Wednesday, May 4, 2011

Jadilah di kau insan yang beriman, Lillahi ta'ala...




Jadilah seorang lelaki yang beriman, 
Yang hatinya disalut rasa taqwa kepada Allah, 
Yang jiwanya penuh penghayatan terhadap Islam, 

Yang sentiasa haus dengan ilmu, 
Yang sentiasa dahaga akan pahala, 
Yang solatnya adalah maruah dirinya, 
Yang tidak pernah takut untuk berkata benar, 
Yang tidak pernah gentar untuk melawan nafsu, 
Yang sentiasa bersama kumpulan orang-orang yang berjuang di jalan Allah. 

Jadilah seorang lelaki, 
Yang menjaga tutur katanya, 
Yang tidak bermegah dengan ilmu yang dimilikinya, 
Yang tidak bermegah dengan harta dunia yang dicarinya, 
Yang sentiasa berbuat kebajikan kerana sifatnya yang penyayang, 
Yang mempunyai ramai kawan dan tidak mempunyai musuh yang bersifat jembalang. 

Jadilah seorang lelaki,
 Yang menghormati ibu bapanya, 
Yang sentiasa berbakti kepada orang tua dan keluarga, 
Yang bakal menjaga kerukunan rumahtangga, 
Yang akan mendidik isteri dan anak-anak mendalami Islam, 
Yang mengamalkan hidup penuh kesederhanaan, 
Kerana dunia baginya adalah rumah sementara menuju akhirat.

Jadilah seorang lelaki, 
Yang sentiasa bersedia untuk menjadi imam, 
Yang hidup di bawah naungan al-Quran dan mencontohi sifat-sifat Rasulullah, 
Yang boleh diajak berbincang dan berbicara, 
Yang menjaga matanya dari berbelanja, 
Yang sujudnya penuh kesyukuran dengan rahmat Allah ke atasnya. 

Jadilah seorang lelaki, 
Yang tidak pernah membazirkan masa, 
Matanya kepenatan kerana membaca al- Quran, 
Suaranya lesu kerana penat berzikir, 
Tidurnya lena dengan cahaya keimanan, 
Bangunnya Subuh penuh kecergasan, 
Kerana sehari lagi usianya bertambah kematangan. 

Jadilah seorang lelaki, 
Yang sentiasa mengingati mati, 
Yang baginya hidup di dunia adalah ladang akhirat, 
Yang mana buah kehidupan itu perlu dibaja dan dijaga, 
Agar berputik tunas yang bakal menjaga baka yang baik, 
Meneruskan perjuangan Islam sebelum hari kemudian. 

Jadilah seorang lelaki, 
Yang tidak terpesona dengan buaian dunia, 
Kerana dia mengimpikan syurga Allah. 

SEKADAR GAMBAR HIASAN


p/S : Ya Allah, Kau jagalah agama dan iman yang ada dalam dirinya, kerana aku jatuh cinta dengan agamanya bukan paras rupanya, bukan hartanya, bukan pangkatnya dan juga bukan kerana pujiannya. Kau ikhlaskanlah hatinya dalam berbuat amal kebajikan...amiin ya Rabb..

2 comments:

  1. Salam...

    Salam ukhty...
    Perkongsian yg sgt bermanfaat untuk golongan lelaki yg sedang mencari makna diri...

    Syukran...

    ReplyDelete
  2. Wa'alaikumusalam wbt....
    InsyaAllah, dengan semangat dan tidak ada istilah putus asa dalam diri, setiap ikhwah akan dapat mencari erti dan makna hidup ini...
    Afwan ya akhi HAdi...

    ReplyDelete