Saturday, January 15, 2011
Haram ke tidak erk?? Betul ke salah erk??
Haram-haramkah aku
Bila hatiku jatuh cinta
Tuhan pegangi hatiku
Biar aku tak jadi melanggar
Aku cinta pada dirinya
Cinta pada pandang pertama
Sifat manusia ada padaku
Aku bukan Tuhan
*
Haram-haramkah aku
Bila aku terus menantinya
Biar waktu berakhir
Bumi dan langit berantakan
**
Aku tetap ingin dirinya
Tak mungkin aku berdusta
Hanya Tuhan yang bisa jadikan
Yang tak mungkin menjadi mungkin
Reff:
Aku hanya ingin cinta yang halal
Di mata dunia juga akhirat
Biar aku sepi aku hampa aku basi
Tuhan sayang aku
Aku hanya ingin cinta yang halal
Dengan dia tentu atas ijinNya
Ketika cinta bertasbih
Tuhan beri aku cinta
Ku menanti cinta...
Petikan lirik lagu yang dijanjikan oleh saudari Melly Geoslow yang bertajuk "haramkah", di dalam filem "ketika cinta bertasbih".
Haram ke bercinta ni? Salah ke bercinta ni? Siapa kata haram dan siapa kata salah? Ade ke dalam hadis Rasulullah dan dalam Al -Quran yang mengatakan cinta ini haram? Wahai sahabat dan sahabiah ku, tiada...kalau tiada ikatan dan perasaan cinta, bagaimana terjadinya ikatan kita dengan Allah SWT, bagaimana boleh terbentuknya bumi dan langit, bagaimana dengan haiwan dan tumbuh-tumbuhan..masing-masing melepaskan, meluahkan rasa cinta dengan cara masing-masing, dengan cara tersendiri..
Islam ini syumul, Islam ini tak pernah menyusahkan sesiapa pun, termasuklah non-muslim.Islam tidak melarang kita bercinta, tapi mestilah kena pada tempat dan waktunya. Janganlah umur baru setahun jagung sudah mula bermain dengan bait-bait cinta. Belajarlah dulu adik-adik ku sayang...
Cuma Islam, melarang kita mehampiri zina bukan menghampiri cinta. Kerana cinta itu fitrah manusia, yang tak bisa lari dari naluri manusia yang mana ingin mencintai dan di cintai... Sekali pun dia khunsa, tetap ade perasaan cinta itu.
Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan).
(Al-Israa' : 32)
Terbukti sudahkan, bukan dilarang bercinta cuma Allah SWT mengingatkan kita jangan hampir dengan zina, kerana zina ini akan merosakkan manusia dan alam ini.. Biarlah cinta yang kita cari itu mendapat restu ibubapa dan yang paling penting, mendapat keredhaan Allah dimana ia bahagia di dunia dan kekal d akhirat...
Terjawab sudah ye..semoga antum dan antunna dan ana sendiri mendapat cinta yang halal di mata dunia dan akhirat, mendapat restu keluarga dan keredhaan Allah SWT.. Di kurniakan zuriat yang soleh dan solehah..amiin...
Posted by
Iman
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
saya suka entry ini..
ReplyDeletesuka N ikuti lah benda yg baik, tinggalkan benda yg kurang faedahnya...
ReplyDelete"amar makruf nahi mungkar"...