Friday, February 11, 2011

Cinta ini membunuhku....



Cinta Ini Membunuhku
Kau membuat ku berantakan
Kau membuat ku tak karuan
Kau membuat ku tak berdaya
Kau menolakku acuhkan diriku

Bagaimana caranya untuk
Meruntuhkan kerasnya hatimu
Kusadari ku tak sempurna
Ku tak seperti yang kau inginkan

Reff:
Kau hancurkan aku dengan sikapmu
Tak sadarkah kau telah menyakitiku
Lelah hati ini meyakinkanmu
Cinta ini membunuhku..


Woo...hu~u ... Haa...
Lelah hati ini menyakinkan mu...
Cinta ini membunuhku...



Astafirullah al azim... Laaillahaillah.... Ya Allah, ampunkan dosa hamba Mu ini terlebih dahulu sebelum membenarkan saya menulis coretan ini. Berkisarkan tajuknya sahaja, "cinta ini membunuhku". Sebelum tu, saya nak bertanya, cinta apa yang membunuh kita? Tiada cinta suci yang boleh membunuh tapi cinta itu membahagiakan, cinta itu tak kelihatan tapi hanya dapat dirasakan. Cinta itu tidak menyakitkan tapi cinta itu mengubati luka-luka dan penyakit hati.

Cinta apa tu ye?? Nak tahu tak cinta apa?? Haa, jawapannya adalah cinta kepada Pencipta. Siapa Pencipta? Mak ayah kita ke? Tapi siapa pula yang mencipta mak ayah kita?? Atuk dan nenek kita...tapi mereka?? Uiih, kalau soalan begini di tanyakan berterusan mahu hendaknya sepanjang hidup tak terjawab.. Ibu dan ayah kita ye jugak, kerana jika tiada mereka, tiada pencampuran air mani yang kotor lagi busuk itu, tiadalah kita. Tapi sebenar-benar pencipta kita adalah Allah SWT, pencipta langit dan bumi, dan seluruh alam ini. Marilah kita buka mata hati kita dengan membaca lirik lagu ini. Di rangkap pertama, cinta kepada manusia kerana nafsu menyebabkan kita hanya memikirkan cara untuk melembutkan hati si dia, siapa si dia tu?? si dia tu siapa lagi buah hati kita lah..

Tapi hati kita bagaimana pula??Jika cinta itu kerana Allah dan cinta kerana Allah, tiadalah istilah "cinta ini membunuhku". Seperti entry saya sebelum-sebelum ini, yang bertajuk  "haram ke erk, salah ke erk", berkaitan cinta juga. Tiada dalam al-Quran atau hadis nabi yang mengatakan cinta ini salah, cinta ini 1 dosa, tapi perasaan cinta ini fitrah manusia. Cuma kita, manusia ini saja yang menyalah gunakan fitrah ini. Cintailah Allah, ibu bapa, keluarga dan diri kita dahulu, barulah boleh kita berjinak-jinak dengan cinta kepada manusia tapijangan terlalu cintakan manusia dan dunia, tapi cintailah jua Dia dan akhirat, Kerana kehidupan di akhirat itu yang kekal. Biarlah kita tak dapat cinta di dunia ini, kerana dunia hanya sementara, tapi yang kekal adalah di sana iaitu akhirat. 


Janganlah salah seorang daripada kita menjadi seperti dalam nyanyian di atas. Sekali kagi di ingatkan, cinta ini tidak membunuh jika cinta itu betul.


Rasulullah s.a.w bersabda :
" Jiwa-jiwa memiliki tempat pertemuan. Jiwa-jiwa yang saling menyukai, saling cinta-mencitai di sini. Jiwa-jiwa yang masih tetap asing satu sama lain, tidak dapat bertemu di sini.
( Riwayat Bukhari & Muslim)

Cinta kepada ilmu, sabda Rasulullah s.a.w :
" Jadikanlah dirimu orang alim (berilmu) atau orang yang menuntut ilmu atau orang yang selalu mendengar pengajaran atau orang yang mencintai ( 3 golongan itu ) dan janganlah engkau menjadi daripada golongan  yang ke-5, yang dengan sebabnya engkau akan binasa". 
( Al-Bazzar )

Cinta kepada diri sendiri / orang lain, sabda Rasulullah s.a.w :
" Perumpamaan orang mukmin dalam hal saling kasih, saling menyanyang dan saling cinta adalah seperti sebatang tubuh. Jika salah satu anggotanya berasa sakit, maka anggota-anggota tubuh yang lain turut merasakan sukar tidur.
( Riwayat Bukhari, Muslim dan Ahmad )
      
p/s : Maaf di pinta kepada kumpulan D'masiv dan penulis lirik, lagu itu. Bukan untuk mengomen atau ada niat tak baik tapi sekadar untuk mengambil teladan darinya. Semoga kita tidak menjadi seperti itu dan kepada yang non-muslim, semoga Allah mencintai anda dan memberi hidayah kepada anda untuk mendalami dan masuk agama Islam. Kerana cinta itu indah, cinta itu tidak membunuh.. Marilah kita mencintai satu sama lain kerana الله

No comments:

Post a Comment