Wednesday, February 23, 2011

Hati ku sayu...


Assalamualaikum pembuka tulisan saya pada petang yang cerah nan indah ini..
Ade mulanya pasti akan muncul akhirnya, cuma kita tidak tahu ia cepat atau lambat menghampiri kita...

Yang hidup pasti akan mati, yang datang pasti akan kembali....
Yang kecil pasti akan besar, dan yang muda pasti datang tua nya....
Itu ada lumrah kita sebagai hamba Nya, setiapnya berpasangan dan yang di mulai pasti akan di ahirkan...

Entah kenapa petang ini hati ku sayu bila mahu meninggalkan tempat yang mana aku telah menganggapnya seperti rumah ku, sepupu ku seperti adik ku, ukhuwah kami betul-betul terasa.. Mungkin kerana aku tiada adik perempuan atau mungkin aku akan kembali berseorangan nanti...

Wahai hati, sabarlah di atas perpisahan ini...
Ia bukanlah selama-lama, cuma untuk sementara...
Sementara yang mana engkau masih banyak tanggungjawab dan tugas yang perlu di selesaikan....
Tabahkanlah hati mu...

Kenangan mu di sini tetap ku ingatkan bila ku kembali ke tempat ku....
Dan pasti aku akan kembali lagi untuk berjumpa dengan mu...
kerana engkau la sahabat, engkau lah teman, engkau sepupu ku, engkaulah lawan ku dan engkau lah adik ku..

"Ya Allah, Kau temukanlah kami kembali di masa akan datang dan Kau permudahkanlah urusan kami dalam kami mencari redha Mu"...

Monday, February 21, 2011

Bisikan cinta Mu



Tatkala subuh menjelma,
Aku berzikir saban hari,
Menginsafi perbuatan sendiri,
Hanya pada Mu ku ratapi,
Khilaf diri setiap hari,
Tanpa aku sedari....

Ya Allah,
Engkau sahajalah tempatku memohon,
Kau jauhilah kemaksiatan di dunia ini,
Kau berikanlah aku kemanisan,
Kenikmatan di dunia ini,
Namun seandainya aku alpa,
Kau sedarkanlah aku dari mimpi yang lena ini.....

Ya Rabbi,
Aku memohon petunjuk dari Mu,
Kau terangkanlah hati ini dengan amaran Mu,
Aku akan membisikan kalimah suci Mu ini,
Walau di mana aku berada,
Sesungguhnya,
Engkaulah Maha Pengampun dan Maha Penyanyang.


Sunday, February 20, 2011

Akhlak indah,Dakwah jadi Mudah

Di pagi ini, ana nak berkongsi sedikit sebanyak tentang peribadi Rasulullah s.a.w dalam berdakwah. Kita mahu berdakwah, tapi tidak tahu ciri-ciri pendakwah, adakah dakwah kita itu akan di terima atau sampai kepada penerima?? Bagaimana Rasulullah s.a.w boleh berjaya dalam dakwahnya, mari kita sama-sama lihat...

Keberhasilan Rasulullah s.a.w dalam mendakwahkan Islam merupakan fakta yang sangat menakjubkan. Masakan tidak, dalam waktu yang singkat pun, Islam boleh tersebar di tengah masyarakat jahiliyyah yang mana mereka sangat kuat memegang budaya nenek moang mereka. Fakta sejarah ini tidak mungkin di pungkiri oleh sesiapa pun kecuali orang yang menyimpan dendam, kedengkian dan kebencian. Apa rahsia dan bagaimana metode dakwah baginda ye??

Kita yakin dan tahu bahawa dakwah Rasulullah s.a.w adalah metode dakwah yang terbaik, metode dakwah yang sangat bijak dan memiliki pandangan yang jauh ke hadapan. Lihatlah sikap dan sabda baginda yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah ra :
 قا م أعرابي فبال في المسجد فتناؤله الناس فقال لهم النبي صلى الله عليه ؤسلم دعؤه ؤهريقؤا على بؤله سجلل من ماء أؤ ذنؤبا من ماء فأنما  بعثتم ميسر ين ؤلم تبعثؤا معسرين
"Seorang arab pendalaman berdiri lalu kencing di masjid, lalu orang-orang melarangnya (dengan keras). Maka Rasulullah s.a.w bersabda kepada mereka (para sahabat yang hendak melarangnya dengan keras), 'biarkanlah ia dan siramlah kencingnya dengan air. Sesungguhnya kalian diutuskan untuk mempermudahkan dan tidak diutuskan untuk memperbersulitkan ".  ( HR al Bukhari, no 216)

Metode dakwah Rasulullah s.a.w sentiasa berlandaskan pada al-Quran, Kalamullah yang datangnya dari Allah yang Maha Bijaksana. Al-Quran mengajarkan metode dakwah yang sangat bijaksana dan mengena. Kebijaksanaan ini semakin memperjelaskan kebenaran dan kemuliaan Islam sebagai agama paling akhir yang diakui oleh Allah SWT.

Memang baginda di utuskan untuk menyempurnakan akhlak yang mulia, seperti dalam sabda baginda :
  أنما بعثت لأتمم مكارم ؤفي رؤاية صالح الأخلا ق
"Aku diutuskan hanya untuk menyempurnakan kemuliaan (dalam satu riwayat kesahihan) akhlak".
(HR al BUkhari dalam kitab al-adab al-mufrad. Lihat ash-shahihah no.45)

Demikianlah tujuan dakwah baginda adalah untuk membentuk insan kamil yang memiliki kesempurnaan akhlak mulia dengan cara dan metode yang juga mulia. Penyeru kepada kemuliaan akhlak yang suksess tentulah seorang yang memiliki akhlak yang mulia juga. Lantas, bila Allah SWT memuji baginda dan akhlak baginda dalam firmannya yang bermaksud :
"Dan sesungguhnya kamu benar-benar berbudi pekerti yang agung". ( Surah al-Qalam,68 : 4)

Tidak diragukan lagi bahawa akhlak Rasulullah s.a.w adalah cermin al-Quran. Segala tindak tanduk baginda merupakan aplikasi dari nilai-nilai al-Quran, sehingga kemuliaan akhlak baginda benar-benar sempurna. Perlu diingatkan, Rasulullah s.a.w tidak hanya mengajarkan dakwah melalui lisan kepada umatnya. Namun yang menjadi rahsia besar kejayaan baginda dalam berdakwah adalah kemampuan baginda menyampaikan dakwah melalui contoh amal perbuatan dan kemuliaan akhlak. Dan, pada masa ini, kecanggihan teknologi pada masa sekarang juga mampu untuk kita berdakwah melalui tulisan kita seperti d blogger, my space, friendster, facebook, twitter dan lain-lain. Antara mahu atau taknak, malas dan rajin sahaja.

