perkataan MOM itu adalah wakil buat Ummi dan Ibu ia, jangan konpius lak ia :-)
Sunday, May 8, 2011
Buah hati, jantung pengarang ku...
Seorang MOM
Seakan mendengar tangisanku yang tersembunyi
Tetap menghantar pesan nasihat
Walau “jangan risau MOM” kuulang berkali-kali
Terasa seakan pintu langit terbuka
Dia wakil daripada Ilahi
Menyentuh sayang hatiku
Aku tersenyum
Saat semua orang menyatakan aku kuat
Dikau wahai MOM mengetahui anakandamu ini
Bermesej-mesej MOM hantar sebagai penenang hati
Seakan tangisku yang tersembunyi kau dengari dengan jelas sekali
MPM,
Kalau aku mampu beli seluruh dunia untuk bersamamu
Maka aku uruskan itu sesegera waktu
Tapi aku tertakhluk kelemahan kudratku,
Hanya usaha sahaja yang ada padaku,
Jangan risau MOM,
Jangan risau
Aku amat percaya dan sangat percaya
Setiap takdir yang sentiasa bersamaku
Sentiasa terpetik dan tidak akan menzalimiku
Bukan sepanjang masa lagunya sedih
Bukan sepanjang masa juga lagunya bahagia
Namun tuan sitar telah berjanji kepadaku ibu
Setiap kesusahan itu diiringi dengan kesenangan,
Kuulang jangan risau MOM,
Lepaskanlah tembakan-tembakan doamu kepadaku
Jangan kau hentikan layangan kasihmu padaku
Aku telah berjanji padamu untuk terus hidup
Maka aku akan terus hidup dengan janjiku itu
MOM,
Sesungguhnya kita tidak tahu apa takdir yang tertulis
Mungkin Ilahi hanya menggegarkan kita sebentar
Menguji keimanan
Dan ini belum tentu lagi kesudahan
Tersenyumlah MOM,
Bahagiamu bahagiaku
Laramu laraku,
dengan senyumanmu,
Akan kuhentak awan dengan telapak kakiku.
Owh MOM………
p/s : Selamat Hari iBu kepada semua ibu-ibu.... Tak kira ibu ke, mama ke, ummi ke, mak ke, mami ke etc .... Saya ucapkan selamat menyambut hari ibu sedunia, ku tetap sayang akan di kamu....
perkataan MOM itu adalah wakil buat Ummi dan Ibu ia, jangan konpius lak ia :-)
perkataan MOM itu adalah wakil buat Ummi dan Ibu ia, jangan konpius lak ia :-)
Kisah sebenar, nak kongsi sedikit, minggu lepas Iman tak pulang ke kg, Iman begitu rindukan ummi Iman, Iman seru-seru nama ummi, alhamdulillah Allah menolong Iman, keesokkan nye ummi datang ziarah Iman... bahagianya Iman rasa... Itulah kasih seorang ibu, nalurinya begitu kuat utk anaknya, sanggup berhabis wang ringgit, berhempas pulas utk membahagiakan dan memenuhi kehendak anakana tercinta...
Terima kasih ummi kerana menyanyangi ku sehingga kini, walaupun kini anakmu sudah bekerja..
Alhamdulillah, aku bersyukur pada Mu ya Allah kerana Kau berikan aku seorang ummi yg baik hati dan penyanyang dan penyabar...dan aku juga bersyukur kerana Kau kurniakan pertemukan ibu dengan ku. Kau peliharalah ukhuwah aku dengan ummi dan ibu ku, jauhkanlah kami dari kejahatan manusia dan jin. Amiin ya Rabb....
Posted by
Iman
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment