Tuesday, May 31, 2011

Hentikan gangguan seksual terhadap lelaki

Assalamualaikum wbt buat para pembaca sekalian...
Di harapkan para pembaca sihat walafiat, di samping dapat beramal dengan khusyuk hendaknya..
Persoalan berkaitan tajuk, ada ke gangguan seksual terhadap lelaki ni??? Biasa kita dengar terhadap kaum wanita je kan... Gangguan seksual lelaki kepada wanita, tapi dunia dah hampir ke akhir nye ini terbalik pula...
Bukan lelaki yang buat gangguan seksual tetapi wanita...
Kenapa Iman berkata bergini???? Haaa, nak tahu sila baca perenggan seterusnya ia :-)

Lelaki sekarang dah baik tahu, Baiklah kerana mereka dah takut nak buat gangguan seksual terhadap wanita, tapi wanita pula yang menarik perhatian lelaki, seterusnya membuat gangguan seksual atau lebih di kenali sebagai penaik syahwat lelaki. Mahu tidaknya, lelaki dah insaf tak nak buat gangguan seksual dah, tapi dengan ciri-ciri wanita seperti dalam perengan seterus-terusnya, membuatkan seksual lelaki terganggu, kerana syahwat mereka naik, kerana wanita menaikkan syahwat mereka dan seterusnya terjadilah perkara lain-lain....

Ciri- yang pertama adalah  Bulu kening. Yang mana mereka ni, kaum wanita ni sengaja mengukir atau mencukur bulu kening mereka supaya kelihatan cantik, bila cantik dan pelik dari lain pasti itu akan menarik perhatian lelaki. Betul tak kaum lelaki???

  • Menurut Bukhari, Rasullulah s.a.w melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening. (Petikan dari Hadis Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari).
Ciri yang kedua pula Kaki (tumit kaki) semacam hantu loceng. Kenapa Iman kata begitu.??? Mahu tak nya, bunyi locengnya kalah bunyi loceng yang di pakai oleh wanita kaum India. Dia pakai 1 je dah keletong keletang, tapi wanita kaum India pakai banyak baru keletong keletang tu. Allah pun dah berfirman : "Dan janganlah mereka (perempuan) membentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan" (Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31)
Keterangannya, janganlah menampakkan kaki dan menghayunkan / melenggokkan badan mengikut hentakan kaki terutamanya pada mereka yang mengikatnya dengan loceng (gelang kaki yang berloceng, macam loceng yang di pakai pada lembu suatu zaman dulu)……
 
Ciri yang ketiga Wangian. Wangian ini pun boleh buat seksual lelaki terganggu tahu.. Kerana dengan wangian yang sungguh wangi, boleh menaikkan syahwat lelaki juga ia. Jadi, tak perlulah memakai wangian 1 botol untuk 1 hari untuk 1 badan... membazir je, dan membazir itu amalan syaitan tahu dan ingat ia. 
  • Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zinanya terutamanya hidung yang berserombong kapal kata orang sekarang hidong belang (Petikan dari Hadis Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban)
Ciri keempat Dada. Dada ini pun satu hal jugak. Seperti kita sedia maklumkan bahawa salah kita ni yang membezakan wanita dengan lelaki. Jadi, bila kita membuka atau mendedahkan atau menyelakkan dada kita ni, tidak ke itu membuat seksual lelaki ni terganggu?? Mahu tak terganggunya dada lelaki biasa je, tapi dada wanita ni cantik, comel sangat. Seperti dalam firman Allah dalam surah An Nur ayat 31 "Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali pada yang zahir daripadanya, dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka". Selain itu, Allah juga berfirman dalam surah al Ahzab ayat 59 yang bermalsud " Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa keluar), cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenali (sebagai perempuan yang baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan ingatlah Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani.

Ciri yang kelima Gigi. Maksudnya disini adalah, pada mereka yang mengukir atau mengubah keadaan gigi mereka supaya lebih kelihatan menarik, cantik itu yang membawa kepada dosa dan boleh jadi haram. Tapi, untuk masalah seperti sumbing atau untuk memudahkan percakapan, makan dan keyakinan diri, ia di bolehkan dan diharuskan. Kerana gigi itu membawa kepentingan untuk  segalanya. Kerana sakit gigi, sakit 1 badan,... Dan untuk pengetahuan semua, gigi adalah tulang yang paling keras dan tahan dari segalanya.
  • Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya ( Petikan dari Hadis Riwayat At-Thabrani). Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan Allah (Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)
Ciri yang keenam adalah  Muka dan leher. Dalam bab ni pula, jangan lah kita berlebih-lebihan dalam penggunaan bedak dan lipstik or pape yang berkenaan lah kan, kerana ini pun salah satu faktor seksual lelaki terganggu kerana ape yang di pandang, dilihat dan yang nampak dahulu adalah muka. Muka adalah aset pertama buat lelaki. 
  • Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan janganlah kamu menampakkan perhiasan mu seperti orang jahilliah yang dahulu. Keterangan : Bersolek (make-up) dan menurut Maqatil sengaja membiarkan ikatan tudung yang menampakkan leher seperti orang Jahilliyah.
Ciri yang ketujuh Tangan. 
  • Asma Binte Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasullulah: Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja - Petikan dari Hadis Riwayat Muslim dan Bukhari.
  • Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya - Petikan dari Hadis Riwayat At Tabrani dan Baihaqi.
Ciri yang kelapan Mata. Seperti dalam firman Allah dalam surah An Nur ayat 31 "Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali pada yang zahir daripadanya, dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka". 
  • Sabda Nabi Muhamad SAW, Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama sahaja manakala pandangan seterusnya tidak dibenarkan hukumnya haram - Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi.
Ciri yang ke sembilan Mulut (suara). 
  • Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik - Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 32.
  • Sabda SAW, Sesungguhnya akan ada umat ku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi - Petikan dari Hadis Riwayat Ibn Majah.
Ciri yang ke sepuluh Kemaluan.


  • Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka - Petikan dari Surah An Nur Ayat 31.
  • Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu, puasa di bulan Ramadan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam Syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya - Hadis Riwayat Riwayat Al Bazzar.
  • Tiada seorang perempuanpun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah - Petikan dari Hadis Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah.
Dan ciri yang terakhir inilah yang paling top ten, yang paling di gemari pada zaman ini sehingga Iman sendiri pun di uji, dengan di suruhnya ubah penampilan Iman sekarang ni, Nauzubillah, jangan sesekali ubah yang baik kepada yang kurang baik, tapi ubah lah yang kurang baik kepada yang lebih baik. Ciri yang terakhir ini adalah . Pakaian.
  • Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan terutama yang menjolok mata , maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti - Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud, An Nasaii dan Ibn Majah.
  • Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 59. Bermaksud : Hai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah dikenali. Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah maha pengampun lagi maha penyayang.

Sesungguhnya sebilangan ahli Neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk Syurga dan tidak akan mencium baunya - Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim. Keterangan : Wanita yang berpakaian tipis/jarang, ketat/ membentuk dan berbelah/membuka bahagian-bahagian tertentu. .



INI YANG SEELOKNYA

PERBEZAAN PERMAKAIAN LELAKI DAN WANITA YANG BETUL

INI YANG SEBAIK TERBAIKNYA

No comments:

Post a Comment