Baginda berdakwah dengan penuh kesabaran dan kasih sayang yang sempurna yang mnejadi dua pokok akhlak daie dalam menghadapi gangguan dan rintangan dalam dakwahnya. Kesabaran yang mengandungi unsur kelembutan yang dapat mengawal diri agar tidak membalas kejelekan dengan sikap yang serupa dan sama.Sementara dengan sikap kasih sayang akan mendorong rasa hiba terhadap kebodohan umat yang pada gilirannya akan mendorong untuk selalu berbuat baik kepada umat ini dan membalas kejelekan dengan kebaikan. Marilah kita berdakwah dengan akhlak yang mulia untuk menuju kesempurnaan akhlak dan kebahagiaan di akhirat.


Saturday, February 19, 2011

Hari ini, harimu !!! Hari ini, harimu !!

Dengarkanlah dulu syair yang dilantunkan oleh saudara Thabit : "Jika engkau berada di pagi hari, maka jangan tunggu petang hari...Jika engkau berada di petang hari jangan tunggu esok pagi".


Kehidupan adalah hari yang mana kita sedang menjalaninya sekarang, bukannya kemarin, bukannya semalam yang mana ia telah berlalu pergi dan juga bukan hari esok yang mana kita pun belum pasti apa yang bakal terjadi, apa yang bakal kita hadapi. Hari ini adalah sekarang, yang mana kita merasai hangatnya matahari, sejuknya embun pagi dan cantiknya matahari terbenam. Umur kita adalah hari yang sedang kita jalani. Sebuah syair mengatakan : "Apa yang telah berlaku tidak akan kembali, masa depan juga sesuatu yang misteri. Kehidupan sebenarnya adalah waktu di mana kita berada di saat ini".


Bayangkanlah kita hanya hidup untuk hari ini sahaja lalu kita dimatikan, tapi kita telah mensia-siakan waktu itu dengan perkara-perkara yang tidak berfaedah,apakah bekalan yang kita bawa untuk menghadap Nya?? Jadi, tukarlah perpepsi kita, yang mana kita hidup hari ni,dan mungkin sesaat nanti nyawa ini akan di ambil balik, maka kita tidak akan terpengaruh dengan kelamnya masa lalu ataupun mimpi buruk yang akan menimpa kita pada masa yang akan datang.


Untuk hari ini sahaja, curahkanlah segala perhatian dan usaha kita. Kerahkanlah segala kemampuan dan apa yang kita miliki kerana Allah. Laksanakanlah solat dengan khusyuk, bacalah Al-Quran dengan penuh keinsafan, berzikir dengan hati yang hidup, berakhlak yang mulia, redha dengan ketentuan Allah SWT, membantu orang lain, mengambil berat suasana dan kesihatan tubuh dan kegiatan lain yang bermanfaat. Pada saat sekarang ni, uruskanlah waktu kita dengan sebaik yang mungkin. Jadikanlah minit demi minit seolah hitungan tahun dan detik demi detik seolah hitungan bulan. Semailah benih kebaikan, berikanlah nasihat yang indah, istifar dari segala dosa, ingatlah Allah selalu dan bersiaplah untuk perjalanan panjang yang akan kita tempuhi.


Kita redha dan sentiasa bersyukur dengan rezeki yang diterima, isteri yang mendampingi, anak-anak, pekerjaan, rumah dan kegiatan yang kita lakukan. Sebagai firman Allah yang bermaksud : " Berpegang teguhlah kepada apa yang Aku berikan kepadamu dan hendaklah kamu termasuk orang-orang yang bersyukur". Jalanilah hidup kita tanpa ada kesedihan yang tak bertempat, kegundahan, kemarahan, rasa dengki dan iri hati sesama makhluk. Jika sekarang kita makan kek yang lembut dan enak, apakah ada pengaruhnya jika semalam kita makan kek yang keras dan tak sedap?? ( Penulis baru makan kek buatan sendiri )... Atau kek yang datang, yang mana kita tidak tahu bagaimana bentuk dan rasanya?? ( InsyaAllah, hari rabu nnati buat kek lagi, penulis yang gemar kan kek ). Jika kita meneguk air yang segar dalam kehidupan kita sekarang, kenapa harus bersedih dengan air garam yang kita minum semalam atau air yang tidak pasti akan kita minum sesaat lagi?? Hadapi dan nikmatilah d saat ini.


Anggaplah kita hanya akan hidup di saat ini sahaja, sesaat lagi kita akan mati, jadi kita akan rapikan rumah kita, perpustakaan kita, bilik kita, makan sepuasnya, fikir sepuasnya, bertaubat. Saya hidup hari ni sahaja, jadi saya kena baca Quran, buat baik, solat dan bersedekah...Inilah salah satu ungkapan yang sering kita dengarkan, terutama pesakit kanser. Sepatutnya bukan hanya mereka, tapi kita semua. Kita semua bukan nya sihat, walaupun dari luar kita gemuk, jalan laju, tegak tapi hati kita bagaimana??? Sihat ke hati kita?? Hati kita dah diberi makan dan minum ke?? Tanyalah hati masing-masing ye. Untuk itu, tanamkan dalam diri kita, "Hidup hanya hari ini sahaja, berusahalah jangan pernah mengatakan kata-kata kotor, celaan dan umpatan". Tapi, jangan pula, saya hidup hari ni saya nak enjoy sepuas-puasnya, saya nak shoping sepuas-puasnya, saya nak jalan sepuas-puasnya, jangan ke negatif ye tapi pergilah ke positifnya..Jalan-jalanlah ke surau atau masjid, enjoy lah d tanah suci kota Makkah okey...


