Friday, February 11, 2011

CARTOON TOM N JERRY


Assalamualaikum..hehehe, malam ni nak menaip pasal cerita kartun la pulak. Alamak, kantoi la kan yang ana ni suka tengok kartun jugak...Tapi, tidaklah sefanatik kanak-kanak ye, ana ni dah berumur pun ibaratnya rumah dah kata pergi, kubur dah kata mari cuma masa nya belum sampai je lagi...


Okey, baiklah, na'am etc hehe...di pendekkan ceritalah kan..ade jugak dari sahabat-sahabat ana tak suka akan cerita ni. Mereka kata ia memperlekehkan kucing, di mana kucing adalah binatang kesayangan Rasulullah s.a.w sehingga sampai ke masjid Rasulullah s.a.w telah membawa kucing tu, sampai sekarang masjid berkenaan telah di gelar atau di kenali sebagai masjid kucing. Sebabnya, terlalu banyak kucing d masjid itu dan kucing itu ibarat sebagai penjaga masjid berkenaan, baik sungguh budi pekerti baginda. Okey lah, sambung pada entry blog ana, kawan ana kata orang barat ni mempermainkan kucing. Masakan kucing yang besar tidak dapat menangkap seekor tikus yang kecik, dan si jerry (tikus) selalu kenakan tom (kucing). Seperti barat mempermainkan kita, si tikus adalah  kafir dan si kucing adalah orang Islam... Memanglah, tak dinafikan yang mana kebanyakan cerita tom N jerry ni, mesti tom je yang kena belasah, kena ragging, mendapat nasib malangnya, tapi tak semuanya kalah kan, tak semuanya tom je di bawah, ade jugak kadang-kadang jerry yang terkena.. (kantoi lagi sekali yang ana peminat setia kartun jugak).


Tapi bagi ana pula, bagus ceritanya...kerana apa ana kata bagus?? Kerana, sebabnya ini membuktikan bahawa walaupun kecil tapi akalnya beso... walaupun si tikus ni, kecil, takda kuku, takde taring tak sekuat si meow, tapi ia masih da[at selamatkan diri dari menjadi makanan, santapan si meow...meow ni...  Jadi, kita boleh mengaplikasikan konsep ini dalam kehidupan seharian kita. Tapi macam mana ye? Haa, macam ni cara nye. Kenapa ana kata kita boleh mengaplikasikan dalam kehidupan kita, kerana jangan ingat kita ni kecil, miskin, pendek atau kurus tidak dapat menewaskan orang yang besar, gempal, berpangkat dan berharta. Cukuplah kita ada akal. Nikmat akal yang Allah telah kurniakan pada kita ni teramatlah berharga sekali. Dengan adanya akal ni, kita boleh menggunakan untuk berfikir bagaimana caranya untuk kita berjaya, untuk kita berusaha untuk duduk d atas, berfikir menggunakan nikmat yang di beri ini dengan cara yang betul. Andai kita besar, ade harta dan pangkat tapi tidak menggunakan akal dengan betul, boleh ke kita berjaya? Boleh ke kita maju? Boleh ke kita menundukkan musuh kita? So, jadilah macam si Tom dan Jerry ni...Jadi kepada mereka yang miskin, yang tidak cantik, yang kurus..janganlah merendah diri...gunakanlah akal yang ada itu untuk mencari ilmu, mencari ilmu bagaimana untuk meneruskan hidup dan mencari cinta Nya.


Allah itu Maha Agung, Allah itu Maha Mengetahui, janganlah kita menggunakan nikmat yang di beri sebagai pinjaman ini di salah gunakan. Jadi fikir-fikirkanlah, amik lah yang baik dan buanglah yang buruk, dan janganlah kita hanya nak menghentam atau mengomen sahaja tapi fikir lah kebaikan di sebalik kejahatan itu. Setiap orang baik, cuma kita, diri sendiri yang menjadikan nya jahat....









* Maaf di pinta kepada sahabat ana dan pembaca yang tidak suka atau marah kerana coretan ini. Tapi, kita punya pendapat masing-masing right? jika ada yang lebih baik, kita kongsi bersama, andai kata ana salah tegur la, kita boleh sama-sama memperbaikinya, andai kata ana bersalah, hukum lah ana..
( Malam ni buang tebiat sikit dan sentimental value jap )

No comments:

Post a Comment