Wednesday, February 9, 2011

Desa vS kota...... kampung VS bandar

Assalamualaikum pembuka bicara ana untuk kali ini... Terlebih dahulu, mohon ampun dan maaf dari hujung jari ke hujung kuku ;-)   kerana mungkin sedikit sebanyak ade yang tidak kena dan mungkin juga boleh menjadikan darah orang menaik dan jantung nya terkena shock...kerana tahan sabar.... Bagus-bagus kerana bersabar...

Berkaitan gan tajuk entry malam ni....Ana nak kupaskan sedikit lah pengalaman dari apa yang ana lihat, dari apa yang ana nampak, dari apa yang ana tontonkan, perbezaan anak kota dengan anak desa...
Dulu, orang kata, orang la berkata baru kita faham, kalau binatang berkata dan kita faham orang pula tak faham dengan kita hehe, sebabingat kita gila.... Dulu orang kata, anak desa atau orang kampung ni bagus, ade budi pekertinya,lemah lembutnya, sopan santun nya,masa bersama keluarganya, belajar agamanya....
Dan orang bandar pula atau orang kota pula dikatakan sombong, taak pandai hormat orang tua, jahat, nakal dan lain-lain tanggapan lah.... (kecian kat orang bandar kena kutuk je )

Tapi lain yang ana tengok....ana tengok orang bandar telah menghantar anak-anak mereka ke sekolah d awal pagi lagi...kalau hantar anak sekolah awal pagi of course lah bangun pagi kan.... Kerana apa?? kerana takut jalan jem...bagus jugak jalan jem kan, boleh buat orang takut huhuuu... Jadi mereka akan bangun awal lalu bersiap tok ke sekolah...bila dah bangun awal boleh la solat subuhkan....no excuse lagi....

Dah bangun awal tu, petang karang terus hantar anak ke sekolah agama pula, bukan kelas fardhu ain biasa tapi  kelas agama yang ada subjek bahasa arab, aqidah, tajwid, hafiz dan hafizah, halim dan halimah lagi...bukan halimah jonggang ye, tapi halimah d sini adalah pakar dalam ilmu kitab...Pernah sekali ana ke kuala lumpur, ana tinggal d rumah pakcik ana, di awal jam 6 pagi anak-anak da dikejutkan,pastu siap-siap, pastu solat subuh, pastu breakfast, 6.35  siap tok bertolak ke sekolah.... Bagus dah mak bapak anak orang bandar ni, cuma bila mereka da besar,mereka buat ikut kepala mereka je, itu lah yang memburukan lagi mereka tu....

Pastu,  anak-anak orang bandar pula bila malam anak-anak akan bermanja dengan ibu bapa mereka, pelik kan...tapi itulah yang ana lihat...depan mata ana sendiri...cemburu memang cemburu.... Ade yang dapat solat berjemaah bersama, ada yang dapat tengok tv bersama, ade yang dapat mengaji atau membaca al-Quran 1 keluarga....cemburunya lah....

Ok habis kisah orang bandar..ni kisah orang desa pula.... Orang desa ni tak semua nya jahat, tak semua nya takelok...tapi kebanyakkan sekarang ni tak berapa nak elok dah.. Telah di cemari dengan dadah, di cemari dengan pecah rumah, di cemari dengan daun ketung, di cemari dengan ganja... astafirullah al azim....nau'uzubillah terjadi pada kaum kelaurga kita...mohon jauh dari Allah...

Nama je orang desa, tapi jarang dapat berkumpul, jarang dapat makan bersama, bangun pun lambat.... kadang-kadang tidak solat subuh pun..yelah da lambatkan... Ade juga tu, masing-masing sibuk dengan hal masing kerana apa...kerana mereka duduk kampung, tidak kisah...tidak kisah seperti orang di bandar....

Kenapa orang bandar boleh buat dan kenapa orang desa tak buat???ini kerana orang bandar tahu mereka tiada masa dengan anak-anak, jadi mereka meluangkan masa dengan family pada waktu malam dan pada waktu pagi...iaitu time breakfast dan time nak tido...dengan kucupan dan salaman... Tapi orang desa pula, tidak buat begitu kerana hari-hari dengan anak mereka, dan mereka pula tidak di dedahkan dengan ilmu itu ini...Ilmu itu ini itu adalah, ilmu bagaimana untuk memberi didikan sepenuhnya pada anak-anak...

p/S : Jadi ubahlah ye,amik yang baik buang yang tak baik... Ade perkara boleh di tiru, ade perkara jangan amik tiru.... Ana pun tidak orang banadar sangat tapibukan lah orang kampung jugak... kerana ana dah d mixkan...dah d campur adukkan, tu ana boleh mengulas ini...Ni hasil dari pemerhatian dan hipotesis ana ialah semakin kita sombong, semakin kita rugi...............semakin kita tegur menegur demi kebaikan, insyaAllah semakin kita bahagia...




No comments:

Post a Comment