Kita hanya hidup untuk hari ini sahaja, apa yang berlalu biarkanlah ia berlalu dan tidak akan pernah kembali. Semuanya telah tenggelam seperti terbenam nya matahari senja. Tidak perlu untuk ditangiskan, tidak perlu untuk mensiakan sedikit waktu untuk mengenangkannya, sebab engkau telah pergi meninggalkan ku dan tidak akan kembali lagi untuk selamanya....
Wahai masa depan, engkau juga masih misteri. Saya tidak akan larut dengan mimpi-mimpi, saya tidak akan menjual diri ini dengan sesuatu yang tidak pasti dan saya tidak akan tergesa-gesa untuk melakukan sesuatu yang belum tentu ada, sebab ia belum diciptakan...

Thursday, February 17, 2011

Perempuan Berkalung Sorban



Filem ini mula mengisahkan tentang seorang wanita yang membela nasib seluruh kaum Nisa' d sebuah pesantren, yang mana pesantren ini terlalu taksub dengan agama sehingga menyebabkan kaum wanita di perkecilkan. Seorang gadis yang bernama Annisa telah memberontak kerana tidak boleh menunggang kuda sama seperti abang-abang nya..

Annisa juga telah di kahwin paksa oleh ayahnya dengan kawan baiknya, tu pun kerana terlalu banyak terhutang budi. Tapi iman itu tak boleh di warisi..ayahnya seorang kiai tapi anaknya lebih teruk dari seekor binatang. Memperkosa annisa dan memhambakan annisa sebagai hamba seks sahaja...

Untuk lebih lanjut tontonlah ye... Selamat menonton..

Syahadat cinta



Sebuah filem yang diadaptasi dari sebuah novel,yang mana mengisahkan seorang anak lelaki yang bernama Iqbal. Iqbal yang mana hidupnya tiada arah tujuan hidup, yang mata hatinya telah di tutupi oleh kesenangan dunia, hiburan, kelab dan arak. Kisahnya bermula, pada suatu malam Iqbal telah pulang ke rumahnya seperti biasa dalam keadaan mabuk, Lalu, mama nya seperti setiap malam pasti akan menemui anak tunggalnya iaitu Iqbal. Bermula kisah pada malam itu, Iqbal secara tidak sengaja telah menolak mamanya, hingga menyebabkan mama nya telah jatuh tangga lalu koma. Iqbal sedar kembali lalau bertanya pada bibiknya tentang mamanya. Lalu, bibiknya berkata bahawa mamanya Iqbal telah masuk wad dan Iqbal telah melihat tompokan darah mamanya. Bermula lah episod baru dalam hidup Iqbal, yang mana dia telah menginsafi dan rela hati untuk pergi ke pesantren untuk menuntut ilmu agama di sana. Dalam proses Iqbal mendalami agama, pelbagai cabaran dan ujian yang terpaksa di laluinya seperti sabar dalam mengangkat air dan merendahkan diri ketika bercakap dan sanggup menerima segala arahan.


Selepas itu, Iqbal telah membawa dirinya ke kota untuk melarikan diri dari pesantren kerana tidak sanggup lagi untuk mengangkat air. Akhirnya,dia telah bertenu dengan seorang wanita kristian. Disebalik pertemuan itu, tercipta satu ukhuwah persahabatan yang mana telah membawa seorang gadis yang bernama Lia masuk memeluk agama Islam, di rumah ibu Jamilah iaitu ibu Jamilah adalah seorang pengemis yang mempunyai dua orang anak. Pelbagai ujian lagi yang terpaksa d hadapi oleh Iqbal, sehingga beliau masuk penjara.


Akhirnya, Iqbal pulang ke pesantren membawa seribu satu kenangan. Nak tahu ape yang terjadi d pesantren, tontonlah d youtube ye. Video di atas tu da part 10, part yang mana imannya telah di uji.. Filem ini bagus di tonton oleh kaum rijal, memberi banyak input buat mereka.. selamat menonton..

Wajah Suci Itu, sesuci embun pagi....


Wajah Suci - Mestica


Wajah suci itu tidak berdosa
Mengapa dia dibiar begitu saja
Sedih pilu menatap rupanya
Kaku terdampar di lembah hina
Apa dosanya si kecil itu
Belum sempat dia memanggil ibu
Sampai hati engkau dizalimi
Oleh mereka yang tiada simpati
Tubuh kecil itu mahu dihargai dihormati
Dimakamkan dia bukan dibuang sesuka hati
Dimanakah nilai ehsan insani
Apa dosanya si kecil itu
Kerana kasih tersasar tujuan hidup
Hingga lahir zuriat yang bukan pilihan
Buntu tiada jalan penyelesaian
Lalu si anak dibuang di jalanan
(Mengapa tiada simpati dan kasihan)
SAyu hati melihat nasib dirimu
Bagai tiada nilainya di sisi
Wajah sucimu telah dinodai
Namun lahirnya ada nilainya
Di sisi Allah engkau mulia
bagai kain putih kau tiada dosa
Bertaubatlah mereka yang hina

* Kepada makhluk yang berasa dirinya manusia, yang mana dia adalah ciptaan yang paling cantik, paling sempurna dan paling bijak kerana di berikan akal untuk berfikir..Maka berfikirlah, janganlah menyalah gunakan nikmat akal yang di beri itu. Kerana jika Allah mahu mengambilnya, tidak akan cepat atau lambat walaupun sesaat. Bukalah mata hati kita semua. Anak kecil itu tidak berdosa, malah dia suci dari bidadari syurga.. Sedangkan binatang pun melindungi anaknya. Ya Allah, berikanlah petunjuk dan hidayah Mu pada sahabat-sahabatku, Kau bukakanlah hati mereka untuk kembali ke pangkal jalan. Jalan yang Engkau redhai. Ameen..

