Banyak riwayat yang tersebut dalam kisah tentera bergajah ini. Ada riwayat yang menyatakan tentera bergajah hancur kerana wabak cacar yang dihantar oleh Allah melalui kuman yang dibawa oleh binatang atau serangga yang boleh terbang seprti lalat. Ada riwayat juga menyatakan yang burung membawa 1 batu kecil pada paruh dan dua batu kecil pada kedua-dua belah kaki lalu dilontar kepada tentera bergajah dan batu itu hanya sebesar kacang dal.
Kemusykilan pula timbul bilamana dikatakan bagaimana tentera bergajah boleh berada di kawasan padang pasir?Sedangkan pada masa tersebut binatang tunggangan adalah terdiri daripada kuda, unta dan keldai. Ada yang menyatakan tentera bergajah itu datang dari Afrika. Adakah gajah mampu bertahan di kawasan padang pasir dengan badannya yang besar?Tidakkah gajah akan terjerlus ke dalam pasir kerana kakinya tidak sesuai untuk berada di padang pasir?
Hakikatnya ramai manusia yang cuba mempertahankan hujah masing-masing. Tidak Allah jadikan sesuatu itu dengan sia-sia.Ada sesuatu yang tersirat yang Allah cuba sampaikan dalam kisah ini.
Jika kita lihat dari sudut ketenteraan, tentera bergajah adalah sebuah tentera yang kuat. Di mana pada waktu itu tidak ada yang mampu menandingi kekuatan seekor gajah. Dan gajah adalah terdiri daripada haiwan darat. Maka tentera bergajah ini adalah sebuah tentera darat yang sangat kuat.
Tetapi bagaimana tentera darat ini dikalahkan? Bila kita lihat pada surah Al-Fiil ayat ke-3, Allah mengirimkan kepada mereka burung yang berbondong-bondong(Ababil).
Kisah tentera bergajah dan burung ababil itu sememangnya kisah yang nyata di dalam Al-Quran.Sehingga di wahyukan dalam surah ke 105 iaitu Surah Al-Fiil. Tetapi kisah tersebut bukan setakat mati di situ sahaja sebagai cerita sejarah.Ia haruslah di ambil iktibar dan pelajaran.Maka apa pelajaran yang boleh diambil dari kisah ini ialah untuk mengalahkan tentera darat adalah melalui tentera udara! Maha Besar Allah. Allah itu Maha Berilmu. Allah sudah mengajarkan kepada umat Islam strategi ketenteraan lebih kurang 1400 tahun yang lampau. Jadi kita lihat balik keadaan sekarang. Siapa yang terlebih dahulu mengaplikasikan Al-Quran ini. Sama-sama fikirkan.
No comments:
Post a Comment