Saturday, January 15, 2011

Mengapa kita hidup??


Mengapa kita hidup di dunia ini yang penuh dengan dugaan, ujian, rintangan, kepenatan, kesusahan, pergaduhan dan lain-lain lagi...Dan ape pula hikmahnya erk???? Itulah persoalan yang kadang-kadang nya ia bermain dalam fikiran kita, dalam kepala kita... Masalah problem nya (pening kan) bila kita di uji sedikit dengan kesusahan, ujian sikit baru la kita terfikir, tapi bila kita dalam kelapangan, dalam kesenangan adakah kita pernah terfikir semua itu? Adakah pernah kita fikir tentang semua ini?? Takde kan, jadi meh ana nak bagi kita sama-sama fikir dan ingatkan antara satu sama lain ye..okeh.....

Ada sekumpulan manusia yang bermusafir, sebahagian mareka menikmati ppatut di perjalanan itu dengan penuh semangat dan sebahagian yang lainnya tidak. Kenapa ye jadi macam tue??? Okeh, untuk mengatur perjalanan yang baik, terdapat beberapa peraturan yang perlu atau paatut di patuhi.

Sebahagian orang, menerima peraturan yang dibuat dengan baik dan sebahagian yang lain merasakan bahawa peraturan itu hanya menyekat langkahnya, padahal dengan peraturan-peraturan inilah segalanya dapat dijalankan dengan teratur selain menyelesaikan segala masalah yang timbul dengan teratur, sebaliknya tanpa peraturan segala-galanya akan jadi huru-hara kerana tiada jalan penyelesaian atau tiada ketua / pemimpin yang sesuai untuk mencegah keadaan itu.

Terdapat beberapa beberapa orang yang menyeksa diri memikirkan agenda-agenda perjalanan lalu yang mereka terlepas untuk menikmatinya dan memanfaatkan kesempatan yang ada dengan baik. Di samping itu, mereka juga dapat berfikir dengan tenang dan merancang bagaimana untuk meneruskan kehidupan setelah kembali dari perjalanan itu. Mereka juga menjadikan perjalanan ini sebagai satu jambatan untuk mencapai kehidupan yang lebih baik setelah perjalanan itu.

Di dalam perjalanan yang lain, kadang kala ada sebahagian orang yang lupa bahawa mereka akan kembali ke tempat asal mereka. Bahkan, mereka ingat bahawa perjalanan ini adalah untuk selama-lamanya, sehingga mereka tidak melakukan perancangan yang rapi untuk perjalanan itu. Mereka terbuai dengan pemandangan yang indah, yang dilihat di sepanjang perjalanan mereka. Akhirnya apabila tiba di penghujung jalan, mereka tersentak kerana tidak membuat sebarang persiapan yang baik lalu mereka menyesal, tetapi penyesalan itu tidak berguna lagi.

Ada juga sebahagian lain yang takut akan berakhirnya perjalanan itu. Bahkan mereka sentiasa bimbang atas ape yang terjadi usai perjalanan itu. Sehingga hari-hari nya diselimuti kebimbangan, mereka tidak boleh menikmati keindahan perjalanan itu. Mereka juga tidak merancang perjalanan perjalanan dengan baik untuk mendapat hasil yang baik usai perjalanan itu.Mereka lupa bahawa yang memberi perjalanan ini adalah Allah SWT Yang Maha Pengasih dan Maha Bijaksana. Allah telah memberikan perjalanan kepadanya untuk dinikmati dan bergembira sesudahnya. Selagi dia bijak dan mengikut peraturan-peraturan yang telah ditentukan, pasti mereka akan gembira menerima hasil selain pengalaman yang mengasyikkan dan menginsafkan.


Firman Allah SWT :

Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu.
Maka kecelakaan dan kebinasaanlah bagi orang-orang yang kafir pada hari yang telah dijanjikan kepada mereka.

"Dari ayat di atas, maka terbukti dan ketahuilah oleh kita semua ape tujuan dan hikmahnya, kita hidup di dunia ini"..... Selamat beramal, yang baik itu dari Allah dan yang kurang baik itu kelemahan diri ana sendiri. Maaf kalau ada terkasar kata dan tersilap langkah..sama-samalah kita betulkan...

No comments:

Post a Comment