Ana suka bayi dan budak-budak, bila terjadinya kes seperti ini, luluh hati ana melihatnya. Kejamnya kita yang dewasa ini. Terlalu banyak kes pembuangan bayi dan kanak-kanak di dera. Ana tahu pun kerana makcik saya bekerja di jabatan kebajikan masyarakat, ada masa terluang ana akan pergi menziarah mereka. Menitis air mata bila kita menyelami kisah mereka. Jadi bersyukurlah kita kerana ada mak dan abah dan yang tidak mencubit kita, ape lagi mendera dan membuang kita... Insaflah wahai sahabatku...

Tidak Berdoa Berjamaah Selepas Solat Fardu

Soalan: Seorang penceramah di tempat saya telah memarahi mereka yang tidak tunggu berdoa bersama imam selepas solat fardu dan menyatakan Imam Syafi’i memarahi perbuatan tersebut. Benarkah demikian?


Jawapan: Syeikhul Islam Ibn Taimiyyah pernah ditanya berhubung dengan mereka yang membantah imam kerana tidak berdoa selepas solat, beliau menjawab: “Tidak pernah Nabi s.a.w berdoa bersama makmum selepas solat lima waktu seperti yang dilakukan oleh sesetengah orang selepas solat Subuh dan Asar. Tidak pernah pernah diriwayat hal itu oleh seseorang pun. Tiada seorang pun dari kalangan imam empat yang menyatakan baiknya perkara itu. Sesiapa yang memetik daripada al-Imam al-Syafii bahawa dia menyukainya adalah salah. Ungkapannya yang ada dalam kitab-kitabnya menafikan hal itu. Demikian al-Imam Ahmad dan selainnya tidak pernah menyukai hal ini” .


Jika kita merujuk kepada Kitab al-Umm karya agung al-Syafii, ternyata apa yang sebut oleh Syeikh al-Islam Ibn Taimiyyah ini benar. Ini kerana al-Imam al-Syafii ketika mengulas hadith Ibn ‘Abbas: “Sesungguhnya mengangkat suara dengan zikir setelah orang ramai selesai solat fardu berlaku pada zaman Nabi s.a.w”.( Ibn Taimiyyah, Al-Fatawa al-Kubra, 1/215, Beirut: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah.)

Beliau berkata: “Pendapatku untuk imam dan makmum hendaklah mereka berzikir selepas selesai solat. Hendaklah mereka mensenyapkan zikir, kecuali jika imam mahu dipelajari daripadanya (bacaan-bacaan zikir-pen), maka ketika itu dijelaskan zikir. Sehingga apabila didapati telah dipelajari daripadanya. Maka selepas itu hendaklah dia perlahankan”. Adapun mengenai hadith Ibn ‘Abbas di atas al-Imam al-Syafi’i menjelaskan seperti berikut: Aku berpendapat baginda menjelaskan suara (zikir) hanya seketika. Untuk orang ramai mempelajarinya daripada baginda. Ini kerana kebanyakan riwayat yang telah kami tulis bersama ini, atau selainnya tidak menyebut selepas salam tahlil dan takbir. Kadang-kala riwayat menyebut baginda berzikir selepas solat seperti yang aku nyatakan, kadang-kala disebut baginda pergi tanpa zikir. Ummu Salamah pula menyebut duduk baginda (selepas solat) tetapi tidak menyebut baginda zikir secara terang. Aku berpendapat baginda tidak duduk melainkan untuk berzikir secara tidak terang. Jika seseorang berkata: Seperti apa? . Aku katakan: Seperti baginda pernah bersolat di atas mimbar, yang mana baginda berdiri dan rukuk di atasnya, kemudian baginda undur ke belakang untuk sujud di atas tanah. Kebanyakan umur baginda, baginda tidak solat di atasnya. Tetapi aku berpendapat baginda mahu agar sesiapa yang jauh yang tidak melihat baginda mengetahui bagaimana berdiri (dalam solat), rukuk dan bangun (dari rukuk). Baginda ingin mengajar mereka keluasan dalam itu semua. Aku suka sekiranya imam berzikir nama Allah di tempat duduknya sedikit dengan kadar yang seketika selepas kaum wanita pergi. Ini seperti apa yang Umm Salamah katakan. Kemudian imam boleh bangun. Jika dia bangun sebelum itu, atau duduk lebih lama dari itu, tidak mengapa. Makmum pula boleh pergi setelah imam selesai memberi salam, sebelum imam bangun. Jika dia lewatkan sehingga imam pergi, atau bersama imam, itu lebih aku sukai untuknya). (Al-Syafi’i,Mausu‘ah al-Imam al-Syafi’i: Al-Umm, 1/353 Beirut: Dar Ihya al-Turath al-‘Arabi.)


Monday, February 14, 2011

Di sebalik lagu " Tanya Sama Itu Hud-Hud "

Assalamualaikum..hari ni ana nak berkongsi sikit la tentang lagu yang kita dok main nyanyi je tapi tak tahu hujung pangkal pun..Ana dapat idea ni dari perbincangan pakcik dan sepupu ana..Pakcik ana kata, lagu ni dari sebuah hadis. Jadi, ana pun meng'search' la dalam internet dan dari sumber-sumber bernama buku. Alhamdulillah akhir nya ana ketemu jua..nak tau ape, silakan bace yee...





Tujuh puluh tiga pintu
Tujuh puluh tiga jalan
Yang sampai hanya satu jalan
Beribu-ribu Margasatua
Mencari raja si Muraq
Yang sampai hanya tiga puluh
Ooh… Sang Algojo
Ooh… nanti dulu
Lihat dunia dari mata burung
Atau dari dalam tempurung
Yang mana satu engkau pilih
Dalam kalut ada peraturan
Peraturan mencipta kekalutan
Di mana pula kau berdiri
Di sini
Ooh… Sang Algojo
Ooh… nanti dulu
Berikan ku kesempatan akhir ini
Untuk menyatakan kalimah/kisah sebenarnya
Berikan aku kesempatan akhir ini
Lai lai la lai la lai
“Tanya sama itu hud-hud
Lang mensilang
Kui mengsikui
Kerna dia yang terbangkan ku ke mari”
(M.Nasir - Tanya Sama Itu Hud-hud | Juara Lagu 1994)


Pada suatu hari bermasyhadatlah sekelian burung-burung di rimba membincangkan nasib dan keadaan mereka. Mereka merasa kecewa melihatkan kekacauan di masyarakat mergastua yang tidak mempunyai pemimpin. Walhal tiada suatu kaum pun yang di bawah langit yang teratur masyarakatnya kalau tidak mempunyai raja.

Maka dalam satu perhimpunan bersama rakyat, warga mergastua bermusyawarah tentang melantik ketua mereka. Akhirnya sekelian hadirin bersetuju memilih Sang Belatuk untuk menjadi imam mereka. Menurut sang-sang burung, Sang Belatuk dipilih kerana beliau mempunyai pengalaman yang paling luas di kalangan mereka. Ini kerana Sang Belatuk pernah berkhidmat dibawah kerajaan Nabi Sulaiman a.s. sebagai peninjau kerajaan Puteri Balqis; dan juga pernah bersama Nabi Nuh a.s. semasa ditugaskan untuk mencari daratan (kampong baru) selepas peristiwa banjir besar itu.
Pada mulanya Sang Belatuk agak keberatan untuk menerima perlantikan tersebut, maka bangunlah akan beliau lalu berucap; Aku telah mengalami pertukaran hari dan masa dan aku telah mengenal kebiasaan manusia. Aku telah berusaha sekuat tenaga untuk mencari kebenaran. Aku pernah berteman dengan Nabi Sulaiman a.s. Lembah yang rendah telah kuturuni, yang tinggi telah kudaki, yang hampir telah kudatangi dan yang jauh telah kukunjungi.
Dalam perjalanan sejauh itu, aku telah mengetahui bahawasanya kita pada hakikatnya ada mempunyai raja, tetapi aku tidak berupaya pergi sendirian mengunjungi baginda. Kalau sekiranya kita semua berkerjasama tolong-menolong, akan sampailah kita semua ke mahligai baginda. Nama raja kita ialah SIMURAQ. Tempat bersemayam baginda adalah di sebalik bukit bernama Qaf. Tempat itu dekat dengan kita tetapi kita yang jauh daripadanya.
Dia terlindung di dalam pagar larangan kebesarannya, dan dikelilingi oleh beratus-ratus dinding. Tiada sanggup untuk mulut menerangkan sifatnya.
Pada mulanya Maharaja SIMURAQ itu terbang pada malam dinihari, dalam kegelapan lautan China. Akan jatuhlah sehelai bulu sayapnya maka tercenganglah dan gegap gempitalah seluruh isi alam melihatkan keindahan warna bulu itu. Tidakkah saudara-saudara mendengar suatu hadis; "Tuntutlah olehmu ilmu sekalipun ke negeri China". Kalau tidaklah menjelma sehelai bulu itu ke alam ini, tidaklah semua burung akan ada di dunia ini.
Mendengarkan akan panjang lebar isi kandung ucaptama oleh Sang Belatuk itu, maka semua burung pun terbitlah suatu perasaan rindu hendak menghadap Maharaja SIMURAQ.
Mesyuarat diteruskan dengan Sang Belatuk menerangkan secara panjang lebar betapa peri sulitnya dan bahayanya perjalanan menuju ke mahligai itu. Mendengar akan betapa sangat sulit dan banyak rintangannya XPDC itu, banyaklah di antara burung-burung itu merasa lemah semangat dan tidak sanggup untuk pergi.
Berkata Sang Kenari; "Aku adalah Imamul Asyikin, imamnya seluruh orang yang rindu dendam. Segala hati ingin mendengar nyanyianku. Maka bagaimanakah aku akan sanggup berpisah dengan kembang-kembang mekarku?".
Berkata Sang Kakaktua; "Ambillah ikhtibar daripada nasibku. Seluruh insan terpedaya oleh warna bulu SIMURAQ itu, lalu badan diriku telah mereka kurung. Maka penuhlah hidupku dengan kerinduan, rawan dan kesedihan hati. Pada hal terbang dibawah kipasan sayap SIMURAQ itu saja pun, aku tidak sanggup".
Berkata Sang Merak; "Dulu aku hidup bersama Nabi Adam a.s. di dalam syurga, tetapi akhirnya aku pun sama terusir dari sana. Keinginan aku ialah untuk pulang ke asal tempat diamku itu. Kerana itu tidaklah ada keinginan aku hendak mengembara mencari Maharaja SIMURAQ".
Berkata pula Sang Itik; Aku telah biasa hidup di dalam kesucian dan biasa berenang di dalam air. Tiada lain yang aku rindukan lagi. Aku tidak sanggup keluar dari dalam air dan tidak biasa hidup di tempat yang kering".
Berkata pula Sang Rajawali; Aku sudah biasa hidup di pergunungan. Di sanalah duduk-ku. Bagaimana aku akan sanggup meninggalkan sejauh itu".
Berkata pula Sang Jelatek; "Aku hanya seekor burung yang kecil dan lemah. Bagaimana akan sanggup makhluk sekecil aku mengembara sejauh itu?".
Akhir sekali berkata lah pula Sang Helang; "Saudara-saudara sudaah tahu bagaimana kedudukan aku disisi raja-raja. Makatidaklah sanggup aku meninggalkan tempat semulia itu".
Setelah mendengar segala luahan rasa mereka itu maka berkatalah pula Sang Belatuk; "Aku tidak akan lalai menyampaikan nasihat aku kepada saudara semua. Tujuan aku adalah suci. Apakah sebabnya saudaraku semua mencari dalih kerana kebiasaan hidup!? Dan saudara tinggalkan cita-cita yang suci murni kerana diikat kesenangan? Azam yang kuat dan hati yang teguh dan sabar akan memudahkan segala kesulitan dan mendekatkan segala yang jauh'.
Kemudian bertanyalah seekor dari burung-burung itu; "Dengan cara apakah dan jalan manakah akan kita sampai ke tempat yang jauh dan sulit itu? Dengan alat perkakas apakah kita akan sampai ke sana menghadap maharaja yang maha agong itu?".
Maka tercetuslah berbagai lagi pertanyaan.
Berkata Sang Belatuk; "Apakah ertinya segala pertanyaan ini? Apakah ertinya kelemahan semangat ini? Mengapa mundur melangkah untuk mengatasi kesulitan? Bersiap-siaplah dengan alat bekalan iaitu hikmah yang tinggi, azam yang kuat dan tabah hati.

