Sunday, May 8, 2011

Waktu mu telah tiba, tapi daku...............???

Assalamualaikum wbt....
Malam ini tetiba hatiku sayu, sayu untuk menulis dan meluahkannya... Puas ku fikirkan, puas ku untuk melupakana, puas untuk aku menolaknya, tapi ia tetap datang kepada ku....iaitu kematian...
KEMATIAN memang pasti akan tiba, pasti akan menjelma cuma kita tidak tahu caranya bagaimana, bila waktu nya, di mana tempatnya lagi....


Diri ini baru sahaja kehilangan nenda tercinta dan moyangnda yg tersayang... Bulan lepas nenda ku telah kembali ke rahmatullah. Dan pada awal bulan ni pula moyangnda ku pula pergi, pergi menemui Pencipta..
Terlalu perit untuk ku meluahkannya. Kerana sejak dari kecil lagi, aku tinggal bersama nenda ku, nenda ku sakit dan masuk hospital pun aku menunggu nya. Terasa begitu pantas waktu itu berlalu....


Nenda ku keluar dari hospital dan berehat di rumah, pasti akan dengar kedengaran suara nenda ku memanggil ku,.itu bermakna dia mahu makan mee rebus or mee goreng atau pun nak makan ubat...
Aku akan segera pergi merebus mee atau menggoreng mee untuknya dan untuk ku jua.. Kami makan bersama-sama...


Tapi, di saat nenda ku mahu pergi, aku tidak dapat bersamanya. Kerana atas urusan kerja ku, aku tinggalkan nenda ku di rumah bersama tok ki dan kedua orang tua ku. Aku tidak sempat bersalam dengannya, bercakap dengannya, berjumpa dengannya sebelum nenda ku strok dan pergi buat selamanya...


Aku pergi hari selasa dan pada hari rabu nenda ku kena strok, pada hari khamis nenda ku telah kembali ke rahmatullah.... Ya Allah, aku tak sangka pemergian ku itu, ada hikmahnya, walaupun aku begitu berat hati untk meninggalkan nenda ku.


Tapi, Ya Allah aku bersyukur kepada Mu kerana Kau masih beri peluang ku untuk bertemu dengan nenda ku di hospital walaupun nenda ku ketika itu sedang koma, tiada respon darinya hanya penafasan yang di bantu dengan bantuan mesin...


Aku terasa begitu sayu sekali apabila pulang ke rumah, seakan aku terdebgar-dengar suara dan ternampak-nampak nenda ku memanggil dan memandang ku... Tak dapat ku luahkan perasaan aku ketika itu, hanya air mata ku sahaja yang dapat mengalir dan lafaz al-Fatihah yang dapat ku hadiahkan padanya dan melapangkan hati ini.


Semoga nenda bahagia dan selamat di sana... Al-Fatihah......




p/s : coretan ini di tulis memandangkan hari ni sempena hari ibu.. Ku lihatkan ummi ku menitiskan air matanya semalam selepas aku mengucapkan selamat hari ibu, mata ummi merah kerana menangis dan ketika aku menghampirinya kerana mahu meminta ubat selsema, ummi mengesat air mata itu..

No comments:

Post a Comment