Saturday, February 5, 2011

Mengapa wanita lebih lemah berbanding lelaki??


VS


Wanita mempunyai karakter  fizikal dan emosional yg sangat berbeza dengan lelaki. Karakter ini besar mempengaruhi wanita di dalam merealisasikan tugas-tugas keibuan yang diamanatkan kepadanya. Al-Quran telah banyak menjelaskan tentang karakter ini. Sebagai contohnya, bila menyebut kata-kata “ibu” (al’ummu), selalunya disertai dengan sifat kasih saying, cinta dan kesediaan untuk memikul beban derita. Dalam firman Allah yg bermaksud :
“Dan kami perintahkan kpd manusia  utk berbuat baik kpd kedua ibu bapanya, ibunya telah mengandungnya dlm keadaan lemah, dan menyapihnya (menyusukannya) selama 2 tahun. Bersyukurlah kpd Ku dan pada kedua orang tuamu, hanya kepada Ku kamu kembali”.
(Luqman : 14)
            
Bila sebut “isteri” (azzaujah), maka Al-Quran akan mengambarkan sbg lambang ketenteraman, keharmonian, cinta dan kasih sayang. Bila menyebut “saudara perempuan” (al-ukhtu), Al-Quran biasanya menggaitkannya dgn rasa cinta, semangat berkorban dan simpati. Saudara perempuan Musa misalnya, ia berjuang menjelajahi berbagai pelosok negeri utk mencari berita tentang saudaranya, iaitu Nabi Musa yg baru dihanyutkan ke sungai Nil. Berkat karakter itulah, perempuan lebih tepat utk memikul beban dan tugas utama sbg pengasuh rumah tangga yg lebih banyak berpusat di rumah.

Mengenali sifat-sifat wanita
            Wanita selalunya gemar menjaga diri, merawat muka dan tubuh badannya dgn alat-alat kecantikan seperti perfume, bedak dan lain-lain. Ianya merupakan sifat semulajadi yg ada pada diri wanita.
1-      Menjaga kejelitaan semulajadi (natural beauty) dengan tidak memakai bahan-bahan luaran tetapi menjaga emosi, fizikal dan mental . Gunakan masa utk perkara yg berfaedah dan tentukan wawasan secara objektif, jangan banyak angan-angan. Tidur awal setiap malam dan bangun awal setiap pagi utk solat subuh. Jangan tidur siang hari.
2-      
      Latih diri bercakap dengan yg lemah lembut, tidak sengau atau suaranya terlalu kuat. Kerana sememangnya wanita itu mempunyai watak yang lembut dan tidak suka kekerasan.
3-      Biasakan menggunakan perkataan yg melambangkan keluhuran budi bahasa seperti “tolong” serta “minta maaf”. Jangan gunakan perkataan yg terlalu beremosi seperti bosan, sakit hati, menyampah, benci dan sebagainya kerana ia akan menyebabkan muka jadi berkerut dan masam. (masamnya lebih dr cuka & tiada pekdohnya)
4-    
k         Kebersihan sentiasa dijaga. Makanan yg berupa ulam-ulam yg wangi serta sayuran dan buah-buahan segar patut selalu dimakan. Gunakan sabun yg tidak merosakkan kulit.
5-      Tangan perlu sentiasa bersih dan lembut. Jangan gunakan bedak yg bukan-bukan. Selalu menggunakan bedak sejuk utk menjaga kulit muka. Jangan banyak berangan.
6-      Ia mahkota kejelitaan gadis. Bersihkan rambut tapi jangan terlalu kerap. Bila bersikat, ulangi sikatan ke seluruh bahagian kepala utk menjadikan rambut subur dan berkilat. Ramai lelaki suka pada gadis berambut panjang tapi kemas.
7-     
      Latih cara berjalan. Jauhi dari berjalan mengengkang atau tangan terlalu dihayun. Langkah jangan terlalu besar. Berjalan jangan terlalu laju. Badan jgn terlalu membongkok atau tegak. Leher jangan terteleng (senget sebelah). Muka elok di tundukkan sedikit. Tundukkan pandangan dan mata jangan liar atau melilau.
8-      Bila duduk di atas lantai duduklah dengan cara bersimpuh. Kalau duduk di atas kerusi, eloklah sila panggung. Jangan mengangkang. Tangan jangan terlalu digerakkan bila bercakap. Cara bergerak biarlah lemah lembut.
9-      Latihlah senyum jangan tersengeh. Tutup mulut bila ketawa. Ketawa secara sederhana. Selalu senyum tapi utk tujuan baik.
10-  Mata janganlah terlalu liar memandang sekeliling. Tundukkan mata dan memandang hanya kepada apa yg sedang anda hadapi. Jangan terlalu kerap mengerdipkan mata. Usah terlalu kerap menjeling walaupun kepada buah hati.
11-  Sentiasa bertemankan ibu atau saudara bila keluar. Minta izin ibubapa. Pakaian sopan dan pulang seawal mungkin.
12-  Taat beragama. Jangan berbohong. Jauhi merungut dan jauhi dari menjadi amat cerewet dan jaga hati orang lain.

No comments:

Post a Comment