...sesungguhnya kecintaan itu akan mengubah yang pahit

 menjadi manis, tanah menjadi emas, yang keruh menjadi

 jernih, yang sakit menjadi sembuh, penjara menjadi taman,

 kekasaran menjadi kasih sayang,

 kecintaanlah yang melunakkan besi, mencairkan batu,

 membangkitkan yang mati dan meniupkan kehidupan kepadanya...

(Jalaluddin Rumi)
Adapun perhubungan di antara segala burung dengan Maharaja SIMURAQ sudahlah nyata dan jelas seperti matahari di belakang awan, telah jatuh ke bumi beribu-ribu cahaya dari celah-celah awan itu. Kamu semuanya, wahai saudara-saudaraku adalah cahaya dari Maharaja SIMURAQ itu. Kamulah! Jika kerinduan itu benar-benar timbul dari hati yang tulus, akan mudahlah bagi orang-orang yang asyik melalui jalan bagaiman sulit sekalipun. Segala pagar akan dapat dilewati kerana ingin bertemu dengan kekasihnya".
Setelah mengemukakan beberapa perbandingan dan contoh dan juga kisah seorang alim bernama Syeikh Syanaan. Oleh kerana asyiknya, Syeikh Syanaan telah terkeluar dari agamanya, walaupun dinasihatkan oleh murid-muridnya tetapi tidak dipedulikan. Tetapi kemudiannya dia pun insaf dan bertaubat serta diberi keampunan oleh tuhan kerana punca kesesatan adalah kerana keasyikannya itu.
Bercerita panjanglah Sang Belatuk tentang hal itu. Sehingga timbul kembali perasaan kerinduan sekelian mergastua itu hendak berjumpa dengan Maharaja SIMURAQ.
Maka akhirnya putuslah permuafakatan untuk mereka semuanya meneruskan XPDC mencari Maharaja SIMURAQ. Satu kafilah mesti disusun dan seorang ketua mesti dipilih. Sang Belatuk menjadi pemimpin pilihan dan diletakkan di atas kepalanya mahkota kebesaran. Majulah Sang Belatuk ke hadapan dan terbanglah mereka beramai-ramai untuk menuju tujuan.
Lama penerbangan yang jauh itu, tiada juga kelihatan tanah yang dituju. Maka bertanyalah seekor burung; "Mengapa perjalanan ini menjadi sepi, semakin lengang dan menakutkan, wahai peminpin kami?".
Sang Belatuk, raja mergastua menjawab; Memang banyak manusia tidak berani melalui jalan ini kerana takut. Tidak kah saudara-saudara pernah mendengar kisah Syeikh Abu Yazid yang keluar ke tengah padang di malam hari, di waktu bulan di kala semua orang sedang nyenyak tidur? Maka tertariklah dia olah keindahan malam yang sunyi itu. Merasa hairanlah beliau, mengapa tiada orang yang berani merempuh jalan ini, sehingga sepi sahaja? Pada halnya, ianya sebegini indah?".
Kemudian terdengarlah beliau suatu suara; Maharaja tidak memberi izin kepada semua orang untuk melalui jalan ini. Kebesaran kami kadang-kadang membuat hanya sedikit orang yang mengharapkan kurnia kami dari pintu kami."
Expidisi itu disambung semula dan kemudian kelihatanlah suatu jalan tetapi tujuannya tidak kelihatan. Terasalah sakit akibat penderitaan yang tiada ubatnya. Di waktu itu berhembuslah angin 'kekayaan/kebesaran' dan merendahlah langit ke bumi. Kelihatanlah padang pasir Sahara yang tandus. Padang itu tidak sanggup menerima kedatangan 'Merah Langit', bagaimanakah akan sanggup menerima burung bumi?
Maka berkatalah seekor burung; "Wahai Sang Belatuk, raja kami, engkau telah membawa kami terbang tinggi dan sememangnya engkau telah biasa terbang jauh. Tetapi sekarang dan akhir ini, banyaklah yang terasa di hati kami. Berhentilah sebentar dan naik ke mimbar, berilah fatwa untuk menghilangkan beberapa keraguan yang telah timbul sepanjang perjalanan yang sulit ini."
Permintaan itu dipersetujui oleh Sang Belatuk dan mereka berhenti sebentar. Tetapi sebelum dia memberikan nasihat, Sang Kenari telah terlebih dahulu naik ke mimbar. Beliau menyanyi dengan merdunya. Mendengarkan suara merdu itu, hilanglah segala kepayahan dan keraguan tadi. Seluruh burung pun bernyanyi mengikutkan rentak nyanyian Sang Kenari.
Selepas itu, perjalanan mereka pun disambung semula lagi.
Di pertengahan perjalanan, bertanyalah seekor burung; "Wahai tuan Belatuk, imam kamil, aku hairan mengapakah tuan lebih utama daripada kami? Mengapa pula martabat kita berbeza-beza?"
Sang Belatuk pun menjawab; "Keutamaan aku ini adalah anugerah kurniaan daripada maharaja kita sendiri. Inilah kekuasaan besar anugerah baginda yang diberikan kerana limpah kurnia pandangan baginda semata-mata. Kelebihan ini tidak dicapai semata-mata kerana taat. Walhal Si Iblis laknatullah itu dahulunya pun seorang yang taat. Sungguhpun begitu, bukanlah aku memandang soal taat sebagai satu perkara yang kecil.
Tetapi janganlah itu yang dipandang penting dan jangan meminta upah. Kerjakanlah segala perintah dengan patuh dan jangan mengharapkan apa-apa balasan. Harapan kepada balasan itulah yang menjatuhkan harga kepatuhan. Itulah sebabnya maka Nabi Sulaiman as telah menjatuhkan pandangannya ke atas diriku."
