Sunday, May 15, 2011

Oh abang....

Assalamualaikum wbt.....
Pada malam yang indah ini walaupun sekarang cuaca tidak berapa mengizinkan mata ini untuk menulis kerana keadaan di tempat Iman berjerebu... Mata ini pedih untuk mengadap laptop terlalu lama...
Cuma di kesempatan ini Iman ingin berkongsi sedikit pengalaman seorang ibu muda yang telah diceraikan suaminya pada usia yang begitu muda dan terlalu awal.... Kenapa Iman kata begitu ia???

Iman berkata begitu kerana ibu ini sekarang baru berusia 23 tahun, cantik rupa parasnya, elok budi pekertinya, tingkah laku yang lembut dan agama yang mantap.. Tapi pada usia yang sebegini muda bagi iman kan, dia telah diceraikan oleh suaminya yang berusia 29tahun. Sekarang Nurul (bukan nama sebenar) menyewa rumah bersama dengan Iman. Nurul bekerja kerani sekolah N1, di sekolah menengah agama rakyat jambu 8. mendengar kisah hidup Nurul bersama anaknya, Iman berasa sayu sangat. Sayu kerana hasil perkahwinan itu telah terciptanya seorang insan yang diberi nama Mohd Zafri. Kini, Mohd Zafri tinggal bersama neneknya di Keratong , Pahang.

Mohd zafri ini juga Iman dah anggap dia sebagai anak angkat Iman. Iman suka dan cepat jatuh sayang pada kanak-kanak, apa lagi kanak-kanak secomel, sebaik abang ini... Kini, abang tinggal bersama atuk ma dan atuk bah nya sahaja. Mamanya sibuk mencari rezeki demi menampung keperluan mereka sekeluarga sedangkan ayahnya sedang sibuk membuat persiapan perkahwinannya yang tak lama lagi bakal dilangsungkan. Hati wanita Iman tersentuh bila mendengar cerita Nurul dan sedih bila melihat abang membesar tanpa merasai kasih sayang ayah sepenuhnya....

Mahu di salahkan pada siapa??? Iman ingin bertanya kepada kaun Adam, apa yang anda semua mahukan dari kami ini iaitu kaum Hawa?? Tak cukupkah rupa paras yang cantik ini, tapi masih diceraikan??? Tak cukupkah agama yang diberikan ini sehingga kami di persia-siakan dan kepada kamu tidak mahu membentuk kami mengikut acuan yang betul??? 

Kaum Adam, walaupun kami mampu hidup sendiri tanpa mu, tapi kami tetap dahaga kasih sayang dari mu kerana itu fitrah dari Nya. Kami tidak memandang rupa mu, kami tidak memandang harta mu, kami tidak memandang pangkat cuma kami mahukan perhatian,kasih sayang dan perlindungan dari mu..

Terciptanya kami dari tulang rusuk kiri mu, dekat dengan bahu, dekat dengan hati, tulang rusuk yang bengkok dan perlu di luruskan, janganlah engaku meluruskannya dengan paksaan kerana pasti ia akan patah, dan janganlah engkau membentuknya terlalu lembut kerana ia pasti akan terus membengkok, tapi bentukkan lah ia dengan kasih sayang, cinta yang tulus ikhlas, insyaAllah hati yang keras dapat di lembutkan dan tulang yang bengkok akan dapat di luruskan...

4 comments:

  1. Salam...

    Kisah yang menyentuh qalbu...
    Kdg2 kami berfikir mempunyai isteri yg beragama adalah mencukupi..ditambah rupa paras yg menawan satu kelebihan...tp di mana silapnya sesetengah perkahwinan gagal menuju bahagia sehingga ke syurga masih menjadi tanda tanya...

    Semoga Nurul bersama anaknya Zafri sentiasa dipermudahkan kehidupan mereka...ameen..

    ReplyDelete
  2. wa'alaikumussalam.....
    urm, betul tu Akhi Hadi....
    kami, kaum Hawa lg la memikirkannya,
    di mana salah, silap dan kekurangan kami....

    semoga Allah, memberi petunjuk dan hidayah Nya kepada kita semua..amiin...

    ReplyDelete
  3. Salam;

    Membina sebuah perkahwinan yg bahagia memerlukan komitmen kedua-dua pihak suami & isteri. Perlu kpd saling faham memahami, bertolak ansur, dan menerima pasangan masing2 seadanya.

    Kita melayan pasangan kita sebagaimana kita ingin dilayan.Perlu ada pelukan mesra, sentuhan dan belaian dengan penuh kasih sayang secara berterusan. Bukan sahaja pada peringkat awal perkahwinan.

    Biasanya isteri yg baik adalah pasangan kpd suami yg baik. Selalulah melayan pasangan kita dengan baik, ikhlas kpd Allah dan sentiasa berdoa dan memohon Allah campakkan kasih sayang kpd pasangan kita. Hanya Allah sahaja yg boleh mengurniakan kasih sayang & mengeratkan hubungan suami/isteri.Kasih sayang bukan dibina atas kecantikan rupa dan kekayaan harta benda sahaja. Yang lebih penting adalah kekayaan budi dan menjaga hubungan dengan Allah.

    Oleh itu kita perlu menjaga syarak. Buat suruhan Allah, tinggal segala larangan Allah barulah ada keberkatan dlm rumah tangga.Mudah-mudahan Allah beri kebahagiaan kpd kita di dunia dan akhirat.

    Kadangkala Allah memberi sedikit ujian kpd kita agar kita selalu bergantung dan memohon pertolongan dari-Nya. Supaya kita tidak lalai dari berzikir dan mengingati-Nya. Apapun sebagai seorang mukmin, sekiranya kita mendapat nikmat; kita bersyukur, maka itu adalah kebaikan bagi kita. Jika mendapat musibah; kita redha maka itu juga adalah kebaikan buat diri kita.

    Wallah hu'aklam. Drp hamba Allah yg lemah (tehbri.blogspot.com)

    ReplyDelete
  4. kata2 yang bernas.....
    betul tu, bukan senang untuk memilih insan yang akan sehidup, sebantal dengan kata....
    Lihat lah dari semua aspek dan utamakan lah aspek agama itu,
    insyaAllah kebahagiaan itu milik kita di dunia dan akhirat....

    ReplyDelete