Monday, May 9, 2011

Duhai Penguin

Assalamualaikum wbt....
hehe malam ni Iman nak bercerita mengenai penguin sikit. Idea ini datang tika anak jiran Iman bertanya kan pasal penguin. Fikir-fikir penguin yang tiada bulu setebal beruang kutub itu mampu hidup d kutub. Allahu akbar, subanaAllah indah dan cantik betul ciptaan Mu ya Allah...
Moh kita tengok ape ia penguin ni sebenor nya????


Penguin (order Sphenisciformes, famili Spheniscidae) merupakan sejenis burung akuatik yang tidak dapat terbang dan hidup di tempat yang sejuk seperti Kutub Selatan..
Burung merupakan haiwan bersayap, berkaki dua, berdarah panas dan bertelur dalam kumpulan haiwan vertebrata yang besar dan pelbagai terdapat di serata dunia, dari kawasan gurunsehinggalah di kutub utara, juga di kawasan hutan hujan Amazon, dan Greenland. Terdapat lebih daripada 8,600 spesies burung yang telahpun dikenalpasti yang dibahagikan kepada 27order. Selain itu, terdapat banyak subspesies yang jika dikira berserta dengan spesies yang diketahui mengandungi lebih 3200 jenis.
Burung merupakan homoioterma, berdarah panas, dengan suhu tetap 40-44 °C. Tulang burung adalah ringan dan berongga di kebanyakan tempat untuk mengurangkan ketumpatan dan beratnya. Semua burung mempunyai paruh, yang berbeza hanyalah bentuk dan saiz paruh mereka. Kebanyakan burung mempunyai bulu pelepah kecuali sedikit yang tidak mempunyai bulu pelepah. Burung dipercayai berevolusi daripada reptilia, seperti dinosaur, yang hidup kira-kira 180 juta tahun yang lampau. Burung berubah dan kehilangan gigi dan ciri reptilia yang lain, samasa mengalami proses evolusi yang mengambil masa berjuta-juta tahun. Pada masa yang sama, bulu pelepah tumbuh pada ekornya dan sayapnya. Ciri-ciri utama haiwanburung adalah seperti berikut :-
  • Badan dilitupi oleh bulu pelepah.
  • Mempunyai paruh yang tidak bergigi dan dua kepak.
  • Mempunyai sisik pada kakinya.
  • Bertelur dan telurnya dilindungi oleh cangkerang keras.
  • Bernafas melalui peparu.
  • Berdarah panas.
Walaupun kebanyakan burung mampu terbang terdapat beberapa spesies yang tidak mampu terbang seperti burung unta, rea, emu, kiwi dan penguin yang tidak boleh terbang. Kesemua burung mempunyai sayap walaupun pada burung yang tidak dapat terbang, sungguhpun ia mungkin kecil dan tidak berguna. Burung adalah oviparous iaitu bertelur. Pada kebiasaannya burung betina akan mengeram telur, kadang kala kedua pasangan akan bergilir, dan dalam sesetengah spesies burung hanya burung jantan akan mengeramkan telur tersebut. Terdapat juga spesies burung yang bertelur dalam sarang burung lain untuk dieramkan oleh keluarga burung angkat. 
Sphenisciformes, Penguin ( Kelas-kelas burung)
Bilangan spesies burung penguin masih didebatkan. Bergantung pada pihak berkuasa mana diikuti, kepelbagaian burung penguin berbeza-beza antara 17 dan 20 spesies, semuanya dalam subfamili spheniscinae. Sesetengah sumber menganggap spesieswhite-flippered penguin (penguin berkaki sirip putih) sebagai spesies Eudyptula berasingan, sementara yang lain memperlakukan ia sebagai subspesies Little Penguin;;
keadaan yang sebenar kelihatan lebih sukar. Begitu juga, ia masih lagi kurang jelas sama ada burung penguin diraja hanya morf warna burung penguin makaroni. Yang juga layak untuk menjadi spesies berasingan ialah populasi utara rockhopper penguin.











COMEY-COMEY SI PENGUIN NI KAN.... SUKA...SUKA....SUKA  :-)

5 comments:

  1. Jalan2 sini tengok peguin...
    Hebat ciptaan Allah...

    ReplyDelete
  2. Allahuakbar..
    hebat ciptaan Allah,
    duhai penguin..comel sungguh..^^

    ReplyDelete
  3. Hehe...
    betul 3x (remix ipin)....
    Suka 3x jugak.... errr....

    ReplyDelete
  4. bgus la blog nie..

    ReplyDelete
  5. Ape yang bagusnya ia anonymous???

    ReplyDelete