Banyaklah lagi persoalan yang dibangkitkan. Kesemua soalan dijawap olah Sang Belatuk dengan bijaksana dan saksama. Soalan yang seterusnya begini bunyinya; " Apakah hadiah yang layak kita persembahkan kepada maharaja yang akan kita kunjungi itu?"
Sang Belatuk menjawab; "Di hadapan kita terbentang tujuh lurah. Tetapi lebar setiap lurah, tidak kita ketahui. Sebab belum ada orang yang kembali dari sana yang dapat mengkhabarkan berapa luasnya. Tujuh lurah itu ialah Lurah Keinginan (thalab), Lurah Kerinduan (Isyq), Lurah Makrifat, Lurah Kepuasan (Istighna), Lurah Tauhid, Lurah Kagum (Hairan), Lurah Fakir dan Lurah Fana.
Setiap lurah itu diterangkan oleh Sang Belatuk sifatnya dan segala macam isinya. Sampai semasa menerangkan lurah yang ketujuh iaitu Lurah Fana, dia berkata; "Wahai saudaraku semua. Inilah lurah yang dahsyat, kelu lidah kerana tidak dapat menerangkannya. Tuli telinga dan habislah daya. Ribuan bayangan hilang semuanya kerana cahaya matahari. Apabila ombak lautan telah bergelora, bagaimana lagi akan tinggal sebarang garis dipermukaan air? Tetapi sesiapa yang hilang dirinya di dalam lurah ini, sampailah dia ke dalam ketenteraman yang abadi."
Lalu dihikayatkan pula satu kisah;
"Pada suatu malam berkumpullah Sang Rama-Rama di dalam keadaan gelap gelita. Mereka berhimpun mengelilingi sebatang lilin yang sedang menyala. Masing-masing dari mereka ingin mendapat cahaya lilin itu. Maka dipilihlah seekor rama-rama supaya terbang menuju ke lilin yang terbakar terlebih dahulu untuk meninjau dan mengetahui sifatnya. Si rama-rama tadi pun terbang pulang dan mengkhabarkan kepada teman-temannya. Maka berkatalah seekor dari rama-rama yang lebih berpengalaman; "Kalau begitu engkau belum kenal lagi kepada lilin."
Lalu diutuskan pula seekor lagi untuk kerja meninjau itu. Rama-rama ke-2 itu pun pergi menghampiri lilin itu dan didekatinya sampai terasa olehnya panas api. Dia pun pulang mengkhabarkan penglihatan dan perasaannya. Sang Rama-rama yang lebih berpengalaman tadi pun berkata; "Yang engkau ceritakan itu tidaklah lebih dari apa yang diceritakan oleh temanmu tadi."
Maka terbanglah seekor lagi, rama-rama. Si rama-rama ke-3 ini pula terbang menari-nari di dalam kegembiraan dan kerinduan. Dia pergi ke lilin itu, dilihatnya, dihampirinya, lalu dihempaskan dirinya kepada lilin yang terbakar maka hangus terbakarlah seluruh badannya. Dalam keadaan terbakar itulah, dia pulang kepada teman-teman yang mengutuskannya itu. Ketika itu berkatalah Sang Rama-Rama yang tua tadi; "Hanya engkau saja yang tahu apa ertinya lilin."
Kerana tidaklah kita mengenal orang yang kita cintai itu melainkan dengan mengfanakan diri kepadanya.
Mendengar kisah Sang Belatuk itu, maka seluruh burung-burung pun merasa takut. Semuanya merasakan tidak mungkin akan sampai dalam perjalanan sejauh ini. Maka ada burung-burung yang mati dipertengahan perjalanan kerana rasa putus asa. Yang tinggal, meneruskan juga perjalanan dengan menempuh pelbagai rintangan dan merbahaya yang mengakibatkan banyak yang gugur mati. Mati kehausan di puncak bukit atau mati kerana kepayahan. Setengahnya pula, tercengang-cengang melihat ganjilnya jalan yang dilalui, lalu berhenti dan tidak sanggup meneruskan perjalanan lagi. Setelah bertemu olehnya apa yang merintang di hatinya, maka timbullah perasaan malas untuk meneruskan perjalanan. Pada mergastua yang lain pula, lain pula bentuk kesulitan dan halangannya.
Dari beribu-ribu banyaknya anggota kafilah itu, sebahagian besarnya telah binasa. Hanya tiga puluh ekor sahaja yang dapat meneruskan perjalanan tersebut (Tiga puluh dalam bahasa Parsi bermaksud - SIMURAQ)
Beribu yang pergi hanya tiga puluh ekor yang sampai. Sesudah menempuh berbagai gelora dan kesulitan, hampir-hampir binasa kerana sulitnya. 
Apakah yang mereka dapat setelah sampai pada tempat yang dituju?

 Mereka mendapati perkara-perkara yang tidak dapat diceritakan dengan mulut, penuh kehairanan dan termanggu akal fikiran melihatkannya.

Memancarlah kilat kebesaran, terbakarlah ratusan alam, beribu-ribu matahari dan bintang-bintang dalam sekelip mata.
Dalam keadaan setengah kebingungan, mereka berkata; “Wahai payahnya perjalanan kita ini. Di sinilah kita melihat ratusan falak hanya laksana butir-butir pasir kecil belaka. Apakah ertinya wujud kita dan apa ertinya Adam kita dihadapan Hadrat ini?”
Manusia itu ditimpa kehinaan di manapun mereka berada, kecuali yang menjaga hubungan dengan Allah dan hubungan sesama manusia.

