Friday, January 14, 2011
Sedih tapi gembira…
Sedih tapi gembira. Pelik tapi benar, hehe… itulah yang terjadi… Tulisan ini bukan nak mengaibkan orang, bukan nak banggakan diri atau bukan nak bermegah diri, tapi elok lah kita kongsi bersama perkara yang baik dan jadikan ia teladan dan pengajaran buat kita semua.
Kisah ini bermula dari perkenalan , sebuah ukhuwah yang bermula dengan cinta suci, perkenalan yang murni tapi ia beralhir dengan kekecewaan dan nafsu. Kita sebagai manusia biasa yang tak kan lari dari fitrah manusia iaitu cinta, perasaan kasih dan sayang dan rindu. Seperti sebuah rangkap dari lagu nasyid kumpulan In-Tean yg bertajuk kalimah cinta, “Pepohon cintaku kian merimbun, Semakin dicantas makin bertunas, Tidak mampu mendustai hatiku, Rasa cinta fitrah manusia”. Begitulah kita semua, tak kira agama apa, bangsa ape semua nya manusia dan hamba Allah yang mengalirnya fitrah manusia dalam badan kita.
Semuanya berlaku tanpa kita minta, tanpa kita duga, tanpa kita merasainya. Begitu juga diri ini. Diri yang kerdil, yang hina, yang banyak melakukan kesalahan, kesilapan dan keterlanjuran. Di dalam perhubungan dan persahabatan itu, timbul suatu rasa sayang, cemburu, cinta, hormat juga ingin mendampingi dirinya. Kita tak kan lari dari semua perasaan itu, Cuma iman sahaja yang dapat menenangkan jiwa kita, menjadi sempadan dan pertahanan yang kuat agar syaitan tidak dapat masuk ke dalam hati kita, merasuk hati kita, mengotori hati ini dengan titik-titik noda hitam. Sebagai seorang wanita, pasti akan suka dan jatuh cinta pada seorang insane yang bernama lelaki yang mempunyai perwatakan yang menarik, lembut, baik, bertanggungjawab, mempunyai ilmu agama yang tinggi dan luas, di mana mereka mampu mendidik kita, membimbing kita dan tidak mensia-siakan hidup kita dan anak-anak. Begitu juga dengan lelaki, kaum Adam, sejahat-jahat kaum Adam, mereka menginginkan seorang isteri yang bertudung, yang lemah lembut, yang pandai menjaga maruah mereka, yang hormat mereka dan ibu bapa mereka. Kata mereka, “Nanti aku nak cari bini baik, supaya dia dapat lahirkan anak aku, jaga aku, jaga mak ayah aku”. Dan lagi, “Aku nanti nak cari bini bertudung, jaga aurat nya, dia milik aku sorang je, orang lain tak boleh tengok, awek yang tak bertudung, suka kawan gan laki lain ni, tok suka-suka je, tok hilangkan bosan”. Itulah dua situasi atau keadaan yang kita smeua lihat sekarang ni. Ia banyak terjadi di kalangan-kalangan kawan lelaki ku di kolej juga, itulah kata-kata yang keluar dari mulut mereka.
Tapi Alhamdulillah, walaupun kita sedih bila kehilangan orang yang kita sayangi, kasihi dan cintai tapi, kita harus gembira kerana kita menegakan kebenaran. Kalaulah kita sudah menyedari, bahawa pasangan kita itu sudah tersalah langkah atau dah terlajak atau terbabas dari landasan yang betul, jadi kita wajib menegurnya dan meninggalkannya, kerana andai kata kita membiarkan saja dan mengikut sahaja tingkah lakunya, maka kita pun akan mendapat saham di akhirat sana nanti dan kita akan di kira bersubahat.
Posted by
Iman
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment