tahun lepas cuma belum ade rezeki mendapat zuriat lagi, yang sorang lagi tu da sambung master course ekonomi d UKM Bangi, dan saya dah bekerja alhamdulillah...semua da berjaya dengan cara dan bidang masing2...

Dalam pada itu, kami ziarah kawan kami sorang ni, Alhamdulillah dia da selamat melahirkan anak perempuan yang sangat comel. Nama nya nak tulis panjang dan berbelit lidah kami nak menyebutnya. Kena tang Iman, dia bertanya, "hah, kamu bila pulak nak nikahnya?? Kerja sudah, kete sudah, bergaji sudah? tunggu ape lagi...."...saya menjawab, "tengah cari calon lagi".. Dia berkata, "aik, tak kan dok mencari lagi kot"... hnya senyuman yg dapat ku berikan sebagai jawapannya...So lepas ni, bila ade sesiapa bertanya lagi pada ku, akan ku berkata sebegini, "tengah memilih calon" :-)...pasti jawapannya balik, "jangan pilih sangat dan tak baik menolak jodoh yang baik, yang datang meminang". confirm punya...

Kini ati ku berserah ada Allah SWT. Punya calon tak sesuai kerana kuat cemburunya... Punya calon tak sesuai yang mana umurnya muda dan tak matang, yang mana masih lagi berhubung dengan wanita yang pernah berada d atinya sesuatu ketika dulu dan memarahi ku jika d beri nasihat supaya melupakan wanita itu, kerana wanita itu sudah punya suami... punya calon, ayah pun da suruh dia masuk minang, tapi dia lak kata tak ready lagi kerana kenagan silam, dosa silam yang dia lakukan dahulu...

Kini, tiada lagi pengharapan ku pada sesiapa. Tapi, jujur ku katakan ku selesa bersahabat dengan mu. Andai jodoh tu milik kau dan aku, aku menerimanya dengan ati terbuka dan menerima diri mu seadanya. Andai jodoh itu bukan milik tu, aku redha dan mendoakan agar kau bahagia bersama nya...

p/s : Dari seorang hamba Allah... :-)


Rindu akan kamu semua...semoga kita boleh bersua lagi dan berprogram bersama lagi...
insyaAllah, suatu hari nnti :-)

No comments:

Post a Comment