(Surah Ali Imran ayat 112)



Dengan penuh perasaan kagum, mengeluh dan kepayahan, mereka menunggu. Tiba-tiba keluarlah Hajib, pengawal Istana Kebesaran itu lalu menegur; “Hai orang-orang yang penuh kebingungan. Dari mana asal-usul kamu? Apakah maksud datang ke mari? Siapa nama kamu? Dari siapa kamu mendengar tentang tempat ini, sehingga kamu tertarik untuk hadir ke mari? Siapakah yang menyatakan kepada kamu yang sejemput bulu kecil dan tulang serupa kamu ini sanggup terbang sejauh ini?”
Burung-burung itu berkata; “Kami datang ke mari kerana hendak menjunjung tinggi raja kami SIMURAQ. Lama sudah perjalanan kami ini. Dahulunya kafilah kami ini beribu-ribu banyaknya, tetapi yang sampai hanyalah tiga puluh sahaja dari kami. Kami datang dri tempat yang sangat jauh, dan berhadap agar diberi izin untuk menghadap hadrat kami dan sudi memandang kami”.
Hajib berkata; “Hai orang-orang yang bingung! Apakah keadaan kamu? Apakah ertinya Wujud kamu dan apakah erti Adam kamu di hadapan Hadrat Maharaja yang Mutlak dan Baqa? Ribuan alam ini tidaklah setimbal sehelai rambut di hadapan pintu ini. Pulang sahajalah akan kamu, dan kembalilah wahai orang-orang yang sengsara.”
Burung-burung terus merayu; “Walau apapun kehinaan yang kami perolehi di muka pintu ini adalah kemuliaan bagi kami. Kami akan tinggal di sini selama-lamanya, sampai kami hangus terbakar, laksana Sang Rama-rama di hadapan api tadi. Kami tidak akan berputus-asa dari Rahmat Maharaja.”
Dan orang-orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak ugama Kami, sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke jalan-jalan Kami (yang menjadikan mereka bergembira serta beroleh keredaan); dan sesungguhnya (pertolongan dan bantuan) Allah adalah berserta orang-orang yang sentiasa berusaha membaiki amalannya.

(surah An Ankabut ayat 69)



Mendengarkan pertelingkahan di antara Sang-sang burung tadi dengan Hajib itu, maka tiba-tiba muncullah Hajibur Rahmat. Diperintahkannya mereka berdiri, lalu dibukakannyalah akan kelambu hijab penutup itu, satu demi satu, yang beratus-ratus banyaknya hingga tak terkata. Maka termancarlah sinar dan terbentanglah sifat Tajalli dan dipersilakan sang-sang burung itu duduk dekat Hadrat Rubuiyah.
Setiap seekor burung diberikan sepucuk surat. Bila mana mereka terbaca sahaja segala amal-amal yang telah mereka kerjakan. Maka pengsanlah kesemuanya kerana malu akibat wajah itu tidak tertentang. Maka terhapuslah segala yang tertulis itu dan lupa semuanya, sehingga burung-burung itu tidak ingat apa-apa lagi. Itulah Fana!
Maka memancarlah Matahari Kehampiran. Terbakarlah segala nyawa. Demi kelihatanlah oleh mereka akan SIMURAQ itu, kelihatanlah oleh mereka tiga puluh ekor burung Simuraq), kelihatan SIMURAQ.
Apabila mereka melihat diri mereka sendiri dan melihat pula kepada SIMURAQ itu, kelihatanlah kedua-duanya satu adanya. Mereka hairan tercengang, lalu mereka bertanya; “Apakah rahsianya jadi begini?” Maka datanglah jawapan; “Hadrat ini adalah kaca. Siapa yang datang ke mari tidak lah melihat selain dirinya sendiri. Tuan datang tiga puluh (Simuraq), tentu yang akan tuan lihat ialah SIMURAQ (tiga puluh). Betapa penglihatan dapat melihat kami” Bagaimana mata langit dapat mengukur bintang Suria?
Allah yang menerangi langit dan bumi. Bandingan nur hidayah petunjuk Allah adalah sebagai sebuah “misykaat” yang berisi sebuah lampu; lampu itu dalam geluk kaca (pelita), geluk kaca itu pula (jernih terang) laksana bintang yang bersinar cemerlang; lampu itu dinyalakan dengan minyak dari pokok yang banyak manfaatnya, (iaitu) pokok zaitun yang bukan sahaja disinari matahari semasa naiknya (Timur) dan bukan sahaja semasa turunnya (Barat); hampir-hampir minyaknya itu dengan sendirinya, memancarkan cahaya bersinar (kerana jernihnya) walaupun ia tidak disentuh api; (sinaran nur hidayah yang demikian bandingannya adalah sinaran yang berganda-ganda):cahaya berlapis cahaya. Allah memimpin sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang dan peraturanNya) kepada nur hidayahNya itu; dan Allah mengemukakan berbagai-bagai misal perbandingan untuk umat manusia;dan Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.

(Surah An-Nuur ayat 35)



Perkara ini bukanlah sebagaimana yang kami lihat dan sebagaimana yang kamu ketahui. Bukan jua sebagaimana yang kamu katakan atau yang kamu pernah dengar.
Tetapi kamu telah keluar dari dalam dirimu sendiri. Sekarang tahulah kamu bahawa tempat yang sebenarnya ialah di sini.”
Maka hilang lenyaplah mereka semuanya. Hilanglah sinaran segala cahaya kembali ke dalam matahari.
Demi berlalu ratus-ribuan tahun, iaitu kurun-kurun yang tidak diikat oleh perhitungan zaman dan tempat, kembalilah sang-sang burung itu kepada dirinya. Demi setelah mereka kembali kepada dirinya dari selain dirinya, maka kembalilah mereka ke dalam alam baqa sesudah fana.
Wahai jiwa yang sentiasa tenang tetap dengan kepercayaan dan bawaan baiknya! “Kembalilah kepada Tuhanmu dengan keadaan engkau redha dan diredhai (di sisi Tuhanmu)!
(Surah Al-Fajr ayat 27-28)